39
4-1-1:
Jean Galoert de Campistron once quote: “The heart
seldom feels what the mouth expresses.”
I think someone expressing he is now serious. M&N?
More like sweetmen. Custom made cap? How sweet..
Nik membetulkan topinya
lagi. Telefon bimbitnya terus dimasukkan ke dalam saku seluar. Semakin ramai pula
pelajar disekeliling memerhatikannya. Nik hanya berlagak selamba. Ia terus saja
ke taman mencari kelibat Jj dan Dani.
“Nik! Wah romantik juga
orangnya kau ni ya.” Taufik yang baru saja turun dari tangga terus menyapa.
Terbentang senyuman di bibir lelaki itu.
“Romantik apanya?” Nik
menyoal dengan riak hairan di wajahnya.
“Ai, takkan tak sedar
kot. Ni topi kau ni. Cantik juga ya.”
Taufik memunjungkan bibirnya ke topi yang di pakai Nik. “It stands for Mia and
Nik, right?”
Nik tidak membalas
apa-apa. Ia sendiri tidak tahu apa yang patut dibalasnya. Egonya masih belum
panas lagi. Nik sengaja tidak menjawab soalan itu, sebaliknya ia memanjangkan
leher cuba mencari kelibat dua orang sahabatnya.
“Kau nampak Dani dengan
Jj tak?” Sengaja Nik mengubah topik.
“Seingat aku, Dani dengan
Jj pergi ke kafe tadi.”
“Really? Thanks man.” Balas
Nik sambil menepuk bahu Taufik lalu ia terus berjalan menuju ke kafe kolej.
Sewaktu ia melintasi kawan taman sekolah, di sana ia terserempak dengan Mia. Kelihatan
dia sedang duduk termenung. Niatnya untuk ke kafe langsung batal apabila
terserempak dengannya. Sedikit risau juga melihat keadaan Mia yang muram
semacam itu.
“Hei.” Sapanya lembut, ia
melabuhkan punggung di sebelahnya. Mia menoleh lalu menguntum senyuman.
“Hai.” Balas Mia
perlahan.
“Diorang Sofie, Tiara,
Lara mana?” Mata Nik melilau mencari kelibat ketiga orang perempuan yang
disebutnya itu.
“Diorang semua pergi ke
kafe.”
Buat seketika mereka
menyepi.
“Emmm, awak masih
teringatkan kisah semalam?” Nik begitu teragak-agak untuk bertanya dengan riak
wajahnya yang tidak pasti. Takut Mia menangis lagi macam semalam.
Lama Mia mendiamkan diri.
Wajahnya sudah merona merah. Ia cuba menahan sebak yang mula menghimpit dada.
“Awak..” Nik mulai panik.
“Awak janganlah nangis..” Ia cuba memujuk.
Mia sendiri tidak dapat
mengawal perasaannya. Air yang sudah penuh berkumpul mulai gugur membasahi
pipi.
“I’m an idiot.” Ia mengesat air matanya kasar sambil ketawa.
Malangnya, memang tampak jelas yang dia hanya ketawa terpaksa. Sepantas itu Nik
merentap tangan Mia, ia sudah tidak tahan melihat Mia terluka sebegitu.
“You are not an idiot.” Ujar Nik, wajahnya begitu serius sekali. “I need you to be strong.”
Mia menganggukkan
kepalanya tanda ia mengerti akan kata-kata Nik. Tiba-tiba matanya tertancap ke
arah topi yang dipakai Nik pada waktu itu sampaikan Nik tersedar yang Mia
begitu lama memerhatikan topi tersebut. Tidak tentu rasa juga dia dibuatnya.
“M&N?” Soalnya sambil menuding jari ke huruf yang jelas
terpampang di bahagian depan topi yang berwarna hijau laut dan putih itu.
“Nama kumpulan bola keranjang
favourite saya. Minnesota Timberwolves.”
“Kalau Minnesota Timberwolves, kenapa spelling-nya MN? Kenapa tak MT?”
“Maybe kilang pembuat
topi ni kehabisan huruf T kot.” Begitu cepat Nik membalas. “Nothing possible is impossible.”
Sambungnya lagi.
Mia masih meragui akan
jawapan lelaki itu. Tetapi dari gayanya bercakap, macam betul juga. Pasal Nik
tidak sama sekali menunjukkan nada gagap ataupun teragak-agak. Begitu lancar
dan yakin sekali ia menjawab soalannya.
“Kenapa? Awak fikir MN ni
‘Mia dan Nik’ ya?” Nik menyakat. Siap dengan keningnya turun naik lagi
memandang Mia.
Mia merengus. “Please-lah!” Cepat-cepat ia berdalih.
Padahal dalam hati tadi memang ia berfikiran sedemikian rupa.
