Sunday, February 12, 2012

me2u (21)


21


Sofie terpempan melihat dirinya. Lama ia menatap cermin yang tidak jauh darinya. Adakah itu aku?  ‘Cantik juga.’ Fikirnya. ‘Haish, prasan!’ Kepalanya ditepuk lembut. ‘Tapi, aku ok apa.’ Ia kembali memuji lagi.
“Wow Sofie! Awak nampak lawalah malam ni! Im sure every guy out there would want to dance with you.” Mia yang baru saja menapak keluar dari tandas terus menerjah apabila matanya tertancap ke arah kelibat Sofie yang kini semakin cantik setelah siap memakai gaun labuh yang berwarna biru laut, dipadankan dengan rambutnya bersanggul. Apatah lagi setelah siap dihias dengan alat solek. Semakin terserlah keanggunannya.
“Thank you Mia sebab tolong saya.” . Dalam hati ia tidak sabar untuk bertemu dengan prince charming dia malam ni.
**
Suasana pada malam itu memang meriah. Lagu Tik Tok Kesha memeriahkan lagi majlis Tiara. Banyak ragam dan gaya yang dapat dilihat. Begitu anggun dan elegan sekali walaupun muka mereka ditutup dengan topeng masing-masing. Nik siap dengan topeng Zorro the Fox yang menutup separuh wajahnya. Berjalan dengan tenang memasuki ruang dewan hotel tersebut. Dalam hati ia merasa lega juga kerana tiada siapa pun yang akan mengenalinya dengan topengnya itu. Tiba-tiba ia merasakan bahunya digamit. Ditolehnya ke belakang.
“Hei Nik, wah boleh tahan juga topeng kau ni.” Jj memuji, matanya turun naik memandang pakaian Nik.
‘‘Kau pun ok apa.’’ Nik membalas,terukir senyuman manis di bibirnya yang merekah merah. Ketika itu ia melihat Jj sedang memakai topeng Mardi Gras. “Tapi macam mana kau tahu yang ini aku?”
“Ni hah rambut kau tepacak ke atas  ni, memang stail kaulah ni. Padan dengan kau juga kan.’’
Nik terus ketawa. Sangkanya orang lain tidak akan mengecam siapa dia disebalik topengnya itu, malangnya disebabkan stail rambut, bocor pula identitinya.
“Eh, jom masuk.” Jj menarik Nik untuk melangkah ke dalam Avy Hall. Kelihatan semua para jemputan Tiara sudah rancak menari-nari di ruangan menari dalam dewan itu. Ada juga yang duduk sambil berborak, ada yang sedang menikmati jamuan, ada yang sempat berkenal-kenalan.

