Tuesday, February 7, 2012

me2u (16)


16

Mia masih bingung dengan sikap Sofie, ia cuba bertanya apa yang pernah berlaku di antara ia dengan Tiara, Sofie kelihatan mahu memberitahunya namun lonceng sekolah berbunyi mematikan perbualan mereka. Tiba masanya untuk masuk ke kelas Cikgu Rahmah.
‘Si gila ni lagi!’ Ia menggerutu sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam kelasnya itu dan langsung matanya dapat menangkap kelibat Nik yang sedang duduk di sebelah kerusinya.
Nik hanya membatukan diri sebaik saja Mia menghampiri. Lama ia mengawasi sekelilingnya, dipandangnya Nik dengan riak hairan. ‘No tricks? Ok..’ Baru saja ia hendak duduk, sangkaannya meleset, buat kali keduanya sejarah tercipta. Mia jatuh terduduk di lantai lagi! Ditolehnya ke belakang, ternyata kerusinya telah disasar dari posisi asal. ‘Memang gila si Gila ni!’ Semua yang ada di situ mengetawakannya. HAHAHA! Kelihatan bahu Nik terhenjut-henjut menahan ketawa.
Balik-balik Mia menyumpah dalam hati. Geram! Terus saja ia menendang kerusi Nik.
PANG!
 Apalagi, Nik pun ikut jatuh dan selamat mendarat di atas Mia! Mati senyum lelaki itu. Bulat mata mereka berpandangan dengan satu sama yang lain. Dapat juga mereka merasakan degupan kuat di hati mereka. Wajah mereka hampir bertembung hanya dipisahkan dengan udara berukur dua inci. Suasana bising tadi terus terhenti apabila melihat aksi tersebut. Tidak lama kemudian diikuti dengan sorakan.
Mia tersentak! Dilihatnya sekeliling, terus ia kalut. Dengan kekuatan yang ada terus ditolaknya wajah Nik ke belakang menyebabkan kepala Nik terhantuk di birai meja.
“Adui!” Nik mengaduh kesakitan. Ia masih lagi terduduk di lantai berhadapan dengan Mia.
“Gila! Apa kau nak lagi ni?!” Mia memarahinya.
“ME? You kicked my chair! Nik pula memarahinya balik. Bagaikan kanak-kanak kecil mereka bergaduh.
“Me?! You pulled my chair!” Masing-masing tidak mahu kalah. Semua yang ada di situ tidak dihiraukannya, bagaikan kelas itu hanya mereka dua saja yang ada.
“What? I did not!” Nik berdalih, memang benar sejak Mia datang tadi ia tidak berbuat apa-apa. Sekelip mata saja Mia berada di bawah dan sepintas itulah ia juga ikut mendarat di atasnya.
Mia hairan. ‘Kalau bukan Nik? Who did it?’ Fikirnya dalam hati. Rasa bersalah juga kerana menuduh Nik secara melulu. Ditolehnya ke arah rakan sekelasnya. Satu persatu dikerlingnya wajah mereka. ‘Orang gila mana lagi nak cari pasal dengan aku ni?’
Lara yang ketika itu juga menyaksikan kejadian tadi hanya merengus, menahan cemburu yang kuat bergelodak di dada.
Sofie memerhatikan riaksi Lara. ‘Aik? Kenapa dengan dia ni? Apa kes ia tarik kerusi Mia tadi? Oh, jangan-jangan….? Ia cemburu kat Mia kot?
Macam-macam bunyi deringan kedengaran apabila telefon mereka semua berdering.

4-1-1:
Aww, wasn’t that just so sweet? Looks like they’re going to be in a battle of love.


“Pheewiiiit!” Semua yang ada di situ bersorak. Mia dan Nik hanya saling berpandangan. Cepat-cepat Mia memasukkan telefonnya ke dalam saku. Masing-masing diserang demam tidak tentu rasa. Nik berdiri, lalu menghulurkan tangannya ke arah Mia. Tidak melawan, Mia hanya menurut dan menyambut hulurannya itu. Mereka kembali duduk ke kerusi mereka. Hampir 10 minit berlalu, Cikgu Rahmah belum lagi masuk. Nik cuba memulakan bicara.
Aku kena cari date dalam masa seminggu, kalau tak, kena ajak Mia jadi date aku pulak? Hmm…’ Entah kenapa Nik teringat kembali akan perjanjiannya dengan adik kembarnya semalam. ‘Buat apa aku nak cari orang lain? Kenapa aku tak terus saja ajak Mia jadi date aku? Then pilih dia jadi dancing partner aku?’ Bagaikan ada bab lampu menyala di atas kepalanya. Nik menoleh ke arah Mia sekilas kemudian ia menarik nafas panjang untuk memberitahu Mia akan hasratnya.
“Mia, I was wondering if you…” Ayatnya tergantung di situ. Ragu-ragu untuk mengajak gadis di sebelahnya itu.
“Apa?” Mia cuba mengorek setelah lama Nik membisu.
“Emmm, naa. Tak ada apa-apa.” Nik tiba-tiba merasa malu.  ‘Erk, sejak bila aku malu ni?!’
Mia juga merasa hairan. ‘Apa hal dengan dia ni?’ Tanpa disedari Mia tersenyum, tercuit hatinya memikirkan perkara itu.
“Senyum sorang-sorang, gila kot?” Nik memperli.
Senyuman Mia terus mati. Ia mencebik bibir sambil menjeling lelaki itu.
Tidak lama kemudian, Cikgu Rahmah masuk dengan kalutnya. Sorry guys im late.” Ujarnya.
Nik menggerutu di dalam hati. Kenapalah aku tidak dapat menyebut ayat itu! Padahal senang saja kan? ‘Mia, I was wondering if you want to be my partner for the next month Gala Night?’ Kan kan kan! Senang saja ayat ni! Sejak bila aku malu ni??’

No comments:

Post a Comment