Saturday, March 10, 2012

me2u (43)


43


Petang itu Sofie berhajat untuk datang menziarahi Mia di rumahnya. Berbekalkan buah tangan, lonceng rumah terus ditekan.
TING TONG
Sofie terkejut apabila melihat Mia yang membuka pintu rumah itu. Semalam ia mendengar berita Mia demam panas, tapi sekarang dia tengok sihat walafiat nampaknya.
“Mia? Aik, cepatnya awak sembuh?”
Vida cuba menahan ketawa. “Jemput masuk.”  Ia terus membawa Sofie masuk dan terus naik ke atas.
“Mia saya nak beritahu awak sesuatu.”
“Wait until we get upstairs.”
Sofie hairan dengan perwatakan kawannya hari itu. Memang berbeza. ‘Aku ada buat salah ke?Dia ni macam tak nak cakap dengan aku je?’
Apabila mereka berdua berada di permukaan pintu, mata Sofie memanah kelibat Mia yang sedang terbaring tidur di atas katil. Terus ia menoleh ke arah Vida dengan seribu tanda tanya di kepala. Vida yang mengerti akan situasi Sofie tergelak kecil.
“Mana satu ni?” Sofie memandang Mia dan Vida bersilih ganti.
“Im her twin sister, Vida.” Ujar Vida diiringi dengan ketawa kecil, lucu melihat gelagat Sofie.
“Twin sister?!” Sofie terkejut.
Vida mengangguk mesra. “Masuklah.”
“Ahh, emm..terima kasih. Saya Sofie, nice to meet you Vida.”
“You Nik’s twin sister?”
“Ya saya.”
“Hai. Akhirnya dapat jumpa juga.” Vida menghulurkan tangannya. Sofie menyambutnya dengan mesra sekali.
“Saya nak minta maaf pasal saya fikir awak Mia tadi, sebab tu saya main terjah je.” Sofie menyentuh rambutnya, sedikit malu juga kerana boleh tersilap orang apabila ia datang tadi.
“It’s okay.” Vida mendepakan tangan kirinya, isyarat menjemput Sofie untuk melangkah ke dalam.
Badan Mia bergerak-gerak. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Sofie duduk di kerusi berhampiran dengan katil Mia.
“Hai Mia.” Lembut Sofie menyapa.
“Sofie, hai.” Mia yang agak terkejut melihat kedatangan Sofie pada petang itu terus bangun, menyandarkan badannya di kepala katil.
“Im sure you already saw my twin.” Sambungnya lagi.
Sofie hanya mengangguk sambil ketawa.
“Where is she?”
“Dia turun ke bawah.” Beritahu Sofie. “Awak apa khabar?”
“Fabulous.” Mia berseloroh, walaupun nadanya sedikit lemah. “A bit dizzy, but I feel much better now.”
“How was school going?”Sambungnya lagi.
“Nothing much.”
Mereka berdua menyepi buat seketika.
“Kenapa awak tiba-tiba break up dengan abang Nik?” Tiba-tiba Sofie menyoal.
Riak wajah Mia berubah apabila nama Nik menampar cuping telinga. Mia gelisah, tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
“Im sorry, saya tak ada maksud nak jadi busybody or something. Cuma saya tak faham.”
“Farhana deserve him more than I do. That’s why I’m letting him go. There’s no point for us to pretend anymore.”
“Farhana?”
“Ok, ok. I admit I overheard their conversation during that gala night and Farhana confessed to him that she loves him and he also loves her too. Bagi saya tak adil kalau saya continue nak jadi pretend-girlfriend Nik and become a barrier to someone that deserve a real relationship.” Ia terus memberitahu Sofie tentang kejadian ia mencuri dengar akan  perbualan Nik dan Farhana di malam gala minggu lepas.
Sofie terus ketawa. Mia mengerutkan dahi, pelik melihat Sofie.
“Mia, awak ni. Kalau nak curi dengar tu. Curi dengar sampai habis lah!” Sofie menyambung ketawanya lagi.
“What do you mean?”
“Didn’t you know the whole story?”
Mia menggeleng-gelengkan kepalanya, masih hairan melihat Sofie ketawa macam orang gila.
“I KNOW YOU LOVE ME TOO.”
Nik menghela nafas, dipandangnya lantai sejenak lalu mengalihkan perhatiannya ke arah Farhana. “Yes.”
Berseri-seri wajah Farhana apabila mendengar Nik membuat pengakuannya. Ia cuba menggapai tangannya, namun Nik cepat-cepat menepis. Farhana terkesima.
“But it was a long time ago.”
Farhana keliru. “Apa awak cakap ni?”
“Tell me the truth. You in love with the old Nik or you’re in love with the brand new Nik?”
“Saya tak faham, kenapa dengan awak ni?!” Farhana merasa geram. Hatinya berdebar laju kerana tidak menyangka sama sekali yang Nik akan menyoalnya sebegitu.
“Oh please Farhana, you neglected me two years ago because you were too embarrassed to be around with me because I was too ugly at that moment. Braces, spectacles, let’s just say im the ugly-betty-male version back then. You quit and caused me trouble to find a new partner for the Sway competiton tonight. When I changed, then you came back.” Nik terus meluahkan segala dendam yang terbuku. Wajahnya bertukar serius sekarang. Memang jelas yang Nik sedang marah pada waktu itu.  “It’s too late now. I don’t love you anymore.”
Nik sudah berkira-kira untuk meninggalkan Farhana. Ia memberhentikan langkah seketika. “You see, because of you, I was able to be with Mia and for that, thank you.” Selamba Nik memberitahu kemudian ia berlalu dari situ meninggalkan Farhana.
MIA terpempan apabila Sofie menceritakan semula kisah perbualan Nik dan Farhana di malam gala minggu lepas. Ia bagaikan tidak percaya!
“See, my brother loves you!” Sofie menyentuh bahu Mia. “Tapi apa boleh buat? Awak tak menyimpan apa-apa perasaan istimewa dekat abang Nik. Saya respect decision awak.” Suara Sofie kedengaran hampa namun bibirnya menguntum senyuman, cuba menenangkan Mia yang tampak begitu terkejut.
Air mata Mia terus mengalir. Hatinya sebak apabila mendengar kisah sebenar yang berlaku pada malam itu. Ia tunduk memandang bantalnya, kemudian ia mendongak lalu memerhatikan Sofie yang kini sedang mengeluarkan sesuatu dari begnya.
“This is for you.” Ujarnya sambil menghulurkan sebungkus kotak. Perlahan-lahan Mia menyambut huluran itu. Kebetulan itu juga datang satu mesej terbaru di telefon bimbit Sofie. Setelah ia membaca isi mesej tersebut, kelihatan ia berkira-kira untuk berdiri.
“Mia, I have to go.”
“Dani?” Mia meneka sambil tersenyum nakal. Sofie hanya tersengih malu sambil mengangguk perlahan.
“Thank you Sofie.” Dipeluknya erat akan sahabatnya itu.
“Get well soon.”
Sofie terus melangkah menuju ke pintu, tetapi belum sempat ia keluar ia terus memberhentikan langkah lalu menoleh ke arah Mia.
“Oh baru saya ingat.”
“What is it?”
“Kalau awak nak jumpa abang Nik, baik cepat.”
“Why?”
“Pasal abang Nik akan pergi ke Indonesia dengan papa next week.”
Mia tidak membalas apa-apa. Ia hanya terbengang di situ saja. Sofie terus keluar dari situ, sempat juga ia melambaikan tangannya.
Apabila kelibat Sofie hilang dibalik pintu, Mia mengalihkan pandangannya ke kotak yang diberikan oleh Sofie tadi. Timbul rasa ingin tahu apa yang ada di dalam kotak itu. Perlahan-lahan ia membuka kotak tersebut. Apabila sudah dibukanya, sekali lagi ia terkedu. Ianya topi milik Nik yang ada huruf MN di hadapannya. Di bawah topi itu pula terdapat sampul surat.

