Monday, February 20, 2012

me2u (40)


40


Selama dua hari itu mereka berdua berlatih dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi dengan perubahan yang dibuat pada saat terakhir yang dibuat. Memang pening juga pada mulanya, tapi akhirnya mereka merasa selesa juga.
Sekali lagi Mia melihat dirinya di hadapan cermin. Ia bagaikan tidak percaya yang di hadapannya itu sekarang adalah dia sendiri. Rambutnya yang panjang dan ikal mayang dikelip separuh, padan dengan gaunnya berwarna electric blue berlengan paras diantara bahu dan siku dengan berkainkan kain satin labuh bertingkat-tingkat. Semakin menyerlah kecantikan Mia apabila ia siap bersolek. Sempat juga ia belajar cara bersolek dengan menonton video Michelle Phan yang terbaru, guru bersolek melalui Youtube.
**
Di hadapan pintu utama terpasang gerbang bunga mawar putih dan disanalah tempat para photographer kolej berhimpun. Cahaya kamera mulai sabung menyabung. Malam itu, Nik dan Mia ke dewan MIS bersama-sama. Mereka nampak begitu serasi sekali. Jam sudah menunjukkan ke pukul 8 malam. Kelihatan ramai sudah tetamu yang datang memenuhi ruang kolej tersebut.  Semua para tetamu yang datang pada malam itu bagaikan artis di majlis karpet merah. Semuanya begitu anggun dan segak sekali. Masing-masing dengan daya tarikan mereka tersendiri. Dari luar sudah kedengaran lagu Caramu dendangan Nikki berlaungan di setiap pembesar suara yang terpasang di setiap sudut dewan utama tersebut.
“How are you feeling?” Nik menyoal.
“Entahlah. Anxious, excited, nervous..” Mia cuba menarik nafas sedalamnya.
“Butterflies.” Nik mengagak lagi. Sejurus itu mereka berdua serentak ketawa. Suasana semakin meriah lagi apabila mereka mula melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Ditambah lagi dengan lampu berwarna warni yang bergerak laju mengelilingi seluruh dinding dewan itu.
“Hai Nik! Hai Mia!” Sofie dan Dani yang baru saja sampai terus menyapa mereka berdua. Nik keliru.
“Fie dengan Dani….?” Nik kehilangan kata melihat adik kembarnya kini bersama-sama dengan Dani. Jadi tekaannya selama ini memang benar? Dani memang ada hubungan istimewa dengan Sofie? Ia menoleh ke arah Mia yang kini sedang menahan senyuman yang kian terukir di bibir.
Sofie dan Dani berpandangan, kelihatan mereka juga cuba menahan senyum yang semakin melebar. Mereka mengangguk laju. “Maaflah bang pasal tak beritahu abang masa tu.” Sofie mengangkat tangannya menunjukkan aksi minta ampun kepada abangnya.
Nik terus tergelak melihat mereka berdua. “Abang memang dah tahu pun yang Dani ni ada hati dekat Fie.” Ia mengalihkan pandangannya ke arah Dani lalu menepuk bahu temannya itu sambil tersenyum.
“Goodluck to both of you.” Ujar Dani kepada Mia dan Nik.
“Thank you.” Serentak mereka berdua menjawab.
Tiba-tiba Jj datang menyampuk dengan keadaannya yang termengah-mengah.
“Apahal dengan kau ni?” Dani menyoal. Pelik melihat temannya yang seorang itu, terkenal dengan sikap cemerkapnya.
“Aku…baru…. kena…. inform…tadi.” Bicara Jj dengan nafasnya yang turun naik.
“Adui, risaulah aku tengok kau macam ni.” Nik membalas sambil mengurut belakang Jj.
“Calm down, breath.” Mia cuba menenangkan Jj sambil menunjukkan cara-cara bernafas yang betul.
Beberapa minit kemudian barulah Jj mampu bernafas secara normal. Ia memandang wajah teman-temannya bersilih ganti.
“Aku nak beritahu korang yang kita kena suruh buat persembahan tak lama lagi.”
“APA?!!” Mereka semua yang ada di situ menjerit. Tidak percaya dengan kata-kata Jj.
“Persembahan apa?! Kita tak prepare pun!” Dani membalas. Masing-masing diserang panik. Hiruk pikuk dewan tersebut langsung mereka tidak hiraukan.
“Kita-kita saja ke yang kena ni?” Sofie menyoal pula.
“Bukan kita saja, satu kelas Cikgu Firdaus kena ikut tau!”
Mendengar akan nama En. Firdaus, Mia terus memetik jari. Mereka semua memalingkan perhatian mereka kearahnya.
“You all ingat tak semua steps?” Soalnya selamba, dengan ekor matanya yang nakal memandang mereka semua. Berkerut dahi mereka mendengar soalannya.
“Aduhhh, Sir Firdaus’s She Bangs dance move?!” Mia menyambung lagi. Geram melihat semua temannya kebengangan.
“OHHHHH!” Mereka semua serentak menjerit.
Tiba-tiba lampu sorot mula dipancarkan ke arah Nik, Dani, Jj, Mia, Sofie, Lara, Tiara dan semua pelajar yang memasuki kelas En.Firdaus. Ada yang masih kebingungan. Tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Masing-masing kena pancar dengan lampu sorot yang begitu terang benderang.
“To all Mr. Firdaus students, please stand by on the middle of the dance floor. Some sources tells me that you guys had prepared an awesome moves. So? Bring it on!” Kedengaran satu suara perempuan di balik pembesar suara. Masing-masing melilaukan mata mereka untuk mencari gerangan suara siapakah itu. Mungkinkah MG?
Mereka terus ke tengah-tengah dewan, tepat di bawah bebola disko. Kini semangat mereka semakin membara. Tidak sabar untuk memulakan tarian mereka. Nasib juga mereka masih ingat akan langkah senam ringan yang ditukar ke rentak tarian yang diajar oleh En. Firdaus dua minggu berturut-turut itu.
Lagu She Bangs dari Ricky Martin terus kedengaran. Dengan itu mereka terus memulakan langkah tari mereka yang rancak. Mereka mengubah sedikit langkah tari itu dengan membahagikan mereka dari dua kumpulan terus berpecah menjadi pasangan ke pasangan.

She walks like she talks,
And she talks like she walks,
And she bangs, she bangs,
Oh baby when she moves, she moves
I go crazy,
Cause she looks like a flower but she stings like a bee,
Like every girl in history,
She bangs, she bangs,
Im wasted by the way she moves,
No one ever looked so fine,
She reminds me that a woman only got one thing on her mind.

