Monday, May 14, 2012

me2u (44)


44

Malam itu Mia tidak dapat melelapkan matanya. Ditolehnya jam, sudah masuk pukul 10 malam. Rintikan hujan di tingkap hanya ditatap kosong. Tidak tentu rasa menyerang dirinya. Duduk salah, berdiri salah, berbaring salah. Mia tidak tahu bagaimana hendak menangani perasaannya sekarang. Ia malu dengan dirinya.
Sejak pertemuannya dengan Sofie beberapa hari yang lalu, Mia selalu mahu untuk mendail nombor telefon Nik dan memberitahunya kisah yang sebenar. Tetapi apabila saja tangannya hendak mengangkat ganggang telefon, niatnya selalu saja batal.
Ia memaki hamun dirinya sendiri kerana terlalu mengikut naluri hati. Patutlah Nik membisu macam robot saja sewaktu ia memutuskan hubungan mereka pada malam tersebut. Mia kusut! Ia sudah melukai hati lelaki itu. Apa patut dibuatnya sekarang?!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Terus ia berlari meluru ke arah meja dan mendapatkan telefonnya.
“Helo?”
“Helo? Mia.” Kedengaran suara Sofie di hujung talian.
“Awak ada jumpa abang Nik tak?”Sofie menyoal dengan nadanya yang cemas.
Hati Mia berdegup kencang. “No, why?”
“Aduh, macammana ni? Abang Nik belum balik-balik dari tadi. Kami semua tengah risau ni.Kebelakangan ni abang Nik macam tertekan sangat. Now boom. he’s gone!”
“Wait, wait, wait. Awak kata dia stress?”
“Ya, kenapa?”
“Saya rasa saya tau dia kat mana.”
“Great! Where?!”
Soalan Sofie dibiarkan tidak berjawap, Mia terus mematikan talian dan langsung itu juga ia menukar pakaiannya lalu meluru keluar setelah mendapatkan dompetnya.
**
Duit not merah dihulurkan ke arah pemandu teksi tadi, kemudian ia terus berlari keluar untuk mencari kelibat Nik di situ. Nalurinya kuat mengatakan yang Nik ada di tempat duduk mereka dulu. Mia terus berlari dan berlari. Dan serentak itu juga hatinya bagaikan disentap apabila ia mendapati Nik sedang berdiri menghadap menara berkembar Petronas jauh di hadapan. Hatinya berdebar-debar. Ia cuba membetulkan topi MN yang dipakainya. Perlahan-lahan ia menghampiri lelaki itu.
Pada waktu itu Nik sudah pun bersedia untuk meninggalkan tempat itu. Setentunya dia akan merindui tempat ini. Bibirnya menguntum senyuman apabila teringat akan memori tatkala bersama-sama dengan Mia. Perempuan yang suka dibulinya dulu adalah perempuan yang sangat disayanginya sekarang. Ia akur dengan nasibnya yang tidak begitu baik dalam perkara luahan hati ke hati. Mia memang tidak mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang dirasakannya terhadap perempuan itu.
Nik sangat terkejut apabila ia menoleh, ia mendapati Mia berada di belakangnya. “Astaghfirullahalazim. Awak ni buat saya terkejut sajalah!” Nik mengomel sambil mengurut dadanya berulang kali.
Mia cuba menahan ketawanya. Lucu melihat riaksi comel Nik tadi. Buat seketika ia tidak berkata apa-apa.
Nik berdehem. Sedikit malu juga. “Emm, apa awak buat kat sini?”
“Jumpa awak.”
“Awak ke mari pasal awak nak jumpa saya?” Nik mengulang balik kata-kata Mia. “Kenapa?” Tampak jelas riak nakal di matanya.
Mia cuba menahan geram yang datang.  “Pasal awak ada miss satu detail dalam surat tu.”
Nik terus diserang rasa malu apabila Mia menyebut tentang surat itu kerana di dalam surat itu ia menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap Mia. Bahang panas terasa menjalar diseluruh wajahnya.
“Apa dia?” Ia cuba berlagak tenang.
“Is it true this cap is actually about your favourite basketball team? Minnesota Timberwolves?”
Nik terdiam sebentar. Tiba-tiba terukir senyuman manis di bibirnya. “No.”
“Then what is this symbolize for?” Mia terus menyoal lagi. Kali ini ia semakin menghampiri Nik. Kelihatan lelaki itu juga sedang menahan senyum.
“You and me. M&N.” Pendek ia menjawab. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan wajah mereka semakin berseri-seri. Mereka berdua cuba menahan gembira yang sudah bergelodak di hati masing-masing. Mia tidak membalas apa-apa. Kelihatan ia berpuas hati dengan jawapan Nik. Jadinya prasangkanya yang tentang topi ini memang betul. Nik saja yang terlalu ego untuk mengakuinya.
“So that’s it?” Nik menyoal.
Mia tertunduk seketika sambil tersenyum manis. “Few months ago, saya ada jumpa dengan mamat gila ni, memang annoying! I pour drinks on his face, I kicked him, I shouted at him. He was my lab and dance partner dan paling mengejutkan lagi, he’s my fake boyfriend.”
Nik tersenyum malu.
“ I only know him for months, but it feels like I know him forever. We were like bestfriends.” Lembut suara Mia menyatakannya.
“And that’s it?” Nik menekan lagi, ia bagaikan dapat mengagak akan ayat yang seterusnya. Mia terdiam seketika.
 “I love you too.” Akhirnya terkeluar juga ayat itu.
Nik terkejut gembira! Terus ia meraih Mia ke dalam pelukannya.  “I love you Mia!” Nik menjerit. Mereka berdua merasa begitu gembira sekali. Masing-masing tidak menyangkakannya di tempat ini jugalah mereka akan meluahkan perasaan. Siapa sangka yang mereka akan jatuh hati di antara satu sama lain apabila selama ini mereka bergaduh bagaikan anjing dengan kucing.

TAMAT


Saturday, March 10, 2012

me2u (43)


