44
Malam
itu Mia tidak dapat melelapkan matanya. Ditolehnya jam, sudah masuk pukul 10
malam. Rintikan hujan di tingkap hanya ditatap kosong. Tidak tentu rasa
menyerang dirinya. Duduk salah, berdiri salah, berbaring salah. Mia tidak tahu
bagaimana hendak menangani perasaannya sekarang. Ia malu dengan dirinya.
Sejak
pertemuannya dengan Sofie beberapa hari yang lalu, Mia selalu mahu untuk
mendail nombor telefon Nik dan memberitahunya kisah yang sebenar. Tetapi
apabila saja tangannya hendak mengangkat ganggang telefon, niatnya selalu saja
batal.
Ia
memaki hamun dirinya sendiri kerana terlalu mengikut naluri hati. Patutlah Nik
membisu macam robot saja sewaktu ia memutuskan hubungan mereka pada malam
tersebut. Mia kusut! Ia sudah melukai hati lelaki itu. Apa patut dibuatnya
sekarang?!
Tiba-tiba
telefon bimbitnya berdering. Terus ia berlari meluru ke arah meja dan
mendapatkan telefonnya.
“Helo?”
“Helo?
Mia.” Kedengaran suara Sofie di hujung talian.
“Awak
ada jumpa abang Nik tak?”Sofie menyoal dengan nadanya yang cemas.
Hati
Mia berdegup kencang. “No, why?”
“Aduh,
macammana ni? Abang Nik belum balik-balik dari tadi. Kami semua tengah risau
ni.Kebelakangan ni abang Nik macam tertekan sangat. Now boom. he’s gone!”
“Wait, wait, wait. Awak kata dia stress?”
“Ya,
kenapa?”
“Saya rasa saya tau dia kat mana.”
“Great! Where?!”
Soalan
Sofie dibiarkan tidak berjawap, Mia terus mematikan talian dan langsung itu
juga ia menukar pakaiannya lalu meluru keluar setelah mendapatkan dompetnya.
**
Duit
not merah dihulurkan ke arah pemandu teksi tadi, kemudian ia terus berlari
keluar untuk mencari kelibat Nik di situ. Nalurinya kuat mengatakan yang Nik
ada di tempat duduk mereka dulu. Mia terus berlari dan berlari. Dan serentak
itu juga hatinya bagaikan disentap apabila ia mendapati Nik sedang berdiri
menghadap menara berkembar Petronas jauh di hadapan. Hatinya berdebar-debar. Ia
cuba membetulkan topi MN yang dipakainya. Perlahan-lahan ia menghampiri lelaki
itu.
Pada
waktu itu Nik sudah pun bersedia untuk meninggalkan tempat itu. Setentunya dia
akan merindui tempat ini. Bibirnya menguntum senyuman apabila teringat akan
memori tatkala bersama-sama dengan Mia. Perempuan yang suka dibulinya dulu
adalah perempuan yang sangat disayanginya sekarang. Ia akur dengan nasibnya
yang tidak begitu baik dalam perkara luahan hati ke hati. Mia memang tidak
mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang dirasakannya terhadap perempuan
itu.
Nik
sangat terkejut apabila ia menoleh, ia mendapati Mia berada di belakangnya.
“Astaghfirullahalazim. Awak ni buat saya terkejut sajalah!” Nik mengomel sambil
mengurut dadanya berulang kali.
Mia
cuba menahan ketawanya. Lucu melihat riaksi comel Nik tadi. Buat seketika ia
tidak berkata apa-apa.
Nik
berdehem. Sedikit malu juga. “Emm, apa awak buat kat sini?”
“Jumpa awak.”
“Awak
ke mari pasal awak nak jumpa saya?” Nik mengulang balik kata-kata Mia.
“Kenapa?” Tampak jelas riak nakal di matanya.
Mia
cuba menahan geram yang datang. “Pasal
awak ada miss satu detail dalam surat tu.”
Nik
terus diserang rasa malu apabila Mia menyebut tentang surat itu kerana di dalam
surat itu ia menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap Mia. Bahang panas
terasa menjalar diseluruh wajahnya.
“Apa
dia?” Ia cuba berlagak tenang.
“Is it true this cap is actually about your
favourite basketball team? Minnesota Timberwolves?”
Nik
terdiam sebentar. Tiba-tiba terukir senyuman manis di bibirnya. “No.”
“Then what is this symbolize for?” Mia
terus menyoal lagi. Kali ini ia semakin menghampiri Nik. Kelihatan lelaki itu
juga sedang menahan senyum.
“You and me. M&N.” Pendek ia
menjawab. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan wajah mereka semakin
berseri-seri. Mereka berdua cuba menahan gembira yang sudah bergelodak di hati
masing-masing. Mia tidak membalas apa-apa. Kelihatan ia berpuas hati dengan
jawapan Nik. Jadinya prasangkanya yang tentang topi ini memang betul. Nik saja
yang terlalu ego untuk mengakuinya.
“So that’s it?” Nik menyoal.
Mia
tertunduk seketika sambil tersenyum manis. “Few months ago, saya ada jumpa
dengan mamat gila ni, memang annoying! I pour drinks on his face, I kicked him,
I shouted at him. He was my lab and dance partner dan paling mengejutkan lagi, he’s
my fake boyfriend.”
Nik
tersenyum malu.
“
I only know him for months, but it feels like I know him forever. We were like
bestfriends.” Lembut suara Mia menyatakannya.
“And
that’s it?” Nik menekan lagi, ia bagaikan dapat mengagak akan ayat yang
seterusnya. Mia terdiam seketika.
“I
love you too.” Akhirnya terkeluar juga ayat itu.
Nik
terkejut gembira! Terus ia meraih Mia ke dalam pelukannya. “I
love you Mia!” Nik menjerit. Mereka berdua merasa begitu gembira sekali.
Masing-masing tidak menyangkakannya di tempat ini jugalah mereka akan meluahkan
perasaan. Siapa sangka yang mereka akan jatuh hati di antara satu sama lain
apabila selama ini mereka bergaduh bagaikan anjing dengan kucing.
TAMAT
No comments:
Post a Comment