Mereka bersorak sakan apabila menyaksikan pelajar-pelajar En.Firdaus yang menghayun langkah mengikut rentak rancak lagu tersebut. Suasana semakin meriah. En. Firdaus yang turut menyaksikan persembahan mengejut itu dari tadi tidak henti-henti tersenyum. Tidak sangka senam memanaskan badan stailnya boleh bertukar menjadi rentak tarian juga.
“Ada-ada je.” En. Firdaus bermonolog sendirian sambil tertawa kecil melihat aksi pelajar-pelajarnya di tengah-tengah lantai tarian.
**
Mereka semua begitu gembira sekali kerana mereka begitu rancak dan bersemangat sekali apabila menari dengan lagu She Bangs tadi. Masing-masing melompat sakan apabila persembahan spontan mereka tadi berakhir.
“To all the participants that were taking part in the competition, can you all please prepare yourself. The competition will begin shortly. Thank you.”
Mia semakin gementar sekarang, lebih hebat dari tadi. Beberapa kali sudah ia cuba untuk bernafas dengan cara yang sepatutnya untuk menghilangkan rasa gementar yang mula bermaharajelala di dada. Nik menoleh lalu tertawa kecil. Lucu melihat kelakuannya.
“Calm down, breath.” Nik mengajuk semula kelakuan Mia apabila menenangkan Jj tadi.
“Now let’s give a big round of applause for the first couple, Jeffri Fauzan and Melissa Jane!”
Dewan utama kolej diselubungi dengan riuh sorakan dan tepukan tangan para hadirin yang ada pada malam itu. Keadaan dewan bertukar malap. Hanya ditemani dengan lampu sorot yang ditujukan ke arah pasangan pertama yang baru saja memulakan tarian mereka dengan lagu if you’re not the one.
“Wow, Jj surely can dance.” Mia memuji, matanya begitu fokus sekali melihat Jj dan Melissa menghayunkan rentak tarian perlahan mereka.
“Jj memang pandai menari, walaupun dia tu clumsy sikit.” Selamba Nik membalas.
Mereka semua terus ketawa. Memang benar. Jj orangnya memang cemerkap dan mudah lepas cakap.
Dari pasangan pertama hinggalah pasangan kelapan. Pasangan Farhana dan Hafiz baru saja memulakan langkah tari mereka dengan lagu Bailamos yang sepatutnya menjadi lagu untuk tarian Nik dan Mia.
“Hmm, not bad.” Mia bermonolog sendirian apabila melihat aksi tari Farhana dengan Hafiz apabila lagu mula bertukar rentak.
“Im sure you guys are way better than them.” Ujar Tiara yang duduk di sebelah Alex pada ketika itu. Mia dan Nik hanya mampu tersenyum.
Sofie pula mengangguk setuju. Sebenarnya ia tidak sabar menunggu keputusan walaupun abangnya dan Mia belum lagi memulakan persembahan mereka. Ia mahu melihat wajah Farhana jikalau Nik dan Mia memenangi pertandingan itu. Ia yakin yang Mia dan Nik akan menang. Benar-benar yakin!
“Now for the final couple, please welcome Nik Syahadan and Damia Ell!”
Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak apabila Nik dan Mia beriringan melangkah masuk ke lantai tari. Tarian mereka bermula apabila lagu mereka mula dimainkan. Langkah mereka begitu lembut dan gemalai sekali. Lampu dewan sekali lagi di malapkan. Bagaikan terapung di awangan apabila asap putih menyelubungi bahagian bawah lantai tari. Semua yang ada di situ begitu terpegun sekali melihat tarian mereka. Apatah lagi dengan lagu perlahan tadi yang menusuk hati. Mereka terus melakukan aksi baru mereka apabila puncak lagu mereka sampai kemuncaknya sebelum bertukar ke versi lain. Mia berlari menuju ke arah Nik lalu Nik pun merangkul pinggangnya dan mengangkatnya ke atas, Mia terus mendepakan tangannya apabila lagu versi perlahan mereka sampai kemuncaknya. Beberapa minit kemudian, lagu mereka bertukar rentak. Kini tarian mereka bertukar dari perlahan ke rentak rancak dan laju apabila lagu yang sama bertukar versi. Mereka mencantumkan lagu Cascada everytime we touch dari versi candlelight ke versi remix. Semakin ramai orang bersorak melihat persembahan mereka yang sungguh mengkagumkan itu.
“Oh my god, that was very romantic!” Ujar Tiara teruja apabila Mia dan Nik kembali ke tempat duduk mereka.
“Bravo!” Alex pula bersuara sambil menepuk belakang Nik. “I didn’t expect our team captain could dance like that.”
“I know right!” Ishq yang duduk di sebelah Lara terus menyampuk. Bersetuju dengan kata-kata Alex.
Nik tersengih. “Well, thanks to Mia. If it wasn’t her, you guys won’t be able to see me swaying like that.”
Mereka semua terus ketawa. “Yeah, aku baru ingat. Sepatutnya kau menari dengan Farhana kan? Tapi dia tarik diri pasal dia….adui!”
Jj tidak jadi meneruskan ayatnya apabila Dani menendang kakinya dari bawah meja. Dani terus tersengih, sempat ia menjengilkan matanya ke arah Jj dan menunjukkan riak jangan-sebut-itu-dekat-sini!
Mati terus senyuman Mia apabila mendengar nama Farhana bergendang di telinga. Jj pula buat-buat bodoh, dalam hati balik-balik ia memaki hamun akan dirinya kerana terlalu lepas cakap. Nik hanya berlagak selamba namun mendengar nama Farhana disebut di depan Mia membuatkan ia gusar juga. Keadaan ceria tadi terus bertukar janggal. Masing-masing tidak tahu apa hendak dikata.
“Well, this is akward?” Mia bersuara, memecahkan sepi diantara mereka.
“I know right.” Lara terus ketawa terpaksa, memberikan isyarat kepada mereka yang lain untuk turut ketawa juga.
“HA HA HA HA HA.” Bagaikan orang bodoh mereka ketawa. Mia hanya mengiyakan saja dengan turut ‘menyedekahkan’ ketawanya.
“Saya nak pergi ke tandas kejap.” Mia bingkas dari tempat duduk dan terus melangkah menuju ke tandas.
Lama ia menatap dirinya di cermin. Ia tidak merasakan ceria tadi. Memang sah ia cemburu. Mengingatkan saja akan riak wajah Nik yang gusar tadi sudah menunjukkan dulu memang ia ada apa-apa istimewa dengan Farhana dan nampaknya sampai sekarang Nik memang belum dapat melupakannya.
Apabila ia melangkah keluar, di sana ia terserempak Farhana dan Nik sedang berjalan beriringan tidak jauh di hadapannya. Mia terpempan! Nalurinya menyuruh untuk memerhatikan kejadian itu dengan lebih dekat lagi. Dipejamkannya matanya lalu dibukanya kembali, adakah ini mimpi? Tangannya dicubit. ‘Ouch!’
Mia mengikut langkah mereka dari jauh. Kelihatan mereka berdua sedang menuju ke luar kawasan sekolah. Mia menyembunyikan dirinya di sebalik tiang besar dan mencuri dengar akan komunikasi di antara Nik dan Farhana di situ.
“Nik, please stop.” Farhana membuka bicara.
“Maksud awak?”
“I know about you and Mia. You guys are just pretending just to make me jealous, right?” Farhana terus membalas dengan penuh yakin sekali. “ Saya nak minta maaf pasal dulu…” Farhana terdiam sejenak.  “Je t’aime.” Sambungnya lagi.
Nik betul-betul bengang sekarang. Sepatah ayat pun tidak terkeluar dari mulutnya apabila mendengar kenyataan itu.
Mia yang bersembunyi di belakang pun turut mengerutkan dahi. Baru ia teringat yang ia tidak sempat mencari makna ayat itu di internet pada hari yang sama di mana surat arwah Amal sampai kepadanya. Terus ia mengeluarkan Blackberry miliknya dan mencari makna  je t’aime melalui google. Dalam hati ia bersyukur juga dengan teknologi zaman sekarang yang semakin maju dan canggih. Hatinya bagaikan disentap. Matanya terjengil besar. Melihat saja makna terjemahan ayat itu membuatkan Mia diserang seribu satu perasaan bersalah.
“I love you Nik. I really do! Im sorry it took a long time for me to realize that.”  
Mia semakin tidak keruan apabila mendengar Farhana menyebut tiga perkataan itu. Dalam hati ia geram juga dengan Nik yang masih lagi membisukan diri di situ.
‘Say something! Jangan tercegat macam tu je!’  Memang ia merasa bersalah terhadap Farhana. Namun jauh di lubuk hatinya ia mengharapkan Nik supaya tidak membalas dengan tiga perkataan itu.
“I know you love me too.” Ucap Farhana lagi.
Nik menghela nafas, dipandangnya lantai sejenak lalu mengalihkan perhatiannya ke arah Farhana. “Yes.”
Mia memejamkan matanya serapatnya, menahan sebak di dada. Ia pasrah! Memang betul tekaannya yang Nik memang tidak dapat melupakan Farhana. Terus saja ia berlalu ke arah lain, ia tidak sanggup lagi untuk lama-lama di situ. Hatinya begitu sakit sekali. Patutlah Nik selalu saja memberikan alasan apabila Mia cuba bertanyakan perihal dia dengan Farhana dulu. Rupanya lelaki itu masih lagi ada perasaan dekat Farhana.
***
“Awak ada nampak Mia tak?” Nik menyoal sebaik saja ia melabuhkan punggung di sebelah Dani. Dipandangnya wajah teman-temannya di situ bersilih ganti, namun masing-masing menggelengkan kepala. Tidak tahu Mia ke mana.
Where are you?
Lama ia menunggu Mia membalas teks mesejnya. Bagaikan orang tidak keruan ia duduk di situ. Semua kawannya kini masing-masing dengan pasangan mereka menari di lantai tari. Tiba-tiba ia merasakan gegaran, teks mesejnya dibalas!
The pond bridge.
****

