Monday, February 6, 2012

me2u (3-ii)


3 (ii)

****
Mia menarik nafas panjang sebaik saja ia keluar dari KLIA. Kejadian di Brunei Airport tadi memang memalukan, apatah lagi kejadian ia jatuh di restoran tadi. Arghhh, bak kata orang ‘jangan pandang belakang’. Benda dah jadi, tak boleh diubah lagi.
Dipandangnya sekeliling, ramai juga orang pada hari itu. Puas ia melilaukan mata, namun kelibat ibunya tidak kelihatan. Tiba-tiba ia merasakan bagasinya ditarik.
“HEII!” Mia terkejut lalu ia menarik bagasinya balik.
Ipaalam sa akin magpadala cik!” Seorang pemandu teksi berbangsa Filipino dalam perumuran 40-an sudah bersedia memasukkan bagasi Mia ke dalam teksi.
Mia tersentak! ‘Aik? Apa betul aku ni kat Malaysia? Aku tak salah flight ke?!
“Eh pak cik buat apa ni?!” Mia bertanya dengan nada panik.
“Ang aking tsuper ng taksi!” Pemandu teksi itu cuba menjelaskan bahawasanya dia adalah pemandu taksi. Mia tidak dapat memahami akan bahasanya, namun secara automatiknya Mia tahu yang lelaki itu adalah pemandu teksi berdasarkan dari perkataan ‘taksi’ di hujung ayat tersebut .
“No…no!” Gesanya sambil menarik balik bagasinya. “Nehi mohabat…wala…me no taxi!”  Habis semua bahasa terpacul dari mulut Mia. Macammana ni. Semua orang yang lalu lalang di situ memerhatikan gelagat mereka berdua, Mia malu!
 “Uncle, gusto kong humihingi ng paumanhin. Ang aking kasintahan ng isang bitmabaliw, tulad ng paraan ng. Al, tandaan, bagong taon posted sal mental ward.” Tiba-tiba datang seorang pemuda datang membantu ‘menterjemahkan’ bahasa Mia kepada pak cik teksi itu sambil memegang bahunya. Mia terkejut lalu menoleh. Rupa-rupanya pemuda tadi. Mia berasa lega juga kerana pemuda itu mahu menolong berkomunikasi dengan pemandu teksi berbangsa Filipino itu. Setelah mendengar penjelasan lelaki itu, pemandu teksi itu pun menganggukkan kepala lalu mengundur diri. Sempat juga pemandu teksi iu menggeleng-gelengkan kepala sambil memandang Mia dengan penuh rasa simpati. Mia hairan, apakah yang mereka bualkan? Kenapa pemandu itu memandangnya sebegitu?
Setelah kelibat pemandu itu hilang, Mia menoleh ke arah pemuda itu. Timbul juga rasa bersalahnya kerana menyimbahkan air ke arahnya pagi tadi.

“Awak, terima kasih kerana tolong saya. Kalau tak ada awak, tak tahulah saya macammana nak berkomunikasi dengan pak cik tadi tu.”
“Ahh, tak apa. Perkara kecik je.” Lelaki itu tersenyum manis.
Wahh, handsome jugak dia nih.’ Mia memuji dalam hati. ‘Serupa Kim Bum plak aku tengok.’
Sepi menyelubungi suasana seketika, 'awkward...'

“Saya nak minta maaf tentang kejadian tadi…” Ujar Mia perlahan.
Sekali lagi lelaki itu tersenyum sambil mengangguk. “Saya pun, minta maaf pasal saya perli awak tadi.”
Mereka berdua tertawa kecil mengenangkan tentang kejadian tadi.
“Ermmm…apa yang awak bualkan dengan pak cik tadi? Saya curious ler…semacam je pak cik tu tengok saya tadi..” Tiba-tiba Mia bertanya.
Lelaki itu masih lagi tersenyum tawa. “Oh tadi tu saya beritahu pak cik tadi yang awak ni tunang saya yang ada penyakit gila, baru je lepas dari wad mental hospital.” Dalam tidak sedar, terlepas juga ayat itu dari mulutnya. Mia tergamam! Ekspresi wajah Mia yang begitu mesra tadi langsung berubah! Geram berbaur marah! Lelaki itu lantas menekup mulutnya! Terpampang jelas riak menyesal di wajahnya.
Mia terus menghenyak kaki lelaki itu! Sabarnya sudah hilang. Tidak cukup dengan itu, di tendangnya lagi lututnya!

