3 (i)
Vida melepaskan keluhan berat. Lama
ia memandang adiknya. Tidak menyangka yang masa begitu cepat berlalu.
“Mia mesti pergi ke?” Ujarnya sambil
menolong memasukkan baju adiknya ke dalam bagasi besar berwarna coklat yang
terlentang di atas katil.
Mia tersenyum tawar. Tidak percaya
yang pada hari itu juga ia akan berangkat ke Kuala Lumpur. Ia sedih kerana terpaksa
meninggalkan kakak dan ayahnya di situ.
“Mia dah janji kat mama. Even if
I don’t want to, I still have to go. You know mom.”
Vida tergelak kecil. Ia faham yang
ibunya adalah seorang yang pendesak berbanding dengan ayahnya yang bersifat selamba.
“But you know mom well than I do.”
Dipeluknya erat tubuh Vida. “Awak
sure tak dapat accompany Mia ke airport?” Sambungnya lagi.
“I wish I could. Tapi ujian memandu akak bermula pukul 8 ni,
akak mesti standby awal-awal kat sana.” Balas Vida sambil melepaskan
pelukannya.
Mia tertawa kecil. “It’s ok.
Goodluck. Im sure you’ll pass.”
***
Mereka tiba di Lapangan Terbang
Diraja Brunei
dua jam awal sebelum penerbangan. Banyak juga kelibat manusia yang ada di
lapangan terbang pada pagi itu. Namun tiada seorang pun menarik perhatiannya.
“Papa, Mia nak pergi ke tandas kejap.”
“Ok.”
Mia benar-benar tidak bertenaga pada
pagi itu. Selalunya semua orang gembira apabila hendak pergi ke luar negeri.
Bagi Mia? Ikutkan hati, ia memang tidak mahu pergi. Tapi siapalah dia hendak
melawan takdir.
Tiada seorang pun yang ada di dalam
tandas itu. Yalah, pagi-pagi ni orang sibuk makan. Perlahan-lahan ia
menghampiri sinki.
“Oh my God! I look like a
nightmare.” Terpacul ayat tersebut dari bibirnya apabila ia melihat
dirinya di cermin. Beberapa hari ini ia selalu saja menangis tiap-tiap malam
membuatkan matanya membengkak, tapi taklah teruk sangat. Masih juga macam
manusia. Terus ia mengenakan pelembab bibir perisa ceri di bibirnya dan
terus menyisir rambutnya.
Aroma dari
restoran Jollibee terus menusuk ke hidung apabila ia melangkah keluar dari
tandas. Tiba-tiba saja perutnya berkeroncong. Baru ia teringat yang ia hanya
meneguk air milo panas saja balik di rumah tadi. Roti kawin yang dihidangkan
langsung tidak disentuh. Menyesal juga ia tidak makan tadi. Ah, pedulilah.
Terus ia melangkah ke atas.
--
Ramai juga yang
ada di dalam restoran itu. Ia dapat melihat kebanyakannya dalam lingkungan
perumurannya.
‘School trip, maybe?But I don’t
think dorang ni orang2 sini..’ Bisik hatinya. Ia dapat merasakan ia direnung oleh seseorang
tetapi diendahkannya saja. Ia masuk ke barisan menuju ke kaunter 2.
Dihadapannya sekarang pemuda yang tingginya kurang lebih dalam 178 cm. Hampir
beberapa minit berlalu, pemuda itu masih tidak berganjak dari kaunter tersebut.
Mia semakin tidak dapat menahan sabarnya.
‘Kenapalah lambat sangat ni?! Ni order
makanan ke sembelih ayam?!’ Getusnya dalam hati. Ia dapat melihat pekerja kaunter
restoran itu tersipu-sipu malu apabila berhadapan dengan pemuda tersebut.
“Hmm, sir, do you have a facebook?” Tanpa segan silu perempuan
itu bertanya.
Mia semakin berang. Keningnya
terangat. Kalau mereka nak bergatal, alamat sampai besoklah aku kebulur!
“What the hell?!” Terpacul
ayat itu dari mulut Mia.
Serentak itu, pemuda dan pekerja
kaunter di hadapannya mengalihkan pandangan mereka ke arahnya.
“Can you please knock it off and
do your work?” Lembut berbaur sinis
Mia menyambung. Entah kenapa ia boleh berani berkata sedemikian.
Bagaikan gunung baru meletup. Perempuan tadi terkesima, namun ia hanya
mendiamkan diri.
Pengurus restoran tersebut terus
meluru ke arah pekerja kaunter 2 tadi. Kelihatan pengurus tersebut mengarahnya
untuk meninggalkan kaunter tersebut untuk mengganti kerja memop lantai di luar.
Pekerja perempuan tadi tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada mengikuti
arahan pengurusnya. Sempat juga ia memberikan Mia jelingan seribu.
Mia hanya berlagak selamba. ‘Serve you
right!’ Ia sendiri tidak faham
bagaimana ia boleh berkelakuan seangkuh tadi.
Manakala pemuda di hadapan Mia tadi
berlalu ke arah mejanya, menunggu makanan yang dipesannya tadi. Tegang juga
wajah pemuda tersebut apabila ia menoleh ke arah Mia.
