35
“Abang pergi mana tadi?” Sofie menyoal sebaik saja
melihat abangnya melangkah masuk ke dalam rumah.
“As usual,
dance practice. Abang baru je
hantar Mia balik tadi.”
“Oh.”
“Fie mahu tahu? Tadi punyalah takut abang time nak salam dengan ibu Mia tadi.”
“Mama Mia? Hahaha! Ya ke? Cool. Baru je couple, dah
pergi jumpa bakal ibu mertua.” Sofie berseloroh dan terus ketawa.
“Eh, apa yang Fie merepek ni? Tadi time abang hantar dia, ibu dia dah
tunggu kat luar. Takkanlah abang tak turun dan pergi macam tu je. Tak baiklah
kalau macam tu kan? Abang pergi salam ler. Dan kan, dia kenal ngan papa dan
mama tau.”
“Wah, ya ke? Maybe rakan bisnes papa tak?”
“Mungkin juga.”
Tidak lama
kemudian, Nik terus melangkah menaiki tangga menuju ke biliknya. Belum sempat ia
memulas tombol pintu, lampu yang terang benderang menerangi rumahnya terus
ZUPPPP, terus menjadi gelap gelita.
“Abang?!!!!!” Kedengaran suara Sofie memanggilnya
dari bawah.
Dengan bantuan cahaya dari skrin telefon bimbit ia
melangkah menuju ke bawah. Cuba mencari adiknya yang terduduk di lantai sambil
memegang lutut kakinya.
“Adui! Mana abang ni? Fie dah tak nampak apa-apa
lagi ni. Gelap! Leceh betul la macam ni.” Kedengaran suara Sofie membebel. Nik
ketawa. Sofie menoleh disekelilingnya, cuba mencari bayangan Nik dalam
kegelapan.
“Abang kat sini ha.” Nik mendekati adiknya. Manakala
Sofie pula teraba-raba akan sekelilingnya, cuba mencari di mana kelibat
abangnya berada. Sesekali itu tangannya terkena akan perut Nik.
“Ha, ha, ha! Kalau nak raba-raba tu, hati-hati
sikit! Jangan terkena yang ‘satu’ tu. ‘Benda emas’ tu.” Nik bersuara terus merapatkan kedua belah
kakinya. Sofie tergelak ketawa, lucu mendengar kata-kata abangnya.
“Sudah, sudah..Nik dan Fie ni tak habis-habis
bergaduh. Fie dan Nik tak dengar ke tadi? Malam ni hampir semua kawasan rumah
di bandar ni terkena gangguan bekalan elektrik, tau? ” Mak Timah muncul keluar
dari dapur, membawa lilin bersamanya. Kini barulah mereka boleh nampak walaupun
pandangan masing-masing sedikit kesamaran disebabkan cahaya lilin yang dibawa
oleh Mak Timah.
“Semua?!” Soal Nik.
“Ya, semua. Kenapa?”
Nik terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail
nombor telefon yang ada di mindanya. Dua kali dering, talian terus di angkat.
Sejurus itu juga Nik terus menapak keluar ke taman rumahnya.
--
“Helo?”
“He….he..lo?” Kedengaran suara Mia di hujung talian.
Nik dapat merasakan yang Mia sedang mengalami ketakutan pada waktu itu.
“Mia, awak ok?” Soal Nik risau.
“Hmmmm,
ya, saya ok.”Kedengaran lagi
bagaikan Mia baru saja mengesat air matanya. “Please
don’t hang up. Saya…” Mia tidak jadi meneruskan ayatnya.
“Saya…?”
Nik masih lagi menunggu ayatnya tadi.
“Nothing.”
“Kalau macam tu tak pelah, saya pergi makan dulu.”
Nik cuba menguji Mia.
“I NEED
YOU!” Bagaikan kilat ayat tersebut keluar dari mulut Mia.
Nik terpempan, bagaikan tidak percaya dengan
kata-kata yang baru saja menampar cuping telinganya tadi.
“I need
you, please don’t hang up.” Perlahan suara Mia apabila mengungkapkan
ayat tersebut.
Kelu lidah Nik dibuatnya. ‘Alaaa, memanglah dia perlukan
aku sekarang pasal dia diserang achluophobia.’ Perasaannya bagaikan
dibelah dua.
‘Eh, taklah Nik. Dia memang perlukan kau
pasal dia suka kat kau.’ Datang lagi suara
lain.
“Nik?” Mia memanggil namanya lembut.
Barulah Nik tersedar yang ia masih lagi di talian. “Im sorry..”
“Kenapa
awak telefon?”
Nik tidak tahu hendak membalas apa. “Mmm, tak ada.
Pasal baru je aku ingat esok ada test,
ingat?” Ia berdalih, dalam hati ia menyumpah dirinya kerana terlalu ego untuk
mengungkapkan perkara yang sebenar. Nik menelefon Mia kerana semenjak bekalan
elektrik terganggu di studio beberapa hari yang lepas, ia sudah sedia maklum
akan diri Mia yang mengalami achluophobia
ataupun secara amnya fobia terhadap gelap. Dari suara Mia tadi, ia dapat
mengesan yang Mia baru saja lepas menangis.
Selama beberapa jam mereka berbual di dalam telefon.
Sepanjangan itu mereka ketawa, bertengkar kemudian ketawa balik. Sesekali itu
mereka bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka. Sampailah elektrik rumah
mereka terpasang kembali. Kedengaran suara Sofie bersorak gembira dari dalam
rumah.
“Tell her I
say hi.” Ucap Mia sebelum mereka mematikan talian.
“Ok.”
“And Nik…”
“Hmmm?”
“Thank you.”
Nik tidak membalas, sebaliknya ia hanya tersenyum.
“Bye Mia.”
Tuturnya lembut.
Apabila Mia mematikan talian, ia memandang skrin
telefonnya. “I love you Nik.”
No comments:
Post a Comment