Monday, February 20, 2012

me2u (40)


40


Selama dua hari itu mereka berdua berlatih dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi dengan perubahan yang dibuat pada saat terakhir yang dibuat. Memang pening juga pada mulanya, tapi akhirnya mereka merasa selesa juga.
Sekali lagi Mia melihat dirinya di hadapan cermin. Ia bagaikan tidak percaya yang di hadapannya itu sekarang adalah dia sendiri. Rambutnya yang panjang dan ikal mayang dikelip separuh, padan dengan gaunnya berwarna electric blue berlengan paras diantara bahu dan siku dengan berkainkan kain satin labuh bertingkat-tingkat. Semakin menyerlah kecantikan Mia apabila ia siap bersolek. Sempat juga ia belajar cara bersolek dengan menonton video Michelle Phan yang terbaru, guru bersolek melalui Youtube.
**
Di hadapan pintu utama terpasang gerbang bunga mawar putih dan disanalah tempat para photographer kolej berhimpun. Cahaya kamera mulai sabung menyabung. Malam itu, Nik dan Mia ke dewan MIS bersama-sama. Mereka nampak begitu serasi sekali. Jam sudah menunjukkan ke pukul 8 malam. Kelihatan ramai sudah tetamu yang datang memenuhi ruang kolej tersebut.  Semua para tetamu yang datang pada malam itu bagaikan artis di majlis karpet merah. Semuanya begitu anggun dan segak sekali. Masing-masing dengan daya tarikan mereka tersendiri. Dari luar sudah kedengaran lagu Caramu dendangan Nikki berlaungan di setiap pembesar suara yang terpasang di setiap sudut dewan utama tersebut.
“How are you feeling?” Nik menyoal.
“Entahlah. Anxious, excited, nervous..” Mia cuba menarik nafas sedalamnya.
“Butterflies.” Nik mengagak lagi. Sejurus itu mereka berdua serentak ketawa. Suasana semakin meriah lagi apabila mereka mula melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Ditambah lagi dengan lampu berwarna warni yang bergerak laju mengelilingi seluruh dinding dewan itu.
“Hai Nik! Hai Mia!” Sofie dan Dani yang baru saja sampai terus menyapa mereka berdua. Nik keliru.
“Fie dengan Dani….?” Nik kehilangan kata melihat adik kembarnya kini bersama-sama dengan Dani. Jadi tekaannya selama ini memang benar? Dani memang ada hubungan istimewa dengan Sofie? Ia menoleh ke arah Mia yang kini sedang menahan senyuman yang kian terukir di bibir.
Sofie dan Dani berpandangan, kelihatan mereka juga cuba menahan senyum yang semakin melebar. Mereka mengangguk laju. “Maaflah bang pasal tak beritahu abang masa tu.” Sofie mengangkat tangannya menunjukkan aksi minta ampun kepada abangnya.
Nik terus tergelak melihat mereka berdua. “Abang memang dah tahu pun yang Dani ni ada hati dekat Fie.” Ia mengalihkan pandangannya ke arah Dani lalu menepuk bahu temannya itu sambil tersenyum.
“Goodluck to both of you.” Ujar Dani kepada Mia dan Nik.
“Thank you.” Serentak mereka berdua menjawab.
Tiba-tiba Jj datang menyampuk dengan keadaannya yang termengah-mengah.
“Apahal dengan kau ni?” Dani menyoal. Pelik melihat temannya yang seorang itu, terkenal dengan sikap cemerkapnya.
“Aku…baru…. kena…. inform…tadi.” Bicara Jj dengan nafasnya yang turun naik.
“Adui, risaulah aku tengok kau macam ni.” Nik membalas sambil mengurut belakang Jj.
“Calm down, breath.” Mia cuba menenangkan Jj sambil menunjukkan cara-cara bernafas yang betul.
Beberapa minit kemudian barulah Jj mampu bernafas secara normal. Ia memandang wajah teman-temannya bersilih ganti.
“Aku nak beritahu korang yang kita kena suruh buat persembahan tak lama lagi.”
“APA?!!” Mereka semua yang ada di situ menjerit. Tidak percaya dengan kata-kata Jj.
“Persembahan apa?! Kita tak prepare pun!” Dani membalas. Masing-masing diserang panik. Hiruk pikuk dewan tersebut langsung mereka tidak hiraukan.
“Kita-kita saja ke yang kena ni?” Sofie menyoal pula.
“Bukan kita saja, satu kelas Cikgu Firdaus kena ikut tau!”
Mendengar akan nama En. Firdaus, Mia terus memetik jari. Mereka semua memalingkan perhatian mereka kearahnya.
“You all ingat tak semua steps?” Soalnya selamba, dengan ekor matanya yang nakal memandang mereka semua. Berkerut dahi mereka mendengar soalannya.
“Aduhhh, Sir Firdaus’s She Bangs dance move?!” Mia menyambung lagi. Geram melihat semua temannya kebengangan.
“OHHHHH!” Mereka semua serentak menjerit.
Tiba-tiba lampu sorot mula dipancarkan ke arah Nik, Dani, Jj, Mia, Sofie, Lara, Tiara dan semua pelajar yang memasuki kelas En.Firdaus. Ada yang masih kebingungan. Tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Masing-masing kena pancar dengan lampu sorot yang begitu terang benderang.
“To all Mr. Firdaus students, please stand by on the middle of the dance floor. Some sources tells me that you guys had prepared an awesome moves. So? Bring it on!” Kedengaran satu suara perempuan di balik pembesar suara. Masing-masing melilaukan mata mereka untuk mencari gerangan suara siapakah itu. Mungkinkah MG?
Mereka terus ke tengah-tengah dewan, tepat di bawah bebola disko. Kini semangat mereka semakin membara. Tidak sabar untuk memulakan tarian mereka. Nasib juga mereka masih ingat akan langkah senam ringan yang ditukar ke rentak tarian yang diajar oleh En. Firdaus dua minggu berturut-turut itu.
Lagu She Bangs dari Ricky Martin terus kedengaran. Dengan itu mereka terus memulakan langkah tari mereka yang rancak. Mereka mengubah sedikit langkah tari itu dengan membahagikan mereka dari dua kumpulan terus berpecah menjadi pasangan ke pasangan.

