6
“Welcome and can you please introduce
yourself?” Pinta guru kelasnya, Encik Muhammad. Mia mulanya ragu-ragu
untuk berdiri. Mahu tak mahu, terpaksa ia melangkah ke hadapan.
“Emm..hai.” Satu persatu wajah rakan
sekelasnya dilihat. Tiada respon. Mereka semua tepat memanahkan pandangan
mereka ke arahnya. Janggal juga rasanya.
“Nama saya Damie Ell but you can call me Mia for short, im 18
years old.”. Saya berasal dari
Brunei Darussalam.
Dani yang duduk di belakang terus
tersedar. Dari tadi ia fokus mengamati akan wajah pelajar yang baru masuk itu. Tiba-tiba
ia teringat! Bulat matanya apabila ia menyedari akan hal itu. Betul-betul
terkejut! Terus ia menyigung siku Jj yang duduk di sebelahnya.
“J, kau ingat tak kejadian semalam?”
Bisiknya ke telinga Jj. Sahabatnya itu hanya mengangguk.
“Mana satu?”
“Alaa, yang Nik kena siram itulah!”
“Oh yang itu.” Balasnya selamba.
“Kenapa?” Jj menyoal lagi.
“Tu si Mia kat
depan tu ha! Kau tak
cam ke muka dia?” Ujarnya separuh berbisik dengan nadanya berbaur geram, sambil
ia memuncungkan bibirnya ke arah Mia yang masih lagi memperkenalkan dirinya di
hadapan kelas.
Jj mengerling ke hadapan. Lama ia
menatap wajah Mia. Mengingatkan kembali wajah perempuan yang terjatuh dan
menyiram air ke muka Nik.
“Kau ingat ke
tak ni?!” Dani menekan lagi.
“A’A LAH! AKU
INGAT!” Jj menjerit sambil berdiri. Semua yang ada di situ terkejut lalu
memerhatikan Jj yang kini masih lagi tercegat berdiri sambil tangannya menunjuk
ke atas separas dada.
“Ingat apa?”
Encik Muhammad bertanya. Semua yang ada di situ ketawa.
Jj kalut.“Tak
ada apa-apa. Ingat yang
mak saya berkirim pad tadi.” Bagaikan kilat ayat tersebut terpacul dari
mulutnya. Bergema seluruh ruang kelas itu dengan ketawa mereka semua.
“Awak nak melawak?! Cikgu suruh masuk ujibakat raja lawak awak tak mahu.
Duduk!” Arah Encik Muhammad.
Menyedari akan kesilapannya itu, Jj terus
duduk sambil menutup mulutnya. Menahan malu yang tidak terhingga.
“Banyak-banyak excuses yang tercipta di dunia
ni, kau boleh fikir pasal pad jer?” Dani berbisik lagi sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Adui, malunya aku!” Jj menekup wajahnya.
“Ah,pedulilah. J mulut kau ni memang masin! Apa yang
kau teka semalam memang benar!”
“Mulut aku
masin?” Semakin bingung Jj dibuatnya. Terus ia menelan liur. “Tak masin pun?”
Selamba ia membalas.
Dani mengalah.
“Kau mahu tahu? Kadang-kadang
kan ada rasanya aku nak terjang kepala kau ni.”
Sekali lagi Jj bingung. “Apasal pula?
Apa salah aku kat kau?”
“SEBAB KAU NI
SI BENGANG BIN LURUS BENDUL!” Dani pula menjerit sekarang dengan gayanya
mencekik leher Jj. Sekali lagi semua yang ada di situ terkejut oleh mereka.
“APASAL DENGAN
KAMU BERDUA NI? DAH
BUANG TABIAT?!” Encik Muhammad menegur sambil bercekak pinggang. Mia juga naik
hairan melihat kelakuan dua orang pelajar yang duduk di tengah-tengah itu. Lama
ia memerhatikan muka Dani. Macam kenal. Tapi tak mungkin. Bila aku jumpa
dia? Entahlah.
