36
Dani kusut! Tidak tahu macammana hendak memulakan
langkahnya untuk menghampiri Sofie. Dulu memang senanglah, tapi sekarang?!
Memang susah. Lama ia duduk termangu di birai pancuran air berhampiran dengan
Serene Garden kolej mereka. Rambutnya yang rapi tadi kini sudah kusut masai dek
diraba-raba tidak tentu arah. Kelibat manusia yang lalu lintas di hadapannya
langsung tidak dipedulikan. Ia merasakan hanya dia seorang saja yang ada di
dalam dunia itu.
“Hei kawan. Apahal dengan kau ni? Kusut semacam je.
Ni rambut kau ni ha, sebiji macam bulu orang utan aku tengok!” Kedengaran satu
suara berserta dengan tepukan di bahunya.
Dani tersentak lalu mendongak, ia mendapati Jj
melabuhkan punggung di sebelahnya.
“J! Tolong aku J! Aku dah tak tahu nak buat apa lagi
ni.” Semakin terpancar riak gelisah di mata Dani. Siap dengan gaya tangannya
bagaikan orang minta ampun.
“Eh?! Apahal ni? Kau ada apa-apa masalah ke?!” Nada
Jj bertukar risau.
Dani mengangguk laju dengan muka terserlah dengan
riak seposen.
“Tenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam…..”
Dani menurut saja akan arahan Jj, ia menarik nafas
sedalamnya lalu menahannya buat seketika bagi menunggu arahan Jj yang
seterusnya.
“Tarik, tarik, tarik…tahan dulu…” Datang pula idea
nakal di benak minda Jj. Lama juga Dani menahan nafasnya. Terhenjut-henjut bahu
Jj menahan ketawa.
“Kau nak aku mampus ke?!” Dani menjerit sambil
menolak badan Jj ke belakang. Akhirnya meledak juga ketawa Jj melihat Dani
dikenakan seperti itu.
“Ok, sorry,
sorry.”
“Sorry apanya?!
Kau ni bukannya nak mengurangkan masalah, nak menambahkan masalah aku adalah!”
Dani memarahinya lagi.
“Haiiii, sensitif nampak? Kalau ‘datang bulan’ tu,
memang tak patut pasal kau ni lelaki.” Sempat lagi Jj memperlinya.
“Hah! Hah! Kau nak kena ke ni bro?” Dani menunjukkan
buku limanya terhadap Jj.
“Ok, ok,
ok…apa dulu yang mengganggu fikiran kau ni sebenarnya? Cuba kau cakap
dengan aku.”
Dani tidak jadi meneruskan marahnya, mendengar saja
akan soalan Jj, fikirannya bertukar gelisah pula. Tidak tahu samaada ia patut
memberitahu Jj ataupun tidak.
‘Si Jj ni lagi hantu
ketawa. Kalau ia tahu benda ni, memang sah perkara yang pertama yang dibuatnya
dulu…KETAWA!’
“Wahhhh, Sofie dengan Taufik makan sama-sama kat
sana tu.”
“Mana? Mana?” Terkebil-kebil mata Dani cuba mencari
kelibat Sofie seperti yang dikatakan Jj.
“Memang sah! Kau gila bayang kat adik Nik tu kan?”
Jj menjerit gembira kerana jeratnya mengena.
“Ssssssh! Janganlah
menjerit!” Dani terus menutup mulut Jj. “Kurang asam punya budak!”
“Daripada aku biar kau bisu je, lebih baik aku
pasang skill aku yang mantap
ni.” Jj membalas setelah Dani meleraikan pegangannya dari mulut sahabatnya itu.
“Ceh!” Dani mencebik bibir.
“But
seriously, you really like her, kan?”
Lambat-lambat Dani mengangguk.
“So? Apalagi?
Pergilah kat dia.”
“Senang je kau cakap! Kalau kau jadi aku, apa kau
nak buat?”
“Kalau aku jadi kau, dengan masa yang singkat ni,
aku terus pergi kat dia dan ajak dia jadi date aku untuk Gala
night Sabtu ni. Baik kau cepat, nanti melepas, haaa..taulah kau rasa.”