43


Petang itu Sofie berhajat untuk datang menziarahi Mia di rumahnya. Berbekalkan buah tangan, lonceng rumah terus ditekan.
TING TONG
Sofie terkejut apabila melihat Mia yang membuka pintu rumah itu. Semalam ia mendengar berita Mia demam panas, tapi sekarang dia tengok sihat walafiat nampaknya.
“Mia? Aik, cepatnya awak sembuh?”
Vida cuba menahan ketawa. “Jemput masuk.”  Ia terus membawa Sofie masuk dan terus naik ke atas.
“Mia saya nak beritahu awak sesuatu.”
“Wait until we get upstairs.”
Sofie hairan dengan perwatakan kawannya hari itu. Memang berbeza. ‘Aku ada buat salah ke?Dia ni macam tak nak cakap dengan aku je?’
Apabila mereka berdua berada di permukaan pintu, mata Sofie memanah kelibat Mia yang sedang terbaring tidur di atas katil. Terus ia menoleh ke arah Vida dengan seribu tanda tanya di kepala. Vida yang mengerti akan situasi Sofie tergelak kecil.
“Mana satu ni?” Sofie memandang Mia dan Vida bersilih ganti.
“Im her twin sister, Vida.” Ujar Vida diiringi dengan ketawa kecil, lucu melihat gelagat Sofie.
“Twin sister?!” Sofie terkejut.
Vida mengangguk mesra. “Masuklah.”
“Ahh, emm..terima kasih. Saya Sofie, nice to meet you Vida.”
“You Nik’s twin sister?”
“Ya saya.”
“Hai. Akhirnya dapat jumpa juga.” Vida menghulurkan tangannya. Sofie menyambutnya dengan mesra sekali.
“Saya nak minta maaf pasal saya fikir awak Mia tadi, sebab tu saya main terjah je.” Sofie menyentuh rambutnya, sedikit malu juga kerana boleh tersilap orang apabila ia datang tadi.
“It’s okay.” Vida mendepakan tangan kirinya, isyarat menjemput Sofie untuk melangkah ke dalam.
Badan Mia bergerak-gerak. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Sofie duduk di kerusi berhampiran dengan katil Mia.
“Hai Mia.” Lembut Sofie menyapa.
“Sofie, hai.” Mia yang agak terkejut melihat kedatangan Sofie pada petang itu terus bangun, menyandarkan badannya di kepala katil.
“Im sure you already saw my twin.” Sambungnya lagi.
Sofie hanya mengangguk sambil ketawa.
“Where is she?”
“Dia turun ke bawah.” Beritahu Sofie. “Awak apa khabar?”
“Fabulous.” Mia berseloroh, walaupun nadanya sedikit lemah. “A bit dizzy, but I feel much better now.”
“How was school going?”Sambungnya lagi.
“Nothing much.”
Mereka berdua menyepi buat seketika.
“Kenapa awak tiba-tiba break up dengan abang Nik?” Tiba-tiba Sofie menyoal.
Riak wajah Mia berubah apabila nama Nik menampar cuping telinga. Mia gelisah, tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
“Im sorry, saya tak ada maksud nak jadi busybody or something. Cuma saya tak faham.”
“Farhana deserve him more than I do. That’s why I’m letting him go. There’s no point for us to pretend anymore.”
“Farhana?”
“Ok, ok. I admit I overheard their conversation during that gala night and Farhana confessed to him that she loves him and he also loves her too. Bagi saya tak adil kalau saya continue nak jadi pretend-girlfriend Nik and become a barrier to someone that deserve a real relationship.” Ia terus memberitahu Sofie tentang kejadian ia mencuri dengar akan  perbualan Nik dan Farhana di malam gala minggu lepas.
Sofie terus ketawa. Mia mengerutkan dahi, pelik melihat Sofie.
“Mia, awak ni. Kalau nak curi dengar tu. Curi dengar sampai habis lah!” Sofie menyambung ketawanya lagi.
“What do you mean?”
“Didn’t you know the whole story?”
Mia menggeleng-gelengkan kepalanya, masih hairan melihat Sofie ketawa macam orang gila.
“I KNOW YOU LOVE ME TOO.”
Nik menghela nafas, dipandangnya lantai sejenak lalu mengalihkan perhatiannya ke arah Farhana. “Yes.”
Berseri-seri wajah Farhana apabila mendengar Nik membuat pengakuannya. Ia cuba menggapai tangannya, namun Nik cepat-cepat menepis. Farhana terkesima.
“But it was a long time ago.”
Farhana keliru. “Apa awak cakap ni?”
“Tell me the truth. You in love with the old Nik or you’re in love with the brand new Nik?”
“Saya tak faham, kenapa dengan awak ni?!” Farhana merasa geram. Hatinya berdebar laju kerana tidak menyangka sama sekali yang Nik akan menyoalnya sebegitu.
“Oh please Farhana, you neglected me two years ago because you were too embarrassed to be around with me because I was too ugly at that moment. Braces, spectacles, let’s just say im the ugly-betty-male version back then. You quit and caused me trouble to find a new partner for the Sway competiton tonight. When I changed, then you came back.” Nik terus meluahkan segala dendam yang terbuku. Wajahnya bertukar serius sekarang. Memang jelas yang Nik sedang marah pada waktu itu.  “It’s too late now. I don’t love you anymore.”
Nik sudah berkira-kira untuk meninggalkan Farhana. Ia memberhentikan langkah seketika. “You see, because of you, I was able to be with Mia and for that, thank you.” Selamba Nik memberitahu kemudian ia berlalu dari situ meninggalkan Farhana.
MIA terpempan apabila Sofie menceritakan semula kisah perbualan Nik dan Farhana di malam gala minggu lepas. Ia bagaikan tidak percaya!
“See, my brother loves you!” Sofie menyentuh bahu Mia. “Tapi apa boleh buat? Awak tak menyimpan apa-apa perasaan istimewa dekat abang Nik. Saya respect decision awak.” Suara Sofie kedengaran hampa namun bibirnya menguntum senyuman, cuba menenangkan Mia yang tampak begitu terkejut.
Air mata Mia terus mengalir. Hatinya sebak apabila mendengar kisah sebenar yang berlaku pada malam itu. Ia tunduk memandang bantalnya, kemudian ia mendongak lalu memerhatikan Sofie yang kini sedang mengeluarkan sesuatu dari begnya.
“This is for you.” Ujarnya sambil menghulurkan sebungkus kotak. Perlahan-lahan Mia menyambut huluran itu. Kebetulan itu juga datang satu mesej terbaru di telefon bimbit Sofie. Setelah ia membaca isi mesej tersebut, kelihatan ia berkira-kira untuk berdiri.
“Mia, I have to go.”
“Dani?” Mia meneka sambil tersenyum nakal. Sofie hanya tersengih malu sambil mengangguk perlahan.
“Thank you Sofie.” Dipeluknya erat akan sahabatnya itu.
“Get well soon.”
Sofie terus melangkah menuju ke pintu, tetapi belum sempat ia keluar ia terus memberhentikan langkah lalu menoleh ke arah Mia.
“Oh baru saya ingat.”
“What is it?”
“Kalau awak nak jumpa abang Nik, baik cepat.”
“Why?”
“Pasal abang Nik akan pergi ke Indonesia dengan papa next week.”
Mia tidak membalas apa-apa. Ia hanya terbengang di situ saja. Sofie terus keluar dari situ, sempat juga ia melambaikan tangannya.
Apabila kelibat Sofie hilang dibalik pintu, Mia mengalihkan pandangannya ke kotak yang diberikan oleh Sofie tadi. Timbul rasa ingin tahu apa yang ada di dalam kotak itu. Perlahan-lahan ia membuka kotak tersebut. Apabila sudah dibukanya, sekali lagi ia terkedu. Ianya topi milik Nik yang ada huruf MN di hadapannya. Di bawah topi itu pula terdapat sampul surat.

Assalam Mia.

