24
Mia menyandarkan basikalnya di balik
dinding. Selesai ia mengunci tayar basikal, ia terus berlalu menaiki tangga
lantas membuka kunci pintu studio. Sejurus selepas ia melangkah ke dalam, alat
penghawa dingin terus di pasang. Ia melakukan senaman ringan untuk memanaskan
badannya sebelum ia memulakan latihan tarian dengan Nik.
Tuk Tuk!
Mia terus menoleh. “Helo.” Sapanya
apabila melihat Nik muncul di balik pintu. Selalunya ‘bertekak kata’ yang
menjadi pembuka bicara. Hari ini sopan pula, janggal juga rasanya.
“Hey.” Nik terus masuk sambil menghadiahkan
sekuntum senyuman manis kepadanya. Jaketnya dibuka, dilemparkannya di atas
lantai. Sungguh segak sekali penampilannya walaupun hanya dengan memakai baju T
putih.
“So.....” Ujar Mia teragak-agak.
Nik tergelak kecil, tercuit dengan
tingkah Mia.‘Macam takut je minah ni, apa kes?’ Perlinya dalam
hati.
‘‘What?’’ Soal Mia hairan, terus
bercekak pinggang.
Nik menaikkan bahu. “I don’t know,
you seem so akward today.” Balasnya dengan sisa ketawa sambil mengeluarkan
Ipodbersama-sama dengan wayar USB dari beg. Terus disambungnya dengan alat
pemain lagu di belakang Mia.
“Akward?” Mia masih tidak puas hati
sambil menoleh ke arah Nik.
Nik tidak menghiraukannya,
sebaliknya ia hanya terus tersenyum. Jarinya sibuk menekan punat Ipod miliknya.
Sejurus selepas ia menekan punat ‘PLAY’, kedengaran lagu Bailamos dari Fergie.
Kepala Mia ikut bergerak mengikut
alunan rentak apabila telinganya menangkap bait lagu tersebut. Begitu rancak
sekali.
“So we’re doing
salsa-ish-type-of-dance?”
Nik mengangguk. “Tapi competition tu
ada dua kategori. Satu untuk lagu macam ni, dan satu lagi tarian waltz. Are you
okay with that?”
“Ok tak ok, saya kena buat jugak!”
“Simple, come here.” Tanpa disuruh,
Nik menarik tangan Mia lalu menunjukkan gaya pergerakkan untuk tarian Salsa.
--
Dua jam sudah
berlalu, mereka berdua duduk di lantai. Masing-masing cuba menstabilkan pernafasan setelah mereka
penat berlatih dua jenis tarian tadi. Lagu Bailamos tadi masih lagi kedengaran
di balik pembesar suara. Sempat juga Mia mencuri pandang ke arah Nik. Tiba-tiba
saja datang minatnya untuk merenung wajah lelaki itu.
Hmmm, handsome. Ujar hatinya pendek.
Nik menoleh apabila ia dapat
merasakan Mia sedang merenungnya. Mia mengalihkan pandanganya ke sudut atas
tetapi kepalanya masih lagi menoleh ke arah sudut wajah lelaki itu. Nik
tersenyum, menampakkan barisan giginya yang putih.
“Awak minat kat saya eh?” Ujarnya
tiba-tiba, memecahkan kesunyian di antara mereka.
Wajah Mia berubah, berkerut dahinya
mendengar kata lelaki itu. “Heh?”
“Awak ingat saya tak realize ke awak
dari tadi stared kat saya je?” 100 plus di tangan di minum lagi.
Mia melepaskan ketawa terpaksa.
Seribu malu menghempas dirinya.
“Mana ada! Dasar prasan!”
Teragak-agak ia berdalih.
“Now you’re back.” Nik membalas tanpa
menjawab soalan Mia.
“Huh?” Mia bengang. Mia menyentuh
ubun-ubunnya dengan kerutan di dahi yang masih tidak mahu rata.
“Ahh sudahlah...susah nak cakap
dengan orang bengang macam awak ni.” Pecah ketawa lelaki itu.
Dengan selamba, Mia menyalurkan rasa
geramnya dengan menyepak kaki lelaki itu.
“Adui!” Nik mengaduh kesakitan
sambil memegang kaki kirinya. “Why you did that for?!”
Mia bercekak pinggang. “You’re
asking for it.” Terus ia berlalu menutup suis radio dan alat penghawa dingin.
Nik tidak membalas. Sebaliknya ia
mengalihkan pandangannya ke arah cermin studio dan dari situ ia ternampak ada
bayangan perempuan di sebalik cermin berbentuk sederhana empat segi di bahagian
tengah atas pintu tersebut. Lama Nik memerhatikannya. Tiba-tiba hatinya
berdegup kencang!
Farhana?!
