Tuesday, February 7, 2012

me2u (12)


12

Mia kalut berlari masuk ke kelas. Kelihatan semua rakan sekelasnya berpusu-pusu meninggalkan kelas tersebut. Alhamdulillah, Nik tidak ada di situ.
“Ms. Rahmah, im really sorry.”
“It’s okay, I did left you some notes to your partner. You can get it from him.” Ujar Cik Rahmah sambil menyusun kerja latihan yang baru dibuat oleh muridnya tadi.
“Him?”
“Yeah, him. Nik Syahadan.”
Mia tergamam. Ia hanya mengangguk lalu menoleh ke arah mejanya dan ia mendapati barangnya tiada di situ.
“Where’s my stuffs?” Berkerut-kerut dahinya mencari barangnya dari atas meja sampai ke lantai.
“Oh, Nik took it.” Selamba ia membalas.
Mia panik. “Okay. Thank you Ms. Rahmah.” Terus saja ia memecut keluar dari kelas tersebut. ‘Nik Syahadan? I can’t trust him!’
Dikerlingnya jam di tangan, 10 pagi. “The audition?!” Mia menjerit. “Barang aku?? Audition tu??” Mia bingung. Langkahnya di hentikan sebentar. Mahu tidak mahu terpaksa juga ia mencari Nik untuk meminta balik barang-barangnya. Terus saja ia memecut berlari dengan sepantasnya menuju ke destinasi yang ia sendiri tidak tahu.
Sofie hairan melihat Mia berlari-lari bagaikan orang tidak tentu arah. Ia cuba mengekori langkahnya.
“Mia!” Ia menjerit, namun Mia hanya terus berlari menuju ke depan. “MIA???” Ia menjerit lagi. Semua yang ada di situ tergamam melihatnya.
“Hey loser, your voice disrupt the school’s harmony.” Tiara yang kebetulan lalu di situ terus menyindir. Terkejut mendengar Sofie menjerit.
“Apa awak peduli?” Sofie membidas sinis. Meluat melihat Tiara.
“Dare to mess with me then you’ll be doom! I know your secret and for that I can tell anyone whenever I want to.” Tiara berpeluk tubuh. Lara di sebelahnya hanya mendiamkan diri, malas hendak masuk campur.
“Don’t act like you know everything. Even if you knew, try me. Im not afraid of you!” Sofie membalas, sikit pun ia tidak menunjukkan rasa gentar. Terus ia berjalan melintasi Tiara di hadapannya. Malas hendak melayan si drama Tiara itu.
Tiara tergamam! Semakin hari, Sofie semakin berani melawannya. Dadanya turun naik menahan geram yang menggunung.
“LARA!” Ia menjerit memanggil Lara, walaupun sahabatnya itu berada di sebelahnya.
“Apa?Apa?”
“I want you to remind me later to invite Sofie for my masquerade bash.”
 “Tapi, awak tak suka dia kan? Kenapa awak jemput dia?”
“Because I have plan to wreck that little tramp! Let me show her what Tiara were made of.”
---
“Mia, kenapa ni?” Ujar Sofie sambil menghampiri Mia yang kini kelihatan letih akibat berlari tadi.
Tercungap-cungap nafas Mia, cuba membalas pertanyaan Sofie. “Sa….ya….kena…..cari..NIK!”
Belum sempat Sofie membalas, kelibat Nik muncul di balik tangga dengan ceria sekali. Kelihatan Dani dan Jj ada juga menemaninya. Ceria sungguh hari ketiga-tiga pemuda itu, diiringi dengan ketawa riang mereka. ‘Apa yang lucu sangat ni?’ Fikir Sofie.
“Itu dia Nik, Mia……” Ia menoleh dan ia mendapati Mia tidak ada di sebelahnya. Ditolehnya ke depan, kelihatan Mia sudah maju menuju ke arah Nik. Terus ia berlari menuju ke arah mereka berdua, cuba menghalang jika ada sesuatu yang buruk berlaku.
