Sunday, February 12, 2012

me2u (22-ii)


***

 Dari tadi Mia tidak habis-habis menggerutu. Kepalanya pusing. Sofie yang memandu kereta dari tadi langsung risau melihat perilaku temannya itu. Sesampai mereka di garaj rumah, Mia menggesa dia untuk cepat-cepat masuk ke dalam. Malam itu Mia tidur di rumah Sofie, Puan Lina dan Tuan Jamal sudah pun sedia maklum akan rancangannya untuk menetap di rumah Sofie malam itu sahaja.
Pada saat mereka melangkah masuk ke dalam bilik Sofie, kedengaran deruman kereta di luar rumah. Mia cuba mencuri lihat di balik tabir tingkap bilik tersebut. Kelihatan kereta Suzuki Vitara berwarna hitam milik Nik sudah sedia terpakir di garaj bersebelahan dengan kereta Volkswagen Beetle bercat merah.
Mia terkejut beruk apabila menoleh, ia mendapati Sofie berdiri betul-betul di belakangnya sambil berselang tangan. Matanya tepat memanah ke arah Mia yang kini kalut melihatnya.
“You scared me!”
“ What is happening between you and my brother exactly?”
Mia tidak berkata apa-apa, sebaliknya ia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“I think you should go talk to him since....you know..you guys are couple now.” Kening Sofie turun naik dengan gaya matanya yang nakal memandang Mia.
Mia cuba menahan rasa gegaran di hatinya. “Eh, tak payahlah.” Mia berdalih.
“Are you sure? Kenapa?”
“It’s just...” Mia cuba menarik nafas yang panjang. “OK.OK! I think I need to talk to him now!” Akhirnya Mia mengalah juga. Mahu tidak mahu, ia mesti juga berhadapan dengan lelaki itu.

--

Sekali ketuk, dua kali ketuk, tiga kali ketuk, tiada jawapan langsung. Terus saja Mia menerjah masuk ke dalam bilik lelaki itu.
“Nik..kita kena.....arrrrr!!!!!!!” Mia menjerit lalu terus menoleh ke belakang sambil menutup matanya. Nik yang ketika itu sedang memakai baju terus cepat-cepat memakai bajunya. Nasib baik tadi ia sudah memakai seluar tidurnya.
“Pervert!!!” Ucap Nik, malu juga. ‘‘Masuk tak ketuk pintu..girlfriend apa ni?!’’
“Excuse me? Saya dah ketuk ok?! Awak saja yang tak ada telinga!” Mia masih lagi menoleh ke belakang sambil menutup matanya. “And don’t called me the word ‘girlfriend’, gelilah!’’ Mia membebel. Tapi dalam hati ia blushing jugak apabila Nik memanggilnya sebegitu.
Ia dapat merasakan kelibat menghampirinya dari belakang. Apatah lagi bau haruman sabun dettol yang kini semakin menusuk hidung. Mia menoleh dan terperanjat apabila ia mendapati tubuh Nik begitu hampir sekali dengannya.
“Apa awak buat ni?!” Ia terpaksa menapak ke belakang sehinggakan tiada ruang lagi untuknya berundur. Nik meletakkan kedua belah tangannya di dinding membuatkan Mia terperangkap dan tidak dapat melepaskan dirinya ke mana-mana. Di hadapannya sekarang cuma Nik!
“So, apa hajat awak datang ke mari?” Nik bertanya dengan nada main-main. Namun ekor matanya yang seksi membuatkan kaki Mia lemah apabila saja anak matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu.
“I just want to talk about the latest blasts and the picture and everything about us now!” Mia memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.
Nik tertawa comel. “Pasal tu ke? Nak risau apa lagi? Bedal je lah.’’ Nik terus melarikan tangannya dari dinding tersebut lalu menyelang tangannya menghadap Mia.
‘‘It’s not funny! Because of the picture, now we’ve stucked in this pretending-couple-games!”
“So don’t pretend, keep it real then.” Selamba Nik menjawab.
Mia bengang. “What do you mean?”
“Just kidding.” Sekali lagi Nik ketawa. “I mean...come on Mia. Just let things go with the flow. Benda dah jadi, apa boleh buat. Kita teruskan lah.”
“Maksud awak, kita kena follow ‘format picture’ tu?! As in we being a couple?”
“Yes, this relationship thing aren’t going to last forever, kan? Eventually, kita kena break up jugak. Hanging out with me and dating stuff for a while, it won’t kill you, right?”
“Unfortunately it kills me already.”
Nik tergelak kecil.
“And oh yeah! Memandangkan awak dah jadi girlfriend saya, secara automatik saya sahkan awaklah date dan cinderella saya untuk gala night bulan depan.”
“Hoho! Cinderella? Ball Room competition?”
Nik hilang kata. “Itu..argh! Pokoknya awak kena jadi date dan dance partner saya. Faham?”
“Training starts tommorow at........”
“Studio 1, first floor HND building.” Mia terus memotong ayat Nik. Ingatan Nik di mana pertama kali ia melihat Mia menari dengan lagu Jai Ho menerjah minda.
“And before we are officially in a pretend-relationship, I want you to propose me and show me that you wanted this as if it’s real..” Mia menyambung, sambil menyelang tangan dan di dalam hati ia mencuba sedaya upaya untuk melawan tentangan mata Nik.
“But....”
“No but, do it. You said to keep it real, right? So? Keep it real then.” Dengan angkuhnya ia membalas.
Nik tersenyum simpul. Sekali lagi ia menghampiri dan sekali ini juga Mia terperangkap.
Suara Nik berubah serius. ‘‘Mia, I know that sometimes I annoyed you and everything. But now, I can’t just stop thinking about you. Your beautiful eyes really leave me breathless whenever I see them.” Nik menyentuh pipi Mia dengan lembut apatah lagi sekarang panahan mata Nik yang begitu dalam sekali, riak wajahnya sedikit pun tidak menyatakan yang ia main-main.
“The way you move really amazed me. Your beautiful smile brighten my day. You, Mia. You caught my heart. and Im falling for you.”
Mia menelan liur.
“Will you go out with me?” Dengan nada suaranya yang lembut dan mencairkan membuat hati Mia begitu lemah sekali. Degupan hatinya bagaikan kedengaran. Sungguhpun mereka menganggap itu hanyalah satu lakonan namun pada mata kasar, ianya seakan akan benar.
Mia terpaku! Matanya masih lagi memandang tepat ke arah mata Nik. Lama mereka berdua menyepi. Wajah mereka masih lagi berada di posisi yang sama.
“WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!” Nik menghamburkan ketawanya. Mia menjeling geram! Tak sangka ia yang kena!
“Fine, it’s official then! Tommorow kita start at 4pm!” Mia terus berlari keluar, malu, malu, malu!!!!
Ketawa Nik terus mati. Sebenarnya ia ketawa hanyalah untuk menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Ia melabuhkan punggung di birai katil sambil memegang dadanya yang kini berdegup kencang! Semua yang dikatakannya tadi bukannya lakonan, semua ayat yang meluru keluar adalah benar. Hanya ego Nik saja yang membuatkan ia ketawa di akhir komunikasi tadi. Nik tidak tahu kenapa ia tidak boleh menunjukkan perasaan seratus peratus terhadap Mia. Adakah ia masih trauma dengan kejadian yang menimpa di antara dia dan Farhana 3 tahun lepas? Entahlah.   



No comments:

Post a Comment