Dari jauh Nik ternampak Mia sedang berdiri termenung di atas jambatan kecil di atas kolam sederhana kecil berhampiran dengan Serene Garden kolej tersebut. Nik terus menghampirinya.
“Berani juga awak sorang-sorang di sini.” Nik menyapa apabila ia berdiri di sebelah Mia.
Mia tidak membalas apa-apa. Ia hanya tersenyum sinis.
“Mia?” Nik hairan dengan perubahan Mia. “What’s wrong?”
“You know what’s funny?”
Berkerut-kerut dahi Nik mendengar soalan itu. “What?”
“Semua orang kat kolej ni fikir yang kita ni sweet couple.”  Ayat Mia terhenti seketika. Nik masih lagi keliru, ia tidak mengerti akan maksud sebenar. Mia menghela nafas.
“They didn’t know that we’re just pretending to be one. Deep down, kita cuma bagaikan kawan rapat.”
“Saya masih tidak faham. Apa maksud awak sebenarnya?”
“It means we don’t have that special feelings with each other!” Mia menjerit, meluahkan rasa sakitnya. Nik terkesima, tidak menyangka yang Mia akan berkata sedemikian.
“We’re not?”
“It’s over now.” Mia cuba menahan air matanya dari mengalir. Ia tidak mahu menangis. Hatinya sendiri tidak mahu melepaskan Nik, namun ia mesti juga! “I quit, I want this pretend-relationship to be over.”
Nik bagaikan robot yang dari tadi tidak dapat melepaskan pandangannya dari Mia.
“I mean, aim awak untuk pretend ni cuma nak protect Sofie je kan? But look at her now. She’s now getting fine with Tiara and Lara. Especially, with Dani. So it means kita dah tak perlu nak continue ‘mission’ ni. Awak sendiri cakap relationship ni takkan last forever, kan? Saya masih ingat lagi awak cakap ‘eventually we’re going to break up’. Lebih baik kita end this malam ni jugak. You know I hate to lose. Better saya yang putuskan dulu. Lepas ni awak boleh date dengan siapa yang awak benar-benar suka. I don’t want to become a barrier for someone who deserve you more than I do.”
“So,you’re saying that you don’t have any special feelings for me?” Nada suara Nik berubah lemah. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui jawapan Mia.
Mia menggigit bibir. Seketika itu ia mendongak langit, cuba menahan air mata dari gugur ke bumi. “No.”
Nik mengangguk, akhirnya ia terpaksa akur dengan jawapan Mia. Mia yang ketika itu tidak lagi tahan untuk membendung perasaannya terus beredar meninggalkan Nik. Hatinya seakan-akan dirobek. Mia terus menangis sewaktu meninggalkan Nik di situ, tidak menyangka yang dia akan berkata sedemikian. Sungguh sakit hatinya kerana menyatakan kenyataan yang dia tidak ada apa-apa perasaan untuk Nik, hakikatnya sebenarnya ada. 


(bab seterusnya)

me2u (39)


39


4-1-1:
Jean Galoert de Campistron once quote: “The heart seldom feels what the mouth expresses.”
I think someone expressing he is now serious. M&N? More like sweetmen. Custom made cap? How sweet..

Nik membetulkan topinya lagi. Telefon bimbitnya terus dimasukkan ke dalam saku seluar. Semakin ramai pula pelajar disekeliling memerhatikannya. Nik hanya berlagak selamba. Ia terus saja ke taman mencari kelibat Jj dan Dani.
“Nik! Wah romantik juga orangnya kau ni ya.” Taufik yang baru saja turun dari tangga terus menyapa. Terbentang senyuman di bibir lelaki itu.
“Romantik apanya?” Nik menyoal dengan riak hairan di wajahnya.
“Ai, takkan tak sedar kot. Ni topi kau ni. Cantik juga ya.” Taufik memunjungkan bibirnya ke topi yang di pakai Nik. “It stands for Mia and Nik, right?”
Nik tidak membalas apa-apa. Ia sendiri tidak tahu apa yang patut dibalasnya. Egonya masih belum panas lagi. Nik sengaja tidak menjawab soalan itu, sebaliknya ia memanjangkan leher cuba mencari kelibat dua orang sahabatnya.
“Kau nampak Dani dengan Jj tak?” Sengaja Nik mengubah topik.
“Seingat aku, Dani dengan Jj pergi ke kafe tadi.”
“Really? Thanks man.” Balas Nik sambil menepuk bahu Taufik lalu ia terus berjalan menuju ke kafe kolej. Sewaktu ia melintasi kawan taman sekolah, di sana ia terserempak dengan Mia. Kelihatan dia sedang duduk termenung. Niatnya untuk ke kafe langsung batal apabila terserempak dengannya. Sedikit risau juga melihat keadaan Mia yang muram semacam itu.
“Hei.” Sapanya lembut, ia melabuhkan punggung di sebelahnya. Mia menoleh lalu menguntum senyuman.
“Hai.” Balas Mia perlahan.
“Diorang Sofie, Tiara, Lara mana?” Mata Nik melilau mencari kelibat ketiga orang perempuan yang disebutnya itu.
“Diorang semua pergi ke kafe.”
Buat seketika mereka menyepi.
“Emmm, awak masih teringatkan kisah semalam?” Nik begitu teragak-agak untuk bertanya dengan riak wajahnya yang tidak pasti. Takut Mia menangis lagi macam semalam.
Lama Mia mendiamkan diri. Wajahnya sudah merona merah. Ia cuba menahan sebak yang mula menghimpit dada.
“Awak..” Nik mulai panik. “Awak janganlah nangis..” Ia cuba memujuk.
Mia sendiri tidak dapat mengawal perasaannya. Air yang sudah penuh berkumpul mulai gugur membasahi pipi.
“I’m an idiot.” Ia mengesat air matanya kasar sambil ketawa. Malangnya, memang tampak jelas yang dia hanya ketawa terpaksa. Sepantas itu Nik merentap tangan Mia, ia sudah tidak tahan melihat Mia terluka sebegitu.
“You are not an idiot.” Ujar Nik, wajahnya begitu serius sekali. “I need you to be strong.”
Mia menganggukkan kepalanya tanda ia mengerti akan kata-kata Nik. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah topi yang dipakai Nik pada waktu itu sampaikan Nik tersedar yang Mia begitu lama memerhatikan topi tersebut. Tidak tentu rasa juga dia dibuatnya.
“M&N?” Soalnya sambil menuding jari ke huruf yang jelas terpampang di bahagian depan topi yang berwarna hijau laut dan putih itu.
“Nama kumpulan bola keranjang favourite saya. Minnesota Timberwolves.”
“Kalau Minnesota Timberwolves, kenapa spelling-nya MN? Kenapa tak MT?”
“Maybe kilang pembuat topi ni kehabisan huruf T kot.” Begitu cepat Nik membalas. “Nothing possible is impossible.” Sambungnya lagi.
Mia masih meragui akan jawapan lelaki itu. Tetapi dari gayanya bercakap, macam betul juga. Pasal Nik tidak sama sekali menunjukkan nada gagap ataupun teragak-agak. Begitu lancar dan yakin sekali ia menjawab soalannya.
“Kenapa? Awak fikir MN ni ‘Mia dan Nik’ ya?” Nik menyakat. Siap dengan keningnya turun naik lagi memandang Mia.
Mia merengus. “Please-lah!” Cepat-cepat ia berdalih. Padahal dalam hati tadi memang ia berfikiran sedemikian rupa.
Nik hanya senyum ketawa sambil memandang Mia. Hilang prasangka Mia yang dulu Nik ini memang menyakitkan mata, kali ini berulang kali ia memandang lelaki itu, hatinya tidak jemu.