“Im sorry for waiting miss.” Bicara
pengurus tersebut, menggantikan kerja perempuan tadi. “Takeaway ataupun makan sini?”
“Takeaway.” Mia membalas, tetapi tidak seangkuh tadi.
--
Jj yang ketika itu duduk berhadapan
dengan Nik terus bertanya. “Nik, apahal dengan minah tadi tu?”
“Dia minta facebook aku tadi.
Aku tu macam nak bagi juga, macam tak nak juga….”
“Bukan yang itu, yang berdiri
belakang kau tadi tu hah. Aku tengok muram
semacam je?” Jj memotong. Dani yang duduk di sebelah terus memasang
telinga, berminat untuk mendengar cerita yang seterusnya.
“Entahlah. Tiba-tiba saja
dia mencarut ‘WTH’ tu. Aku pun naik bengang.”
“Yang hang doq
betabiat sangat kat kaunter tu apa kes? Mestilah dia marah.” Amir yang duduk di
belakang terus menyampuk.
“Lama sangat
ke? Minah tu je dasar perempuan tak penyabar.” Nik mempertahankan dirinya.
“Suka hati kaulah Nik.” Jj
menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil berselang tangan memandang Mia dan
pekerja perempuan tadi bersilih ganti.
Erna merasa
malu apabila ditegur oleh pengurusnya di hadapan lelaki itu tadi. Hajatnya untuk meminta alamat
facebook lelaki tadi terus tidak kesampaian. Semua ini pasal perempuan tadi itulah!
Kelihatan perempuan tadi berkira-kira untuk meninggalkan kaunter itu. Timbul
niat jahat di mindanya. ‘Lagipun bukannya aku yang mulakan. Dia yang cari
pasal dengan aku.’
Lagu Treat a Lady sedap berdendangan
di balik speaker telefon bimbitnya tanda minta di angkat. Terus ditekannya
punat hijau apabila melihat ‘MAMA’ di skrin telefonnya.
“Hello.”
“Mia jangan lupa tunggu luar KLIA nanti tau?”
“Ya ma…” Jawabnya acuh tak acuh sambil melangkah tanpa melihat ke
bawah. Pandangannya hanya di hadapkan ke atas. Malas hendak bercakap panjang. “Ok,
see you soon.”
Terus saja
ditekannya punat merah. Erna terus mengambil kesempatan itu dengan melentangkan
kayu mop apabila Mia berjalan melintasinya dan dalam sekelip mata saja Mia
merasakan tubuhnya begitu ringan melayang dan akhirnya Mia selamat mendarat
juga. Ia mengaduh kesakitan. Orang yang ada di situ terus mengalihkan
pandangan ke arahnya. Wah malunya! Mia dapat merasakan bahang di seluruh
wajahnya. Sisi pandangannya ia dapat mengesan sekumpulan pemuda tadi sedang memerhatikannya.
Dipandangannya ke atas, sangkaannya
memang tepat! Sekumpulan pemuda kacak belaka sedang menyaksikan ‘walk of
shame’ Mia sebentar tadi. Mia tidak peduli mereka kacak kah comel kah
kerana di mindanya sekarang adalah ‘sejarah kelabu’ yang baru saja berlaku
tadi. Kesemuanya sedang menahan ketawa. Ada yang
sedang cuba
menutup mulut daripada tersenyum.
Erna tersenyum
sinis lalu menjelingnya lagi. Cepat-cepat
pengurus restoran tersebut meluru ke arah Mia.
“Are you okay miss?!”
“Yeah, im fine.” Mia cuba menahan
malu yang tidak terhingga. Mia terus berdiri.
Nik terus bertepuk tangan. Entah
kenapa datang niatnya untuk mempersendakan Mia. “Itulah akibat orang yang tidak
penyabar. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, bersabarlah apabila hendak memesan
makanan anda di mana-mana restoran.” Bunyinya bagaikan iklan di televisyen.
Pecah ketawa mereka mendengarnya.
Bagaikan gunung berapi yang sudah lama tidur dan secara tiba-tiba gempa bumi
berlaku lalu mengeluarkan semua lava yang ada di dalamnya. Tahap malu Mia
semakin memuncak.
Minuman yang dipegangnya terus
disimbahnya tepat ke wajah Nik. Mereka semua terkejut bukan kepalang melihat
tindak balas Mia yang spontan itu. Habis basah kuyup Nik dibuatnya. Hilang rasa
malunya, sekarang ia merasa puas. Terus Mia meninggalkan pemuda tersebut dan semua
sahabatnya bengang melihat Nik dengan riak wajah terkejut masing-masing.
---
Mia dapat merasakan ramai orang
berbisik-bisik sambil memandangnya. Haji Wafi yang tidak tahu apa yang telak
berlaku dilanda seribu satu soalan.
“Kenapa ramai orang macam pelik hari
ani?”
“Maksud papa?” Ia buat-buat tidak tahu.
“Tu, dorang lihat Mia semacam saja.”
No comments:
Post a Comment