Sunday, February 12, 2012

me2u (22-i)


22


Dani melepaskan lengan Sofie. Perasaan geramnya cuba ditahan. Lama matanya menatap keindahan malam di pantai berhampiran dengan hotel itu. Namun keindahan yang ada tidak dapat menenangkan dirinya. Dialihkannya pandangannya ke arah Sofie yang kini duduk di hadapannya. Sofie hanya sekadar membatukan diri. Tidak lama kemudian, bahunya terhenjut-henjut menahan tangis.
 ‘‘Kenapa? Kenapa Fie tak fight balik?!’’ Dani menyoal dengan nada yang tinggi.
Sofie membuka topengnya lalu mendongak memandang lelaki yang masih tidak dikenalinya itu. Kemudian ia tunduk semula. Lama ia menatap bumi sebelum ia membuka mulut. Dani terus membuka topeng lalu melemparkannya dengan kasar. Terus ia menghampiri Sofie yang kini terkejut melihat lelaki dihadapannya sekarang adalah Dani.
‘‘Fie tahu yang Nik tak ada di situ, kenapa Fie tak lari?! Kenapa Fie mesti menangis di hadapan mereka? Kenapa Fie mesti kena tunggu Nik untuk menyelamatkan Fie?! Kenapa.....”
“BECAUSE FIE DAH TAK SANGGUP DILINDUNGI LAGI!” Sofie menjerit, memotong ayat Dani lalu mengeluarkan esakan tangis yang ditahannya dari tadi.
“Fie dah tak larat dengan semua ni.’’ Ia menyambung di antara esakan.
Dani terpaku.
“Fie dah tak larat nak lari dari masalah lagi.”
‘‘Fie tak tahu nak buat apa tadi…Fie…’’
Dani terus merangkul Sofie dalam pelukannya. Ubun-ubun Sofie diusapnya perlahan manakala Sofie hanya terus melepaskan tangisannya di bahu Dani.
‘‘Ssshh..im sorry.’’ Bisiknya lembut, menenangkan keadaan Sofie. Ia tidak sampai hati melihat Sofie menangis sebegitu. Semakin menggunung kasih sayangnya terhadap adik sahabat baiknya itu. Malangnya Sofie belum lagi menyedari akan hal ini. Sangkanya Dani hanya menyayangi sebagai adik.