Nik hanya senyum ketawa
sambil memandang Mia. Hilang prasangka Mia yang dulu Nik ini memang menyakitkan
mata, kali ini berulang kali ia memandang lelaki itu, hatinya tidak jemu.
TET TET!
4-1-1:
We
know that there are people who share a same date of birth in this school. But
sharing a same songs for the Gala Night Ball Room Competition? Goodluck
searching a new routine for the competition M&N. Because F&H will not
going to forfeit.
Terjengil mata Nik
apabila ia selesai menelaah teks mesej tersebut. Sementara Mia masih lagi
keliru. Siapa F&H?!
“Searching new routine? Who is F&H?” Bertubi-tubi Mia
menyoal.
Nik bagaikan orang baru kena pukau. Ia
benar-benar terkejut sekarang. Sofie memang betul. Farhana memang benar-benar
keterlaluan sekarang. “Lagu kita sama dengan lagu Farhana.” Ujar Nik setelah
lama ia membisu. “Bailamos and Because
you love me.”
Mia terkejut apabila
kenyataan itu menampar cuping telinganya. “Why?!”
Nik tidak membalas
apa-apa. Ia hanya sekadar mengangkat bahu lalu menundukkan wajahnya.
“Oh no! Nak buat rutin baru? Mana kita ada masa nak restart balik semua
ni! Itu kerja gila!” Mia mundar mandir di hadapan Nik sambil berpeluk
tubuh. Semua pelajar yang ada di situ tidak dapat melarikan pandangan mereka
dari memerhatikan gelagat Nik dan Mia. Tahulah mereka yang mereka berdua
menghadapi masalah pada waktu itu.
“I think I should go talk to her.”
Nik cuba menghalangnya
namun Mia sudahpun jauh berlalu meninggalkannya. Beberapa kali ia menjerit
namanya namun Mia tetap tidak mengendahkannya.
**
Mia terus meluru ke arah Farhana yang kini sedang
mengemas buku-bukunya di loker. Kelihatan perempuan itu tenang sekali. Sedikit
pun tidak ada rasa kesal di wajahnya.
“Farhana,
can I talk to you for a minute?”
Farhana yang ketika itu membelakangi Mia terus
memalingkan pandangannya ke arah perempuan yang tidak disukainya itu. “Spill.”
Mia keliru. Nada Farhana seakan-akan macam orang
kurang ajar. Dulu bukan main ‘suci’ perangainya, namun sekarang? Memang
berbeza! Mia menggelengkan kepalanya laju untuk menyedarkan dirinya dari terus
mengelamun.
“You
stole our ideas!”
Farhana pura-pura tidak tahu. “Kenapa pula saya?
Awak jangan main tuduh sembarangan!”
“Oh come
on! MG said it clearly F&H! It’s you!” Mia semakin tidak puas hati.
“Awak ingat saya tak tahu awak selalu stalked kami practice sama-sama?! So it’s clearly you!” Sambungnya
lagi.
Akhirnya Farhana sendiri mengalah. Namun begitu,
ia masih lagi dengan watak angkuhnya. “Oh
please Mia, safe the drama. It’s only a song.”
“Only a
song? Only a song?! Didn’t you
know what kind of trouble you put us into?!”
“Well
it’s not my problem.” Selamba saja mulut Farhana membalas.
Mia tidak membalas, buat seketika itu ia cuba
menenangkan dirinya. Ia tidak mahu dibawa berjumpa dengan pengetua sekolah lagi
walaupun tangannya terasa ringan untuk menumbuk pipi perempuan gedik di
hadapannya sekarang ini. Matanya menoleh ke kanan kemudian ia teringat! Ingatannya
tentang pertama kali ia berkenalan dengan Farhana menerjah minda. Baru ini ia
teringat yang dulu Farhana ada menyimpan gambarnya dengan Nik di belakang
pembuka loker tersebut. Gambar itu begitu sama sekali dengan gambar yang
diterimanya secara misteri beberapa minggu yang lalu. Dan sekarang Mia lihat
gambar itu tidak lagi ada di loker Farhana.
“Where
is the photo?” Selamba Mia menyoal. Nada suaranya tidak setinggi tadi.
“Tak ada kena mengena dengan awak.” Farhana
menutup lokernya secara kasar. Berdesing telinga Mia kerana bunyi hentakan
pintu loker yang begitu kuat menghentam pendengarannya. Farhana sudah mula berkira-kira
untuk meninggalkan Mia.
“I know
it now. You didn’t like me because im dating Nik, right?”
Farhana memberhentikan langkah. Namun sedikit pun
ia tidak menoleh ke belakang. Apatah lagi hendak membalas soalan Mia. Langsung
tidak ada. Tidak lama kemudian, Farhana terus menyambung langkahnya tanpa
menghiraukan Mia di belakang.Mia masih keliru.
