Saturday, March 10, 2012

me2u (42)


42


Kebelakangan ini Nik selalu saja mengelamun di biliknya. Sofie semakin hairan melihat perubahannya itu. Abangnya tidak seceria dulu. Sejak malam gala minggu lepas, Sofie tidak lagi melihat kemesraan di antara abangnya dan Mia. Masing-masing menjauhkan diri. Kalau bertemu pun, hanya sekadar sapaan ‘hai’ dan lambaian saja, lepas itu masing-masing mencari alasan untuk beredar.
“Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.” Sofie tidak dapat menahan rasa ingin tahunya yang semakin menggunung. Petang itu langsung diterjahnya bilik Nik. Abangnya yang ketika itu sedang menonton televisyen terus dikacaunya. Suis televisyen di tutupnya, lalu ia bercekak pinggang di hadapan Nik.
“Apa Fie buat ni?”
“Abang jangan nak berdalih lagi. Cepat beritahu Fie, apa yang telah berlaku?!” Sofie menggertak.
Nik memaksa dirinya untuk ketawa. “Tak ada apa-apalah. Kami macam biasa saja.”
“I know you Nik Syahadan. You are my brother.” Sofie menghampiri sofa lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Nik.
Nik mengeluh berat. Rahsia yang terbuku di hati akhirnya diluahkan juga. Terasa ringan juga beban yang ditanggungnya. Namun kecewanya masih lagi bersisa kerana ia benar-benar mahu meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Mia. Namun ternyata nasibnya hanya cinta berat sebelah saja. Memang menyakitkan, tapi apakan daya? Mia sendiri sudah memberitahu yang dia tidak menaruh apa-apa perasaan terhadapnya.
“Jadinya sekarang ni abang nak putus asa macam tu saja?”
Nik tidak menjawab. Ia hanya mendiamkan diri. Ia sendiri tidak pasti apa yang patut dilakukannya. Patutkah ia mengejar Mia? Ataupun membiarkan gadis itu pergi macam itu saja sebagaimana ia membiarkan Farhana pergi begitu saja dulu?

**
Mia merasa kurang sihat pada malam itu. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Pening menyengat kepala. Balik-balik ia mengurut bahagian kepalanya. Sejak kebelakangan ini Mia selalu saja merasa tidak sedap badan. Emosinya yang tidak menentu telah mengganggu kesihatannya. Badannya begitu panas sekali. Kipas bilik hanya dipasang dengan level 3 saja, tetapi rasanya bagaikan penghawa dingin terpasang. Sejuk yang teramat bagaikan menusuk ke tulang. Setelah diberikan ubat dan pelap basah di dahi, Mia terus tertidur.
Setelah lama ia melelapkan mata, secara tiba-tiba ia terbangun. Biliknya tidak lagi seterang benderang tadi. Gelap menyelubungi suasana. Namun ada satu benda di atas meja berhampiran katilnya, masih terang memancarkan cahayanya. Diambilnya benda itu. Ingatannya tentang Nik menerjah minda. Hatinya sayu. Rindunya terhadap lelaki itu semakin tebal menggunung. Sesungguhnya ia sangat merindui akan saat ketika ia bersama-sama dengan Nik. Tetapi ia tahu, menyesal kemudian tidak berguna lagi kerana Mia sendiri yang minta untuk mengakhiri hubungan mereka. Air mata mulai mengalir. Ia sangat merinduinya. 


(bab seterusnya)

No comments:

Post a Comment