Pertama sekali saya nak minta maaf kerana selalu menjengkelkan awak. Saya tak tahu kenapa saya selalu saja jahat pada awak. Saya begitu suka mengenakan awak, saya suka tengok awak marah, saya suka tengok awak balas dendam tapi saya tak sanggup tengok ataupun mendengar awak menangis pasal saya tak ingin awak terluka. Tapi yang lucunya kan, saya selalu saja buat awak rasa jengkel kat saya. Haha.
Saya nak minta maaf juga pasal saya sedar yang saya ni terlalu ego. Saya lupa nak beritahu,awak nampak sungguh cantik pada malam ‘masquerade bash’ sama malam gala yang lepas. Saya cuba nak beritahu awak begitu malam tu, tapi entah, mulut saya macam terkunci pulak. Saya tahu saya memang ego nak luahkan semua tu.
Akhir sekali
Im sorry that I underestimate your ability to dance,
The way you move really amazed me,
I really love you Mia.

Semakin lebat air mata Mia mengalir setelah ia membaca isi kandungan surat tersebut. Ia dapat membayangkan ego Nik bagaikan cermin yang kini sudah pecah, menghamburkan sisa-sisa kaca ke lantai. Akhirnya hilang juga ego lelaki itu. Mia tidak lagi dapat membendung perasaan sebaknya. Ia terduduk di lantai, cuba menggapai birai katil untuk menstabilkan badannya. Ia menangis lagi.


(seterusnya)

me2u (42)


42


Kebelakangan ini Nik selalu saja mengelamun di biliknya. Sofie semakin hairan melihat perubahannya itu. Abangnya tidak seceria dulu. Sejak malam gala minggu lepas, Sofie tidak lagi melihat kemesraan di antara abangnya dan Mia. Masing-masing menjauhkan diri. Kalau bertemu pun, hanya sekadar sapaan ‘hai’ dan lambaian saja, lepas itu masing-masing mencari alasan untuk beredar.
“Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.” Sofie tidak dapat menahan rasa ingin tahunya yang semakin menggunung. Petang itu langsung diterjahnya bilik Nik. Abangnya yang ketika itu sedang menonton televisyen terus dikacaunya. Suis televisyen di tutupnya, lalu ia bercekak pinggang di hadapan Nik.
“Apa Fie buat ni?”
“Abang jangan nak berdalih lagi. Cepat beritahu Fie, apa yang telah berlaku?!” Sofie menggertak.
Nik memaksa dirinya untuk ketawa. “Tak ada apa-apalah. Kami macam biasa saja.”
“I know you Nik Syahadan. You are my brother.” Sofie menghampiri sofa lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Nik.
Nik mengeluh berat. Rahsia yang terbuku di hati akhirnya diluahkan juga. Terasa ringan juga beban yang ditanggungnya. Namun kecewanya masih lagi bersisa kerana ia benar-benar mahu meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Mia. Namun ternyata nasibnya hanya cinta berat sebelah saja. Memang menyakitkan, tapi apakan daya? Mia sendiri sudah memberitahu yang dia tidak menaruh apa-apa perasaan terhadapnya.
“Jadinya sekarang ni abang nak putus asa macam tu saja?”
Nik tidak menjawab. Ia hanya mendiamkan diri. Ia sendiri tidak pasti apa yang patut dilakukannya. Patutkah ia mengejar Mia? Ataupun membiarkan gadis itu pergi macam itu saja sebagaimana ia membiarkan Farhana pergi begitu saja dulu?

**
Mia merasa kurang sihat pada malam itu. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Pening menyengat kepala. Balik-balik ia mengurut bahagian kepalanya. Sejak kebelakangan ini Mia selalu saja merasa tidak sedap badan. Emosinya yang tidak menentu telah mengganggu kesihatannya. Badannya begitu panas sekali. Kipas bilik hanya dipasang dengan level 3 saja, tetapi rasanya bagaikan penghawa dingin terpasang. Sejuk yang teramat bagaikan menusuk ke tulang. Setelah diberikan ubat dan pelap basah di dahi, Mia terus tertidur.
Setelah lama ia melelapkan mata, secara tiba-tiba ia terbangun. Biliknya tidak lagi seterang benderang tadi. Gelap menyelubungi suasana. Namun ada satu benda di atas meja berhampiran katilnya, masih terang memancarkan cahayanya. Diambilnya benda itu. Ingatannya tentang Nik menerjah minda. Hatinya sayu. Rindunya terhadap lelaki itu semakin tebal menggunung. Sesungguhnya ia sangat merindui akan saat ketika ia bersama-sama dengan Nik. Tetapi ia tahu, menyesal kemudian tidak berguna lagi kerana Mia sendiri yang minta untuk mengakhiri hubungan mereka. Air mata mulai mengalir. Ia sangat merinduinya. 


(bab seterusnya)

me2u (41)


41


Ia cuba menenangkan fikirannya, namun semuanya pasal Nik, Nik, Nik! Air mata masih tidak henti-henti mengalir.
Ia terus keluar dari perut kereta selepas menghulur duit not merah ke arah pemandu teksi tadi. Begitu lemah sekali langkahnya menuju ke pintu utama rumahnya.
“Mia!” Kedengaran satu suara memanggil nama penuhnya. Mia kenal akan suara itu. Sepantas kilat itu juga ia berlari mendapatkan adik kembarnya yang sedang berdiri di hadapan tangga.
“Kak Vida!” Mia menjerit teruja. “Bila akak sampai?? I miss you so much!” Ia memeluk Vida dengan begitu erat sekali.
“Baru saja sampai.” Vida membalas. “Wow! Cantiknya Mia malam ni.” Adiknya taksub melihat adiknya begitu cantik memakai gaun labuh tersebut. Tapi ia hairan juga apabila ia melihat mata Mia macam orang baru lepas menangis.
Tuan Jamal dan Puan Lina begitu gembira melihat Mia dan Vida bertemu kembali. Tuan Jamal agak taksub juga melihat dua manusia yang begitu sama sekali di hadapannya. Memang seiras.
“So how was it?” Soalan Tuan Jamal membuatkan Mia memberhentikan laku. Tampak jelas wajahnya berubah kerana ingatannya tentang tadi menerjah minda.
“Emm, bolehlah.”
“Mia menang?” Ibunya pula menyoal.
Mia baru teringat! Ia lupa untuk masuk ke dewan tadi untuk mengetahui akan keputusan pertandingan menari tadi. Ah, lantaklah! Menang atau kalah, tidak penting. Hal sudah terjadi, tidak boleh diubah lagi.
“Mia tak tahu, Mia tak sempat nak tengok tadi.” Balas Mia dengan nada suaranya yang lemah. “Mia nak naik dulu, Mia letihlah.”
“Jom.” Vida menyahut sambil merentap lengan kakaknya. “Goodnight mom, sir.” Vida menyambung.
 Mia juga turut menoleh lalu memberikan sekuntum senyuman kepada Puan Lina dan Tuan Jamal. “Goodnight ma, pa.”
Mereka berdua terus menaiki tangga menuju ke atas. Tuan Jamal dan Puan Lina terpempan. Mereka berpandangan di antara satu sama yang lain dengan riak hairan terpampang di wajah masing-masing.
“Saya salah dengar ke?” Tuan Jamal bagaikan tidak percaya. Sekali lagi mereka berpandangan.
“Alhamdulillah.” Serentak mereka berdua membalas.