She walks like she talks,
And she talks like she walks,
And she bangs, she bangs,
Oh baby when she moves, she moves
I go crazy,
Cause she looks like a flower but she stings like a bee,
Like every girl in history,
She bangs, she bangs,
Im wasted by the way she moves,
No one ever looked so fine,
She reminds me that a woman only got one thing on her mind.

Mereka bersorak sakan apabila menyaksikan pelajar-pelajar En.Firdaus yang menghayun langkah mengikut rentak rancak lagu tersebut. Suasana semakin meriah. En. Firdaus yang turut menyaksikan persembahan mengejut itu dari tadi tidak henti-henti tersenyum. Tidak sangka senam memanaskan badan stailnya boleh bertukar menjadi rentak tarian juga.
“Ada-ada je.” En. Firdaus bermonolog sendirian sambil tertawa kecil melihat aksi pelajar-pelajarnya di tengah-tengah lantai tarian.
**
Mereka semua begitu gembira sekali kerana mereka begitu rancak dan bersemangat sekali apabila menari dengan lagu She Bangs tadi. Masing-masing melompat sakan apabila persembahan spontan mereka tadi berakhir.
“To all the participants that were taking part in the competition, can you all please prepare yourself. The competition will begin shortly. Thank you.”
Mia semakin gementar sekarang, lebih hebat dari tadi. Beberapa kali sudah ia cuba untuk bernafas dengan cara yang sepatutnya untuk menghilangkan rasa gementar yang mula bermaharajelala di dada. Nik menoleh lalu tertawa kecil. Lucu melihat kelakuannya.
“Calm down, breath.” Nik mengajuk semula kelakuan Mia apabila menenangkan Jj tadi.
“Now let’s give a big round of applause for the first couple, Jeffri Fauzan and Melissa Jane!”
Dewan utama kolej diselubungi dengan riuh sorakan dan tepukan tangan para hadirin yang ada pada malam itu. Keadaan dewan bertukar malap. Hanya ditemani dengan lampu sorot yang ditujukan ke arah pasangan pertama yang baru saja memulakan tarian mereka dengan lagu if you’re not the one.
“Wow, Jj surely can dance.” Mia memuji, matanya begitu fokus sekali melihat Jj dan Melissa menghayunkan rentak tarian perlahan mereka.
“Jj memang pandai menari, walaupun dia tu clumsy sikit.” Selamba Nik membalas.
Mereka semua terus ketawa. Memang benar. Jj orangnya memang cemerkap dan mudah lepas cakap.
Dari pasangan pertama hinggalah pasangan kelapan. Pasangan Farhana dan Hafiz baru saja memulakan langkah tari mereka dengan lagu Bailamos yang sepatutnya menjadi lagu untuk tarian Nik dan Mia.
“Hmm, not bad.” Mia bermonolog sendirian apabila melihat aksi tari Farhana dengan Hafiz apabila lagu mula bertukar rentak.
“Im sure you guys are way better than them.” Ujar Tiara yang duduk di sebelah Alex pada ketika itu. Mia dan Nik hanya mampu tersenyum.
Sofie pula mengangguk setuju. Sebenarnya ia tidak sabar menunggu keputusan walaupun abangnya dan Mia belum lagi memulakan persembahan mereka. Ia mahu melihat wajah Farhana jikalau Nik dan Mia memenangi pertandingan itu. Ia yakin yang Mia dan Nik akan menang. Benar-benar yakin!