-Party in the USA – Miley Cyrus-

Semakin ramai yang menarik diri mereka untuk menari di bahagian tengah dewan tersebut. Manakala Nik dan Jj berdiri di tepian ruangan tersebut menunggu kehadiran teman mereka, Dani. Lagu yang kuat kedengaran di balik pembesar suara merancakkan lagi suasana.
“Mana pula kawan kita yang sorang ni?”  Jj meninggikan kepalanya untuk mencari kelibat kawannya itu. Susah sekali untuk mengecam Dani kerana semua kelibat yang ada di sekeliling mereka memakai topeng dengan pelbagai corak dan warna. Nik juga turut mendongakkan kepalanya, matanya sibuk melilau akan wajah masing-masing. Tiba-tiba ia ternampak akan kelibat yang sedang melambai-lambai ke arah mereka dari atas.
“Eh, eh J..itu dia hah!” Nik menggamit-gamit bahu Jj sambil matanya masih lagi tertumpu ke arah kelibat Dani. “Jom!”
Mereka berdua kini sedang berjalan mengharungi kumpulan manusia yang sedang rancak menghayunkan langkah di lantai tari.
“Weh, apasal kau tak mesej kita tadi?” Jj memulakan bicara sebaik saja mereka sampai di bahagian atas. Dari sana, mereka dapat melihat seluruh ruang dewan tersebut.
“Aku dah hantar apa. Tak sampai ke?” Dani membalas hairan sambil membetulkan topeng Fire Sprite di wajahnya. Lantas itu mereka berdua mengeluarkan telefon bimbit dari saku masing-masing. Tidak lama kemudian, mereka berdua tersengih-sengih, salah mereka juga kerana tidak memeriksa telefon bimbit mereka tadi.
“Kau tak bosan ke tercegat di sini je? Kau tak nak tarik ke ‘puteri-puteri’ di sana menari dengan kau?” Ujar Nik sambil memegang pagar besi di hadapannya, perhatiannya masih tertumpu ke bahagian lantai tari. Semakin ramai yang menari sekarang.
“Aku tahu kau tak sabar nak turun kan?’’ Dani tertawa. Seimbas ia memandang temannya itu.
‘‘You know me too well. Jom! Aku bawa kau jumpa adik ku. Aku tau kau kat atas ni semata-mata nak tengok Fie kan?” Nik menembak. Jj yang ada di sebelah terus bersorak.
‘‘Lah..macam mana kau boleh hidu ni?’’ Dani geram, malu ada juga.
“What else could it be? Adik aku tengah seronok menari dengan Mia kat bawah tu.”
“Mia? Dia ada?!” Jj menyampuk, terkejut.
‘‘Tu hah yang pakai gaun warna Violet tu!’’ Nik memuncungkan bibirnya ke arah Mia yang berada di bawah.
 “Fuhlamak! Lawanya…” Ujar Jj dengan nada cair. “Macam mana kau kenal yang itu dia? Kalau kau tak kata itu dia, sampai tua pun aku tak kenal itu Mia!’’ Sambungnya lagi.
‘‘Ahhh..apa-apa pun tak penting. Jom.’’ Nik malas mahu menjawab, semakin panjang pula keterangannya nanti, macam kena soal oleh peguam bela pula. Nik dapat mengecam adiknya dan Mia dari gaun mereka. Sempat juga ia melihat mereka keluar dari rumah tadi, nasib Mia tidak sempat melihat dia kerana ia sudah menerobos masuk ke dalam keretanya dan terus menekan pedal minyak meninggalkan halaman rumahnya. Ia masih terbayang akan kelibat Mia tadi, sungguh cantik dia malam ni.
“Eh, eh..korang pergilah dulu. Aku nak jumpa Intan kejap.’’ Jj terus berlari turun meninggalkan mereka berdua.
-Shakira – Anything you want in the world-
“Hai.” Dani menyapa. Dalam hati hanya TUHAN saja yang tahu betapa gementarnya dia pada waktu itu. Sofie menoleh. Nasib juga ia masih dapat mengecam Sofie walaupun wajahnya ditutup dengan topengnya yang bertemakan Stardust berwarna putih.
“Oh hai!” Balasnya dengan nada mesra. Ia tidak berapa mengenali akan lelaki di hadapannya sekarang kerana pandangannya kesamaran, apatah lagi tema majlis tersebut mengaburi identiti mereka.
“You wanna dance?” Dani menghulurkan tangannya.
Mia memberikan isyarat kepada Sofie untuk menerima pelawa lelaki itu sambil menarik gelas minuman dari tangan Sofie. Tidak lama kemudian, Sofie dan lelaki itu melangkah ke kawasan lantai tari. Kini hanya Mia yang tercegat di tengah-tengah himpunan manusia yang tidak berapa dikenalinya. Nik yang berdiri tidak jauh darinya terus memerhatikan gelagat Mia yang kini berdiri sambil berselang tangan menyaksikan kawan-kawan mereka menghayunkan gerak tari. Tidak tahan menunggu, Nik terus saja menghampiri Mia. Lalu menghulurkan tangan untuk mempelawanya menari dengannya.
“Dance with me.”
Hanya dengan ayat itu saja, Mia mengangguk sambil tersenyum dan terus menyambut hulurannya. Terukir senyuman manis di bibir Nik.
