Thursday, February 16, 2012

me2u (29)


29


“Awwwwww..”
Masing-masing mengeluh apabila mereka mendapat tahu bahawa En. Firdaus telah ditukar ke sekolah lain. Paling memeranjatkan lagi apabila mereka mendapat tahu En. Jamil akan menggantikan sebagai jurulatih mereka untuk sesi physical education yang diadakan setiap hari.
Mia hairan apabila semua kawannya membuat reaksi yang pelik apabila jurulatih mereka yang baru datang. 
“Pssst.” Mia memberi isyarat kepada Sofie yang berdiri tidak jauh di hadapan darinya. Kelihatan Sofie menoleh.
“What’s up?”
“Awak tengok saja.”
“TIT..TIT..TIT” Pelbagai banyak bunyi yang kedengaran di balik poket seluar sukan masing-masing. Ramai yang menyeluk saku untuk memeriksa sms yang baru diterima, setentunya dari MG.
“Switch off your phone during my p.e session.” En.Firdaus memberi amaran. Mati niat mereka semua untuk membaca mesej yang diterima.
Mia masih lagi bingung. ‘Why he seems so uninvited?’
“Ok guys, dengar sini ya. Let’s start with our warming up session.” Nada suara En.Firdaus bertukar lembut. Bukan lembut biasa, ini lembut luarbiasa.
‘Oh, pasal tu rupanya!’
“Awwwwwwh…” Sekali lagi mereka semua mengeluh. Mia semakin keliru. Apa yang tidak kena dengan cikgu mereka yang baru ni? Memanglah dia lelaki lembut. Tapi takkan itupun jadi masalah?
“Ok, kita mulakan dengan gerakan kepala. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan. Kanan, kiri, atas bawah. Lagi sekali, satu, dua, tiga……”

4-1-1:
Three words. Long, repetitive and memorable.
Bonne chance mes amis :)

