30
Badannya dihempaskan ke atas katil, pandangannya
dihadapkan ke atas. Lama ia memandang siling biliknya. Dahinya diurut perlahan.
Ia memejamkan mata, cuba untuk menenangkan fikirannya yang berserabut. Ia cuba
sedaya upayanya untuk melupakan kisah tadi. Hanya dengan satu bahagian tadi
saja boleh menukar moodnya
menjadi muram. Hatinya merasa gelisah, sampaikan ia tidak dapat menumpukan
perhatiannya sewaktu menunaikan ‘denda-perkhidmatan-awam’nya tadi.
“MIA, awak ok ke? Aku tengok badmood semacam je? Apasal ni?” Sofie menyoal.
“Tak ada
apa-apa.”
“Awak sure ke
tak ada apa-apa ni?”
“Ermm, saya cuma nak tahu history Nik dengan Farhana
dulu?” Tiba-tiba Mia menyoal
tanpa membalas soalan Sofie tadi.
Sofie menghela nafas. “Ya Allah, pasal mereka berdua
ke yang buat awak murung semacam dari tadi ni? Kenapa? Awak cemburu eh?” Ia
berseloroh.
Mia tersenyum simpul. “Awak tak dengar ke Farhana
ada shout something kat Nik tadi?”
“Ya ke? Aku dengar tadi ia jerit ‘go, go Nik’ je.”
“No,
there’s more….”Mia memperlahankan suaranya. “She said something like….‘Je..t’aime?’ Well basically I don’t even know
what the hell was that mean.” Ia cuba berlagak tenang.
MIA masih lagi memandang siling biliknya. Mindanya
berputar mengikut putaran kipas yang melekat di siling bilik. Ia masih lagi
dapat mengimbas reaksi Sofie apabila ia memberitahu akan ayat bahasa asing
tadi. Sofie tampak terkejut! Ditanya soalan, lain pula jawapan yang diberikan.
Sofie menyuruhnya bertanya terus ke arah Nik.
“And yes, they had
history before.” Kata-kata Sofie terngiang-ngiang di
balik mindanya yang berserabut. Hanya itu saja yang dikatakan Sofie. Urgh!
Bertambah stress pula dia.
‘Oh yeah!’
Timbul satu ideanya. Ia bangun dan terus meluru ke arah telefon bimbitnya. Ia
cuba mencari makna ayat tadi menerusi laman google. Tetapi belum sempat ia
menaip ayat tersebut, kedengaran satu ketukan di pintu. Sejurus itu, kelihatan
Fiza menjengulkan kepalanya di balik pintu.
“Ada surat untuk cik Mia.” Ujarnya sambil
menghulurkan sampul surat kepadanya.
Belum sempat ia membuka sampul surat itu, telefon
bimbitnya berdering menandakan ia menerima satu sms. Mati niatnya untuk membaca
isi kandungan surat tadi.
Awak lupa ke dance practice kita
petang ni?
Mia terus kalut
berlari keluar apabila ia menyedari yang ia terlupa akan latihan menari dia
dengan Nik pada petang itu.
**
“Nik, im very sorry! Saya terlupa kita ada dance
practice petang ni.” Ujar Mia apabila ia sampai diperkarangan bangunan HND.
Rasa bersalah juga melihat Nik duduk termangu di bahagian tangga menuju ke studio
Mia.
“Tak apa.” Jawab Nik pendek. Macam merajuk juga.
Macam tak juga. Tapi Nik kelihatan serius semacam je pada hari itu. Mia hanya
dapat mendiamkan diri kerana ia sendiri sedar memang salahnya juga. Sepatutnya
latihan mereka bermula sejam yang lalu.
Sepi menyelubungi suasana. Masing-masing tidak
bersuara sepanjangan mereka naik ke atas. Apabila mereka masuk ke dalam, macam
biasa Mia memasang penghawa dingin dan pemain musik yang tersedia. Mereka
mengambil masa 5 minit melakukan senam ringan dulu. Mia semakin tidak tahan
akan situasi tersebut. Dari tadi Nik hanya mendiamkan dirinya.
“Saya benar-benar minta maaf, saya tak….”
“Save it, it’s not that.” Nik terus memotong.
Mia terkesima, tidak faham akan maksud lelaki itu. Berkerut-kerut
dahi Mia memandangnya.
“Ok, let’s start this thing.” Nik menepuk tangan
sambil tersenyum. Mia pula semakin keliru, namun ia lega juga apabila melihat mood
Nik berubah gembira.
Nik mencuba sedaya upayanya untuk melupakan kejadian
tadi. Ia memang tidak menyalahkan Mia, namun dalam masanya ia menunggu gadis
itu di tangga tadi, ia terserempak dengan Farhana yang kebetulannya hendak
pergi ke kelas menari pada waktu itu.
“HAI.” Sapa Farhana.
Nik mendongak. “Uuh..hai.”
“Awak buat apa kat sini?”
“Oh ya. Setahu saya awak ada latihan menari dengan
Mia kan?” Farhana menyambung lagi tanpa memberikan Nik peluang untuk membalas
soalannya.
Nik hanya sekadar mengangguk.
“Saya naik dulu ya. Bye.” Farhana berkira-kira untuk
menaiki tangga.
“Farhana.”
Panggilan Nik membuatkan Farhana memberhentikan
langkahnya.
“Pasal…” Nik ragu-ragu.
“Hmm?”
“Apa maksud awak tentang….”
