20
“Mama, Mia kena pergi now.” Mia
menyambut tangan ibunya yang pada masa itu sedang menghirup minuman petangnya.
Kebetulan pada waktu itu, kereta BMW 7 series milik Tuan Jamal menerobos masuk
ke kawasan rumah mereka.
Puan Lina dan Tuan Jamal memang
sedia maklum akan hasrat Mia untuk menghadiri parti yang diadakan oleh Tiara.
Mia sudah meminta izin mereka seminggu lalu dengan melihatkan kad jemputan
tersebut sebagai bukti. Lagipula Tiara itu adalah anak kepada salah seorang
rakan kongsi Tuan Jamal, jadi wajarlah mereka membenarkan Mia untuk menghadiri
majlis itu.
“Ok, have fun and be careful.”
Mia mengangguk. Tuan Jamal yang kini
sedang menuju ke arah mereka terus disapa.
“Hai uncle.” Nampaknya Mia masih
lagi belum biasa memanggilnya dengan gelaran bapa.
“Hai
Mia. Dah nak pergi dah?” Soalnya
apabila melihat Mia sedang menyikut beg bersama dengan beg gaunnya. Mia hanya
sekadar mengangguk sambil tersenyum. Lalu ia berjalan menuju ke kereta.
**
Punat lonceng ditekannya. TING TONG!
Lama ia meneliti halaman rumah itu.
Memang besar dan anggun. Anak ahli korporat agaknya.Matanya masih lagi melilau
keadaan sekeliling. Memang cantik. Siap ada kolam mandi lagi di sebelah
taman bunga di bahagian kiri rumah tersebut. Dalam ia sibuk mengamati
sekelilingnya, kedengaran bagaikan ada orang membuka kunci dari dalam. Tidak
lama selepas itu, pintu rumah tersebut terbuka luas dan pada masa yang sama
juga Mia terpempan! Terkejut melihat kelibat yang berdiri di depannya sekarang.
“YOU?!” Serentak mereka bersuara.
Masing-masing kehilangan kata. Mia bagaikan tidak percaya. Matanya dipejam
rapat lalu dibukanya semula.
“Apa aku tak salah alamat ke?!” Mia
panik! ‘Macammana pula aku boleh berada di rumah singa ni?!’ Dihulurkannya
kertas kecil itu kepada Nik.
“34 spg 457 Jalan Yun Yee. Ya betul.”
Nik sendiri naik hairan dan terkejut melihat kehadirannya. Tapi
ia cuba berlagak tenang, padahal dalam hati hanya TUHAN saja yang
tahu betapa gementar dan gembiranya dia melihat kemunculan Mia pada petang itu.
“Tapi tak mungkin! Macammana boleh…..”
“Mungkin otak kau yang tak betul ni.”
Dengan selambanya Nik memotong ayat Mia.
“How come you’re here?” Mia menyoal
Nik dengan riak hairan di wajahnya.
“Berdosa ke aku tinggal di rumah
sendiri?” Nik masih lagi selamba, membuatkan Mia semakin sakit hati melihat
wajahnya pada ketika itu.
"Dengan Sofie?" Mia cuwek.
Nik terdiam sejenak. “Ohh, kau cari Sofie ya? Sila masuk. Dia ada kat atas.” Nik mendepakan tangannya, membenarkan Mia untuk masuk. Namun gadis itu begitu ragu sekali hendak untuk melangkah ke dalam.
Nik terdiam sejenak. “Ohh, kau cari Sofie ya? Sila masuk. Dia ada kat atas.” Nik mendepakan tangannya, membenarkan Mia untuk masuk. Namun gadis itu begitu ragu sekali hendak untuk melangkah ke dalam.
“Kau nak
berdiri sini sepanjang hari?”
“Oh my god! Don’t tell me that you’re her brother?!” Bulat
mata Mia memandangnya.
“Kau belum tahu lagi?” .
Mia menggelengkan kepalanya.
