33
Baru saja mereka memasuki gymnasium kolej, kelihatan En. Firdaus tercegat berdiri sambil
mengambil kedatangan mereka semua. Tidak lama kemudian, ia mengeluarkan sesuatu
dari saku seluar. Mereka semua masih lagi memerhatikannya. Rupa-rupanya benda
yang dikeluarkannya tadi adalah alat kontrol radio yang disambungkan dengan
alat pembesar suara yang tergantung di 4 sudut dewan. Hanya dengan satu klik,
kedengaran lagu She Bangs dendangan Ricky Martin berlaungan. Mendengar saja
akan rentak lagu yang rancak itu, mereka bagaikan bersemangat.
“Kamu semua tahu lagu ni?”
Mereka semua serentak mengangguk.
En. Firdaus masih lagi menggunakan stail senam
memanaskan badan yang memakan masa begitu lama. Namun kali ini dicampur dengan
lagu rancak membuatkan mereka bagaikan menari berkumpulan. Mereka semua merasa
gembira. Seronok bukan kepalang.
**
KRINGGGGG
Lonceng kolej berbunyi menandakan waktu kuliah
sudahpun berakhir. Apabila Mia membuka loker, kelihatan sekeping kertas jatuh.
Diambilnya benda tersebut, nampaknya ianya bukan hanya sekeping kertas. Ianya
adalah sekeping gambar. Hati Mia berdebar-debar. Ia cuba menahan perasaan yang
mula bergelodak di dada. Gerangan siapa yang sengaja memasukkan gambar ini ke
dalam lokernya? Dia sendiri tidak tahu.
“Hey, are
you coming?”
Terkial-kial Mia menyembunyikan gambar tadi ke dalam
loker apabila mendengar suara Nik menyapanya dari belakang.
“Ke mana?”
Nik menghela nafas kecil. “Dance practice ler..”
“Oh yeah,
that.” Bagaikan orang bodoh Mia membalas.
Nik memandang Mia dengan riak pelik. “What’s wrong?” Soalnya perlahan.
“Tak ada
apa.” Ia cuba berdalih lagi. “Kenapa?”
Mata Nik bertukar sepet, tanda ia tidak percaya. “Because I know there’s something wrong when
your eyes is not match with your mouth.” Nik mengomel.
“Nothing’s
wrong honey, believe me.” Tanpa disedari, ayat itu terpacul dari mulut
Mia.
Nik tercuit, bibirnya menguntum senyuman. “Say it again.”
“Believe
me?” Mia tidak faham.
“Tak, ayat sebelum tu.” Nik masih lagi senyum
ketawa.
Bagaikan roda basikal minda Mia berpusing, cuba
mencari ayat yang dimaksudkan Nik. Tidak lama kemudian, baru ia teringat!
Mia kalut. “There’s
no time for that!” Marahnya sambil berlalu meninggalkan Nik di belakang.
Sejuta malu menyerang dirinya.
**
Mereka berdua kini sedang menikmati petang hari itu
dengan mengayuh sampan di Taman Tasik Titiwangsa. Tepat jam lima tadi mereka
habis melakukan latihan tarian mereka untuk pertandingan minggu depan.
Memandangkan Mia masih lagi baru di kota itu, Nik terus membawanya ke taman
tersebut, salah satu tempat yang menjadi kegemarannya. Sesampai mereka di sana,
Nik dapat melihat raut wajah gembira Mia. Memang jelas sekali Mia tidak pernah
ke situ. Kini Mia berada di hadapannya. Tiba-tiba hatinya diserang sesuatu. Gelisah
pula. Malu ada juga.
‘Hishhh, apa kena dengan aku ni?’
Beberapa kali mata mereka bertembung, dan beberapa kali itu juga mereka cuba
mengelaknya dengan terus melihat ke arah lain.
“Seriously
Nik, saya tak expect yang awak boleh dance sehebat tadi.” Ujar Mia
tiba-tiba,cuba memecahkan kejanggalan di antara mereka.
Nik hanya mampu tersenyum. “Memang dah ramai orang
fikir macam tu. They just thought im a
MG and MIS favourite guy that can only read and throw balls in a gym.”
“Yeah, you
are.” Mia membalas. “But that’s
only my first impression. After
you taught and show me all those amazing moves, I was like..wow! You are not
that bad.”
Nik tergelak kecil. “Saya cuma lelaki biasa, Mia.”
Mia juga ikut tersenyum. Tidak sangka setelah
mengenali Nik dengan lebih dalam lagi, lelaki itu rendah diri juga orangnya.
Tiba-tiba ia teringat akan gambar tadi. Mia terus tidak tentu rasa. Adakah ia
patut bertanyakan gambar itu kepada Nik ataupun tidak?
“By the way
Nik, awak ke yang taruh gambar awak dalam loker saya tadi?”
Nik diserang bengang. ‘Gambar apa pulak ni?’
“Gambar? Gambar apa?”
Mia kalut. “Oh
my?! Look at the time. I have to get back.” Ia cuba berdalih.
“Really? Oh
yeah. 6.04 pm already.” Nik meneruskan kayuhannya. Tiba masanya untuk
pulang kerana tidak lama lagi siang akan tenggelam.
Mia diserang seribu satu soalan. Kalau bukan Nik?
Siapa yang menaruh gambar itu ke dalam lokernya?
No comments:
Post a Comment