TET TET!

4-1-1:
We know that there are people who share a same date of birth in this school. But sharing a same songs for the Gala Night Ball Room Competition? Goodluck searching a new routine for the competition M&N. Because F&H will not going to forfeit. 

Terjengil mata Nik apabila ia selesai menelaah teks mesej tersebut. Sementara Mia masih lagi keliru. Siapa F&H?!
“Searching new routine? Who is F&H?” Bertubi-tubi Mia menyoal.
 Nik bagaikan orang baru kena pukau. Ia benar-benar terkejut sekarang. Sofie memang betul. Farhana memang benar-benar keterlaluan sekarang. “Lagu kita sama dengan lagu Farhana.” Ujar Nik setelah lama ia membisu. “Bailamos and Because you love me.”
Mia terkejut apabila kenyataan itu menampar cuping telinganya. “Why?!”
Nik tidak membalas apa-apa. Ia hanya sekadar mengangkat bahu lalu menundukkan wajahnya.
“Oh no! Nak buat rutin baru? Mana kita ada masa nak restart balik semua ni! Itu kerja gila!” Mia mundar mandir di hadapan Nik sambil berpeluk tubuh. Semua pelajar yang ada di situ tidak dapat melarikan pandangan mereka dari memerhatikan gelagat Nik dan Mia. Tahulah mereka yang mereka berdua menghadapi masalah pada waktu itu.
“I think I should go talk to her.”
Nik cuba menghalangnya namun Mia sudahpun jauh berlalu meninggalkannya. Beberapa kali ia menjerit namanya namun Mia tetap tidak mengendahkannya.
**
Mia terus meluru ke arah Farhana yang kini sedang mengemas buku-bukunya di loker. Kelihatan perempuan itu tenang sekali. Sedikit pun tidak ada rasa kesal di wajahnya.
“Farhana, can I talk to you for a minute?”
Farhana yang ketika itu membelakangi Mia terus memalingkan pandangannya ke arah perempuan yang tidak disukainya itu. “Spill.”
Mia keliru. Nada Farhana seakan-akan macam orang kurang ajar. Dulu bukan main ‘suci’ perangainya, namun sekarang? Memang berbeza! Mia menggelengkan kepalanya laju untuk menyedarkan dirinya dari terus mengelamun.
“You stole our ideas!”
Farhana pura-pura tidak tahu. “Kenapa pula saya? Awak jangan main tuduh sembarangan!”
“Oh come on! MG said it clearly F&H! It’s you!” Mia semakin tidak puas hati. “Awak ingat saya tak tahu awak selalu stalked kami practice sama-sama?! So it’s clearly you!” Sambungnya lagi.
Akhirnya Farhana sendiri mengalah. Namun begitu, ia masih lagi dengan watak angkuhnya. “Oh please Mia, safe the drama. It’s only a song.”
“Only a song? Only a song?! Didn’t you know what kind of trouble you put us into?!”
“Well it’s not my problem.” Selamba saja mulut Farhana membalas.
Mia tidak membalas, buat seketika itu ia cuba menenangkan dirinya. Ia tidak mahu dibawa berjumpa dengan pengetua sekolah lagi walaupun tangannya terasa ringan untuk menumbuk pipi perempuan gedik di hadapannya sekarang ini. Matanya menoleh ke kanan kemudian ia teringat! Ingatannya tentang pertama kali ia berkenalan dengan Farhana menerjah minda. Baru ini ia teringat yang dulu Farhana ada menyimpan gambarnya dengan Nik di belakang pembuka loker tersebut. Gambar itu begitu sama sekali dengan gambar yang diterimanya secara misteri beberapa minggu yang lalu. Dan sekarang Mia lihat gambar itu tidak lagi ada di loker Farhana.
“Where is the photo?” Selamba Mia menyoal. Nada suaranya tidak setinggi tadi.
“Tak ada kena mengena dengan awak.” Farhana menutup lokernya secara kasar. Berdesing telinga Mia kerana bunyi hentakan pintu loker yang begitu kuat menghentam pendengarannya. Farhana sudah mula berkira-kira untuk meninggalkan Mia.
“I know it now. You didn’t like me because im dating Nik, right?”
Farhana memberhentikan langkah. Namun sedikit pun ia tidak menoleh ke belakang. Apatah lagi hendak membalas soalan Mia. Langsung tidak ada. Tidak lama kemudian, Farhana terus menyambung langkahnya tanpa menghiraukan Mia di belakang.Mia masih keliru.
‘Kalau dia jealous pun apesal? Ya dia ada history dengan Nik, tapi….what kind of history? Nik tak nak bagitau semua ni. Urgh!’ Ia menggerutu di dalam hati.
“Mia!” Kedengaran beberapa suara memanggil namanya dari belakang. Apabila ia menoleh, ia mendapati Tiara, Lara dan Sofie sedang berjalan menghampirinya.
“Lama kami tunggu awak dekat kafe tadi tau. Awak pergi mana?” Sofie menyoal, sambil itu ia meneguk milo sejuk yang kini sudah tinggal setengah cawan.
“Im sorry. I was talking with Farhana just now.”
“Pasal 4-1-1 yang baru tu?” Lara pula yang bertanya.
Mia menganggukkan kepalanya. Melihat saja Mia begitu, riaksi mereka bertiga terus berubah.
“Awak jangan ambil ke hati dengan kata-kata perempuan tu.” Lara menyambung.
Sofie dan Tiara mengangguk setuju. “Betul tu, memang benarlah Farhana dulu rapat dengan abang Nik, tapi sekarang…”
“Wait, wait…what did you say?” Mia memotong ayat Sofie sambil mengangkat kedua belah tapak tangannya.
Mereka bertiga kehilangan kata.  Masing-masing berpandangan dengan riaksi hairan.
“You didn’t know?” Tiara pula yang menyoal.
“Know what?” Mia menyoal kembali. Semakin keliru pula dia dibuat mereka.
“Know that we are going shopping today?!” Tiara menjerit dengan nada teruja. Sengaja ia mengubah topik dan sepantas itu ia menggamit bahu Mia untuk berjalan beriringan bersama. Sempat juga ia menjengilkan matanya ke arah Sofie dan Lara kerana terlalu lepas soal.
“But I though we already bought our dresses?”  Mia masih tidak habis-habis menyoal.
“Not that, I mean we’re going out circling KL. Girl’s day out. Plus we need to release our tension. After all we just finish our monthly test…” Suara Tiara semakin tenggelam apabila ia dan Mia sudah berjalan agak jauh di hadapan meninggalkan Sofie dan Lara masih lagi berjalan perlahan di belakang.
“Kau rasa kita patut ke rahsiakan hal ini dari Mia? Kesianlah aku tengok dia.” Bicara Lara, matanya tidak lepas dari memandang Mia yang berjalan membelakangi mereka.
Sofie mengeluh. “Entahlah. Aku rasa lebih baik Mia tahu dari mulut abang Nik sendiri dari kita. Aku takut nanti Mia sakit hati.”
“Aku pun tak mahu benda tu terjadi dekat dia juga. Tapi aku rasa lain macamlah kalau terus-terusan macam ni.”
“Kita kena tunggu dan lihat dulu. Kalau apa-apa yang buruk terjadi, masa tu baru kita campur tangan. Ok?”
Lambat-lambat Lara menganggukkan kepalanya.
***
“I know, I know, im sorry im late!” Terkial-kial Mia berlari masuk ke dalam studio. Dari permukaan pintu lagi ia dapat melihat Nik sedang duduk termangu sambil mendengar lagu melalui Ipod yang tersumbat di telinganya. Sesekali itu dapat juga ia melihat kepala lelaki itu bergerak-gerak. Khusyuk sakan mendengar rentak lagu yang didengarnya. Petang itu mereka tidak berlatih di studio Mia, sebaliknya mereka berlatih di studio kolej.
Kebetulan juga ramai yang tidak ada di kolej, jadi senanglah mereka untuk memulakan latihan
tarian mereka yang baru tanpa ada sebarang gangguan terutama sekali gangguan dari Farhana.
“Tak apa. Saya baru saja dapat lagu yang sesuai untuk malam gala hari Sabtu ini.” Nik tersenyum senang. “We’re going to use medley type of songs.” Riak resahnya tadi langsung hilang apabila idea baru datang menyerang.
“Kita kena change semua steps ke?”
Nik menggelengkan kepalanya. “All we have to do is add some new steps.” Nik terus memberikan arahan kepada Mia dan selepas itu mereka mencuba gerakan baru untuk diterap masuk ke dalam rutin tarian mereka. Dengan lagu rancak berlaungan di alat pembesar suara, masing-masing terus teruja. Baru sekejap Nik mengajar Mia, ia terus faham akan arahan untuk aksi baru itu. Kini semangat mereka semakin naik.


