5
Matanya sibuk melilau persekitaran
Kuala Lumpur dari awal perjalanan sampailah ia ke kawasan Sekolah Antarabangsa
Malaysia. Pelbagai ragam dapat dilihatnya. Ada sekumpulan pelajar yang sedang
rancak berborak di tepian pancuran air, ada yang sedang rancak menari mengikut
rentak muzik di balik speaker, ada sekumpulan penyorak sedang menjalani latihan di padang terbuka kolej
tersebut. Suasana kolej itu sangat berbeza sekali dengan suasana sekolahnya
dulu.
“Sampai.” Pendek pemandunya
memberitahu.
“Terima kasih pak cik..”
Bagaikan semua mata mengalihkan
pandangan mereka ke arah Mia. Mereka dapat mengesan yang kemungkinan Mia ni
pelajar baru di kolej itu.
“Ok, relax Mia. Start pergi ke admin dulu.” Ia cuba memberi
semangat kepada dirinya sendiri. Perlahan-lahan ia mengatur langkah menuju ke
kaunter sekolah. Matanya masih lagi melilau kawasan sekolah tersebut. ‘Mom
was right. This is the most prestigious school I’ve ever seen.’ Bisik hati
kecilnya. Hatinya terpegun melihat sekolah yang serba besar, cantik dan
sempurna itu.
“Asalamualaikum, hello.” Mia menyapa
salah seorang kerani yang duduk di kaunter tersebut.
“Walaikumsalam.” Wanita bertudung
putih dipadankan dengan baju kurung berwarna hijau pisang itu membalas salam
Mia lalu tersenyum manis. “Ada apa yang boleh saya tolong?”
“Emm, saya student baru kat sini. So Im a little bit clueless nak pergi
mana dulu.” Jelasnya sopan.
“ Cik ada bawa surat pengesahan bagi
kemasukan Cik di sekolah ni?”
“Yeah, ada..kejap ya.” Buat seketika ia menyelongkar begnya untuk
mendapatkan borang kemasukkannya yang ibunya beri pagi tadi. Dapat, terus
dibaginya kearah kerani tadi.
“Hmmm, Cik ni
baru pindah dari Negara Brunei Darussalam ya.” Kerani tersebut bersuara apabila ia menelaah surat itu. Mia
hanya sekadar mengangguk.
“Ok, Cik Mia bawa surat ni ke
bahagian pendaftaran. Cik masuk terus lepas tu belok kiri.”
“Oh, ok. Thank you.” Ujarnya,
terukir sekuntum senyuman di bibirnya yang merah.
“Your welcome. Welcome to MIS.” Kerani tadi membalas.
Belum
sempat Mia melangkah meninggalkan kaunter tersebut, kerani tadi memanggilnya
lagi. “Oh miss, can you write your phone
number here?” Kerani tadi menghulurkan kertas kecil dan sebatang pen
biru ke arahnya. Mia hanya tersenyum lalu menulis nombor telefonnya. Tapi
hairan juga, ‘apesal dia nak nombor
handphone aku?’
---
Lapang dadanya apabila selesai
berjumpa dengan Mr. Chong, ketua bahagian pendaftaran tadi. Jadual kelas di
tangan dikerlingnya.
‘Mana pulak block C nih? Kena
tanya orang lagi lah ni.’Getus hatinya.
Ia dapat merasakan semua yang ada di
foyer kolej merenungnya. Pelik juga tapi apa boleh buat, lumrah keadaan menjadi
orang baru. Di biarkannya saja perkara itu berlalu, ia percaya lama-kelamaan ia
akan biasa dengan keadaan ini. Tapi ia menjadi gelisah apabila ia masih tidak
dapat mencari blok C.
“Hello. Can you help me?” Ia cuba menahan salah seorang pelajar
di situ namun bagaikan angin saja orang itu berjalan. Geram juga Mia dibuatnya. ‘Nak
minta pelempang kea pa budak ni?!’
“Eshh..apa aku merepek ni?! Mia…kau
kena sabar…” Mia bercakap sendirian sambil menepuk-nepuk dahinya.
Sepuluh minit
sudah berlalu, lonceng sekolah sudah pun berbunyi tadi. Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke
kelas masing-masing. Mia panik. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering tanda ia
menerima satu mesej.
4-1-1:
There is a red rose lost in the middle of the bushes.
Can someone guide the lady in red for a right direction? Easy new bee, welcome
to MIS, the school of publicity.
‘4-1-1? Apa ni? Gossip Girl versi
Malaysia?!’ Perli Mia dalam hati. ‘Tapi dia cakap pasal aku
ker? Lady in red? Lost?’
Seribu satu soalan menyapa minda apabila ia menerima mesej mengejut itu. Dan
pada masa itulah ada seorang pelajar perempuan menyapanya.
“Hai, need help?”
“Oh hey, 100% yes. Saya sesat ni, nak cari mana block C?”
“Go straight, you’ll find a big green building, and that’s it.”
“That way? Ok…thank you so much. Im Mia. Nice to meet you.” Mia
menghulurkan tangannya untuk bersalam sambil membetulkan beg sikutnya.
“Nice to meet you too Mia. Im Tiara.” Disambutnya tangan Mia
dengan senyum mesra.
“I think i should go now. It’s already late. See you around.” Ujar
Mia sebelum ia berlalu.
No comments:
Post a Comment