‘Kalau dia jealous pun apesal? Ya dia ada history
dengan Nik, tapi….what kind of history? Nik tak nak bagitau semua ni. Urgh!’ Ia menggerutu di dalam hati.
“Mia!” Kedengaran beberapa suara memanggil
namanya dari belakang. Apabila ia menoleh, ia mendapati Tiara, Lara dan Sofie
sedang berjalan menghampirinya.
“Lama kami tunggu awak dekat kafe tadi tau. Awak
pergi mana?” Sofie menyoal, sambil itu ia meneguk milo sejuk yang kini sudah
tinggal setengah cawan.
“Im
sorry. I was talking with Farhana just now.”
“Pasal 4-1-1 yang baru tu?” Lara pula yang
bertanya.
Mia menganggukkan kepalanya. Melihat saja Mia begitu,
riaksi mereka bertiga terus berubah.
“Awak jangan ambil ke hati dengan kata-kata
perempuan tu.” Lara menyambung.
Sofie dan Tiara mengangguk setuju. “Betul tu,
memang benarlah Farhana dulu rapat dengan abang Nik, tapi sekarang…”
“Wait,
wait…what did you say?” Mia memotong ayat Sofie sambil mengangkat kedua
belah tapak tangannya.
Mereka bertiga kehilangan kata. Masing-masing berpandangan dengan riaksi
hairan.
“You
didn’t know?” Tiara pula yang menyoal.
“Know
what?” Mia menyoal kembali. Semakin keliru pula dia dibuat mereka.
“Know
that we are going shopping today?!” Tiara menjerit dengan nada teruja.
Sengaja ia mengubah topik dan sepantas itu ia menggamit bahu Mia untuk berjalan
beriringan bersama. Sempat juga ia menjengilkan matanya ke arah Sofie dan Lara
kerana terlalu lepas soal.
“But I
though we already bought our dresses?”
Mia masih tidak habis-habis menyoal.
“Not
that, I mean we’re going out circling KL. Girl’s day out. Plus we need to
release our tension. After all we just finish our monthly test…” Suara
Tiara semakin tenggelam apabila ia dan Mia sudah berjalan agak jauh di hadapan
meninggalkan Sofie dan Lara masih lagi berjalan perlahan di belakang.
“Kau rasa kita patut ke rahsiakan hal ini dari
Mia? Kesianlah aku tengok dia.” Bicara Lara, matanya tidak lepas dari memandang
Mia yang berjalan membelakangi mereka.
Sofie mengeluh. “Entahlah. Aku rasa lebih baik
Mia tahu dari mulut abang Nik sendiri dari kita. Aku takut nanti Mia sakit
hati.”
“Aku pun tak mahu benda tu terjadi dekat dia
juga. Tapi aku rasa lain macamlah kalau terus-terusan macam ni.”
“Kita kena tunggu dan lihat dulu. Kalau apa-apa
yang buruk terjadi, masa tu baru kita campur tangan. Ok?”
Lambat-lambat Lara menganggukkan kepalanya.
***
“I know,
I know, im sorry im late!” Terkial-kial Mia berlari masuk ke dalam
studio. Dari permukaan pintu lagi ia dapat melihat Nik sedang duduk termangu
sambil mendengar lagu melalui Ipod yang tersumbat di telinganya. Sesekali itu
dapat juga ia melihat kepala lelaki itu bergerak-gerak. Khusyuk sakan mendengar
rentak lagu yang didengarnya. Petang itu mereka tidak berlatih di studio Mia,
sebaliknya mereka berlatih di studio kolej.
Kebetulan juga ramai yang tidak ada di kolej,
jadi senanglah mereka untuk memulakan latihan
tarian mereka yang baru tanpa ada sebarang
gangguan terutama sekali gangguan dari Farhana.
“Tak apa. Saya baru saja dapat lagu yang sesuai
untuk malam gala hari Sabtu ini.” Nik tersenyum senang. “We’re going to use medley type of songs.”
Riak resahnya tadi langsung hilang apabila idea baru datang menyerang.
“Kita
kena change semua steps ke?”
Nik menggelengkan kepalanya. “All we have to do is add some new steps.”
Nik terus memberikan arahan kepada Mia dan selepas itu mereka mencuba gerakan
baru untuk diterap masuk ke dalam rutin tarian mereka. Dengan lagu rancak
berlaungan di alat pembesar suara, masing-masing terus teruja. Baru sekejap Nik
mengajar Mia, ia terus faham akan arahan untuk aksi baru itu. Kini semangat
mereka semakin naik.
(bab seterusnya)
(bab seterusnya)
No comments:
Post a Comment