“Pasal je’t’aime tu?” Farhana tersenyum simpul. “Kan dulu kita satu
kelas bahasa Perancis. Saya percaya, tak semudah itu awak lupa akan makna ayat
tu.”
Nik merengus perlahan. “Permainan apa lagi kau nak
bagi kat aku kali ni?”
Terukir senyuman sinis di bibir Farhana. “Getting
you back.” Selamba ia membalas lalu ia terus naik ke atas.
MIA menampar lengan Nik. Terpinga-pinga lelaki itu
dibuatnya. Ingatannya tentang kejadian ia terserempak dengan Farhana di tangga
tadi terus melayang entah ke mana.
“Sorry..sorry.” Ia menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Sebentar kemudian mereka memulakan latihan mereka diiringi dengan lagu Because
you loved me.
Masing-masing dihujani dengan perasaan yang
bercabung. Butterflies. Apatah lagi sambil mereka menari, mereka berdua
bertembung mata. Mia merasa tidak tentu rasa. Begitu juga dengan Nik. Namun mereka
tetap meneruskan latihan mereka. Mia semakin tidak dapat menahan perasaannya
yang semakin menggunung. Entah macammana ia boleh tersalah langkah membuatkan
ia tersadung ke belakang, nasib baik Nik dapat mencapainya dari tergugur ke
bawah. Kini semakin hampir pula jarak mereka berdua.
Mia kalut. “Uh…em..er..”
“Kenapa dengan awak ni?”
“Saya……..tandas kejap.” Ayat Mia semakin tidak menentu, terus saja ia
berlalu ke tandas. Nik hanya membisu sambil memerhatikan Mia berlalu. Daun
pintu di tutup, lalu ia menyandarkan tubuhnya di balik pintu sambil menyentuh
dadanya. Semakin hari, perasaannya semakin berkecamuk. Lebih-lebih lagi apabila
ia mengingatkan kejadian di gymnasium tadi.
ZUPPPP!
Keadaan terang tadi sudah bertukar menjadi gelap
gelita. Mia panik! Hatinya berdegup kencang. “Nik?!” Terus ia keluar cuba
mencari kelibat lelaki itu. Namun ia tidak dapat melihat apa-apa pun kerana
pandangannya penuh dengan kegelapan.
“Where is he?!” Nada suaranya bertukar cemas. Ia
duduk di lantai sambil memeluk kedua kakinya. Perasaan takutnya tidak dapat
dibendung lagi, ia terus menangis ketakutan. Nik yang bersembunyi di belakang
tidak jadi untuk menyakat apabila ia mendengar suara tangisan Mia. Tiba-tiba
lampu elektrik kembali terpasang, dan pada masa itulah ia matanya memanah ke
arah kelibat Mia yang sedang menangis ketakutan.
“Mia, awak tak apa-apa?” Soalnya risau.
Mia tidak membalas apa-apa, ia hanya terus menangis.
Nik menggosok ubun-ubun Mia perlahan. Ia sendiri naik panik, kerana memang
bukan kepakarannya dalam bab memujuk perempuan ni. Tetapi dari apa yang
dilihatnya, ia dapat mengesan akan apa yang dilalui Mia. Menggigil dan menangis
ketakutan dalam kegelapan.
“Ssssshhh, it’s okay now. Nothing to worry about. Im
right here. Don’t be afraid. Sshhhh.” Lembut nada suara lelaki itu memujuk.
Tidak lama kemudian, keadaan Mia kembali reda. Sunyi
menyelubungi suasana lagi.
“Awak pergi mana tadi?!” Tiba-tiba Mia melenting,
air matanya dikesat kasar.
“Maaflah. Sebenarnya tadi tu, saya main-main je. Tak
sangka pula…..” Nik tidak jadi meneruskan ayatnya. Kalau tidak, boleh jadi
bahan pertengkaran pula. Ia sendiri pun malas hendak bergaduh dengan Mia lagi.
“Achluophobia?” Tiba-tiba Nik menyoal. Lama ia
memerhatikan riak wajah Mia yang merah akibat menangis tadi. Lambat-lambat Mia
mengangguk. Nik terus terdiam, tidak sangka juga Mia mempunyai fobia terhadap
kegelapan. Rasa bersalah mula menghimpit dada.
“Im sorry.”
“It’s ok.” Mia tidak semarah tadi. Hatinya bertukar
lega. Tiba-tiba ia teringat pula akan kisah Nik dan Farhan di kolej tadi.
“Hmmmm, Nik.” Mia memanggil. “Can I ask you
something?”
“Apa dia?”
Mia terdiam seketika. Takut juga Nik menyangkanya
penyibuk kalau ia bertanyakan tentang Farhana.
“It’s about Farhana.”
Berkerut dahi Nik mendengarnya, hairan macammana Mia
boleh tahu tentang perempuan itu.
“I mean Sofie did told me that you both had history
before…Im just curious.” Tidak tentu rasa menyerang Mia. Takut Nik marah pula.
Nik hanya tersenyum ketawa. “Come, let’s continue
our dance practice.” Ia sengaja tidak membalas akan soalan Mia, sebaliknya
menarik Mia ke tangannya. Ia tidak mahu mengungkit semula akan kisahnya dengan
Farhana. Ia mahu melupakan perempuan itu.
Lalu mereka
berdua menyambung latihan yang tergendala tadi. Mia tidak memaksa Nik untuk
menjawab soalannya tadi walaupun ia sendiri merasa tidak selesa.
(bab seterusnya)
(bab seterusnya)
No comments:
Post a Comment