(bab seterusnya)

me2u (38)


38


Mia tidak tahu ke mana lagi tempat untuk dituju. Malam begitu suram, namun hatinya sedikit lega kerana ditemani oleh cahaya lampu nion dari bangunan-bangunan yang tinggi lampai di kota Kuala Lumpur itu. Lama ia merenung roda besar yang terletak berseberangan dengan Tasik Titiwangsa. Entah kini kali yang keberapa sudah roda tersebut berpusing, walaupun perlahan, Mia dapat merasakan agak lama juga ia duduk termangu di situ. Air matanya masih lagi lebat mengalir. Sekali lagi sebak menikam dada. Tidak menyangka perkara itu akan berlaku dengan sekelip mata. Mia menggeleng-gelengkan kepalanya laju.
‘Tak mungkin!’ Ia tidak lagi dapat menahan sebak di dada lalu ia menangis teresak-esak di situ. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis sambil memandang lantai. Ia memerlukan seseorang sekarang! Ia tidak dapat menahan lagi beban itu sendiri. Ia memerlukan keajaiban yang dapat mengubati pedih di hatinya. Tiba-tiba dagunya disentuh lembut oleh seseorang. Terus ia mendongak dan sepantas kilat itu juga Mia merebahkan kepalanya di bahu lelaki itu dan menghabiskan esakan tangisnya.
“Ssshh.” Nik cuba menenangkan diri Mia yang masih lagi teruk menangis di bahunya. Ubun-ubun kepala Mia diusap lembut.
“ I’ve should reply that letter. But now it’s too late!” Tersedu-sedan ia berbicara. Sementara Nik masih lagi berusaha untuk memujuk Mia supaya bertenang.
Selama beberapa minit Nik duduk disitu dengan Mia yang masih lagi tunduk di bahunya. Kini tangis Mia mulai reda. Namun ia masih lagi tersedu-sedan akibat teruk menangis tadi.
“Macammana awak tahu saya ada kat sini?” Bicara Mia setelah lama ia membisukan diri dari mengeluarkan kata-kata.
Nik menghela nafas lalu tersenyum simpul. “I don’t know how I know, but I know.” Susah untuk Nik mentafsirkan maksudnya, yang penting selepas saja Nik menerima panggilan ibu Mia tadi, ia dapat merasakan kehadiran Mia di sana pada malam itu.
Mia terkesima. “But then again…how?” Ia keliru bagaimana Nik tahu tentang keadaannya sekarang.
Nik menghela nafas ringan, pandangannya di hadapkan ke arah roda Eye on Malaysia berputar di tasik itu. “Mama awak telefon tadi. Dia dah ceritakan apa yang terjadi.” Tuturnya lemah. “Im sorry.”
Mendengar akan kata-kata Nik, ingatannya tentang kejadian petang tadi menerjah minda lagi membuatkan kelopak matanya kembali dipenuhi air.
MIA sangat teruja apabila mengetahui tentang hubungan Sofie dan Dani. Mia menyangka Sofie hanya menaruh perasaan terhadap Taufik. Dari awal perjalanan sampailah ke kawasan rumahnya, ia tidak henti-henti tersenyum. Apabila kereta menerobos masuk ke perkarangan rumah, ia hairan melihat ibunya sedang berjalan mundar mandir di hadapan pintu utama. Ia menyangka itu hanya tabiat biasa. Perlahan-lahan ia keluar dari perut kereta dengan bibirnya yang masih menguntum senyuman. Sedikit hairan juga dia apabila melihat ibunya tidak seceria pagi tadi.
“Hai ma.”
“Mia, sayang.” Nada suara ibunya kedengaran kendur. Hati Mia mulai dilanda gelisah. Ia bagaikan dapat mengesan sesuatu yang buruk telah berlaku.
“Mama, kenapa ni?”
“Mama harap Mia bersabar ya.”
Mia semakin keliru. Tidak faham akan situasi tersebut. Puan Lina mendiamkan diri. Lama ia berfikir untuk mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu berita itu kepada anaknya. Dilihatnya Mia kini sedang bingung menunggu jawapan darinya. Puan Lina menghela nafas berat.
“Amal….”
“Amal?” Mia cuba mengingati kembali nama tersebut. Beberapa saat kemudian baru ia teringat, Amal, sahabat karibnya di Brunei, yang dulu pernah melukakan hatinya dengan kata-kata kasarnya. “Kenapa dengan Amal ma?” Mia menyambung dengan riak ingin tahu terpampang di wajah.
Puan Lina mendiamkan diri seketika, selepas itu ia menghela nafas berat. “She’s gone.”
Dunia bagaikan terhenti seketika. Mia merasakan dirinya ringan ketika itu, bagaikan kakinya tidak menjejak ke bumi. Hanya kepalanya yang merasa berat, cuba menganalisa kata-kata ibunya sebentar tadi. “What do you mean she’s gone?” Mia bagaikan mengerti seketika tetapi hatinya bagaikan tidak dapat menerima kenyataan itu lalu bertanyakan hal itu kembali.
“Vida telefon mama tadi, dia beritahu mama Amal meninggal dunia tengahhari tadi.” Puan Lina turut merembeskan air mata. “She got into an accident. It was fatal.”
Terkejut bukan kepalang Mia mendengar berita itu. Kelopak matanya mulai dipenuhi air.
“No, she’s 18. She’s still young, mom. She can’t die!”
“Mia, ajal tidak mengira umur.”
Air matanya mulai merembes laju. Lalu ia terus berlari naik ke bilik. Sedih apabila mengetahui kawan baiknya sewaktu ia bersekolah di Brunei dulu kini sudah pergi menemui Illahi. Sesampainya di bilik, Mia bersandar di pintu dan terus menangis teresak-esak.
‘Ini ada surat dari Brunei untuk Mia.’ Pesanan dari pembantu rumahnya bergendang-gendang di minda. Baru ia teringat yang ia belum lagi sempat membaca surat yang datang ke arahnya beberapa hari yang lalu. Terus ia berlari ke bahagian meja dan mendapati surat yang masih lagi tersadai berhampiran rak bukunya.


