Thursday, February 16, 2012

me2u (27)


27


Malam itu, Mia terus naik ke bilik setelah saja ia pulang dari latihan menari dengan Nik. Macam biasa, mereka berlatih langkah tari yang mereka rancang untuk pertandingan menari di Gala Night bulan depan. Walapun baru saja dua hari berlatih, mereka dapat menyusun rentak mereka dengan sempurna. Seronok juga berlatih tadi. Ia masih teringat lagi apabila ia terpijak akan kaki lelaki itu. Kemudian, ingatannya tentang kejadian di Brunei Airport dan KLIA di mana ia pertama kali bertemu dengan Nik terus menerpa minda. Senyuman terukir di bibir. Sedikit sebanyak ia seakan dapat memahami akan perangainya. Ego sakan tapi orangnya penyayang dan suka mengambil berat akan orang yang disayanginya terutama sekali adik kembar dia, Sofie.
Secara tidak sengaja, ia tersentuh akan luka di kepalanya. Pedih masih terasa. Ia teringat pula akan kejadian di sekolah. Teruk betul. Tak sangka pula ia akan bergaduh dengan Lara tadi. Menyesal pun tak berguna, benda dah jadi. Ikutkan hati, ia memang tidak ada mood untuk melayan karenah perempuan itu tapi yang bikin hati dia panas si Lara itulah. Ikut suka dia saja main tuang minuman, bukankah mencari nahas namanya tu? Mia merengus kasar, geram akan tindakan Lara. Benci ada juga. Secara tiba-tiba Lara berubah dingin ke arahnya. Pasal apa? Tak pernah pun ia menyakitinya. Ia melepas keluhan berat.

**
Sekali lagi ramai yang merenungnya pagi itu. Mustahil mereka akan lupa tentang kejadian semalam. Pergaduhan yang teruk yang pernah mereka lihat. Perempuan dengan perempuan, sejarah pertama di MIS. Memang gila betul.
“Ehem..” Kedengaran satu suara di balik pembesar suara sekolah. “Selamat pagi kepada para pelajar. Maaf di atas gangguan ini.”
Semua yang ada di kelas itu bertolehan ke arah satu sama yang lain, menantikan pengumuman yang seterusnya.
“Di minta pada nama yang disebutkan sebentar lagi akan dapat pergi ke pejabat pengetua sekolah.”
Bergetar juga hati Sofie dan Mia setelah mendengar pengumuman tersebut, mereka dapat merasakan yang nama mereka akan dipanggil. Manakala Lara di belakang hanya duduk mendiamkan diri, ia juga dapat merasakan hal yang sama.
“Sofie Balqis binti Dr. Edieerwan, Damia Ell binti Haji Wafi, Izzah Halara binti Dimas dan Tiara William. Sila masuk ke pejabat Mr. David sekarang. Terima kasih.”
“Good morning to all students, for those names that are to announce shortly, please see Mr. David in his office immediately. Sofie Balqis Binti Dr. Edieerwan, Damia Ell binti Haji Wafi, Izzah Halara binti Dimas and Tiara William. Thank you.” Makluman tersebut diulang lagi dengan terjemahan ke bahasa Inggeris.
--
Kini mereka semua duduk berhadapan dengan pengetua sekolah yang kelihatan serius. Takut juga mereka untuk mengetahui apa yang berlaku selepas ini. Adakah mereka akan digantung sekolah? Ataupun adakah ibu bapa mereka akan dipanggil?
“Honestly, im really dissapointed with the four of you.” Ujar Mr. David membuka bicara. “But before that, tell me what happened?”
“Dia yang mulakan dulu!” Sofie menuding jari ke arah Lara.
“Me?!” Ia cuba melawan.
“Yeah, you’re the one who poured that shakes onto my head!” Mia meluahkan kebenaran.
“And you’re the one who hit her!” Tiara menyampuk. Tidak puas hati.
“Awak tarik rambut saya!” Sofie tidak mahu kalah.
“Eleleleh, sedap je awak tuding jari. Awak juga yang tarik rambut dia!” Lara membidas.
“But she pushed me!” Mia kembali menyerang.
“ENOUGH!” Mr. David menjerit. Mereka semua terdiam melihat wajah pengetua mereka yang kian serius itu.
“I’ve heard enough, dari ‘maklumat’ tadi, itu sudah menjelaskan yang kamu semua bersalah.” Kedengaran logat Cina di balik suaranya, siap dengan jarinya bergerak-gerak menunding ke arah Sofie, Mia, Tiara dan Lara bersilih ganti. Mereka masih mendiamkan diri, tidak sebising tadi.
“Im really embarassed, kamu semua sudah mencemarkan nama baik sekolah, tau! Kalau lelaki bergaduh dengan lelaki saya boleh terima. Tapi ini?! Perempuan vs perempuan, apa kena dengan kamu semua ni?!” Sambungnya lagi. “I guess I have to call your parents to discuss about this.”
Terbeliak biji mata mereka apabila mendengar ayat yang terakhir itu. Mereka semua terus mengkedepankan badan mereka hampir dengan meja pengetua.
“Please don’t call my parents. I beg you. I’ll do anything.” Tiara merayu dengan bersungguh-sungguh.
Mereka bertiga juga turut merayu dengan wajah seposen masing-masing. Sesungguhnya, kedatangan ibu bapa mereka ke mari bukannya menyelesaikan masalah, makin bertambah pula masalah nanti.
“Ok.Ok.Ok.” Ujar Mr.David sambil mengisyaratkan tangannya untuk mereka berhenti merayu. “I have a great idea.” Ia menyambung.
“Memandangkan sekolah kita kekurangan pembersih, saya nak kamu semua untuk menjadi pembersih sekolah sebagai hukuman. 100 hours of school community service within 2 weeks! Titik!”
Mahu gugur jantung mereka mendengar akan kenyataan yang baru saja menampar telinga masing-masing. “WHAT?!” Serentak mereka membalas. 


(bab seterusnya)

No comments:

Post a Comment