----
“Kau rasa kita
patut inform ni kat Nik or MG dulu?” Soal Jj sebaik saja mereka berdua beringingan keluar dari
kelas mereka.
“Aku rasa kita patut inform MG?”
Dani membalas. “Spice things up! 411
boring lah masani, semuanya pasal drama Tiara je. Now masanya untuk drama
perang NikMia! Kihkihkih” Dani tersenyum nakal sambil tangannya yang
sudah bersiap sedia memegang telefon bimbitnya.
“Suka hati kaulah.”
Beberapa minit kemudian, semua
telefon bimbit pelajar yang ada di situ berdering.
4-1-1:
Seems to be the prediction is true.
Watch it Nik, you may get a sting again or you may sting someone. You might
want to switch on your radar.
Dani dan Jj menguntum senyum nakal. Let the battle begin.
---
Mia semakin keliru sekarang. Sudah
dua kali ia menerima sms 4-1-1. Siapakah penghantarnya? Dan kenapa mesti berkaitan
dengan Nik? Siapa Nik?
“Apa ni? Asyik-asyik 411 je? Ambulan dah tak pakai 911 ke?” Ia
bermonolog sendirian.
“Hei.” Kedengaran suara perempuan
menyapanya dari belakang. Ia menoleh.
“Hei.” Balasnya. Dilihatnya akan
perwatakan perempuan yang baru menyapanya itu. Wajahnya itu mengingatkan ia
akan lelaki yang dijumpainya di RBA dan KLIA semalam.
“Nama saya Sofie, awak ni mesti ‘lady in red’ kan?”
“Obviously.” Mia membalas sambil mendepakan tangannya sedikit,
menunjukkan jaket merah yang dipakainya. Sofie tertawa
kecil.
“By
the way, saya Mia.” Mia turut tersenyum.
“Awak mesti keliru kan?” Mereka
berdua mula berjalan beriringan.
“Confused sangat! What is 411 and siapa Nik?” Bertubi-tubi ia
menyoal.
Sekali lagi Sofie ketawa. “Ok, benda pertama yang mesti awak tahu ialah
MG. Mystery gossiper, pasal kami tidak tahu siapa dia sebenarnya. Sebab tu kami
gelar dia sebagai MG.Bayangkan saja MG adalah CNN sekolah ni. Masa awak
mendaftar tadi, mereka ada minta nombor telefon awak, kan?”
Mia menganggukkan kepalanya laju.
“Ha, nombor awak tu sebenarnya untuk
MG. Supaya awak dapat menerima setiap berita yang akan dihantar terus ke
telefon awak. Selalunya MG memilih pelajar yang banyak drama di sini. Lepas tu apa
saja yang berlaku dekat pelajar tu, semua pelajar lain akan tahu.”
Bulat mulut Mia selepas ia mendengar
maklumat tersebut. Tidak sangka sangkaannya tadi memang tepat. Bagaikan situasi
drama Gossip Girl, bezanya ia menggunakan 4-1-1.
“Rupanya ada jugak wujud sekolah
macam ni.” Mia membalas perlahan.
Sofie hanya mampu tertawa kecil. “Itulah
saya heran jugak…tapi kan sekolah ni sekolah swasta, I think they can do
whatever they want. Macam cerita Boys Over Flowers, drama korea tu…”
Mereka berdua serentak ketawa.
“Mungkin
owner sekolah ni peminat nombor satu Gossip Girl kot.” Ujar Mia lagi.
Sofie ketawa. “I know right. Tapi seronok jugak.
Sehari tak ada berita dari MG sunyilah pulak. Sebab tu sekolah ni kena gelar school of publicity. Once you labelled by MG, you’re going to be popular
sampailah awak graduate.”
“Wahhh, macam mimpi pulak apa yang saya dengar ni..”
“Percayalah.” Balasnya sambil menepuk bahu Mia. “Jom, kita pergi
kafe.”
“Ok.” Mia bersetuju. Alhamdulillah,
ada juga teman yang mahu berkawan dengannya. Sofie memang baik dan peramah
orangnya.
No comments:
Post a Comment