**

Mia terus membersihkan dirinya dan bertukar ke baju T dan seluar biasa. Lama Vida memerhatikan gelagat adiknya, memang bukan seperti biasanya. Mia orangnya banyak cakap apabila bersama-sama dengannya. Tapi sekarang Mia tampak begitu serius dan kelihatan sedih sekali.
“Boleh akak tanya tak?”
“What is it?”
“What happened during the dance?” Soalnya Vida, bunyinya macam tahu sesuatu sudah pun berlaku.
“Akak nak tengok movie baru? Evolusi KL drift 2?” Mia terus berlari menuju ke alat dvd player tidak jauh di hadapan katilnya lalu memasang movie terbaru arahan Syamsul Yusof. Mia terus berlari keluar. Sengaja ia tidak mahu menjawab soalan kakaknya. Semakin pelik pula Vida memerhatikan kelakuan Mia. Tidak lama kemudian, adiknya masuk dengan membawa dua mangkuk aiskrim perisa vanila.
Vida tidak dapat fokus melihat filem yang terpasang kerana ia begitu risau melihat keadaan adiknya. Kenapa dengan dia? Apa yang sudah terjadi sebenarnya?
TET TET!
4-1-1:
Tik Tok, it’s not even midnight yet but our Cinderella had already ran away.
Mia meletakkan kembali telefon bimbitnya di sebelah lalu terus menyambung memakan aiskrim sambil melihat televisyen. Kali ini ia tidak dapat membendung lagi akan sebak yang sudah menggunung. Air mata mula mengalir, namun pandangannya masih di hadapkan ke hadapan.
“Kenapa Mia menangis?” Vida menyoal dengan cemasnya.
“Movie ni, sedih sangat!” Mia menangis lagi. Namun itu tidak menghalang dia dari terus memakan aiskrimnya.
Berkerut-kerut dahi Vida mendengar akan ucapan pelik kakaknya. “Hah? Sedih?” Vida memandang televisyen dan kakaknya bersilih ganti. “Evolusi KL drift 2? Diorang tengah racing Mia kata sedih?”  Vida membalas separuh berbisik. “Im not an idiot, tell me what happened between you and Nik at the dance?” Vida menyambung lagi dengan wajahnya yang serius. Terus dibacanya mesej yang dibaca oleh kakaknya tadi.
Kali ini baru Mia meletakkan aiskrimnya ke sisi lalu tunduk menangis teresak-esak. Vida menggapai badan kakaknya lalu memeluknya.
“Ssssh, tell me what happened?” Lembut Vida memujuk kakaknya.
Mia kembali duduk lalu menceritakan apa yang berlaku. Tersedu-sedan ia menceritakan balik tentang perkara tadi. Semakin lebat air matanya mengalir sewaktu ia teringat kembali akan kejadian ia terpaksa membohongi Nik tentang perasaannya.
“I love him so much and I hate myself for lying!”
“But why didn’t you just tell him the truth?”
“Because I couldn’t.” 


(bab seterusnya)

Monday, February 20, 2012

me2u (40)


40


Selama dua hari itu mereka berdua berlatih dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi dengan perubahan yang dibuat pada saat terakhir yang dibuat. Memang pening juga pada mulanya, tapi akhirnya mereka merasa selesa juga.
Sekali lagi Mia melihat dirinya di hadapan cermin. Ia bagaikan tidak percaya yang di hadapannya itu sekarang adalah dia sendiri. Rambutnya yang panjang dan ikal mayang dikelip separuh, padan dengan gaunnya berwarna electric blue berlengan paras diantara bahu dan siku dengan berkainkan kain satin labuh bertingkat-tingkat. Semakin menyerlah kecantikan Mia apabila ia siap bersolek. Sempat juga ia belajar cara bersolek dengan menonton video Michelle Phan yang terbaru, guru bersolek melalui Youtube.
**
Di hadapan pintu utama terpasang gerbang bunga mawar putih dan disanalah tempat para photographer kolej berhimpun. Cahaya kamera mulai sabung menyabung. Malam itu, Nik dan Mia ke dewan MIS bersama-sama. Mereka nampak begitu serasi sekali. Jam sudah menunjukkan ke pukul 8 malam. Kelihatan ramai sudah tetamu yang datang memenuhi ruang kolej tersebut.  Semua para tetamu yang datang pada malam itu bagaikan artis di majlis karpet merah. Semuanya begitu anggun dan segak sekali. Masing-masing dengan daya tarikan mereka tersendiri. Dari luar sudah kedengaran lagu Caramu dendangan Nikki berlaungan di setiap pembesar suara yang terpasang di setiap sudut dewan utama tersebut.
“How are you feeling?” Nik menyoal.
“Entahlah. Anxious, excited, nervous..” Mia cuba menarik nafas sedalamnya.
“Butterflies.” Nik mengagak lagi. Sejurus itu mereka berdua serentak ketawa. Suasana semakin meriah lagi apabila mereka mula melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Ditambah lagi dengan lampu berwarna warni yang bergerak laju mengelilingi seluruh dinding dewan itu.
“Hai Nik! Hai Mia!” Sofie dan Dani yang baru saja sampai terus menyapa mereka berdua. Nik keliru.
“Fie dengan Dani….?” Nik kehilangan kata melihat adik kembarnya kini bersama-sama dengan Dani. Jadi tekaannya selama ini memang benar? Dani memang ada hubungan istimewa dengan Sofie? Ia menoleh ke arah Mia yang kini sedang menahan senyuman yang kian terukir di bibir.
Sofie dan Dani berpandangan, kelihatan mereka juga cuba menahan senyum yang semakin melebar. Mereka mengangguk laju. “Maaflah bang pasal tak beritahu abang masa tu.” Sofie mengangkat tangannya menunjukkan aksi minta ampun kepada abangnya.
Nik terus tergelak melihat mereka berdua. “Abang memang dah tahu pun yang Dani ni ada hati dekat Fie.” Ia mengalihkan pandangannya ke arah Dani lalu menepuk bahu temannya itu sambil tersenyum.
“Goodluck to both of you.” Ujar Dani kepada Mia dan Nik.
“Thank you.” Serentak mereka berdua menjawab.
Tiba-tiba Jj datang menyampuk dengan keadaannya yang termengah-mengah.
“Apahal dengan kau ni?” Dani menyoal. Pelik melihat temannya yang seorang itu, terkenal dengan sikap cemerkapnya.
“Aku…baru…. kena…. inform…tadi.” Bicara Jj dengan nafasnya yang turun naik.
“Adui, risaulah aku tengok kau macam ni.” Nik membalas sambil mengurut belakang Jj.
“Calm down, breath.” Mia cuba menenangkan Jj sambil menunjukkan cara-cara bernafas yang betul.
Beberapa minit kemudian barulah Jj mampu bernafas secara normal. Ia memandang wajah teman-temannya bersilih ganti.
“Aku nak beritahu korang yang kita kena suruh buat persembahan tak lama lagi.”
“APA?!!” Mereka semua yang ada di situ menjerit. Tidak percaya dengan kata-kata Jj.
“Persembahan apa?! Kita tak prepare pun!” Dani membalas. Masing-masing diserang panik. Hiruk pikuk dewan tersebut langsung mereka tidak hiraukan.
“Kita-kita saja ke yang kena ni?” Sofie menyoal pula.
“Bukan kita saja, satu kelas Cikgu Firdaus kena ikut tau!”
Mendengar akan nama En. Firdaus, Mia terus memetik jari. Mereka semua memalingkan perhatian mereka kearahnya.
“You all ingat tak semua steps?” Soalnya selamba, dengan ekor matanya yang nakal memandang mereka semua. Berkerut dahi mereka mendengar soalannya.
“Aduhhh, Sir Firdaus’s She Bangs dance move?!” Mia menyambung lagi. Geram melihat semua temannya kebengangan.
“OHHHHH!” Mereka semua serentak menjerit.
Tiba-tiba lampu sorot mula dipancarkan ke arah Nik, Dani, Jj, Mia, Sofie, Lara, Tiara dan semua pelajar yang memasuki kelas En.Firdaus. Ada yang masih kebingungan. Tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Masing-masing kena pancar dengan lampu sorot yang begitu terang benderang.
“To all Mr. Firdaus students, please stand by on the middle of the dance floor. Some sources tells me that you guys had prepared an awesome moves. So? Bring it on!” Kedengaran satu suara perempuan di balik pembesar suara. Masing-masing melilaukan mata mereka untuk mencari gerangan suara siapakah itu. Mungkinkah MG?
Mereka terus ke tengah-tengah dewan, tepat di bawah bebola disko. Kini semangat mereka semakin membara. Tidak sabar untuk memulakan tarian mereka. Nasib juga mereka masih ingat akan langkah senam ringan yang ditukar ke rentak tarian yang diajar oleh En. Firdaus dua minggu berturut-turut itu.
Lagu She Bangs dari Ricky Martin terus kedengaran. Dengan itu mereka terus memulakan langkah tari mereka yang rancak. Mereka mengubah sedikit langkah tari itu dengan membahagikan mereka dari dua kumpulan terus berpecah menjadi pasangan ke pasangan.