Mia,
The reasons why I’ve wrote this letter was because I don’t have any ways to contact you anymore. It’s like it was impossible to find you in Facebook, Msn, Blog, I mean..where are you?? It’s like you’re vanished or something. But luckily, I’ve managed to reach your new address from your sister.
 I’m too embarrassed for the words that I’ve said to you few months ago. I wanted to say that I’m really sorry for everything. Especially on the day that I have hurt you with those words that I’ve said to you. I’m sorry. I’m hoping that we could meet and apologize to you face to face and we could be friends again. But I know you wouldn’t forgive me that easy. But I’m truly sorry Mia. I didn’t mean to hurt you. Im just mad because it seems like you don’t want to talk to me anymore and I regret for all the things that I’ve said to you.
Maybe a word ‘sorry’ is not enough, but I beg you after you read this letter, please do call me. I really need to know whether you accep my apology or not. Please forgive me. I don’t know if  I still have the chance to meet you. Please forgive me, Mia.
Amalia

MIA tunduk lagi apabila ia terkenangkan isi surat dari arwah Amal. Sekali lagi ia menangis. Nik juga turut terkedu melihat keadaan Mia sebegitu.
“Mia, awak kena tabah. Ini semua Qada dan Qadar Illahi. Tiada siapa yang mampu menghalang takdir. Izinkan dia pergi.” Nik menasihatinya dengan nada yang lembut.
Mia mengangguk faham. Kini ia sedar, ajal maut di tangan Tuhan. Memang benar kata Nik. Tiada siapa yang mampu melawan takdir. Setiap manusia akan menghadapi mati. Cuma kita tidak tahu bila masanya, yang pasti ianya adalah nanti. Mia kelihatan begitu lemah sekali apabila ia mula menadah tangan dan membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah.
“I forgive you.” Kedengaran Mia berbisik apabila ia selesai mengaminkan doanya. Perlahan-lahan ia menoleh ke wajah Nik. Bibirnya menguntum senyuman lemah.  “Thank you Nik.”
Sepi menyelubungi suasana. Masing-masing kehilangan kata-kata. Mereka berdua hanya menghadapkan pandangan mereka ke langit hitam. Secara perlahan-lahan awan yang banyak berkumpul tadi mulai berarak meninggalkan bulan memancarkan cahayanya menerangi dunia yang malap ketika itu.
“Wow.” Ujar Mia memecahkan kesunyian di antara mereka. Nik terus menoleh.
“Kenapa?”
“What a beautiful moon.” Mia memuji keindahan alam semulajadi yang mereka saksikan sekarang. Suaranya kedengaran sengau. Mungkin akibat ia menangis tadi.
Nik mengangguk setuju. Ia sendiri ikut terpegun melihat keindahan Tuhan yang tiada tandingannya itu. Mia dapat melupakan serba sedikit tentang kejadian tadi. Biarlah mereka yang pergi itu pergi. Usah dikenang kembali.
“I brought you something.” Baru Nik teringat yang ia benda yang ingin diberinya kepada Mia dari semalam masih ada di poket jaketnya. Cuma ia selalu lupa untuk memberikannya kepada Mia. Nasib baik sekarang ia teringat.
“What is it?”
Benda tersebut terus dikeluarkannya dari poket lalu dihulurkannya ke tangan Mia.
“It’s a glow in the dark stick.”
Lidah Mia bagaikan terkelu. Hatinya benar-benar tersentuh apabila Nik memberikannya hadiah.
“Saya realize, saya ni tak ada radar nak check rumah awak ada electric breakdown ke apa ke. Manalah tau kalau elektrik down, awak menangis lagi macam masatu..” Nik cuba mengatasi ego yang cuba berdiri gagah. “So perhaps, this stick might help you to overcome your achluophobia in case…..” Ayatnya tergantung di situ.
“In case…?” Mia masih lagi setia menunggu untuk mendengar ayat yang seterusnya.
“In case if im not around..i mean..if I didn’t call you like the other night.” Nik cuba menahan malu yang tidak terhingga. Ia dapat merasakan bahang panas menyelubungi wajahnya. Ia cuba berlagak tenang.
Mia semakin terharu tatkala mendengar akan luahan lelaki itu. Memang jelas menunjukkan yang Nik memang mengambil berat tentangnya. Tidak sangka lelaki itu masih lagi ingat tentang fobianya terhadap kegelapan. Namun tercuit juga hati Mia apabila melihat Nik yang teragak-agak dan kelihatan malu.
“Thank you Nik. Thank you so much.” Semakin menggunung pula rasa sayangnya terhadap lelaki itu.
Mia berfikir seketika. ‘Maybe now it’s the right time to tell him the truth. Should i? Or shouldn’t?
Hatinya mendesak ia untuk meluahkan tiga ayat tersebut. ‘You can do it! You can do it!’ Mia memejamkan mata serapatnya. Ia menarik nafas lalu….
“It’s late, I think we should go home.” Sejurus itu juga Mia menyumpah seranah di dalam hati. Lain yang diniatkan, lain pula yang dibuat. Nik mendongak dan mengangguk bersetuju lalu mereka terus pergi meninggalkan tempat itu.


(bab seterusnya)

me2u (37)


37


Lama Nik melabuhkan punggung di buaian berhampiran dengan kolam renang rumahnya. Ada sesekali itu bibrinya menguntum senyuman apabila mengingatkan kembali memorinya bersama-sama dengan Mia. Hatinya tiap kali berdebar apabila bayangan Mia hinggap di pandangan. Ia sendiri tidak dapat melarikan pandangannya dari menatap wajah Mia sewaktu mereka mengayuh sampan di Tasik Titiwangsa beberapa hari yang lalu.

