Monday, February 6, 2012

me2u (4-i)


4

Mia merasa kekok apabila berhadapan dengan Tuan Jamal pada hari itu. Suasana makan malam mereka hanya ditemani dengan bunyi dengungan sudu garpu. Mia rindu akan suasana makan malamnya dengan papa dan Vida di Brunei. Bersilih ganti matanya melihat ibunya, Tuan Jamal dan hidangan di hadapan.

“So Mia, besok hari pertama masuk MIS. Mia mesti excited kan?” Ujar Tuan Jamal mesra, cuba untuk memecah kesunyian. Puan Lina dan Mia terus mendongak.
“Ehm…yeah, excited jugak..” Mia ragu-ragu membalas. Lalu ia menyambung memotong daging panggang yang siap tersedia di hidang.
“Great!.” Tuan Jamal berkata dengan riangnya. Manakala Puan Lina hanya terus makan, ia mula merasa kekok pula. Kasihan melihat suaminya bersusah payah untuk cuba menarik minat Mia. Rasa bersalah kerana terpaksa menarik Mia ke situasi baru yang biasanya susah untuk anaknya lalui.
“Ehmm..tapi..Mia kena pakai uniform ke? Mama tak ada pun update Mia pasal sekolah tu..” Soal Mia apabila teringatkan tentang MIS. Adakah peraturannya sama dengan peraturan sekolahnya dulu?
“Mia boleh pakai baju apa saja.” Balas Tuan Jamal. “Tapi jangan pakai yang seksi-seksi, tau.” Sambungnya lagi, diiringi dengan gelak ketawa.
Mia memaksa dirinya untuk turut ketawa. Dalam hati ia menyumpah diri sendiri kerana ia sedar bagaikan orang bodoh ia ketawa sebegitu.
“Mia naik dulu, nak prepare barang untuk besok..” Mia mula berkira-kira untuk mencuci tangan.
“Ok, selamat malam sayang.” Ibunya bersuara.

Apabila kelibat Mia menghilang di balik tangga, Puan Lina merenung suaminya.
What?” Tanya Tuan Jamal kehairanan.
Im sorry.
For what?
You try so hard to make she likes you.”
“Tak pe, abang faham akan situasi Mia sekarang. It must be hard for her to accept semua ni. Kita bagi dia masa je ok? Im sure everything’s gonna be ok..”
“Tapi abang pasti yang abang okey dengan semua ni?” Puan Lina memegang tangan suaminya erat untuk meminta kepastian.
Tuan Jamal mengangguk perlahan. “100% yes!” Ujarnya sambil tersenyum.


(sambungan)

No comments:

Post a Comment