“Now for the final couple, please welcome Nik Syahadan and Damia Ell!”
Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak apabila Nik dan Mia beriringan melangkah masuk ke lantai tari. Tarian mereka bermula apabila lagu mereka mula dimainkan. Langkah mereka begitu lembut dan gemalai sekali. Lampu dewan sekali lagi di malapkan. Bagaikan terapung di awangan apabila asap putih menyelubungi bahagian bawah lantai tari. Semua yang ada di situ begitu terpegun sekali melihat tarian mereka. Apatah lagi dengan lagu perlahan tadi yang menusuk hati. Mereka terus melakukan aksi baru mereka apabila puncak lagu mereka sampai kemuncaknya sebelum bertukar ke versi lain. Mia berlari menuju ke arah Nik lalu Nik pun merangkul pinggangnya dan mengangkatnya ke atas, Mia terus mendepakan tangannya apabila lagu versi perlahan mereka sampai kemuncaknya. Beberapa minit kemudian, lagu mereka bertukar rentak. Kini tarian mereka bertukar dari perlahan ke rentak rancak dan laju apabila lagu yang sama bertukar versi. Mereka mencantumkan lagu Cascada everytime we touch dari versi candlelight ke versi remix. Semakin ramai orang bersorak melihat persembahan mereka yang sungguh mengkagumkan itu.
“Oh my god, that was very romantic!” Ujar Tiara teruja apabila Mia dan Nik kembali ke tempat duduk mereka.
“Bravo!” Alex pula bersuara sambil menepuk belakang Nik. “I didn’t expect our team captain could dance like that.”
“I know right!” Ishq yang duduk di sebelah Lara terus menyampuk. Bersetuju dengan kata-kata Alex.
Nik tersengih. “Well, thanks to Mia. If it wasn’t her, you guys won’t be able to see me swaying like that.”
Mereka semua terus ketawa. “Yeah, aku baru ingat. Sepatutnya kau menari dengan Farhana kan? Tapi dia tarik diri pasal dia….adui!”
Jj tidak jadi meneruskan ayatnya apabila Dani menendang kakinya dari bawah meja. Dani terus tersengih, sempat ia menjengilkan matanya ke arah Jj dan menunjukkan riak jangan-sebut-itu-dekat-sini!
Mati terus senyuman Mia apabila mendengar nama Farhana bergendang di telinga. Jj pula buat-buat bodoh, dalam hati balik-balik ia memaki hamun akan dirinya kerana terlalu lepas cakap. Nik hanya berlagak selamba namun mendengar nama Farhana disebut di depan Mia membuatkan ia gusar juga. Keadaan ceria tadi terus bertukar janggal. Masing-masing tidak tahu apa hendak dikata.
“Well, this is akward?” Mia bersuara, memecahkan sepi diantara mereka.
“I know right.” Lara terus ketawa terpaksa, memberikan isyarat kepada mereka yang lain untuk turut ketawa juga.
“HA HA HA HA HA.” Bagaikan orang bodoh mereka ketawa. Mia hanya mengiyakan saja dengan turut ‘menyedekahkan’ ketawanya.
“Saya nak pergi ke tandas kejap.” Mia bingkas dari tempat duduk dan terus melangkah menuju ke tandas.
Lama ia menatap dirinya di cermin. Ia tidak merasakan ceria tadi. Memang sah ia cemburu. Mengingatkan saja akan riak wajah Nik yang gusar tadi sudah menunjukkan dulu memang ia ada apa-apa istimewa dengan Farhana dan nampaknya sampai sekarang Nik memang belum dapat melupakannya.