‘Kalaulah dia tahu siapa aku, memang sah aku tak akan dapat peluang ni.’ Bisik hati kecil Nik. Ia bagaikan terpukau apabila melihat kecantikan Mia pada malam itu. Hatinya berdebar-debar tatkala anak matanya bertembung dengan mata Mia disebalik topeng Vienna berwarna ungu gelap.
-Sway – Pussycat Dolls-
Mereka berdua terus memulakan langkah mereka mengikut rentak lagu tersebut. Seakan-akan dua hati menjadi satu. Langkah mereka begitu sebati. Sehinggakan terukir senyuman gembira masing-masing sewaktu mereka menggerakkan tari bersama-sama. Masing-masing sedang cuba menahan degupan jantung yang semakin bergelodak apatah lagi tika anak mata memanah di antara satu sama yang lain. Semua yang ada disekeliling mereka cuba memberi ruang kepada mereka. Lampu sorot ditujukan terhadap mereka berdua yang kini masih asyik dengan tarian  mereka. Seakan-akan hanya mereka saja yang ada diruangan itu. Mia begitu gembira sekali, apatah lagi Nik dengan senyumannya yang semakin meluas. Semua yang di sekeliling mereka terus bersorak dan bertepuk tangan. Beberapa minit kemudian, setelah lagu rancak tadi perlahan-lahan ditelan muzik perlahan, semua yang ada di situ mula kembali ke pangkuan partner masing-masing menyambung tari apabila lagu berubah tema.
4-1-1:
That ignites a flame in their souls, he sweeps her off her feet and moves her on the golden floor, keeping in time with the rhythm of the song under the shimmering disco ball.
Enchanted – Taylor Swift
Kini langkah tari mereka berubah perlahan. Mia meletakkan tangan di bahu Nik manakala Nik pula merangkul pinggang Mia. Masing-masing tidak mahu melepaskan pandangan.
 “Have we met before?”
Nik menelan liur. ‘Adakah aku patut memberitahunya ataupun tidak?’ Apabila Nik cuba untuk membalas soalan Mia. Tiba-tiba tirai putih di atas pentas terbuka luas lalu terpancar satu sinaran ke arah tirai tersebut. Menampakkan slideshow yang kini memaparkan gambar Sofie.
 “Oh no.” Terpacul ayat itu dari bibir Nik, hatinya berdegup kencang kerana ia dapat mengesan yang sesuatu yang tidak baik akan menimpa adiknya. Ia cuba mencari dari mana pancaran slideshow itu disiarkan. Terus saja ia berlari ke atas meninggalkan Mia yang kini hairan melihat perilakunya lebih lebih lagi sekarang ia terkejut melihat slideshow yang disiarkan. Ia cuba mencari kelibat Sofie.
HUH???? Dengungan suara tetamu menyelubungi suasana dewan tersebut apabila gambar Sofie bercumbu dengan seorang lelaki. Wajah Sofie jelas terpampang kelihatan di skrin tetapi wajah lelaki yang ada sengaja dikaburi.
Sofie tergamam! Tidak ada sepatah ayat pun keluar dari mulutnya. Ia cuba mendiamkan diri, berharap tiada siapa yang mengenalinya dengan topeng yang menutup separuh wajahnya itu. Namun nasib Sofie begitu malang malam ini, lampu sorot di tujukan ke arahnya! Dan pada masa yang sama semua yang ada disekeliling memerhatikannya.
“Now you know the inner side of Sofie Balqis…” Kedengaran suara Tiara di balik speaker. Sofie hanya dapat menahan rasa malu yang semakin menebal. Hanya selama seminit, slideshow tadi berjaya memusnahkan malam Sofie. Suasana sunyi dan janggal menyelubungi seluruh dewan. Apatah lagi ratusan mata kini memanah ke arah Sofie, seorang! Berita hangat yang pupus dulu kini berapi kembali. Sofie malu! Seakan-akan haba panas menyelubungi badannya. Sedikit pun ia tidak dapat merasa kesejukan alat penghawa dingin di dalam dewan itu. Semua yang ada di situ tidak putus-putus memerhatikannya. Tiara yang ada di kawasan V.I.P di atas merasa puas apabila rancangannya untuk menjatuhkan Sofie kini berjaya. Ia merasakan hanya dia yang berada di situ, ia cuba mencari Nik untuk melindungi diri dari diterkam bisa malu. Kelopak matanya dipenuhi dengan air. Selalunya ia akan lari, tetapi entah kenapa sekarang ia hanya mampu tercegat berdiri. Seolah-olah ia tidak berdaya untuk membuka langkah. Air mata lebat merembes. Ia malu! Ia sedih! Begitu cepat orang menilainya sebegitu rupa dan ia malu kerana rahsianya sekarang bukanlah lagi rahsia. Dani yang tidak lagi mampu menahan melihat Sofie disakiti, terus menarik tangannya dan membawa ia keluar dari tempat itu.

No comments:

Post a Comment