Tuesday, February 7, 2012

me2u (14)


14

Nik masih lagi pening. ‘Macammana ni? Macammana aku nak pujuk si Mia tu? Apatah lagi sekarang ia benci kat aku. Huu..’ Wajahnya ditukup dengan bantal Spongebob Squarepants yang dihadiahkan oleh adik kembarnya setahun yang lalu. Filem Step Up yang dipasangnya tadi langsung tidak diendahkannya.
“Hoi!” Sofie yang baru saja masuk ke dalam ruang tamu terus melompat, melabuhkan punggung di sebelah abangnya.
“Apa kes? Banyak hutang eh?” Adiknya memperli lalu tergelak. Lucu melihat karenah abangnya.
“Hutang kepala Fie.” Nik mencebik bibir. Ia masih lagi merangkul bantal tersebut dipangkuannya.
“Habis? Kenapa abang susah hati macam tak dapat bini ni?” Sofie tidak henti-henti menyakat.
“Tu hah, abang masih tak dapat pengganti Farhana tu, susahlah macam ni!” Ia masih lagi menukup mukanya dengan bantal kesayangannya itu.
“Kat Mia tadi bukan main kata ‘‘lelaki berpengaruh lah apalah’’. Di sini, pandai roboh jugak dinding ego abang ni ya.” Besar ketawanya. Berulang kali ia menampar belakang badan Nik.
“Hah, perli lagi.” Nik mendongak. “Menyesal jugak abang cakap macam tu kat Mia tadi.”
“Wow?! Abang menyesal? Don’t tell me you like her?” Sofie menyakat.
Nik gelisah. “Hish! Gila! Tak adalah. Dengan minah beruang tu? Nahas abang kalau pilih dia. Banyak lagi perempuan dalam Malaysia ni.”
“Eleh, apa pulak gilanya bang? Cuba abang bayangkan. Bibirnya yang merah, kulit putih berseri, matanya bulat….”
“Mata siapa yang tak bulat?” Nik memotong cakap adiknya.
“Hish! Kacaulah abang ni!” Lengan Nik terus ditampar. “Tak adalah, maksud Fie, Mia tu cantik! Orangnya pun selamba saja. I like her style, very different from others. Baju T, padan dengan jaket, sneakers. She’s hot.”
Nik terdiam lalu membayangkan kelibat Mia. Diimbas kembali dari pertama kali ia bertemu dengan perempuan itu di RBA sehinggalah ke hari ini. Memang cantik. Namun, menyedari akan kewujudan adiknya di situ, cepat-cepat ia membuang kes.
“Eleh, sekadar minah macam dia tu. Mana-mana pun abang boleh cari.” Egonya kembali tegak berdiri.
“Mana-mana boleh cari konon, sampai hari ni pun abang masih tak ada pasangan untuk malam gala tu, apa kes?”
“Bukan abang tak dapat, abang malas je nak cari. Kalau abang cari, dari awal dah abang dah dapat.”
“Really? Yeah, you act like you can get everything. I dare you..”
“Apa dia?”
“Abang kena cari date untuk malam Gala nanti, Fie bagi abang tempoh seminggu! Kalau abang gagal, abang kena pilih Mia dan ajak dia jadi pasangan abang pada majlis malam tu!.”
“Deal!” Terus saja Nik setuju. Tidak peduli dengan akibat yang akan datang.
“Nik, Sofie. Ni ada kad.” Tiba-tiba pembantu rumah mereka muncul di balik pintu ruang tamu. Nik terus berdiri lalu melangkah mengambil kad yang dihulurkan oleh penjaganya.
“Bila mama dan papa balik dari Bangkok?” Soal Nik apabila kad tadi bertukar tangan.
‘‘Mereka cakap diorang balik minggu depan.’’
Nik menganggukkan kepalanya lalu kembali ke tempat duduknya selepas saja kelibat Mak Timah menghilang di balik pintu dapur rumah mereka.
“Another party?” Sofie cuwek, nampak gaya abangnya saja yang dijemput.
“Yup, masquerade bash. Hostnya, as per usual si Tiara.” Dibelek-beleknya kad jemputan yang berwarna hitam dihiasi dengan gambar topeng teater.
“Great, Drama Tiara. Your number one fans.”
“Haha, very funny.” Nik baru sedar yang di tangannya kini ada dua kad jemputan. Dibacanya dengan teliti penerima tersebut.
“Sofie Balqis binti Dr.Edieerwan”
“WHAT?!” Sofie jengkel. Apa kes pulak abangnya menyebut nama panjangnya ni?
“No, your name on it.” Bersilih ganti Nik melihat adiknya dan kad tersebut.
“On what?”
“The invitation card...” Dihulurkannya kad jemputan itu.
Terus saja Sofie merentapnya. Tidak percaya dengan kata-kata abangnya.
“Wow! Tiara invited me? Sejak bila? Tiara ada salah makan ke?”
“You should come. Taufik Azmi is coming…” Nik menyakat, siap dengan matanya yang sepet dan keningnya turun naik melihat adiknya.
“YOU KNEW?” Sekali lagi Sofie terkejut. Tidak percaya melihat abangnya. “But how?” Kini ia pula yang tidak tentu rasa apabila rahsianya diketahui.
“Come on sis, we’re twins, remember? Tengok dari muka Fie yang malu seribu tadi masa Fie duduk di sebelah dia. Fie memang ada hati kat Taufik kan?”
Sofie menukup wajahnya, menahan malu yang tidak terhingga.
“Tapi tolong jangan beritahu sesiapa pasal ni, ok? Terutama sekali Tiara!” Terpaksa juga Sofie mengaku.
“Ok” Nik tersenyum. “Apa masalah Fie dengan Tiara? You guys are like bestfriends.”
“Used to be.”
“Kenapa?”
“Pasal dia tahu yang Fie juga suka kat Taufik. Sebab tu...ahhh abang tahu kan perangai dia? Drama Tiara.”
“Oh, tapi dia dengan Taufik kan dah putus?”
“Entahlah..malas nak ambil tahu.”
“But you still like him?”
Sofie terdiam. Lama-lama ia mengangguk.

No comments:

Post a Comment