Apabila ia melangkah keluar, di sana ia terserempak Farhana dan Nik sedang berjalan beriringan tidak jauh di hadapannya. Mia terpempan! Nalurinya menyuruh untuk memerhatikan kejadian itu dengan lebih dekat lagi. Dipejamkannya matanya lalu dibukanya kembali, adakah ini mimpi? Tangannya dicubit. ‘Ouch!’
Mia mengikut langkah mereka dari jauh. Kelihatan mereka berdua sedang menuju ke luar kawasan sekolah. Mia menyembunyikan dirinya di sebalik tiang besar dan mencuri dengar akan komunikasi di antara Nik dan Farhana di situ.
“Nik, please stop.” Farhana membuka bicara.
“Maksud awak?”
“I know about you and Mia. You guys are just pretending just to make me jealous, right?” Farhana terus membalas dengan penuh yakin sekali. “ Saya nak minta maaf pasal dulu…” Farhana terdiam sejenak.  “Je t’aime.” Sambungnya lagi.
Nik betul-betul bengang sekarang. Sepatah ayat pun tidak terkeluar dari mulutnya apabila mendengar kenyataan itu.
Mia yang bersembunyi di belakang pun turut mengerutkan dahi. Baru ia teringat yang ia tidak sempat mencari makna ayat itu di internet pada hari yang sama di mana surat arwah Amal sampai kepadanya. Terus ia mengeluarkan Blackberry miliknya dan mencari makna  je t’aime melalui google. Dalam hati ia bersyukur juga dengan teknologi zaman sekarang yang semakin maju dan canggih. Hatinya bagaikan disentap. Matanya terjengil besar. Melihat saja makna terjemahan ayat itu membuatkan Mia diserang seribu satu perasaan bersalah.
“I love you Nik. I really do! Im sorry it took a long time for me to realize that.”  
Mia semakin tidak keruan apabila mendengar Farhana menyebut tiga perkataan itu. Dalam hati ia geram juga dengan Nik yang masih lagi membisukan diri di situ.
‘Say something! Jangan tercegat macam tu je!’  Memang ia merasa bersalah terhadap Farhana. Namun jauh di lubuk hatinya ia mengharapkan Nik supaya tidak membalas dengan tiga perkataan itu.
“I know you love me too.” Ucap Farhana lagi.
Nik menghela nafas, dipandangnya lantai sejenak lalu mengalihkan perhatiannya ke arah Farhana. “Yes.”
Mia memejamkan matanya serapatnya, menahan sebak di dada. Ia pasrah! Memang betul tekaannya yang Nik memang tidak dapat melupakan Farhana. Terus saja ia berlalu ke arah lain, ia tidak sanggup lagi untuk lama-lama di situ. Hatinya begitu sakit sekali. Patutlah Nik selalu saja memberikan alasan apabila Mia cuba bertanyakan perihal dia dengan Farhana dulu. Rupanya lelaki itu masih lagi ada perasaan dekat Farhana.
***
“Awak ada nampak Mia tak?” Nik menyoal sebaik saja ia melabuhkan punggung di sebelah Dani. Dipandangnya wajah teman-temannya di situ bersilih ganti, namun masing-masing menggelengkan kepala. Tidak tahu Mia ke mana.
Where are you?
Lama ia menunggu Mia membalas teks mesejnya. Bagaikan orang tidak keruan ia duduk di situ. Semua kawannya kini masing-masing dengan pasangan mereka menari di lantai tari. Tiba-tiba ia merasakan gegaran, teks mesejnya dibalas!
The pond bridge.
****