“Nik?” Kedengaran satu suara memanggilnya dari belakang. Nik tersentak dari lamunan. Suara itu memang amat dikenalinya dan juga suara yang dirinduinya selama beberapa minggu ini.  Terus ia menoleh lalu mendapati ibu dan ayahnya baru keluar dari perut kereta.
“Mama! Papa!” Nik terus berlari mendapati ayah dan ibunya dan terus memeluk mereka berdua.
“Kenapa mama dan papa tak call tadi?” Nik bertanya dengan nada teruja. Hatinya begitu gembira melihat kedatangan mereka pada hari itu.
“Saja nak bagi surprise.” Puan Maria menjawab. “Sofie mana?” Ibunya memanjangkan leher mencari kelibat anak perempuannya.
“Sofie belum balik lagi. Ia ada hal sikit.” Nik membalas. Ia sendiri tidak pasti ke mana adiknya pergi. Cuma yang ia tahu Sofie ada datang ke studio sewaktu ia berlatih menari dengan Mia pukul 4 tadi. Sebab itu latihan mereka habis awal sikit hari ini.
“Papa, kerja kat Indonesia tu dah habis ke?” Nik mengalihkan pandangannya ke arah ayahnya pula.
“Hmm, tinggal sikit saja lagi. Sebab tu mama dan papa decide nak balik awal.”
“Tapi mama dan papa mesti pergi sana semula lagi kan?” Suara Nik mula berubah kendur.
“Lepas ni mama nak stay je. Letihlah mama pergi oversea ni. Mama mau juga nak stay dengan anak-anak mama.” Puan Maria menyentuh lembut wajah anak lelakinya itu. “Wah, makin handsome anak mama ni.”
Nik hanya ketawa.
“Itulah hasil ‘titik peluh’ Edieerwan.” Ayahnya berseloroh. Terjengil mata Puan Maria mendengar akan kata-kata suaminya itu. Lengan Dr.Edieerwan ditampar lembut.
“Hish abang ni.”
Nik juga turut ketawa besar apabila mendengar ayahnya berkata demikian. Sejurus itu mereka bertiga beriringan masuk ke dalam rumah.
“Oh ya, baru Nik ingat. Auntie Lina kirim salam kat mama dan papa.”
“Lina?” Puan Maria menyoal. Cuba mengingati kembali akan nama itu.
“Oh, Lina isteri si Jamal ni kali?” Dr.Edieerwan bersuara.
Kali ini Nik pula yang lama berfikir. “Jamal? Tak ingat pula Nik akan nama ayah kawan Nik tu.”
“Kawan?” Serentak ayah dan ibunya menyoal.
“Anak auntie Lina tu kawan Nik kat kolej, nama dia Mia.”
“Bila kamu jumpa dia?” Ibunya menyoal lagi.
Nik terus memberitahu tentang kejadiannya ia berjumpa dengan ibu Mia. Ayah dan ibunya menganggukkan kepala tanda mengerti akan cerita anaknya itu.
“Bunyi macam rapat je dengan anak Puan Lina tu. Teman wanita Nik ya?” Ayahnya menyakat, sengaja ia menajamkan pandangannya ke arah Nik.

 “PAPA! MAMA!”
Belum sempat Nik menyambung ayatnya, Sofie yang baru saja masuk ke dalam rumah terus menjerit dan berlari memeluk ibu dan ayahnya.

**

Malam itu Nik sibuk mengerjakan kerja rumahnya. Dari jam 7 sampailah 8.45 malam dia tidak keluar dari biliknya. Ia cuba memerah otaknya untuk mencari idea yang bernas yang boleh diterap masuk ke dalam karangannya untuk dihantar esok.
“Bang!” Sofie mengejutkannya sambil memeluk kdua bahunya. Nik terus tersentak! Sampaikan pen yang dipegangnya tadi boleh terbang entah ke mana.
“Hish! Apalah Fie ni. Terkejut abang tau!”
“Abang tengah buat apa ni?” Selamba saja Sofie duduk di birai katil sambil menyelang kaki.
“Tengah potong rumput lah ni.”
“HA-HA.” Sofie ketawa dengan nada tidak ikhlas.
“Dah tahu abang tengah buat homework, ditanya lagi.”
Sofie mencebik bibir. Malas hendak melayan abangnya yang waktu itu masih khusyuk mengerjakan kerja rumahnya. Secara tiba-tiba Nik teringat akan peristiwa tadi. Tanya atau tidak?

Nik berdehem, sambil itu ia membetulkan tempat duduknya dan duduk menghadap adiknya.
“Fie ada nak beritahu abang sesuatu ke?” Nik menyoal dengan riak wajahnya yang tidak berapa pasti.
Sofie mengerutkan dahi, keliru dengan perubahan abangnya. “Apa yang abang cakap ni?”
“Taklah, selalunya Fie masuk ke bilik abang ni pasal Fie nak beritahu abang sesuatu kan?”
“Ya ke?”
“Ya!”
“Fie tak ada apa-apa cerita nak kongsi pun.” Sofie membalas dengan penuh nada sarkastik.
Nik menggerak-gerakkan jarinya berulang kali tanda ia tidak puas hati. “Mesti ada ni.”
“Tak ada.” Sofie mengeluh berat kemudian melangkah keluar meninggalkan abangnya yang diserang seribu tanda tanya.

‘Apahal dengan Fie ni?’


(bab seterusnya)

me2u (36)


