19
Mia menyusun gerak tarinya dengan
begitu cantik sekali. Ia fokus melihat bagaimana badannya mengekspresikan
perasaannya melalui langkah tari mengikuti irama lagu Vanished V factory.
Rentak lagu tersebut memang mantap. Sesuai untuk tarian terkini. Dalam hati ia
masih lagi memikirkan tentang kejadian beberapa hari yang lepas. Entah kenapa
dia merasa menyesal kerana tidak mengikuti ujibakat tarian itu. Bukannya ia
mahu jadi pasangan Nik pun. Tetapi entahlah. Terus ia duduk, mengeluarkan air
botol di dalam begnya.
‘Awak
dah lupa ke? Sayalah penganjurnya, IM THE PRINCE CHARMING.’Ayat yang dilontarkan Nik kepadanya
hari itu terus menerjah minda. Semakin geram pula ia dibuatnya, apatah lagi
dengan kejadian besar yang berlaku di antara dia dengan Nik semalam. Malunya!
Mia masih lagi dapat merasa tubuh sasa Nik di atasnya. Hish! Merepek!
Memang tak logik! Tapi apakan daya,
memang sudah realitinya. Perkara tersebut memang sudah nyata berlaku. Ini bukan
lagi mimpi! Mia terus menekup wajahnya, bahang mulai terasa. Bagaikan berada di
dalam sauna pula. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, cepat-cepat ia
mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menekan punat hijau apabila terlihat nama
Sofie terpampang di atas skrin.
“Helo Fie.”
“Mia.” Kedengaran suara Sofie
dihujung talian. “Aku ada masalah besar ni.”
“Apa dia?”
“Emmm, kan esok malam parti Tiara....aku
tak tahu macammana nak apply make up dengan semua colour-colour ni..ishhh aku
tak pandailah.” Sofie kedengaran panik.
“Colour-colour? Maksud awak
eyeshadows?” Soal Mia sambil tertawa kecil.
“Awak boleh tolong saya tak? Saya
memang tak reti dengan benda ni semua. Lecehlah..”
“Boleh, apa salahnya?” Sambung Mia
dengan nada mesra.
Sofie juga ikut ketawa. “Great!
Besok, awak datang ke rumah saya and lepas tu kita makeover sama-sama nak?”
“Sure, that would be great! Awak sms saja address awak ok?”
“Ok, thank you Mia!” Balas Sofie
dengan nada teruja.
Mereka berdua mematikan
talian. Terus Mia mengemas barangnya dan terus menutup segala suis elektrik
sebelum ia meninggalkan studio tersebut.
“Hai.” Kedengaran suara perempuan
menyapanya dari belakang sewaktu ia sedang mengunci pintu studionya.
Mia menoleh ke belakang. “Oh hai.”
Macam kenal juga dia akan wajah kelibat itu, namun ia sendiri tidak pasti.
“Macam familiar je, tapi saya tak
berapa pasti lah..” Mia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Perempuan itu tertawa kecil. “Mula-mula
saya rasa pun macam tu, but now it’s definitely you.” Balasnya pula. Semakin
bingung Mia dibuatnya. Tidak lama kemudian, baru ia teringat.
“Wait..Farhana, right?”
Farhana mengangguk. “Saya cam muka
awak, tapi saya tak ingat nama awaklah..hehe.”
Mia tersenyum simpul. “It’s ok, I’m Mia.”
Kini mereka berdua sama-sama
melangkah menuruni tangga.
“Awak buat apa kat sini?”
“Dance. You?”
“Wow, you dance? Me too!”
“No way! you dance too?!”
Farhana mengangguk sakan.
“Apa nama kumpulan awak?”
“Solo.’’
‘‘Solo’s crew?’’
‘‘Tak, tak…bukan group.” Mia
melambai-lambaikan kedua belah tangannya menidakkan soalan Farhana. “I dance
alone, It's just my daily activities. That's all. Heee”
Farhana terkejut.
“Awaklah anak Datuk Jamal yang beli studio tu?!”
“Erm..lebih kurang macam tu lah.”
Separuh segan Mia menjawab.
‘‘Wow, beruntungnya awak! I mean,
the studio is like your property, right?”
“Emm..macam tu lah.” Mia semakin
tidak tentu rasa apabila hal keluarganya dipersoalkan. Padahal ia bukannya anak
kandung Tuan Jamal. Terus ia menghampiri basikal yang tersadar di balik dinding
lalu membuka kuncinya.
“By the way, are you coming tommorow?” Ujar Mia lagi.
“Tiara’s Annual Masquerade bash?” Farhana
menyoal kembali.
“Wow?! Annual? Memang tiap-tiap
tahun dia buat party ke?”
“Yeah, Tiara is Tiara. All students
in MIS were invited. I don’t want to miss it. Semua party yang Tiara adakan
memang hebat hebat belaka.”
Mia merasa teruja. “Seriously?! I
wanna know what it's like. I’am soooo going! Walaupun Nik mamat gila tu pun
datang, tapi apa saya peduli? Im just going to have fun besok.” Tanpa
disedarinya, ia terlepas kata. Tidak sedar yang Farhana juga mengenali lelaki
itu.
“Sakit mata tengok Nik? Kenapa?”
Farhana mula bengang. Tidak menyedari Mia di hadapannya kini adalah Mia yang
dicemburuinya.
“Urgh, he annoyed me. You know, kita
orang selalu je bergaduh like almost the entire week…seksanya saya kalau saya
dekat-dekat dengan orang gila tu!”
“Wait, you’re Mia as in Mia 4-1-1?
Lady in red? Battle of love?” Satu persatu isi blast MG yang lepas-lepas
dihuraikan.
Mia mengangguk.
“Unfortunately I’am. Bilalah agaknya
blasts gossip ni nak berhenti? Saya memang dah tak larat nak kena gossip dengan
mamat gila tu!!” Hampir-hampir Mia menjerit. Wajah Farhana pula berubah kendur.
“Emmm..mungkin nanti. Lebih awal lagi bagus." Entah kenapa datang pula
sakit hatinya. Malangnya Mia tidak begitu mendengar akan ayat yang terakhir
itu, sebaliknya ia sibuk memerhatikan jam tangannya.
“Aduh! Saya kena pergi sekarang, dah
lewat ni. Bye. See you tommorow.” Terus Mia mengayuh basikalnya meninggalkan
kawasan bangunan tersebut.
Farhana hanya tercegat di situ,
tidak percaya yang perempuan tadi adalah 4-1-1 Mia. Mungkinkah Nik sudah jatuh
hati kat dia? Kalau tidak, kenapa Nik selalu cari gaduh dengan Mia? Ia kenal
akan Nik. Lelaki itu tidak akan selalu bergaduh jika ia tidak mahu menarik
perhatian seseorang. Hatinya berubah hampa apabila memikirkan tentang Nik dan
Mia. Hampa! Cemburu! Hampa! Cemburu!
No comments:
Post a Comment