**

“Sofie?! Sofie?!”
Habis semua kawasan kolam renang hotel itu dikelilinginya. Namun ia masih belum menjumpai kelibat Sofie. Mia duduk seketika, mengenangkan peristiwa tadi. Ia sangat bersimpati dengan Sofie. Memang pada awalnya ia terkejut melihat gambar tersebut. Tapi Sofie juga manusia biasa, selalu membuat kesilapan. Bagi Mia, itu adalah hak privasi Sofie dan itu adalah hal di antara dia dengan Tuhan. Kita sebagai manusia tidak ada hak untuk judge itu semua. Timbul rasa bersalah di dalam hatinya kerana ia yang beriya-iya menyuruh Sofie untuk datang pada malam ni. Tiara memang seorang yang manis tapi penuh dengan duri. Tiara memang melampau! Patutlah ia menjemput Sofie, rupanya ada udang di sebalik batu.
Mia terus berdiri dengan niat untuk berhadapan dengan Drama Queen itu. Tangannya digenggam erat, tetapi belum sempat ia melangkah, lengannya direntap dari belakang. Mia terus menoleh.
“Zorro?” Mia menyoal kehairanan apabila melihat lelaki dengannya menari tadi ada di belakangnya sekarang. Tangan Nik masih lagi berpaut di lengan Mia.
“Awak ada nampak Fie tak?” Nik menyoal kembali dan pada masa yang sama ia membuka topengnya, ia lupa bahawasanya Mia masih lagi belum mengenali siapa dia tadi.
Bagaikan tercabut jantung Mia apabila ia mengetahui yang Nik adalah dengannya menari tadi! Nik Syahadan! Lelaki yang selalu membuatkan ia geram!
“Apa?” Nik keliru melihat Mia bengang dan masih tidak berkerdip dari merenungnya. Nik mengerling ke arah baju, lengan, seluar dan merasai seluruh wajahnya, takut ada kotoran yang membuatkan Mia terkejut beruk memandangnya.
Bagaikan kelu lidah Mia untuk berbicara. Mia terkenang semula akan saatnya ia menari bersama dengan Nik tadi, memang sweet! Matanya masih terjengil memandang Nik sambil menuding jarinya kea rah Nik. “Awak….awak…..awak…..NIK?” Bagaikan baru ternampak hantu saja gayanya.
Barulah Nik tersedar! Lantas itu ia tersenyum kambing. “Ehe, im sorry. Saya explain kat awak nanti ya? Now saya mesti kena cari Sofie, where is she?!” Nada Nik bertukar serius.
“Move awak memang amazing.” Terpacul ayat itu dari mulut Mia. Lantas itu ia laju menukup mulutnya.
“Apa?”
“I mean I can’t find her either. Saya nak keep on cari dia sekarang. Help me!” Terketar-ketar juga Mia membalas, laju tangannya merentap lengan Nik. Mudah-mudahan Nik tidak mendengar ayatnya yang tadi.
Manakala Nik tersengih-sengih bagaikan kambing baru lepas apabila ia mendengar Mia sempat memujinya tadi. ‘Dia suka aku menari or dia memang sukakan aku?’
***
Hampir setengah jam mereka mencari kelibat Sofie, sampai sekarang mereka masih tidak menemuinya. dari lobi hotel, kawasan letak kereta dan kawasan kolam renang. Pedih mulai terasa di bahagian kakinya, ini disebabkan oleh kasut tinggi yang dipakainya.
“Wait.” Suara Mia bertukar kendur. Ia cuba menahan pedih yang dialaminya itu. Langkah mereka terhenti seketika. Mia tunduk, memeriksa kakinya yang kini sudah bertukar kemerahan.
“Kan bagus kalau awak buka je heels tu.” Sinis Nik membalas lalu menyambung langkahnya.
Mia mencebik bibir, kesal dengan perangai Nik yang buat tak endah itu. Ia masih lagi tidak dapat bergerak. Lama ia tunduk mengurut bahagian kakinya. Tiba-tiba tubuhnya diangkat. Mia tergamam!
“Woiiii!” Ia menjerit. Terkejut bukan kepalang Mia dibuatnya, manakala Nik hanya terus mengangkat tubuhnya.
“Shut up and hold on to my neck.” Selamba Nik mengarah.
Mia terus terdiam dan hanya melakukan apa yang disuruh oleh Nik. Nasib baik tiada orang yang ada di kawasan tersebut. Lama ia menatap wajah lelaki itu. Geram dan tersentuh juga dengan perilaku Nik yang serba ego itu.
Setelah mereka sampai di bahagian tempat duduk, perlahan-lahan Nik menurunkan Mia di situ. Lalu ia membuka sepatu Mia dan cuba memeriksa kakinya.
“Eh, apa awak buat ni?!” Mia kalut lagi.
“Ni nak tengok kaki awak ni ha. Wahh..teruk ni.’’ Nik meneliti. ‘‘Hah pakai lagi sepatu tinggi, kan dah bengkak ni!’’ Nik membebel.
‘‘It won’t bruise if you hadn’t walk too fast!’’ Mia membalas dengan nada geram.
“I won’t walk too fast if it wasn’t because of Sofie.” Nik tidak mahu kalah.
Malas Mia hendak melayan, sebaliknya ia hanya mendiamkan diri dan membiarkan Nik merawat kakinya. Ia merasa lega sedikit di bahagian kakinya, tidak seteruk tadi. Sekali lagi ia memerhatikan gelagat Nik.  ‘Memang caring lah dia ni..’
“So this is why Sofie feel protected everytime awak ada.” Ujar Mia.
Nik mendongak, lalu mengangguk tersenyum. Tangannya masih lagi sibuk mengurut kakinya.
“Our parents always busy touring with their business. Minggu lepas diorang balik, lepas tu pergi overseas lagi. Minggu ni belum tentu diorang balik so as a brother, I have to protect her no matter what happened.”
Mia terpaku buat seketika.
“Sofie used to be MG’s blasts material. Everyday she cried over the fake news that MG’s sent. Cuma…..”Ayat Nik terhenti di situ.