”Awak rasa lebih baik saya tanya
dia. Jom, masuk. Awak nak kita bertengkar depan pintu ni sepanjang hari?”
Tiba-tiba Nik berubah bahasa. Nik sendiri pun hairan kenapa ia boleh berubah
sedemikian. Walaupun dia ‘minah beruang’ tapi Nik merasa janggal juga apabila
berbahas kau aku dengannya, memang kasar tahap maksima. Nik tak naklah macam
tu. Apatah lagi dengan kondisi di mana ia mesti meminta pertolongan dari Mia
untuk pertandingan berdansa di malam Gala nanti.
‘Aik?
Kenapa tiba-tiba je mamat ni pakai awak saya? Ahhh lantaklah! Ikut je rentak dia.’
Ujar Mia dalam hati. Sejurus itu Mia
melangkah masuk sambil membimbit begnya. Ragu-ragu ia mengikuti Nik yang kini
berjalan membelakanginya. Ditelitinya perwatakan lelaki itu. Memang tinggi dan
segak. Tapi…ishhh, takkanlah aku dah
jatuh hati kat si gila ni? Lelaki yang dah menyusahkan hari-hari aku kat kolej.
Mia menepuk dahinya berulang kali. Cuba untuk tidak memikirkan tentang Nik.
Mia taksub melihat keadaan dalam
rumah tersebut. Memang cantik dan anggun. Aroma bunga jasmine menusuk hidung.
Pandangannya berbalik semula ke arah Nik yang masih lagi menyepi di hadapan. Nik
memberhentikan langkah lalu mengetuk pintu bilik Sofie. Beberapa saat kemudian,
pintu terkuak. Sofie tercengang apabila ternampak Mia sekarang berada di dalam
rumahnya.
“Saya rasa awak dah jumpa abang
saya.” Jelas tampak riak takut di wajah Sofie. “He’s actually my twin brother.”
Mulut Mia ternganga. Bersilih ganti
ia memandang Sofie dan Nik. Baru ia perasan sekarang yang Sofie dan Nik memang
ada persamaan. Ternyata Nik dan Sofie bukannya pasangan bercinta. Mereka adalah
beradik kembar! Sangkaan aku ter-play out
jauh!
“I cannot believe this.” Ujarnya
sambil melabuhkan punggungnya di birai katil selepas saja mereka berdua masuk
ke dalam bilik Sofie manakala Sofie perlahan-lahan menutup pintu.
“I know im sorry...it’s just that im
afraid that you don’t want to be friend with me if you know that he’s my brother,
moreover he’s my twin.”
“Taka pa, saya tak marahkan awak.
Cuma saya tak percaya awak berdua adalah beradik kembar! No wonder awak
ragu-ragu masa saya tanya that 'brother thing' time kita shoping masatu.”
Terhambur ketawa Mia.
Sofie hairan. “Awak tak marah?”
“Tak adalah. Kenapa pula? Tapi kalau
awak bagitau saya tentang ni awal-awal kan bagus? Because slama ni saya slalu
komplen yang abang awak tu annoying, mamat gilalah apalah..it turns out that im
talking about your twin! ”
Mereka berdua serentak ketawa dan
serentak itu juga, telefon masing-masing berdering.
4-1-1:
To masquerers out there, don’t think that y’all are covered, story's ain't goin to be any hotter. Just wait and see because i speculated that things are going to be spicy, you know we love parties.
To masquerers out there, don’t think that y’all are covered, story's ain't goin to be any hotter. Just wait and see because i speculated that things are going to be spicy, you know we love parties.
As for
Ms. Mia, don’t be too shocked for the fact that they are related. Wasn’t it
sweet dating with your BFF’s brother or may I say, twin? Goodluck babe, you
know we adore you.
“Huh? Macam mana MG tau pasal ni?
AND IM NOT DATING HIM!”
“Siapa lagi,
abang Nik punya kerjalah tu.” Sofie
memandang Mia dengan pandangan nakal.
No comments:
Post a Comment