41
Ia
cuba menenangkan fikirannya, namun semuanya pasal Nik, Nik, Nik! Air mata masih
tidak henti-henti mengalir.
Ia
terus keluar dari perut kereta selepas menghulur duit not merah ke arah pemandu
teksi tadi. Begitu lemah sekali langkahnya menuju ke pintu utama rumahnya.
“Mia!”
Kedengaran satu suara memanggil nama penuhnya. Mia kenal akan suara itu.
Sepantas kilat itu juga ia berlari mendapatkan adik kembarnya yang sedang
berdiri di hadapan tangga.
“Kak
Vida!” Mia menjerit teruja. “Bila akak sampai?? I miss you so much!” Ia memeluk
Vida dengan begitu erat sekali.
“Baru
saja sampai.” Vida membalas. “Wow! Cantiknya Mia malam ni.” Adiknya taksub
melihat adiknya begitu cantik memakai gaun labuh tersebut. Tapi ia hairan juga
apabila ia melihat mata Mia macam orang baru lepas menangis.
Tuan
Jamal dan Puan Lina begitu gembira melihat Mia dan Vida bertemu kembali. Tuan
Jamal agak taksub juga melihat dua manusia yang begitu sama sekali di
hadapannya. Memang seiras.
“So
how was it?” Soalan Tuan Jamal membuatkan Mia memberhentikan laku. Tampak jelas
wajahnya berubah kerana ingatannya tentang tadi menerjah minda.
“Emm,
bolehlah.”
“Mia
menang?” Ibunya pula menyoal.
Mia
baru teringat! Ia lupa untuk masuk ke dewan tadi untuk mengetahui akan
keputusan pertandingan menari tadi. Ah, lantaklah! Menang atau kalah, tidak
penting. Hal sudah terjadi, tidak boleh diubah lagi.
“Mia
tak tahu, Mia tak sempat nak tengok tadi.” Balas Mia dengan nada suaranya yang
lemah. “Mia nak naik dulu, Mia letihlah.”
“Jom.”
Vida menyahut sambil merentap lengan kakaknya. “Goodnight mom, sir.” Vida
menyambung.
Mia juga turut menoleh lalu memberikan
sekuntum senyuman kepada Puan Lina dan Tuan Jamal. “Goodnight ma, pa.”
Mereka
berdua terus menaiki tangga menuju ke atas. Tuan Jamal dan Puan Lina terpempan.
Mereka berpandangan di antara satu sama yang lain dengan riak hairan terpampang
di wajah masing-masing.
“Saya
salah dengar ke?” Tuan Jamal bagaikan tidak percaya. Sekali lagi mereka
berpandangan.
“Alhamdulillah.”
Serentak mereka berdua membalas.
**
Mia
terus membersihkan dirinya dan bertukar ke baju T dan seluar biasa. Lama Vida
memerhatikan gelagat adiknya, memang bukan seperti biasanya. Mia orangnya
banyak cakap apabila bersama-sama dengannya. Tapi sekarang Mia tampak begitu
serius dan kelihatan sedih sekali.
“Boleh
akak tanya tak?”
“What
is it?”
“What
happened during the dance?” Soalnya Vida, bunyinya macam tahu sesuatu sudah pun
berlaku.
“Akak
nak tengok movie baru? Evolusi KL drift 2?” Mia terus berlari menuju ke alat
dvd player tidak jauh di hadapan katilnya lalu memasang movie terbaru arahan
Syamsul Yusof. Mia terus berlari keluar. Sengaja ia tidak mahu menjawab soalan
kakaknya. Semakin pelik pula Vida memerhatikan kelakuan Mia. Tidak lama
kemudian, adiknya masuk dengan membawa dua mangkuk aiskrim perisa vanila.
Vida
tidak dapat fokus melihat filem yang terpasang kerana ia begitu risau melihat
keadaan adiknya. Kenapa dengan dia? Apa yang sudah terjadi sebenarnya?
TET
TET!
4-1-1:
Tik
Tok, it’s not even midnight yet but our Cinderella had already ran away.
Mia
meletakkan kembali telefon bimbitnya di sebelah lalu terus menyambung memakan
aiskrim sambil melihat televisyen. Kali ini ia tidak dapat membendung lagi akan
sebak yang sudah menggunung. Air mata mula mengalir, namun pandangannya masih
di hadapkan ke hadapan.
“Kenapa
Mia menangis?” Vida menyoal dengan cemasnya.
“Movie
ni, sedih sangat!” Mia menangis lagi. Namun itu tidak menghalang dia dari terus
memakan aiskrimnya.
Berkerut-kerut
dahi Vida mendengar akan ucapan pelik kakaknya. “Hah? Sedih?” Vida memandang
televisyen dan kakaknya bersilih ganti. “Evolusi KL drift 2? Diorang tengah
racing Mia kata sedih?” Vida membalas
separuh berbisik. “Im not an idiot, tell me what happened between you and Nik
at the dance?” Vida menyambung lagi dengan wajahnya yang serius. Terus
dibacanya mesej yang dibaca oleh kakaknya tadi.
Kali
ini baru Mia meletakkan aiskrimnya ke sisi lalu tunduk menangis teresak-esak.
Vida menggapai badan kakaknya lalu memeluknya.
“Ssssh,
tell me what happened?” Lembut Vida memujuk kakaknya.
Mia
kembali duduk lalu menceritakan apa yang berlaku. Tersedu-sedan ia menceritakan
balik tentang perkara tadi. Semakin lebat air matanya mengalir sewaktu ia
teringat kembali akan kejadian ia terpaksa membohongi Nik tentang perasaannya.
“I
love him so much and I hate myself for lying!”
“But
why didn’t you just tell him the truth?”
No comments:
Post a Comment