Assalam Mia.

Pertama sekali saya nak minta maaf kerana selalu menjengkelkan awak. Saya tak tahu kenapa saya selalu saja jahat pada awak. Saya begitu suka mengenakan awak, saya suka tengok awak marah, saya suka tengok awak balas dendam tapi saya tak sanggup tengok ataupun mendengar awak menangis pasal saya tak ingin awak terluka. Tapi yang lucunya kan, saya selalu saja buat awak rasa jengkel kat saya. Haha.
Saya nak minta maaf juga pasal saya sedar yang saya ni terlalu ego. Saya lupa nak beritahu,awak nampak sungguh cantik pada malam ‘masquerade bash’ sama malam gala yang lepas. Saya cuba nak beritahu awak begitu malam tu, tapi entah, mulut saya macam terkunci pulak. Saya tahu saya memang ego nak luahkan semua tu.
Akhir sekali
Im sorry that I underestimate your ability to dance,
The way you move really amazed me,
I really love you Mia.

Semakin lebat air mata Mia mengalir setelah ia membaca isi kandungan surat tersebut. Ia dapat membayangkan ego Nik bagaikan cermin yang kini sudah pecah, menghamburkan sisa-sisa kaca ke lantai. Akhirnya hilang juga ego lelaki itu. Mia tidak lagi dapat membendung perasaan sebaknya. Ia terduduk di lantai, cuba menggapai birai katil untuk menstabilkan badannya. Ia menangis lagi.


(seterusnya)

4 comments:

  1. alahai...xsbar nk tggu nxt n3...truly speaking it's a nice story n it's gud 2 read it again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u Chenta:D insyaallah i will post more n3 dlm masa terdekat ni ok? hehe

      Delete
    2. hehe...ok je...no hal...cz da t'tnggu2 da neh...hehe

      Delete
  2. nice novel...
    ble nk smbg yer....
    x sabar

    ReplyDelete