“Ahhhh!!!!” Lelaki itu menjerit, mengaduh kesakitan. Geram bukan kepalang ia memandang Mia.
Mia terus mengangkat bagasi sambil membetulkan beg sikutnya. Selamba ia berjalan membelakangi lelaki yang kini tunduk menahan tekanan di bahagian kakinya. Dua tiga langkah, Mia berhenti lalu memusingkan badannya menghadap lelaki tadi.
“Anyway, IM SOOO NOT SORRY! SAYA TARIK BALIK KATA-KATA SAYA TADI! SERVE YOU RIGHT!” Jerit Mia.
Lelaki tadi tidak membalas apa-apa kerana kesakitan yang di alami memang tidak terperi. Kurang ajar punya minah! Bisa-bisa saja kaki aku ni dihentamnya!
Ia berasa kesal kerana niatnya untuk membalas dendam tidak menjadi, sebaliknya ia yang terkena ‘hadiah bonus’.


--


Dani dan Jj hairan melihat gaya pelik sahabatnya berjalan itu.
“Nik! Apa kena dengan kau ni?” Terjah Jj kehairanan.
“Macam angkasawan baru mendarat pula. HAHAHAHA!” Dani menyampuk diikuti dengan ketawa besar.
Long story.
Duhhh, we still have time.” Balas Dani apabila ketawanya mula reda.
“Korang ingat tak minah jatuh kat Brunei Airport pagi tadi?”
“yang tu? Sampai bila-bila aku takkan lupa! Kihkihkih! ” Ujar Jj spontan sambil mengikih ketawa. “Bukan saja ia jatuh tu, engkau pun sampai basah kuyup oleh dia. Ha! Itulah kau, cakap sembarangan, tup tup..kena siram pulak. Hahaha.” Ia menyambung lagi.
I met her just now.” Balas Nik.
“Apa?!” Serentak mereka bertanya. Mati ketawa Jj.
“Yeah, masa aku keluar tadi, aku tengok dia ada masalah komunikasi dengan pemandu teksi tadi. Aku apa lagi? Balas dendamlah!” Jelas Nik sambil memeriksa paspot dan bagasinya.
“Dia pun dalam flight kita jugak? Kau biar betul?” Dani seakan tidak percaya.
“Ya! Kau fikir aku main-main ke?”
“Wahhh, kau ada tanya namanya ke tak?” Jj pula menyampuk.
Nik berfikir sejenak. Ada ke?’
“Haiaaaa! Kenapa kau tak tanya?!” Marah Dani. Bagaikan dapat membaca fikiran Nik.
“Eleh, buang masa aku je nak tanya nama si minah yang dah cari pasal dengan aku tu, tau!”
“Mengaku je Nik, minah tu ok apa.” Jj menepuk bahu kawannya. Matanya tajam memanah tepat ke arah Nik, begitu juga dengan Dani.
Lama Nik mendiamkan diri. Namun ia sendiri tidak tahan apabila ia direnung tajam oleh dua orang sahabatnya itu.
Ok, ok, ok. I give up. Yes, I admit she’s pretty hot.”Akhirnya Nik mengaku juga. “Tapi dia dah nyaris-nyaris hancurkan kaki aku yang maskulin ni hah! Tak ke gila namanya? Memang baran betul perempuan tu. Buat aku turn off aje! Dengan perempuan tu nak buatkan date? Behhhh..tak nak aku!
“Alah Nik, jangan je kau terperanjat yang nanti kau selalu teringat-ingatkan dia.” Dani menyakat.
“Tapi dia tu orang-orang sini juga ke?” Jj menyoal sambil memandang wajah Dani dan Nik bersilih ganti.
Nik mengangkat bahu. “Tak tahulah. Susah nak jangka.”
“Kalaulah dia tu student kat sekolah kita, apa kau nak buat?” Dani cuba mencabar Nik.
“Apalagi? balas dendamlah! Huh! Baru dia tahu siapa Nik.”  
“Memang aku dah jangka dah!” Serentak mereka berdua berkata sambil memetik ibu jari mereka.


----
Oh yeah, the annual homecoming party is next month, what theme should we pick this year?” Ujar Tiara teruja. Lara tidak memberi apa-apa balasan. Sebaliknya ia sibuk memerhatikan Nik yang tidak jauh daripada mereka.
“Kalau dah suka sangat tu, jangan main berlengah je, go talk to him!Tiara bersuara lagi apabila menyedari Lara di sebelahnya langsung tidak memberi perhatian ke arahnya.
“Apa? Kau gila nak aku pergi sana?!” Ujarnya dengan nada tidak tentu rasa.
What so crazy about it? Nik is just a plain guy. So? It’s easy for you to tackle him, duh.”
Looks like you’ve been in England for too long. FYI, Nik is getting popular while you’re gone.”
“Tak cayalah…”
Belum sempat Tiara membalas, kedengaran nada telefon bimbit masing-masing menandakan mereka menerima satu mesej. Semua pelajar MIS di luar KLIA itu terus tunduk menelaah mesej yang diterima.