She walks like she talks,
And she talks like she walks,
And she bangs, she bangs,
Oh baby when she moves, she moves
I go crazy,
Cause she looks like a flower but she stings like a bee,
Like every girl in history,
She bangs, she bangs,
Im wasted by the way she moves,
No one ever looked so fine,
She reminds me that a woman only got one thing on her mind.

Mereka bersorak sakan apabila menyaksikan pelajar-pelajar En.Firdaus yang menghayun langkah mengikut rentak rancak lagu tersebut. Suasana semakin meriah. En. Firdaus yang turut menyaksikan persembahan mengejut itu dari tadi tidak henti-henti tersenyum. Tidak sangka senam memanaskan badan stailnya boleh bertukar menjadi rentak tarian juga.
“Ada-ada je.” En. Firdaus bermonolog sendirian sambil tertawa kecil melihat aksi pelajar-pelajarnya di tengah-tengah lantai tarian.
**
Mereka semua begitu gembira sekali kerana mereka begitu rancak dan bersemangat sekali apabila menari dengan lagu She Bangs tadi. Masing-masing melompat sakan apabila persembahan spontan mereka tadi berakhir.
“To all the participants that were taking part in the competition, can you all please prepare yourself. The competition will begin shortly. Thank you.”
Mia semakin gementar sekarang, lebih hebat dari tadi. Beberapa kali sudah ia cuba untuk bernafas dengan cara yang sepatutnya untuk menghilangkan rasa gementar yang mula bermaharajelala di dada. Nik menoleh lalu tertawa kecil. Lucu melihat kelakuannya.
“Calm down, breath.” Nik mengajuk semula kelakuan Mia apabila menenangkan Jj tadi.
“Now let’s give a big round of applause for the first couple, Jeffri Fauzan and Melissa Jane!”
Dewan utama kolej diselubungi dengan riuh sorakan dan tepukan tangan para hadirin yang ada pada malam itu. Keadaan dewan bertukar malap. Hanya ditemani dengan lampu sorot yang ditujukan ke arah pasangan pertama yang baru saja memulakan tarian mereka dengan lagu if you’re not the one.
“Wow, Jj surely can dance.” Mia memuji, matanya begitu fokus sekali melihat Jj dan Melissa menghayunkan rentak tarian perlahan mereka.
“Jj memang pandai menari, walaupun dia tu clumsy sikit.” Selamba Nik membalas.
Mereka semua terus ketawa. Memang benar. Jj orangnya memang cemerkap dan mudah lepas cakap.
Dari pasangan pertama hinggalah pasangan kelapan. Pasangan Farhana dan Hafiz baru saja memulakan langkah tari mereka dengan lagu Bailamos yang sepatutnya menjadi lagu untuk tarian Nik dan Mia.
“Hmm, not bad.” Mia bermonolog sendirian apabila melihat aksi tari Farhana dengan Hafiz apabila lagu mula bertukar rentak.
“Im sure you guys are way better than them.” Ujar Tiara yang duduk di sebelah Alex pada ketika itu. Mia dan Nik hanya mampu tersenyum.
Sofie pula mengangguk setuju. Sebenarnya ia tidak sabar menunggu keputusan walaupun abangnya dan Mia belum lagi memulakan persembahan mereka. Ia mahu melihat wajah Farhana jikalau Nik dan Mia memenangi pertandingan itu. Ia yakin yang Mia dan Nik akan menang. Benar-benar yakin!
“Now for the final couple, please welcome Nik Syahadan and Damia Ell!”
Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak apabila Nik dan Mia beriringan melangkah masuk ke lantai tari. Tarian mereka bermula apabila lagu mereka mula dimainkan. Langkah mereka begitu lembut dan gemalai sekali. Lampu dewan sekali lagi di malapkan. Bagaikan terapung di awangan apabila asap putih menyelubungi bahagian bawah lantai tari. Semua yang ada di situ begitu terpegun sekali melihat tarian mereka. Apatah lagi dengan lagu perlahan tadi yang menusuk hati. Mereka terus melakukan aksi baru mereka apabila puncak lagu mereka sampai kemuncaknya sebelum bertukar ke versi lain. Mia berlari menuju ke arah Nik lalu Nik pun merangkul pinggangnya dan mengangkatnya ke atas, Mia terus mendepakan tangannya apabila lagu versi perlahan mereka sampai kemuncaknya. Beberapa minit kemudian, lagu mereka bertukar rentak. Kini tarian mereka bertukar dari perlahan ke rentak rancak dan laju apabila lagu yang sama bertukar versi. Mereka mencantumkan lagu Cascada everytime we touch dari versi candlelight ke versi remix. Semakin ramai orang bersorak melihat persembahan mereka yang sungguh mengkagumkan itu.
“Oh my god, that was very romantic!” Ujar Tiara teruja apabila Mia dan Nik kembali ke tempat duduk mereka.
“Bravo!” Alex pula bersuara sambil menepuk belakang Nik. “I didn’t expect our team captain could dance like that.”
“I know right!” Ishq yang duduk di sebelah Lara terus menyampuk. Bersetuju dengan kata-kata Alex.
Nik tersengih. “Well, thanks to Mia. If it wasn’t her, you guys won’t be able to see me swaying like that.”
Mereka semua terus ketawa. “Yeah, aku baru ingat. Sepatutnya kau menari dengan Farhana kan? Tapi dia tarik diri pasal dia….adui!”
Jj tidak jadi meneruskan ayatnya apabila Dani menendang kakinya dari bawah meja. Dani terus tersengih, sempat ia menjengilkan matanya ke arah Jj dan menunjukkan riak jangan-sebut-itu-dekat-sini!
Mati terus senyuman Mia apabila mendengar nama Farhana bergendang di telinga. Jj pula buat-buat bodoh, dalam hati balik-balik ia memaki hamun akan dirinya kerana terlalu lepas cakap. Nik hanya berlagak selamba namun mendengar nama Farhana disebut di depan Mia membuatkan ia gusar juga. Keadaan ceria tadi terus bertukar janggal. Masing-masing tidak tahu apa hendak dikata.
“Well, this is akward?” Mia bersuara, memecahkan sepi diantara mereka.
“I know right.” Lara terus ketawa terpaksa, memberikan isyarat kepada mereka yang lain untuk turut ketawa juga.
“HA HA HA HA HA.” Bagaikan orang bodoh mereka ketawa. Mia hanya mengiyakan saja dengan turut ‘menyedekahkan’ ketawanya.
“Saya nak pergi ke tandas kejap.” Mia bingkas dari tempat duduk dan terus melangkah menuju ke tandas.
Lama ia menatap dirinya di cermin. Ia tidak merasakan ceria tadi. Memang sah ia cemburu. Mengingatkan saja akan riak wajah Nik yang gusar tadi sudah menunjukkan dulu memang ia ada apa-apa istimewa dengan Farhana dan nampaknya sampai sekarang Nik memang belum dapat melupakannya.
Apabila ia melangkah keluar, di sana ia terserempak Farhana dan Nik sedang berjalan beriringan tidak jauh di hadapannya. Mia terpempan! Nalurinya menyuruh untuk memerhatikan kejadian itu dengan lebih dekat lagi. Dipejamkannya matanya lalu dibukanya kembali, adakah ini mimpi? Tangannya dicubit. ‘Ouch!’
Mia mengikut langkah mereka dari jauh. Kelihatan mereka berdua sedang menuju ke luar kawasan sekolah. Mia menyembunyikan dirinya di sebalik tiang besar dan mencuri dengar akan komunikasi di antara Nik dan Farhana di situ.
“Nik, please stop.” Farhana membuka bicara.
“Maksud awak?”
“I know about you and Mia. You guys are just pretending just to make me jealous, right?” Farhana terus membalas dengan penuh yakin sekali. “ Saya nak minta maaf pasal dulu…” Farhana terdiam sejenak.  “Je t’aime.” Sambungnya lagi.
Nik betul-betul bengang sekarang. Sepatah ayat pun tidak terkeluar dari mulutnya apabila mendengar kenyataan itu.
Mia yang bersembunyi di belakang pun turut mengerutkan dahi. Baru ia teringat yang ia tidak sempat mencari makna ayat itu di internet pada hari yang sama di mana surat arwah Amal sampai kepadanya. Terus ia mengeluarkan Blackberry miliknya dan mencari makna  je t’aime melalui google. Dalam hati ia bersyukur juga dengan teknologi zaman sekarang yang semakin maju dan canggih. Hatinya bagaikan disentap. Matanya terjengil besar. Melihat saja makna terjemahan ayat itu membuatkan Mia diserang seribu satu perasaan bersalah.
“I love you Nik. I really do! Im sorry it took a long time for me to realize that.”  
Mia semakin tidak keruan apabila mendengar Farhana menyebut tiga perkataan itu. Dalam hati ia geram juga dengan Nik yang masih lagi membisukan diri di situ.
‘Say something! Jangan tercegat macam tu je!’  Memang ia merasa bersalah terhadap Farhana. Namun jauh di lubuk hatinya ia mengharapkan Nik supaya tidak membalas dengan tiga perkataan itu.
“I know you love me too.” Ucap Farhana lagi.
Nik menghela nafas, dipandangnya lantai sejenak lalu mengalihkan perhatiannya ke arah Farhana. “Yes.”
Mia memejamkan matanya serapatnya, menahan sebak di dada. Ia pasrah! Memang betul tekaannya yang Nik memang tidak dapat melupakan Farhana. Terus saja ia berlalu ke arah lain, ia tidak sanggup lagi untuk lama-lama di situ. Hatinya begitu sakit sekali. Patutlah Nik selalu saja memberikan alasan apabila Mia cuba bertanyakan perihal dia dengan Farhana dulu. Rupanya lelaki itu masih lagi ada perasaan dekat Farhana.
***
“Awak ada nampak Mia tak?” Nik menyoal sebaik saja ia melabuhkan punggung di sebelah Dani. Dipandangnya wajah teman-temannya di situ bersilih ganti, namun masing-masing menggelengkan kepala. Tidak tahu Mia ke mana.
Where are you?
Lama ia menunggu Mia membalas teks mesejnya. Bagaikan orang tidak keruan ia duduk di situ. Semua kawannya kini masing-masing dengan pasangan mereka menari di lantai tari. Tiba-tiba ia merasakan gegaran, teks mesejnya dibalas!
The pond bridge.
****

