Monday, February 6, 2012

me2u (1)


1

Seluruh ruang biliknya bergema apabila pintu bilik dihempas sebaik saja ia menerjah masuk. Mia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Marah, bengang dan kecewa berbaur menjadi satu. Ia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang baru saja diketahuinya tadi.
“TAK ADIL! Ia bermonolog sendirian. Lama ia menatap siling bilik sambil mengurut dahinya perlahan-lahan.
Tidak lama kemudian, kedengaran ketukan di pintunya. Mia memang tahu yang itu adalah ibunya, sengaja ia tidak mengendahkan ketukan pintu tersebut.
“Mia, sayang. Buka pintu ni.” Lembut Puan Lina memanggil.
Mia hanya terbaring kaku, buat-buat tidak mendengar suara ibunya di luar kamar pintunya. Tanpa disuruh, ibunya membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam. Mia memalingkan posisinya ke arah lain. Tidak mahu untuk melihat wajah ibunya.
“Mia.” Ibunya memanggil lagi sambil melabuhkan punggung di birai katil. Kepala anaknya diusap lembut.
“Mama nak apa lagi?” Manja nada suaranya, walaupun ia tahu akan jawapan ibunya, ia masih lagi menyoal. Ia tetap tidak menerima kenyataan itu. Tidak dapat!
“Mama mahu Mia ikut pindah dengan mama.” Ia mengusap lembut ubun-ubun anaknya. “It’s not going to be that bad.
“Not bad?” Sinis ia menyoal. 2 years ago, mama ngan papa becerai! 5 months ago, mama pegi date dengan this guy dan seminggu yang lalu mama dengan dia berkahwin! Dan baru tadi mama beritahu Mia, dia nak bawa kita tinggal di Malaysia! It’s more than enough to make my life beyond miserable!” Bicaranya tanpa henti. Langsung tidak memberi peluang kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Panjang juga Mia menghuraikan kejadian yang berlaku beberapa hari, bulan dan tahun yang lalu
“Mama pasti semuanya akan berjalan dengan baik. Lagipun Jamal sudah menetapkan yang Mia akan menyambung pelajaran Mia di MIS tahun depan. Di sana Mia boleh jumpa ramai kawan.” Beritahu Puan Lina teruja. Ia cuba menceriakan suasana.
What?!” Mia separuh menjerit.
“I know, MIS. The most prestigious school in Malaysia.” Lega hati Puan Lina. Fikirnya ia dapat melembutkan hati anaknya dengan memberitahu tentang kemasukkannya di MIS.
“Im still waiting for my result. It’s not confirm yet either I pass or…..” Mia tidak berani menyambung, almaklum kata-kata itu satu doa. “MIS? Malaysia International School? Mia tak mau!”
Hish Mia ni, janganlah cakap macam tu. Mama percaya yang Mia mesti lulus dalam peperiksaan tu. Lagipun kenapa Mia tak nak pergi ke MIS? Mama dengar sekolah itu adalah sekolah terbaik di Malaysia.”
“I know it is the best college, tapi mama, Mia dah plan nak sambung belajar kat sini. Mia dah buat persiapan nak register masuk kat Maktab Duli.” Mia cuba merayu simpati kea rah ibunya.
“ Mama biarlah Mia stay dengan papa dan Vida. Kalau Mia ikut mama, bermakna Mia tinggal jauh dari kakak Mia lah tu?! Mia tak nak! Cukuplah mama pisahkan Mia dengan Vida dua tahun yang lalu, now mama nak bawa Mia pergi jauh dari Vida? Satu-satunya kakak Mia? I want to live here. I love Brunei! Don’t take me away from here, mom. This is my home.” Penuh dramatic Mia cuba merayu.
“Mia, mama betul-betul minta maaf.” Puan Lina turut terkedu mendengar luahan anaknya itu. Ia mengakui sejak perceraiannya dengan bekas suaminya, Mia tidak lagi menjadi seceria itu. Begitu juga denganVida. Tapi apakan daya, jodohnya dengan Haji Wafi tidak berkekalan. Ia menghela nafas berat. 
“Ok if you don’t want to go next week, I’ll give you time to calm down and after 5 months, I’ll book a ticket for you then you go to KL that time, agree?”
Laju Mia menggeleng-gelengkan kepalanya. “My answer is still no. There’s no way in hell that im going there.” Ia masih lagi berkeras.
“Lina..” Belum sempat Puan Lina menyambung untuk memujuk anaknya, kedengaran suara Jamal memanggil isterinya dari bawah. Puan Lina berdiri, keluhan berat dilepaskan perlahan. Memang susah memujuk anaknya  yang seorang ni.
Mia bangun lalu menyandarkan badannya di kepala katil. Lama ia berfikir. Entah kenapa akhir-akhir ini begitu banyak masalah yang melanda. Ia tertekan dengan kehidupannya yang serba tidak sempurna. Kenapakah ia mesti melalui situasi berat ini? Tidak cukupkah perceraian ibu dan ayahnya pada tahun lepas telah memberi tamparan hebat kepadanya? Tidak cukupkah masalah yang ia telah dipisahkan daripada adiknya? Tidak cukupkah masalah yang orang yang disukainya kini telah berpunya? Arghhh!
BOOM! Pintu biliknya ditolak kasar. Kelihatan ibunya yang berang terus meluru masuk ke dalam lalu menyelongkar barang di bawah katilnya.
“Kenapa ni mama?” Mia hairan melihat perubahan mood ibunya. Tadi bukan main lembut memujuk, kini bukan main kasar lagi ia menerjah. Dilihatnya ibunya menarik bagasi besar dari bawah katil.
“Ma, kenapa mama ambik luggage Mia? Kenapa mama tak pakai luggage yang mama baru beli tu?” Bagaikan orang bodoh dia bertanya. Ibunya tidak menghiraukan soalan anaknya itu. Sebaliknya ia terus menerjah almari baju Mia lalu merentap ke semua baju yang tergantung masuk ke dalam bagasinya. Bulat mata Mia melihat kejadian yang berlaku di hadapannya sekarang. Terus ia melompat ke arah ibunya.
“Ma! Apa semua ni?!” Mia semakin panik apabila bajunya semua dimasukkan ke dalam beg. Sekarang baru ia faham,
OK..OK..OK..STOP!
Ibunya mematikan laku lalu memandang anaknya. Mia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembuskannya berat.
“Mia memang tak ada choice kan?” Ujar Mia lemah, sambil matanya fokus memandang ke satu sudut, tidak mahu memandang wajah ibunya. Kesal dan marah berbaur menjadi satu. Ia kecewa dengan ibunya yang begitu mendesak ia untuk pindah bersama.
“Ok…..i….agree.” Lambat-lambat ia berkata. Bagaikan ada paku yang tersangkut di bibirnya.
“I will go only if you let me stay here for at least 5 months to calm down and lepas tu, mama buatlah apa yang mama nak.” Sambungnya lagi. Ada getaran di sebalik suaranya. Ia cuba menahan air mata yang sudah beransur memenuhi kelopak matanya.
Good.” Selamba Puan Lina membalas lalu ia keluar dari bilik tersebut dengan senyuman puas lebar terbentang. Tidak sangka ‘pujukan keras’nya kini berhasil.
Sebaik saja ibunya keluar, Mia terduduk di lantai. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis.

No comments:

Post a Comment