“WOI! Mana barang aku?!” Jeritnya sambil menolak tubuh Nik kasar. Pemuda itu tidak memberi apa-apa respon, sebaliknya ia ketawa.
“Mia, chill.” Sofie cuba menenangkan Mia sambil menarik tubuh perempuan itu jauh sedikit daripada Nik.
“Aku tak boleh nak chill selagi aku tak dapat barang aku! Mana barang aku Nik?! Cepat! Aku dah lewat ni!” Mia membalas dengan nada tergesa-gesa. Pandangannya di alihkan ke arah Nik yang kini bengang mendengar ayat yang terakhir itu.
“Lewat? Lewat untuk apa?” Nik tidak menjawab soalan Mia, sebaliknya ia pula yang bertanya balik.
“Kau nak tahu kenapa? Busybody nye….” Mia memperli sambil bercekak pinggang.
Reaksi Nik berubah cuwek. “Buat apa aku nak sibuk tentang kau? Buang masa aku je!” Wahwah, bendera ego Nik selamat berkibar dah.
Mia menjeling seribu. “Cepatlah! Mana barang aku?!”
“Mia…..” Sofie cuba mencelah.
“Aku dah lewat untuk audition menari ni!” Mia memotong ayat Sofie. Tanpa disedari Mia, terlepas juga ayat itu dari mulutnya.
Mereka berlima langsung mendiamkan diri. Nik bengang, apatah lagi dengan Dani, Jj dan Sofie. Mia cuba berlagak cool.
“You dance?” Dani menyoal dengan riak tidak percaya.
“Damn right I dance!” Dengan begitu angkuh dan yakin sekali Mia menjawab.
Ketiga-tiga lelaki itu bagaikan diterpa angin WOW! Kagum dan tidak percaya Mia adalah seorang penari juga. Nik cepat-cepat menyedarkan dirinya.
“Untuk pengetahuan cik Mia, barang awak tidak ada dekat saya. Saya ni lelaki yang berpengaruh di sini, manalah saya ada masa nak bawa barang-barang remeh awak tu. Lagi satu, saya tak ada masa sekarang kerana saya kena pergi handle audition tu. Awak dah lupa ke? Sayalah penganjurnya, IM THE PRINCE CHARMING.” Ujar Nik panjang sambil berpeluk tubuh, wajahnya sengaja dihampirkan ke arah Mia memaksa Mia merendahkan wajahnya dari bertembung dengan wajah Nik!
Sofie tercengang melihat kelakuan Nik. ‘Sejak bila plak abang jadi macam ni? Dah salah makan ubat agaknya.’
 “Sofie, barang saya ada kat awak? Kenapa awak tak bagitau saya awal-awal?” Ditolehnya ke arah Sofie pula.
“Saya cuba panggil awak tadi. But you kept on running. Letih saya kejar tau..”
 “Adoii, hish. Buang masa saya je kena jumpa dengan orang gila ni!” Selamba Mia membalas. Buntang mata Nik apabila Mia menggelarnya ‘orang gila’ tetapi ia hanya mendiamkan diri, cuba hendak menahan ketawa melihat telatah Mia yang baginya lucu itu. Terus saja Mia menarik tangan Sofie untuk beredar dari tempat itu.
“Ehem cik Mia, tak nak masuk audition tu ke? Datang lambat pun tak apa!” Nik memperli Mia yang kini berjalan membelakangi mereka. Mendengar akan jeritan Nik, Mia menoleh lalu memberikan isyarat penumbuk ke arahnya lalu kembali mengatur langkah. Nik hanya mampu ketawa, semakin hari semakin suka ia menyakat akan gadis itu. Dani dan Jj serentak tersenyum kerana  mereka dapat mengagak apa yang bermain di hati Nik sekarang.

No comments:

Post a Comment