“Tapi….aku…takut.”
“Nak takut apanya? Kitani lelaki. Jadi kita
memainkan peranan penting untuk memberanikan diri untuk berhadapan dengan
perempuan.”
“Tapi aku geramlah. Kenapa girls tak nak datang kat
kita dulu?! Kan senang kalau dorang yang datang ask kita untuk gala night tu.”
“Encik oi, kan aku dah cakap tadi. Kita ni lelaki.
Memang menjadi lumrah hidup yang lelaki lah dulu yang patut membuka langkah
pertama, misalnya nak ajak perempuan keluar. Mesti kita lah. Ketepikan pasal malu tak malu, yang penting
kita sudah mencuba mengajak mereka. Walaupun kena reject sekali pon, kita tidak boleh give up. Kau nak harapkan perempuan
buat first move? HAH! Tak bolehlah macam
tu Dani. Memang jarang nak tengok ada perempuan berani buat macam tu. Bukannya
lelaki je ada perasaan ni, perempuan pun ada tau. Sebab tu diorang harapkan
kita buka langkah pertama. Ada faham?” Bagaikan menyuarakan ‘kemerdekaan’ Jj
menasihati Dani.
Lama Dani mendiamkan diri apabila mendengar Jj
berhujah panjang. Namun ada benar juga kata-kata kawannya itu.
“Terima kasih banyak-banyak wahai kawan ku. Memang
kau ni pemberi semangat!” Dani terus bingkas dari tempat duduk setelah lama ia
membisukan diri.
“Eh, eh! Kau nak pergi mana ni?”
“Mana lagi? Aku nak buat first move lah ni!”
“Wah?! Ya ke?! Goodluck bro!!!!” Jj menjerit sakan.
Ia sendiri ikut teruja melihat Dani mula bersemangat untuk mengajak Sofie
keluar bersamanya nanti.
**
Mia mengatur langkahnya perlahan apabila tiba waktunya untuk ke kelas
Cikgu Rahmah. Sekejap itu matanya tertancap ke satu poster yang terpampang di
papan tanda berhampiran perpustakaan sekolah.
Gala Night = 4 days left!
Goodluck to all dancers for the Ball Room competition!
Ia bagaikan tidak percaya yang ia akan bertanding bersama-sama dengan
Nik. Apabila nama lelaki itu menerjah ingatan, hatinya mula berdebar-debar. Ia
sedar akan perasaannya sekarang terhadap Nik. Malangnya, ia tidak tahu adakah
Nik juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Selama ini mereka hanya
berpura-pura bercinta. Mia tidak dapat berbuat apa-apa juga kerana perasaan
sukanya terhadap lelaki itu semakin menebal. Mia menghela nafas kemudian
berlalu meninggalkan tempat itu.
Sesampainya di kelas, kelibat Nik tiada di pandangan. Dikerlingnya jam, baru pukul
9.50 pagi.
‘Still early.’
Fikirnya seketika.
Tepat jam 10, seorang demi seorang masuk kelas. Hatinya berbunga riang apabila
Nik berada di pandangan. Mereka
sama-sama tersenyum apabila bertembung mata.
“Hai. Sorang je?” Nik menyapa apabila ia melabuhkan punggung
bersebelahan dengan Mia.
“Hei, emmm yea. Sofie entah ke mana, Tiara pergi dental while Lara is
somewhere with Is...” Ayat Mia terhenti seketika. “Lara is somewhere.” Pendek
ia menjawab.
“So, you’re ready for the test?” Mia menyambung lagi.
Nik tersenyum. “I guess.”
“Nerdy..” Mia memperli dengan nada berbisik.
“Apa?”
Mia menoleh ke arahnya. “What?” Selamba ia menyoal kembali.
“What did you say to me?” Nik membalas diiringi ketawa kecil.