Dari jauh Nik ternampak Mia sedang berdiri termenung di atas jambatan kecil di atas kolam sederhana kecil berhampiran dengan Serene Garden kolej tersebut. Nik terus menghampirinya.
“Berani juga awak sorang-sorang di sini.” Nik menyapa apabila ia berdiri di sebelah Mia.
Mia tidak membalas apa-apa. Ia hanya tersenyum sinis.
“Mia?” Nik hairan dengan perubahan Mia. “What’s wrong?”
“You know what’s funny?”
Berkerut-kerut dahi Nik mendengar soalan itu. “What?”
“Semua orang kat kolej ni fikir yang kita ni sweet couple.”  Ayat Mia terhenti seketika. Nik masih lagi keliru, ia tidak mengerti akan maksud sebenar. Mia menghela nafas.
“They didn’t know that we’re just pretending to be one. Deep down, kita cuma bagaikan kawan rapat.”
“Saya masih tidak faham. Apa maksud awak sebenarnya?”
“It means we don’t have that special feelings with each other!” Mia menjerit, meluahkan rasa sakitnya. Nik terkesima, tidak menyangka yang Mia akan berkata sedemikian.
“We’re not?”
“It’s over now.” Mia cuba menahan air matanya dari mengalir. Ia tidak mahu menangis. Hatinya sendiri tidak mahu melepaskan Nik, namun ia mesti juga! “I quit, I want this pretend-relationship to be over.”
Nik bagaikan robot yang dari tadi tidak dapat melepaskan pandangannya dari Mia.
“I mean, aim awak untuk pretend ni cuma nak protect Sofie je kan? But look at her now. She’s now getting fine with Tiara and Lara. Especially, with Dani. So it means kita dah tak perlu nak continue ‘mission’ ni. Awak sendiri cakap relationship ni takkan last forever, kan? Saya masih ingat lagi awak cakap ‘eventually we’re going to break up’. Lebih baik kita end this malam ni jugak. You know I hate to lose. Better saya yang putuskan dulu. Lepas ni awak boleh date dengan siapa yang awak benar-benar suka. I don’t want to become a barrier for someone who deserve you more than I do.”
“So,you’re saying that you don’t have any special feelings for me?” Nada suara Nik berubah lemah. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui jawapan Mia.
Mia menggigit bibir. Seketika itu ia mendongak langit, cuba menahan air mata dari gugur ke bumi. “No.”
Nik mengangguk, akhirnya ia terpaksa akur dengan jawapan Mia. Mia yang ketika itu tidak lagi tahan untuk membendung perasaannya terus beredar meninggalkan Nik. Hatinya seakan-akan dirobek. Mia terus menangis sewaktu meninggalkan Nik di situ, tidak menyangka yang dia akan berkata sedemikian. Sungguh sakit hatinya kerana menyatakan kenyataan yang dia tidak ada apa-apa perasaan untuk Nik, hakikatnya sebenarnya ada. 