36


Dani kusut! Tidak tahu macammana hendak memulakan langkahnya untuk menghampiri Sofie. Dulu memang senanglah, tapi sekarang?! Memang susah. Lama ia duduk termangu di birai pancuran air berhampiran dengan Serene Garden kolej mereka. Rambutnya yang rapi tadi kini sudah kusut masai dek diraba-raba tidak tentu arah. Kelibat manusia yang lalu lintas di hadapannya langsung tidak dipedulikan. Ia merasakan hanya dia seorang saja yang ada di dalam dunia itu.
“Hei kawan. Apahal dengan kau ni? Kusut semacam je. Ni rambut kau ni ha, sebiji macam bulu orang utan aku tengok!” Kedengaran satu suara berserta dengan tepukan di bahunya.
Dani tersentak lalu mendongak, ia mendapati Jj melabuhkan punggung di sebelahnya.
“J! Tolong aku J! Aku dah tak tahu nak buat apa lagi ni.” Semakin terpancar riak gelisah di mata Dani. Siap dengan gaya tangannya bagaikan orang minta ampun.
“Eh?! Apahal ni? Kau ada apa-apa masalah ke?!” Nada Jj bertukar risau.
Dani mengangguk laju dengan muka terserlah dengan riak seposen.
“Tenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam…..”
Dani menurut saja akan arahan Jj, ia menarik nafas sedalamnya lalu menahannya buat seketika bagi menunggu arahan Jj yang seterusnya.
“Tarik, tarik, tarik…tahan dulu…” Datang pula idea nakal di benak minda Jj. Lama juga Dani menahan nafasnya. Terhenjut-henjut bahu Jj menahan ketawa.
“Kau nak aku mampus ke?!” Dani menjerit sambil menolak badan Jj ke belakang. Akhirnya meledak juga ketawa Jj melihat Dani dikenakan seperti itu.
“Ok, sorry, sorry.”
“Sorry apanya?! Kau ni bukannya nak mengurangkan masalah, nak menambahkan masalah aku adalah!” Dani memarahinya lagi.
“Haiiii, sensitif nampak? Kalau ‘datang bulan’ tu, memang tak patut pasal kau ni lelaki.” Sempat lagi Jj memperlinya.
“Hah! Hah! Kau nak kena ke ni bro?” Dani menunjukkan buku limanya terhadap Jj.
“Ok, ok, ok…apa dulu yang mengganggu fikiran kau ni sebenarnya? Cuba kau cakap dengan aku.”
Dani tidak jadi meneruskan marahnya, mendengar saja akan soalan Jj, fikirannya bertukar gelisah pula. Tidak tahu samaada ia patut memberitahu Jj ataupun tidak.
‘Si Jj ni lagi hantu ketawa. Kalau ia tahu benda ni, memang sah perkara yang pertama yang dibuatnya dulu…KETAWA!
“Wahhhh, Sofie dengan Taufik makan sama-sama kat sana tu.”
“Mana? Mana?” Terkebil-kebil mata Dani cuba mencari kelibat Sofie seperti yang dikatakan Jj.
“Memang sah! Kau gila bayang kat adik Nik tu kan?” Jj menjerit gembira kerana jeratnya mengena.
“Ssssssh! Janganlah menjerit!” Dani terus menutup mulut Jj. “Kurang asam punya budak!”
“Daripada aku biar kau bisu je, lebih baik aku pasang skill aku yang mantap ni.” Jj membalas setelah Dani meleraikan pegangannya dari mulut sahabatnya itu.
“Ceh!” Dani mencebik bibir.
“But seriously, you really like her, kan?”
Lambat-lambat Dani mengangguk.
“So? Apalagi? Pergilah kat dia.”
“Senang je kau cakap! Kalau kau jadi aku, apa kau nak buat?”
“Kalau aku jadi kau, dengan masa yang singkat ni, aku terus pergi kat dia dan ajak dia jadi date aku untuk Gala night Sabtu ni. Baik kau cepat, nanti melepas, haaa..taulah kau rasa.”
“Tapi….aku…takut.”
“Nak takut apanya? Kitani lelaki. Jadi kita memainkan peranan penting untuk memberanikan diri untuk berhadapan dengan perempuan.”
“Tapi aku geramlah. Kenapa girls tak nak datang kat kita dulu?! Kan senang kalau dorang yang datang ask kita untuk gala night tu.”
“Encik oi, kan aku dah cakap tadi. Kita ni lelaki. Memang menjadi lumrah hidup yang lelaki lah dulu yang patut membuka langkah pertama, misalnya nak ajak perempuan keluar. Mesti kita lah.  Ketepikan pasal malu tak malu, yang penting kita sudah mencuba mengajak mereka. Walaupun kena reject sekali pon, kita tidak boleh give up. Kau nak harapkan perempuan buat first  move? HAH! Tak bolehlah macam tu Dani. Memang jarang nak tengok ada perempuan berani buat macam tu. Bukannya lelaki je ada perasaan ni, perempuan pun ada tau. Sebab tu diorang harapkan kita buka langkah pertama. Ada faham?” Bagaikan menyuarakan ‘kemerdekaan’ Jj menasihati Dani.
Lama Dani mendiamkan diri apabila mendengar Jj berhujah panjang. Namun ada benar juga kata-kata kawannya itu.
“Terima kasih banyak-banyak wahai kawan ku. Memang kau ni pemberi semangat!” Dani terus bingkas dari tempat duduk setelah lama ia membisukan diri.
“Eh, eh! Kau nak pergi mana ni?”
“Mana lagi? Aku nak buat first move lah ni!”
“Wah?! Ya ke?! Goodluck bro!!!!” Jj menjerit sakan. Ia sendiri ikut teruja melihat Dani mula bersemangat untuk mengajak Sofie keluar bersamanya nanti.
**
Mia mengatur langkahnya perlahan apabila tiba waktunya untuk ke kelas Cikgu Rahmah. Sekejap itu matanya tertancap ke satu poster yang terpampang di papan tanda berhampiran perpustakaan sekolah.
Gala Night = 4 days left!
Goodluck to all dancers for the Ball Room competition!  
Ia bagaikan tidak percaya yang ia akan bertanding bersama-sama dengan Nik. Apabila nama lelaki itu menerjah ingatan, hatinya mula berdebar-debar. Ia sedar akan perasaannya sekarang terhadap Nik. Malangnya, ia tidak tahu adakah Nik juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Selama ini mereka hanya berpura-pura bercinta. Mia tidak dapat berbuat apa-apa juga kerana perasaan sukanya terhadap lelaki itu semakin menebal. Mia menghela nafas kemudian berlalu meninggalkan tempat itu.
Sesampainya di kelas, kelibat Nik tiada di pandangan. Dikerlingnya jam, baru pukul 9.50 pagi.
‘Still early.’  Fikirnya seketika.
Tepat jam 10, seorang demi seorang masuk kelas. Hatinya berbunga riang apabila Nik berada di pandangan. Mereka sama-sama tersenyum apabila bertembung mata.
“Hai. Sorang je?” Nik menyapa apabila ia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Mia.
“Hei, emmm yea. Sofie entah ke mana, Tiara pergi dental while Lara is somewhere with Is...” Ayat Mia terhenti seketika. “Lara is somewhere.” Pendek ia menjawab.
“So, you’re ready for the test?” Mia menyambung lagi.
Nik tersenyum. “I guess.”
“Nerdy..” Mia memperli dengan nada berbisik.
“Apa?”
Mia menoleh ke arahnya. “What?” Selamba ia menyoal kembali.
“What did you say to me?” Nik membalas diiringi ketawa kecil.
“Nothing.” Mia berdalih. Ia juga turut ketawa. Bagaikan ada pelangi menyinari pabila Nik selalu menguntum senyuman dan tertawa kepadanya. Ia juga turut gembira apabila lelaki itu gembira.
Nik tidak sempat membalas apa-apa sebaik saja Cikgu Rahmah melangkah masuk ke dalam kelas. Tanpa disuruh, mereka semua terus memasukkan segala nota dan buku mereka ke dalam beg dan sejurus itu juga Cikgu Rahmah mengedarkan kertas soalan.
                                                                             --
Mia hairan kerana waktu rehat tadi ia tidak nampak kelibat Sofie. Waktu ujian tadi memang dia ada tapi sekejap saja. Habis saja waktu kelas Cikgu Rahmah, kelibat Sofie terus menghilang.
“Nik, awak ada nampak Sofie tak?”
Nik menggelengkan kepalanya.
“Eh? It’s like they vanished or something.”
“Siapa?”
“Sofie and Dani.”
Nik terdiam seketika.
“Oh yeah! Dari tadi aku pun belum nampak dorang Dani dan Jj lagi.’’
Mereka terdiam lagi.
‘‘Jom, kita cari diorang dulu.’’

**
Apabila mereka berjalan melalui lorong bahagian loker kolej, mereka bertembung dengan Sofie dan Dani berjalan bersama.
“Eh,mesra semacam je diorang tu.” Nik meneka, matanya masih tidak lari dari Sofie dan Dani.
“Do you think we should go there?”
Nik tidak menjawab soalannya, sebaliknya ia menarik Mia untuk bersembunyi di salah satu loker berhampiran untuk melihat dengan lebih jelas lagi.
“Sssssh.” Nik mengamarkan Mia di sebelahnya.
“Apa awak buat ni?!” Mia memarahinya.
“Tengah cuci baju....” Selamba Nik menjawab. Mia bengang. Berkerut-kerut dahinya memandang Nik. “Ni tengah tengok diorang lah ni. Apalah.” Nik membetulkan ayatnya.
“Can’t you just go there and ask them like a NORMAL PERSON?” Mia membalas dengan nada cuwek.
“Tak happening lah kalau macam tu.” Nik menjawab, matanya masih lagi memandang Sofie dan Dani yang kini berada di bahagian tangga kolej. Mesra sungguh, siap dengan ketawa dan riak malu di wajah masing-masing lagi. “Seronok juga jadi spy ni yer.” Sambung Nik lagi diringi dengan ketawa kecilnya.
“Iyalah tu.” Mia mencebik bibir. Lalu cuba membuka langkah untuk menghampiri Sofie dan Dani namun sepantas kilat tangan Nik menyambar lengannya.
“Oww!” Ia mengaduh kesakitan, sejurus itu menampar bahu Nik dengan kasar. Geram dengan perangai Nik.
“Sorry, sorry..adui!” Nik cuba menangkis dirinya dari ditampar terus oleh Mia.
” Mia tidak henti-henti menamparnya bahunya. Apabila rasa marahnya sudah reda, mereka kembali mencuri pandang di balik loker tersebut. Malangnya, kelibat Sofie dan Dani sudah tiada dipandangan.
“Laaah, lari lah pulak dorang ni.”
Mia menepuk dahinya. Nik memandangnya hairan.
‘‘Kenapa?’’
‘‘Come on Nik, Sofie is your twin sister. Awak tak boleh tanya dia kat rumah ke?” Penuh dengan nada perli Mia menyoal.
Lama Nik memikirkan hal itu. “Betul juga!”
Mia terus meraba kasar akan rambut lelaki itu, membuang geram yang terbuku di hati. Kemudian berlalu meninggalkannya di situ.
Nik tidak dapat berbuat apa-apa selain ketawa sambil melihat Mia berlalu.“Dance practice jam 3!” Sempat lagi ia menjerit.
Mia tidak menoleh ke belakang, sebaliknya ia hanya mengangkat tangannya tanda ia mengerti.


(bab seterusnya)