“Cuma…?” Mia cuba mengorek.
Nik mengeluh berat. “Gambar tadi..yang tu memang real. Tapi lepas tu, banyak news yang over-exaggerate cerita sebenar.”
“Siapa lelaki dalam gambar tadi?”
“Dulu Sofie suka dengan lelaki dalam gambar tu, nama dia Afiq. To be exact, they like each other. Tapi entah kenapa, in the end..mereka dua tak jadi couple.”
Mia terdiam sambil mengangguk perlahan.
“Back to yang tadi, sebenarnya saya pun tak tahu dari mana MG dapat cerita karut marut tu dulu, setahu aku MG bukannya suka mereka cerita pon, dia cuma send berita yang disampaikan.…’’
“Yeah, Sofie did told me about this. Awak ada threatened MG jugak kan? How you do it?”
“I told MG not to spread anything about Sofie if MG agree to take me as her substitutes. That’s why since then there’s lot of blasts about me.”
“So it’s like you two made an agreement?”
“Boleh dikatakan begitulah.”
“From then, you just accept the blasts even if it’s not true just for Sofie’s sake?”
Nik hanya mampu mengangguk. Mereka berdua mulai menyepi. Hati Mia tersentuh apabila mendengar luahan hati lelaki itu. Kerana adiknya, ia sanggup berhadapan dengan gossip yang disebarkan mengenainya.
 “Nik! Mia!” Kelibat Jj datang menghampiri dengan nafas turun naik untuk menstabilkan pernafasannya akibat berlari tadi. Mereka berdua terus mengalihkan pandangan ke arahnya.
“Kenapa?” Nik terus berdiri. Entah kenapa ia sendiri dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan menghadap telinga.
“Kecoh ni kecoh! Kau kan tahu Tiara dan Taufik tu dulu favourite couple kat MIS, sekarang kat dalam tu dah kecoh semacam yang Fie orang ketiga dalam relationship diorang.’’
‘‘Itu aku dah tahu la…’’
‘‘Yang kau tak tahu sekarang ni….orang orang kat dalam tu dah nak re-on balik blasts blasts Sofie macam dulu tu..kau kena buat something ni! Kau kan tahu Fie tak boleh nak tahan dengan benda ni semua.’’
Mia dan Nik terperanjat. Tiba-tiba rasa marah Mia memuncak ke kepala. Tangannya digenggam erat. Terus ia berdiri dengan niat untuk berhadapan dengan Tiara.
“Eh..eh..awak nak pergi mana ni?” Nik menarik tangannya.
“I want to teach that girl a lesson!”
“No, no..it can’t be that way. It will make things even worse, her father is a lawyer. Nanti tak pasal-pasal awak pula yang kena sue.” Nik menghalangnya.
“I think it’s a great move, mau jugak aku tengok si Tiara tu kena tibai oleh si Mia ni. Pasti rugged.’’ Jj menyampuk. Nik memberikan pandangan ‘maut’ kepada sahabatnya itu.
“Ok..ok...” Jj mengalah.
“Tiara is Tiara, we have to fight her with her way.” Nik menyambung. Ia memandang wajah Mia dan Jj
Mia mencebik bibir. “Urgh, If it’s my way, 100% I just go punch her in the face!”
Jj terus menepuk tangan dan tabik kepada Mia. “You’re rock girl!”
Nik terus ketawa. “Awak ni memang baran lah.” Ujarnya sambil memandang Mia dengan pandangan tidak percaya. Mia hanya ketawa.
 “Ok now, what’s your plan?” Mia menyambung.
“Starting with this.” Nik menarik Mia untuk menghampirinya. Wajah mereka hanya dipisahkan dengan 4 inci ruang udara sambil tangan Nik melemparkan Iphone 4s ke arah Jj. Berdegup jantung Mia! Jj pula keliru.
Nik terus menoleh kearah Jj.
“J, take a picture of me and Mia like we’re in love or something so this can be the huge blasts for MG to distract Tiara’s plan.” Lalu ia mengembalikan pandangannya ke arah Mia yang kini begitu hampir dengannya.
“Just smile.” Arah Nik dengan nada lembut. Mia hanya menurut. Entah kenapa Mia dapat merasakan romantisnya suasana itu walaupun hakikatnya palsu. Pinggang Mia dirangkul kemas, dahi mereka bersatu, Mia mendaratkan tangannya di bahu Nik. Masing-masing menguntum senyuman sambil memanahkan pandangan ke arah masing-masing. Walaupun ia hanya lakonan namun mereka berdua dapat merasakan getaran di hati masing-masing. Getaran yang benar! Gementar dan suka berbaur menjadi satu. Adakah ini menandakan yang mereka suka sama suka?  
KLIK!
“Pheeewiiit!!! Romantik nyer!!!!” Jj bersorak lalu menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada pemiliknya. Nik dan Mia meneliti gambar tersebut.
“Nice shot!” Ujar Mia selamba. Hatinya berbunga mekar melihat gambarnya dengan Nik dengan pose romantik itu.
“Nice?! This is terrific!” Jj membalas. “Macam real couple pulak tu.”
Nik tersenyum simpul, hatinya kian berbunga-bunga. Apatah lagi setelah bertentangan mata dengan Mia tadi. Namun ia cuba menyembunyikan perasaannya itu.
“J, kau tolong aku send picture ni kat MG. Kalau aku yang send, nanti bocor la pulak yang kita reka-reka gambar ni.”Nik bersuara, egonya masih berdiri utuh. ‘‘On bluetooth kau, lekas!’’ Ia menyambung.
“Iyalah..iyalah..” Jj terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa minit kemudian, selesai ia menghantar gambar tersebut, telefon mereka masing-masing berdering.
“Wahh, it worked faster than I thought.” Ujar Mia sambil meneliti telefon bimbitnya.