(bab seterusnya)

me2u (39)


39


4-1-1:
Jean Galoert de Campistron once quote: “The heart seldom feels what the mouth expresses.”
I think someone expressing he is now serious. M&N? More like sweetmen. Custom made cap? How sweet..

Nik membetulkan topinya lagi. Telefon bimbitnya terus dimasukkan ke dalam saku seluar. Semakin ramai pula pelajar disekeliling memerhatikannya. Nik hanya berlagak selamba. Ia terus saja ke taman mencari kelibat Jj dan Dani.
“Nik! Wah romantik juga orangnya kau ni ya.” Taufik yang baru saja turun dari tangga terus menyapa. Terbentang senyuman di bibir lelaki itu.
“Romantik apanya?” Nik menyoal dengan riak hairan di wajahnya.
“Ai, takkan tak sedar kot. Ni topi kau ni. Cantik juga ya.” Taufik memunjungkan bibirnya ke topi yang di pakai Nik. “It stands for Mia and Nik, right?”
Nik tidak membalas apa-apa. Ia sendiri tidak tahu apa yang patut dibalasnya. Egonya masih belum panas lagi. Nik sengaja tidak menjawab soalan itu, sebaliknya ia memanjangkan leher cuba mencari kelibat dua orang sahabatnya.
“Kau nampak Dani dengan Jj tak?” Sengaja Nik mengubah topik.
“Seingat aku, Dani dengan Jj pergi ke kafe tadi.”
“Really? Thanks man.” Balas Nik sambil menepuk bahu Taufik lalu ia terus berjalan menuju ke kafe kolej. Sewaktu ia melintasi kawan taman sekolah, di sana ia terserempak dengan Mia. Kelihatan dia sedang duduk termenung. Niatnya untuk ke kafe langsung batal apabila terserempak dengannya. Sedikit risau juga melihat keadaan Mia yang muram semacam itu.
“Hei.” Sapanya lembut, ia melabuhkan punggung di sebelahnya. Mia menoleh lalu menguntum senyuman.
“Hai.” Balas Mia perlahan.
“Diorang Sofie, Tiara, Lara mana?” Mata Nik melilau mencari kelibat ketiga orang perempuan yang disebutnya itu.
“Diorang semua pergi ke kafe.”
Buat seketika mereka menyepi.
“Emmm, awak masih teringatkan kisah semalam?” Nik begitu teragak-agak untuk bertanya dengan riak wajahnya yang tidak pasti. Takut Mia menangis lagi macam semalam.
Lama Mia mendiamkan diri. Wajahnya sudah merona merah. Ia cuba menahan sebak yang mula menghimpit dada.
“Awak..” Nik mulai panik. “Awak janganlah nangis..” Ia cuba memujuk.
Mia sendiri tidak dapat mengawal perasaannya. Air yang sudah penuh berkumpul mulai gugur membasahi pipi.
“I’m an idiot.” Ia mengesat air matanya kasar sambil ketawa. Malangnya, memang tampak jelas yang dia hanya ketawa terpaksa. Sepantas itu Nik merentap tangan Mia, ia sudah tidak tahan melihat Mia terluka sebegitu.
“You are not an idiot.” Ujar Nik, wajahnya begitu serius sekali. “I need you to be strong.”
Mia menganggukkan kepalanya tanda ia mengerti akan kata-kata Nik. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah topi yang dipakai Nik pada waktu itu sampaikan Nik tersedar yang Mia begitu lama memerhatikan topi tersebut. Tidak tentu rasa juga dia dibuatnya.
“M&N?” Soalnya sambil menuding jari ke huruf yang jelas terpampang di bahagian depan topi yang berwarna hijau laut dan putih itu.
“Nama kumpulan bola keranjang favourite saya. Minnesota Timberwolves.”
“Kalau Minnesota Timberwolves, kenapa spelling-nya MN? Kenapa tak MT?”
“Maybe kilang pembuat topi ni kehabisan huruf T kot.” Begitu cepat Nik membalas. “Nothing possible is impossible.” Sambungnya lagi.
Mia masih meragui akan jawapan lelaki itu. Tetapi dari gayanya bercakap, macam betul juga. Pasal Nik tidak sama sekali menunjukkan nada gagap ataupun teragak-agak. Begitu lancar dan yakin sekali ia menjawab soalannya.
“Kenapa? Awak fikir MN ni ‘Mia dan Nik’ ya?” Nik menyakat. Siap dengan keningnya turun naik lagi memandang Mia.
Mia merengus. “Please-lah!” Cepat-cepat ia berdalih. Padahal dalam hati tadi memang ia berfikiran sedemikian rupa.
Nik hanya senyum ketawa sambil memandang Mia. Hilang prasangka Mia yang dulu Nik ini memang menyakitkan mata, kali ini berulang kali ia memandang lelaki itu, hatinya tidak jemu.

TET TET!

4-1-1:
We know that there are people who share a same date of birth in this school. But sharing a same songs for the Gala Night Ball Room Competition? Goodluck searching a new routine for the competition M&N. Because F&H will not going to forfeit. 