4-1-1:
Looks like Nik have been hit by a GIRL! Careful Nik, it might be your new rival in the future.

See? I told you.” Ujar Lara.
“But who is the girl that MG talked about?” Tiara menyoal, matanya masih lagi menatap skrin telefon bimbitnya.
Lara hanya sekadar mengangkat bahu. Namun ada sedikit rasa ingin tahu tentang perempuan dalam mesej tadi. Siapakah dia? Dan apa hubungannya dengan Nik?
---
“Baguslah! Sekarang seluruh dunia dah tahu.” Nik bersuara dengan nada geram. Mahu saja dihumbannya telefon itu ke udara. Dani dan Jj tersenyum nakal.
“Baru MIS je Nik, belum lagi dunia. Tenanglah.” Jj cuba menenangkan Nik dengan menepuk-nepuk belakang badan lelaki itu.
“Apa maksud MG pasal minah tu boleh jadi musuh kau kelak?” Dani menelaah semula mesej yang baru diterimanya tadi.
“Entahlah. Kot-kot dia pelajar baru kat kolej kita tak?” Jj meneka.
“Wohoho. Harap-haraplah mulut kau ni masin J!” Nik menjerit. Semua orang yang ada di situ terus mengalihkan pandangan terhadap mereka bertiga.
Do you have to yell?!” Jj memarahinya baik. “Kau ingat airport ni bapa’ kau punya?!”
“Pasal bapa’-bapa’ tak main heh!” Nik membalas balik sambil menaik-naikkan jari telunjuknya di hadapan wajah Jj.
“Apa gaduh-gaduh ni. Macam budak-budak la.” Dani cuba menenangkan mereka berdua. “Tapi apa maksud kau Nik? Kau nak minah tu ada kat kolej kita? Kenapa?”
“Jadi bolehlah aku buli dia seteruk-teruknya nanti. Dia ingat dia boleh lepas macam tu saja lepas dia siram aku, pijak kaki aku, tendang aku?!”
“Jangan sampai kau jatuh cinta dengan dia sudah.” Dani membalas sambil menaikkan kirainya. Kes menyakat.
Never!

**
Mia taksub melihat banglo dua tingkat milik Tuan Jamal ataupun sekarang dikenali sebagai ayah tirinya. Sepanjangan perjalanannya dari lapangan terbang sampai sekarang, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Sebarang soalan daripada ibunya, hanya anggukan ataupun gelengan saja yang menjadi jawapan.
“Hye Mia, it’s good to see you.” Sapa Tuan Jamal sebaik saja ia melangkah keluar dari rumah tersebut.
“Yea…em..hey.” Jawabnya acuh tak acuh. “Nice view.” Sambungnya lagi sebaik saja matanya memanah kawasan tasik bersebelahan dengan rumahnya.
“Terima kasih. Jom masuk.” Tuan Jamal mempelawa. “Kami di sini sangat gembira dengan kedatangan kamu.” Ujarnya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Mia tidak berkata apa-apa. Ia hanya mampu tersenyum.
“Mari, kita pergi ke bilik Mia.” Tuan Jamal menaiki tangga manakala Puan Lina dan Mia hanya mengikut dari belakang. Matanya masih sibuk melilau kawasan rumah tersebut. Cantik juga.
“This is it.” Ujar Tuan Jamal sambil memulas tombol pintu. Perlahan-lahan Mia melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Wow..thank you.” Mia benar-benar terpegun melihat biliknya yang serba luas dan cantik itu. ‘At least, my room is like WO!’ Fikirnya.
“Mia kemaskan barang Mia dulu, sebentar lagi mama dan Jamal nak pergi ke pejabat kejap. Kalau Mia nak apa-apa, Mia boleh beritahu Fiza di bawah.” Beritahu Puan Lina yang kini bersedia hendak meninggalkan biliknya bersama-sama dengan Tuan Jamal.
“Make yourself at home.” Ujar Tuan Jamal sebelum ia menutup daun pintu bilik.
“Ok.” Jawabnya. Selepas saja kelibat ibunya dan Tuan Jamal hilang di balik pintu, perlahan-lahan ia merebahkan badannya di atas katil.
“Am I going to fit in here?” Ia bermonolog sendirian. Jauh termenung mengenangkan masa depannya yang masih kekaburan. Apalah yang akan terjadi selepas ni. Apalah yang akan terjadi nanti di MIS?

(bab seterusnya)

2 comments:

  1. Nice story for now..but..there's a little mistake..ayat ni tak kena for me lah..
    “Korang ingat tak minah jatuh kat RBA pagi tadi?” (can u change it RBA to Brunei Airport?)
    reason: RBA is for flight..
    from Mummy Irfan Wafiq ;)

    ReplyDelete
  2. Thank u for the correction, will change it asap :)

    ReplyDelete