Mereka semua terpaksa mengikut apa yang diarahkan oleh jurulatih jasmani mereka. Mula-mula Mia dapat menerimanya dengan hati yang lapang dan merasakan yang jurulatih mereka memang tidak ada masalah pun. Namun setelah setengah jam berlalu, Mia dapat merasakan lelahnya apabila En.Firdaus memakan masa yang begitu lama hanya untuk memanaskan badan. Dari kepala, tangan, badan, pinggang, kaki sampai mereka duduk. Sesi memanaskan badan belum berakhir lagi. Mia menoleh ke arah Nik, Dani, Jj, Ishq dan semua ahli Ultra Jumper yang melakukan senaman memanaskan badan dengan mata mereka yang terpejam. Mereka sudahpun hafal dengan style pergerakan En.Firdaus.
Mia menghela nafas berat. ‘Is this even legal?!’
Ditolehnya ke arah Mira, rakan sekelasnya yang bagaikan orang tidur di sebelah. Bezanya anggota badannya bergerak mengikut pergerakan En.Firdaus. Bukan saja dia, hampir ke semua rakannya di sekeliling memejamkan mata mereka.
‘Wow! Diorang hafal semua steps ni? Mau berapa lama lagi ni??’ Mia menggerutu di dalam hati. Dengan riak mukanya yang berkerut-kerut.
Tiba-tiba Sofie menoleh ke arahnya. “See?” Biar pun jauh, Mia dapat membaca gerakan bibir sahabatnya itu.
Mia hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum tawar.
--
Selesai saja melakukan senaman ringan yang lama tadi, kumpulan bola keranjang MIS, Ultra Jumper telah diarahkan untuk memulakan latihan mereka. Ini menambahkan bosan bagi penuntut perempuan yang tidak terlibat sama dalam latihan tersebut.
“Sir, boringlah. Kami yang perempuan ni nak buat apa?” Meletus satu suara di belakang. Mereka semua memalingkan perhatian, rupanya Kartina.
“Kamu buat apa yang patut. Main bola jaring ke..apa ke.” Jawab En.Firdaus acuh tak acuh sambil memerhatikan gerak geri ahli UJ yang kini sedang berlari ke sana ke mari menuju ke arah bola.
“Apa ni? Kan court dah kena conquer leh UJ tu.” Farhana menyampuk.
“Hish, alang-alang kamu pergi sorak ajelah. Kan kamu ni member Cheerladies. Pergilah.”
“Well, not all of us.” Tiara menjawab.
“Screw you Drama Queen. Come on girls!” Farhana membidas sambil menjeling ke arah Tiara. Mereka semua berpandangan. Apahal pula dengan Farhana ni?
Serentak itu, semua ahli Cheerladies bingkas bangun dan terus berdiri berhampiran dengan court bola keranjang. Mereka melakukan gerak tari yang biasa menjadi rutin latihan mereka. Kini hanya tinggal Tiara, Mia, Lara dan Sofie saja yang duduk di bangku gymnasium. Lama mereka memerhatikan gelagat Farhana.
“Kenapa dengan dia tu?” Mia menyoal, kemudian mengerling ke arah Tiara.
“Screw me? Screw her!” Tiara menempik, meluat dengan perangai Farhana. Soalan Mia ditinggalkan tidak berjawab.
“Sabar je Tiara. Dia tu memang angin orangnya.” Lara cuba menenangkan Tiara.
“Ergh! Why am I wasting my time here when I have the chance to finish my ‘community service’.”
“OUR community service.” Ujar Sofie membetulkan ayat Tiara, sedikit sebanyak kedengaran nada menyindir.
“Whatever! Im outty.” Cuwek, Tiara bingkas bangun tanpa menghiraukan Sofie. Lara mengikutnya dari belakang.
Mia dan Sofie masih lagi duduk melihat Nik dan pasukan UJnya fokus berlatih. Mia merasa kagum juga melihat kehandalan Nik dalam permainan bola keranjang itu.
“Abang Nik is the UJ captain.” Tiba-tiba Sofie bersuara, memecahkan kesunyian di antara mereka. Mia terpempan, ia memandang Sofie dengan riaksi hairan.
Sofie tergelak kecil. “Dari muka awak, aku dah tahu yang awak sebenarnya tengah pikirkan abang Nik, kan?”
Tidak tentu rasa Mia dibuatnya. Kantoi pula.
“Taklah!” Cepat-cepat ia berdalih.
Sofie menyepetkan matanya, tanda tidak percaya akan kata-kata Mia. Semakin kalut pula Mia dibuatnya.
“Fie….” Mia mengalah, seakan-akan ia mahu memberitahu Sofie sesuatu. Tetapi entah kenapa ia berhasrat untuk memendamkan saja hasratnya itu.
“Hmmm?” Sofie masih lagi menunggu.
“I think we should go do our ‘community service’.” Balasnya sambil berkira-kira hendak bangun.
“Go! Go! Go Nik! Je t’aime!” Tiba-tiba kedengaran suara Farhana menjerit. Nik yang ketika itu sibuk fokus untuk menjaringkan bola berhampiran kawasan gol terus mengalihkan pandangannya ke arah Farhana. Ia terkejut! Ia tahu akan makna ayat yang baru saja dilontarkan oleh Farhana tadi. Lama mereka berpandangan. Mia juga ikut terpempan, bukannya ia faham akan bahasa Farhana sebentar tadi, yang menjadi persoalan sekarang kenapa Nik nampak begitu terkejut? Lama ia berdiri memerhatikan Farhana dan Nik bersilih ganti. Sofie dan pelajar lain seakan-akan tidak mendengar akan jeritan Farhana tadi. Mungkin mereka juga tidak faham akan maksudnya.
Nik keliru. Kini terimbau semula akan kenangan dua tahun lepas apabila ia sendiri yang menyatakan ayat ‘Je t’aime’ itu kepada Farhana, tanda ia meluahkan isi hatinya kepada perempuan itu. Kini, Farhana pula yang berkata sedemikian kepadanya.
“Nik?! Kau buat apa tercegat di situ?! Shoot the ball dude!” Dani menjerit marah melihat Nik kaku bagaikan robot. Terpinga-pinga lelaki itu memandang jaring, ia cuba menjaringkan bola di tangan, malangnya oleh kerana ia hilang fokus disebabkan Farhana membuatkan bola yang dihumban gagal masuk jaring.
“Shiz!” Terpacul ayat itu dari mulut Nik. Ia menyumpah diri sendiri kerana begitu cepat hilang fokus dek jeritan Farhana. Sekali lagi ia mengerling ke arah perempuan itu. Kelihatan Farhana masih lagi menajamkan pandangannya ke arah lelaki itu. Ia dapat melihat akan tenungan penuh harapan di mata Farhana.
‘Apa dia nak kali ni?’
“Kau ni Nik! Nasib practice saja tau! Kalau tadi tu real game, macammana? Habis UJ! Fokuslah Nik..apahal yang membuatkan kau kaku macam robot semput tadi tu?!” Taufik membebel.
“Sorrylah guys, tiba-tiba saja aku hilang fokus tadi...” Nik membalas.
“Iyelah tu.” Jj menyampuk sambil bercekak pinggang, turun naik dadanya menahan nafas akibat berlari tadi. Sebenarnya ia sendiri turut faham akan makna ayat Farhana tadi, cuma ia malas hendak menghebohkannya.
“Amboi, bukan main chill lagi kamu ni ya. Nik! Get your head in the game!” Ujar En.Firdaus. Sejurus itu mereka semua berbalik ke posisi masing-masing.
“Mia! Tadi awak yang beriya-iya sangat nak pergi, ini…termenung pula? Apasal?” Sergah Sofie membuatkan Mia tersentak.
“Nothing.” Pendek ia menjawab.
“Kalau macam tu, jom.”
Mereka berdua berlalu meninggalkan kawasan gymnasium tersebut. Entah kenapa Mia merasakan kelainan di hatinya sebaik saja ia melihat Nik dan Farhana bertentangan mata seketika tadi. Mungkinkah panah cemburu? Ataupun ianya hanya rasa ingin tahu?
‘Tapi kalau aku nak tahu pun, kenapa aku rasa unease kat Farhana?’
Farhana dapat merasakan peluangnya untuk kembali bersama Nik begitu cerah sekali. Ia merasa sungguh gembira apabila Nik perasan akan ayat yang dijeritkannya lagi. Baginya ia tidak ada salah apa-apa kerana dalam hal ini Mia yang bersalah. Dulu ia sendiri pernah berterus-terang kepada Mia tentang perasaannya terhadap Nik. Sakit hatinya apabila ia mendapat tahu yang pelajar baru itu telah mendapatkan Nik lebih pantas dari dia. Ia mahu merampas balik apa yang dirampas oleh Mia.

No comments:

Post a Comment