Terjengil mata Nik apabila ia selesai menelaah teks mesej tersebut. Sementara Mia masih lagi keliru. Siapa F&H?!
“Searching new routine? Who is F&H?” Bertubi-tubi Mia menyoal.
 Nik bagaikan orang baru kena pukau. Ia benar-benar terkejut sekarang. Sofie memang betul. Farhana memang benar-benar keterlaluan sekarang. “Lagu kita sama dengan lagu Farhana.” Ujar Nik setelah lama ia membisu. “Bailamos and Because you love me.”
Mia terkejut apabila kenyataan itu menampar cuping telinganya. “Why?!”
Nik tidak membalas apa-apa. Ia hanya sekadar mengangkat bahu lalu menundukkan wajahnya.
“Oh no! Nak buat rutin baru? Mana kita ada masa nak restart balik semua ni! Itu kerja gila!” Mia mundar mandir di hadapan Nik sambil berpeluk tubuh. Semua pelajar yang ada di situ tidak dapat melarikan pandangan mereka dari memerhatikan gelagat Nik dan Mia. Tahulah mereka yang mereka berdua menghadapi masalah pada waktu itu.
“I think I should go talk to her.”
Nik cuba menghalangnya namun Mia sudahpun jauh berlalu meninggalkannya. Beberapa kali ia menjerit namanya namun Mia tetap tidak mengendahkannya.
**
Mia terus meluru ke arah Farhana yang kini sedang mengemas buku-bukunya di loker. Kelihatan perempuan itu tenang sekali. Sedikit pun tidak ada rasa kesal di wajahnya.
“Farhana, can I talk to you for a minute?”
Farhana yang ketika itu membelakangi Mia terus memalingkan pandangannya ke arah perempuan yang tidak disukainya itu. “Spill.”
Mia keliru. Nada Farhana seakan-akan macam orang kurang ajar. Dulu bukan main ‘suci’ perangainya, namun sekarang? Memang berbeza! Mia menggelengkan kepalanya laju untuk menyedarkan dirinya dari terus mengelamun.
“You stole our ideas!”
Farhana pura-pura tidak tahu. “Kenapa pula saya? Awak jangan main tuduh sembarangan!”
“Oh come on! MG said it clearly F&H! It’s you!” Mia semakin tidak puas hati. “Awak ingat saya tak tahu awak selalu stalked kami practice sama-sama?! So it’s clearly you!” Sambungnya lagi.
Akhirnya Farhana sendiri mengalah. Namun begitu, ia masih lagi dengan watak angkuhnya. “Oh please Mia, safe the drama. It’s only a song.”
“Only a song? Only a song?! Didn’t you know what kind of trouble you put us into?!”
“Well it’s not my problem.” Selamba saja mulut Farhana membalas.
Mia tidak membalas, buat seketika itu ia cuba menenangkan dirinya. Ia tidak mahu dibawa berjumpa dengan pengetua sekolah lagi walaupun tangannya terasa ringan untuk menumbuk pipi perempuan gedik di hadapannya sekarang ini. Matanya menoleh ke kanan kemudian ia teringat! Ingatannya tentang pertama kali ia berkenalan dengan Farhana menerjah minda. Baru ini ia teringat yang dulu Farhana ada menyimpan gambarnya dengan Nik di belakang pembuka loker tersebut. Gambar itu begitu sama sekali dengan gambar yang diterimanya secara misteri beberapa minggu yang lalu. Dan sekarang Mia lihat gambar itu tidak lagi ada di loker Farhana.
“Where is the photo?” Selamba Mia menyoal. Nada suaranya tidak setinggi tadi.
“Tak ada kena mengena dengan awak.” Farhana menutup lokernya secara kasar. Berdesing telinga Mia kerana bunyi hentakan pintu loker yang begitu kuat menghentam pendengarannya. Farhana sudah mula berkira-kira untuk meninggalkan Mia.
“I know it now. You didn’t like me because im dating Nik, right?”
Farhana memberhentikan langkah. Namun sedikit pun ia tidak menoleh ke belakang. Apatah lagi hendak membalas soalan Mia. Langsung tidak ada. Tidak lama kemudian, Farhana terus menyambung langkahnya tanpa menghiraukan Mia di belakang.Mia masih keliru.
‘Kalau dia jealous pun apesal? Ya dia ada history dengan Nik, tapi….what kind of history? Nik tak nak bagitau semua ni. Urgh!’ Ia menggerutu di dalam hati.
“Mia!” Kedengaran beberapa suara memanggil namanya dari belakang. Apabila ia menoleh, ia mendapati Tiara, Lara dan Sofie sedang berjalan menghampirinya.
“Lama kami tunggu awak dekat kafe tadi tau. Awak pergi mana?” Sofie menyoal, sambil itu ia meneguk milo sejuk yang kini sudah tinggal setengah cawan.
“Im sorry. I was talking with Farhana just now.”
“Pasal 4-1-1 yang baru tu?” Lara pula yang bertanya.
Mia menganggukkan kepalanya. Melihat saja Mia begitu, riaksi mereka bertiga terus berubah.
“Awak jangan ambil ke hati dengan kata-kata perempuan tu.” Lara menyambung.
Sofie dan Tiara mengangguk setuju. “Betul tu, memang benarlah Farhana dulu rapat dengan abang Nik, tapi sekarang…”
“Wait, wait…what did you say?” Mia memotong ayat Sofie sambil mengangkat kedua belah tapak tangannya.
Mereka bertiga kehilangan kata.  Masing-masing berpandangan dengan riaksi hairan.
“You didn’t know?” Tiara pula yang menyoal.
“Know what?” Mia menyoal kembali. Semakin keliru pula dia dibuat mereka.
“Know that we are going shopping today?!” Tiara menjerit dengan nada teruja. Sengaja ia mengubah topik dan sepantas itu ia menggamit bahu Mia untuk berjalan beriringan bersama. Sempat juga ia menjengilkan matanya ke arah Sofie dan Lara kerana terlalu lepas soal.
“But I though we already bought our dresses?”  Mia masih tidak habis-habis menyoal.
“Not that, I mean we’re going out circling KL. Girl’s day out. Plus we need to release our tension. After all we just finish our monthly test…” Suara Tiara semakin tenggelam apabila ia dan Mia sudah berjalan agak jauh di hadapan meninggalkan Sofie dan Lara masih lagi berjalan perlahan di belakang.
“Kau rasa kita patut ke rahsiakan hal ini dari Mia? Kesianlah aku tengok dia.” Bicara Lara, matanya tidak lepas dari memandang Mia yang berjalan membelakangi mereka.
Sofie mengeluh. “Entahlah. Aku rasa lebih baik Mia tahu dari mulut abang Nik sendiri dari kita. Aku takut nanti Mia sakit hati.”
“Aku pun tak mahu benda tu terjadi dekat dia juga. Tapi aku rasa lain macamlah kalau terus-terusan macam ni.”
“Kita kena tunggu dan lihat dulu. Kalau apa-apa yang buruk terjadi, masa tu baru kita campur tangan. Ok?”
Lambat-lambat Lara menganggukkan kepalanya.
***
“I know, I know, im sorry im late!” Terkial-kial Mia berlari masuk ke dalam studio. Dari permukaan pintu lagi ia dapat melihat Nik sedang duduk termangu sambil mendengar lagu melalui Ipod yang tersumbat di telinganya. Sesekali itu dapat juga ia melihat kepala lelaki itu bergerak-gerak. Khusyuk sakan mendengar rentak lagu yang didengarnya. Petang itu mereka tidak berlatih di studio Mia, sebaliknya mereka berlatih di studio kolej.
Kebetulan juga ramai yang tidak ada di kolej, jadi senanglah mereka untuk memulakan latihan
tarian mereka yang baru tanpa ada sebarang gangguan terutama sekali gangguan dari Farhana.
“Tak apa. Saya baru saja dapat lagu yang sesuai untuk malam gala hari Sabtu ini.” Nik tersenyum senang. “We’re going to use medley type of songs.” Riak resahnya tadi langsung hilang apabila idea baru datang menyerang.
“Kita kena change semua steps ke?”
Nik menggelengkan kepalanya. “All we have to do is add some new steps.” Nik terus memberikan arahan kepada Mia dan selepas itu mereka mencuba gerakan baru untuk diterap masuk ke dalam rutin tarian mereka. Dengan lagu rancak berlaungan di alat pembesar suara, masing-masing terus teruja. Baru sekejap Nik mengajar Mia, ia terus faham akan arahan untuk aksi baru itu. Kini semangat mereka semakin naik.


(bab seterusnya)