Tuesday, February 7, 2012

me2u (9)


9

Mia geram. Betul-betul geram. Dia ingat dia boleh lepas macam tu saja? Kau tengoklah nanti. Ini hari kau, besok besok hari aku pulak. Tengoklah!
“ARGHHH!” Mia menjerit. Sofie yang berjalan di sebelahnya terkejut.
“Mia? Kenapa ni?”
“Im sorry. Cuma saya, urgh! Geram sangat dengan mamat gila tu! Adakah patut dia malukan aku depan public macam tu?! Ini dah masuk ketiga kali dah dia kenakan aku! Aku benci dia!” Mia menukup mukanya, cuba menahan malu yang menyerang mengingatkan kejadian tadi.
“Ok ok, tenang, tenang. Dia yang mana satu awak maksudkan ni?”
“Whoelse? Nik Syahadan!”
“Oh, dia.” Sofie ketawa. “Just chill Mia. Sometimes Nik can be a little mischief with a newcomer.”
“Mischief? More like Mr. Nightmare!”
**
“Nik, tunggu!”
Nik menoleh. Ia menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat Jj kini kalut berlari anak menuju ke arahnya.
“Bad news dude!” Ujar Jj dengan keadaannya yang termengah-mengah akibat berlari tadi.
“How bad?”
“Really bad..your…team…I….mean…” Jj masih lagi cuba menstabilkan pernafasannya.
“Ok, ok…tenang dulu, tarik nafas, hembus….” Ia cuba menenangkan sahabatnya itu. Jj menghirup nafas perlahan-lahan lalu menghembuskannya dengan tenang.
“Ok, apa dia?”
Jj kelihatan takut untuk memberitahu berita itu. Tapi lambat laun juga Nik akan tahu hal ini. Oleh itu lebih baik ia tahu hal ini dari dia daripada Nik tahu dari MG.
“Farhana just quit! She’s dancing with someonelse right now. Bermakna kau dah tak ada pasangan untuk pertandingan Gala bulan depan!” Jj memberitahu.
Bulat mata Nik mendengarnya. “What is she thinking?! Dia dah gila ke??” Nik panik! Terkejut bukan kepalang ia mendengar akan berita tersebut.
“I know. Im sorry Nik. Aku pun tak tahu apa dah jadi ngan Farhana tu. Mungkin dia masih rasa awkward dengan kau kot? Kau tau lah history kau ngan dia dua tahun yang lepas..I mean, she ditched you off when you confessed to her that you…..”
“ENOUGH!” Api marah sudah mula membakar dada, segera memotong ayat Jj.
“Apa kau nak buat sekarang? Tinggal 4 minggu saja lagi Nik.”
“OMG! This is ridiculous.” Nik meraup rambutnya kasar. “Nak cari pasangan menari bukannya senang. Cari steps nak match dengan music..itu lagi! ARGH! Farhana ni memang sengaja nak kenakan aku!”
Ia merasa getaran di balik saku seluarnya. Telefon bimbit di keluarkan lalu menelaah mesej yang baru sampai. Begitu juga dengan Jj dan semua penuntut MIS yang ada di situ.
4-1-1:
Yes, say my name again Nik. MG here to bombed out the news. Looks like our Nik is helpless for the steps. What was the name of the song again? Already gone? Yeah! Nik’s cinderella is now already gone.
“Ok. That’s it! Aku akan buat audition..ASAP!” Terus ia berdiri dari tempat duduknya.
“Apa? Kau main-main ke ni Nik?” Jj bingung, lama ia memerhatikan Nik yang kini sedang bersedia untuk meninggalkan tempat itu.
“Tak ada masa nak main-main lagi. Jom.”
***
Sementara menunggu Sofie habis dari C.A, Mia duduk di kafe seorang. Matanya masih lagi fokus melihat senarai C.A yang baru didapatinya tadi. Fikirannya ligat berputar memikirkan aktiviti apa yang harus diambilnya untuk tahun itu.
Kedengaran telefon bimbitnya berlagu-lagu menandakan ia menerima satu mesej lagi.
4-1-1:
Good news for the girls out there. Looks like our prince charming is busy looking for his cinderella. Wanna try out for a dance audition tomorrow? Make sure you have the ‘glass slippers’. Own it to in it.
‘Wow, dance competition? That’s new.’
Lama ia berfikir. Terselit juga di hatinya untuk datang mencuba ujibakat tersebut. Lagipun selama ini ia memang suka menari.
“Hai!”
Kedengaran suara menyapa Mia mesra. Mia mendongak. “Nak apa?! You want a piece of me.” Ia menggertak sebaik saja ia melihat Nik senang-senang saja duduk di hadapannya.
“No thanks, aku ke sini nak kasi warn kau je.” Nik berpeluk tubuh. Ia masih lagi tersenyum walaupun dalam keadaan mengugut. Mia cuwek, ia hanya mampu menjeling.
“Should I be afraid?” Mia tidak menunjukkan sebarang reaksi takut. Malahan ia hanya tenang.
Nik merengus perlahan.“Tsst, look. You are new here. Don’t act like you’re cool enough after what you did to me yesterday.” Nik meletakkan tangannya di atas meja, wajahnya di hampiri ke arah Mia.
Mia ketawa sinis. Lalu ia juga menghampiri wajahnya ke arah Nik. “Well you better don’t act like you’re cool enough after what you did to me today!” Mia membalas balik.
“This is the beginning of the end of your life! Im going to make you suffer here!” Balasnya tidak puas hati. Memang susah menakutkan perempuan yang seorang ini.
“Make me. You ain’t the only one baby because Im doing it too!” Sinis Mia membidas lalu memetik jarinya betul-betul di hadapan Nik sampaikan lelaki itu memejam mata. Mia ketawa lalu berdiri meninggalkan lelaki itu. Nik rasa tercabar tapi akhirnya ia sendiri menguntum senyuman.

No comments:

Post a Comment