4-1-1 blasts:

“Someone quotes: ‘couples who love each other tell each other thousand things without talking’.

Well this pictures tells people  more than thousand words itself. From Hero to Zorro, from Zorro to Romeo.
 
Mia sekali lagi terperanjat! Manakala Nik dan Jj seronok ketawa membaca teks sms yang baru mereka terima itu. Siap dengan gambar tadi lagi.
“Bad! Bad! This is so bad!” Mia menjerit.
“Why?” Nik menyoal selamba. Sedikit pun tidak terlintas rasa bimbang.
‘‘Awak tak sedar ke situasi kita sekarang macammana?!’’ Mia menekan lagi, geram dengan sikap selamba Nik.
Belum sempat Nik membalas, kelihatan Sofie dan Dani menghampiri mereka. Sofie terus berlari memeluk abangnya.
“Congratulations to you two!” Ujarnya gembira.
“You ok now?” Nik menyoalnya sambil kedua tangannya memegang lengan adik kembarnya.
“Yup, thanks to Dani here. Hehe.”
“Sofie, awak sure awak ok?” Mia menyoalnya pula.
Sofie mengangguk sambil tersenyum. Dari riak mukanya, memang sedikit pun tidak ada terselit riak sedih. Nik, Mia dan Jj hairan melihat transformasi Sofie itu.
‘‘By the way, sweet lah gambar abang ngan Mia! Romantik amat!!!” Dani menyampuk.
Nik tersengih-sengih. “I know right.”
“No, we’re not!” Mia membalas dengan geramnya lalu menarik tangan Sofie. Kali ini, Nik dan dua orang sahabatnya pula bingung melihat gelagat Mia itu.
“What is so bad about this blast anyway?” Tanya Nik hairan, berkerut-kerut dahinya memandang kelibat Mia dan Sofie kini hilang ditelan pagar hotel.


(sambungan)

No comments:

Post a Comment