“Mia, jom kita balik. Dah nak
maghrib ni.” Nik terus berdiri mengambil dan jaketnya. Niatnya untuk
tidak menghiraukan keberadaan Farhana di situ.
Tapi, kenapa
dia ada di sini ?
‘‘Let’s !’’
Mia bersorak apabila menghampiri ‘teman lelaki’nya.
‘‘Before that…’’ Ujar Nik mematikan
langkah. Mereka saling berpandangan dan sepantas itu juga Nik mengucup pipi
Mia!
“Why you did that for?!!” Mia
menjerit sambil memegang pipinya.
Nik tergelak suka. “Itu punishment
awak menendang kaki saya tadi.” Ia terus berlalu menuju ke pintu sambil
bersiul-siul. Semakin suka pula ia menyakat ‘teman wanita’nya itu dan pada yang
sama juga, perasaan yang kian mekar itu semakin menular di hati. Sebab itu ia
mesti menjauhkan diri ataupun mencari alasan untuk jauh dari walaupun sedikit
apabila ia dapat merasakan perasaan itu hadir lagi.
Mia masih lagi tercegat. Terkejut,
bengang dan tercengang!!! Semuanya berbaur menjadi satu! Tindakan
Nik yang spontan itu memang membuatkannya ia terpana! Tanpa disedarinya, ia
sendiri ikut tersenyum malu.
Eh!! Tak boleh! Cepat-cepat ia menyembunyikan
senyumnya supaya tidak diketahui oleh lelaki itu. Takut nanti ia perasan pulak.
Sewaktu Nik membuka tombol pintu,
pandangannya dapat menangkap bayangan Farhana kalut berlari ke bawah. Ia
bingung kenapa boleh ia berada di situ. Di pandangnya ke hadapan.
Sway Studio
‘Oh, mungkin inilah kelas menari
tambahan yang Farhana beritahu aku masa tu.’ Bisik hatinya.
Pada waktu yang sama itu juga
tangannya direntap dari belakang lalu diheret keluar dari studio tersebut. Mahu
gugur jantung Nik apabila Mia tiba-tiba memegang tangannya. Ia terdiam. Perasaan itu
datang lagi dan kali ini ia tidak dapat lari! Nik kalut. Tidak tahu bagaimana
berhadapan dengan perasaannya yang kian berkecamuk. Mia yang masih memegang
tangannya tengah mengunci pintu.
‘‘How’s that feel?’’ Mia memperli,
puas hatinya kerana dapat mengenakan lelaki itu balik.
“Wonderful.....” Nik terlepas cakap.
Mia menaikkan kirainya.
“NOT!” Cepat-cepat Nik ‘take
cover’. Nasib ia masih lagi berdaya mengutuhkan dinding egonya.
Mia terus ketawa. Lucu melihat Nik
berkelakuan sebegitu. Ia dapat merasakan yang lelaki itu sebenarnya malu
walaupun pada mata kasar ia cuba berlagak ‘cool’.
--
Cemburu, marah,
kecewa dan sedih! Semuanya berbaur menjadi satu. Farhana tidak tahu ke mana ia patut membawa dirinya. Pedal
minyak ditekan sedalamnya. Membuatkan penunjuk meter bergerak menunjuk ke angka
120km/h. Perasaannya menjadi tidak menentu setelah melihat Nik begitu mesra
sekali dengan Mia. Sebenarnya dari gambar semalam yang ‘meletupkan’ lagi
suasana majlis Tiara yang menjadi sebab pertama. Ramai yang terkejut dan paling
menyakitkan hati lagi, semua pelajar MIS bersorak suka apabila gambar tersebut
disiarkan. Bagaikan menonton permainan bola piala dunia. Dan ia menyesal kerana
mencuri lihat aktiviti latihan mereka berdua tadi. Kalaulah ia tidak menurut
kata hati, kalaulah ia tidak menapak ke pintu itu tadi. Perasaan ini tidak akan
hadir! Farhana menajamkan pandangannya, matanya penuh diisi dengan kemarahan!
Tetapi di dalam hati, tertanam secebis niat dan harapan untuk melupakan semua
dendamnya itu. Farhana menutup matanya lantas membukanya semula. Kelihatan
seekor kucing melintas jalan, terus ia menekan brek dengan sekuatnya.
SKRETCHHHHHHHH!!!!
Keretanya
berhenti mengejut di tengah jalan. Dengan itu ia dihadiahkan dengan dengungan
hon dari pemandu lain. Tercungap-cungap ia menghela nafas. Terkejut bukan kepalang. Nasib ia
dapat mengawal dirinya. Semua bunyi hon yang ditujukan kepadanya langsung tidak
dihiraukan. Dalam fikirannya hanya satu.
You’ll get it soon, Mia!
No comments:
Post a Comment