Dari jauh Nik ternampak Mia sedang berdiri termenung di atas jambatan kecil di atas kolam sederhana kecil berhampiran dengan Serene Garden kolej tersebut. Nik terus menghampirinya.
“Berani juga awak sorang-sorang di sini.” Nik menyapa apabila ia berdiri di sebelah Mia.
Mia tidak membalas apa-apa. Ia hanya tersenyum sinis.
“Mia?” Nik hairan dengan perubahan Mia. “What’s wrong?”
“You know what’s funny?”
Berkerut-kerut dahi Nik mendengar soalan itu. “What?”
“Semua orang kat kolej ni fikir yang kita ni sweet couple.”  Ayat Mia terhenti seketika. Nik masih lagi keliru, ia tidak mengerti akan maksud sebenar. Mia menghela nafas.
“They didn’t know that we’re just pretending to be one. Deep down, kita cuma bagaikan kawan rapat.”
“Saya masih tidak faham. Apa maksud awak sebenarnya?”
“It means we don’t have that special feelings with each other!” Mia menjerit, meluahkan rasa sakitnya. Nik terkesima, tidak menyangka yang Mia akan berkata sedemikian.
“We’re not?”
“It’s over now.” Mia cuba menahan air matanya dari mengalir. Ia tidak mahu menangis. Hatinya sendiri tidak mahu melepaskan Nik, namun ia mesti juga! “I quit, I want this pretend-relationship to be over.”
Nik bagaikan robot yang dari tadi tidak dapat melepaskan pandangannya dari Mia.
“I mean, aim awak untuk pretend ni cuma nak protect Sofie je kan? But look at her now. She’s now getting fine with Tiara and Lara. Especially, with Dani. So it means kita dah tak perlu nak continue ‘mission’ ni. Awak sendiri cakap relationship ni takkan last forever, kan? Saya masih ingat lagi awak cakap ‘eventually we’re going to break up’. Lebih baik kita end this malam ni jugak. You know I hate to lose. Better saya yang putuskan dulu. Lepas ni awak boleh date dengan siapa yang awak benar-benar suka. I don’t want to become a barrier for someone who deserve you more than I do.”
“So,you’re saying that you don’t have any special feelings for me?” Nada suara Nik berubah lemah. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui jawapan Mia.
Mia menggigit bibir. Seketika itu ia mendongak langit, cuba menahan air mata dari gugur ke bumi. “No.”
Nik mengangguk, akhirnya ia terpaksa akur dengan jawapan Mia. Mia yang ketika itu tidak lagi tahan untuk membendung perasaannya terus beredar meninggalkan Nik. Hatinya seakan-akan dirobek. Mia terus menangis sewaktu meninggalkan Nik di situ, tidak menyangka yang dia akan berkata sedemikian. Sungguh sakit hatinya kerana menyatakan kenyataan yang dia tidak ada apa-apa perasaan untuk Nik, hakikatnya sebenarnya ada. 


(bab seterusnya)

No comments:

Post a Comment