“Nothing.” Mia berdalih. Ia juga turut ketawa. Bagaikan ada pelangi
menyinari pabila Nik selalu menguntum senyuman dan tertawa kepadanya. Ia juga
turut gembira apabila lelaki itu gembira.
Nik tidak sempat membalas apa-apa sebaik saja Cikgu Rahmah melangkah
masuk ke dalam kelas. Tanpa disuruh, mereka semua terus memasukkan segala nota
dan buku mereka ke dalam beg dan sejurus itu juga Cikgu Rahmah mengedarkan
kertas soalan.
--
Mia hairan kerana waktu rehat tadi ia tidak nampak kelibat Sofie. Waktu
ujian tadi memang dia ada tapi sekejap saja. Habis saja waktu kelas Cikgu
Rahmah, kelibat Sofie terus menghilang.
“Nik, awak ada nampak Sofie tak?”
Nik menggelengkan kepalanya.
“Eh? It’s like they vanished or something.”
“Siapa?”
“Sofie and Dani.”
Nik terdiam seketika.
“Oh yeah! Dari tadi aku pun belum nampak dorang Dani dan Jj lagi.’’
Mereka terdiam lagi.
‘‘Jom, kita cari diorang dulu.’’
**
Apabila mereka berjalan melalui lorong bahagian loker kolej, mereka
bertembung dengan Sofie dan Dani berjalan bersama.
“Eh,mesra semacam je diorang tu.” Nik meneka,
matanya masih tidak lari dari Sofie dan Dani.
“Do you think we should go there?”
Nik tidak menjawab soalannya, sebaliknya ia menarik Mia untuk
bersembunyi di salah satu loker berhampiran untuk melihat dengan lebih jelas
lagi.
“Sssssh.” Nik mengamarkan Mia di sebelahnya.
“Apa awak buat ni?!” Mia memarahinya.
“Tengah cuci baju....” Selamba Nik menjawab. Mia bengang. Berkerut-kerut
dahinya memandang Nik. “Ni tengah tengok diorang lah ni. Apalah.” Nik membetulkan ayatnya.
“Can’t you just go there and ask them like a NORMAL PERSON?” Mia
membalas dengan nada cuwek.
“Tak happening lah kalau macam tu.” Nik menjawab, matanya masih lagi
memandang Sofie dan Dani yang kini berada di bahagian tangga kolej. Mesra
sungguh, siap dengan ketawa dan riak malu di wajah masing-masing lagi. “Seronok
juga jadi spy ni yer.” Sambung Nik lagi diringi dengan ketawa kecilnya.
“Iyalah tu.” Mia mencebik bibir. Lalu cuba membuka langkah untuk
menghampiri Sofie dan Dani namun sepantas kilat tangan Nik menyambar lengannya.
“Oww!” Ia mengaduh kesakitan, sejurus itu menampar bahu Nik dengan
kasar. Geram dengan perangai Nik.
“Sorry, sorry..adui!” Nik cuba menangkis dirinya dari ditampar terus
oleh Mia.
” Mia tidak henti-henti menamparnya bahunya. Apabila rasa marahnya sudah
reda, mereka kembali mencuri pandang di balik loker tersebut. Malangnya, kelibat
Sofie dan Dani sudah tiada dipandangan.
“Laaah, lari lah pulak dorang ni.”
Mia menepuk dahinya. Nik memandangnya hairan.
‘‘Kenapa?’’
‘‘Come on Nik, Sofie is your twin sister. Awak tak boleh tanya dia kat
rumah ke?” Penuh dengan nada perli Mia menyoal.
Lama Nik memikirkan hal itu. “Betul juga!”
Mia terus meraba kasar akan rambut lelaki itu,
membuang geram yang terbuku di hati. Kemudian berlalu meninggalkannya di situ.
Nik tidak dapat berbuat apa-apa selain ketawa
sambil melihat Mia berlalu.“Dance practice jam 3!” Sempat lagi ia menjerit.
Mia tidak menoleh ke belakang, sebaliknya ia hanya mengangkat
tangannya tanda ia mengerti.
(bab seterusnya)
(bab seterusnya)
No comments:
Post a Comment