Sunday, February 19, 2012

me2u (31)


31


Pejam, celik, pejam, celik, hampir seminggu lebih sudah berlalu. Macam-macam yang berlaku dalam jangka masa tersebut. Sofie tidak habis-habis bertengkar kata dengan Tiara sewaktu menjalani ‘denda-perkhidmatan-awam’ mereka. Manakala Lara dan Mia hanya selamba saja. Berbaik tidak, bertengkar pun tidak.

Kini mereka tidak sabar untuk hari itu berlalu dengan cepat kerana denda mereka akan tamat pada hari itu juga. Mereka berempat kini bekerja di luar kawasan taman sekolah. Lara dan Tiara mengutip timbunan dedaun kering yang berguguran. Sofie dan Mia pula bergabung tenaga mengumpul dedaunan kering lalu membakarnya. Tidak lama kemudian, kepulan asap sederhana kelihatan dan bau semerbak daun bakar mula menusuk hidung. Mia merasa tenang. Sebenarnya ia sangat menyukai akan bau daun bakar tersebut. Ia mengingatkan zaman hidupnya di Brunei dulu. Pada waktu petang macam inilah ia selalu terhidu akan bau ini. Sangat menenangkan. Tambahan pula dengan hembusan angin petang menampar tubuhnya. Daun pokok besar di sebelah bagaikan menari-nari dek diterpa angin petang. Kicauan burung kedengaran bagaikan menyanyi gembira menyambut ketenangan petang hari itu. Mia menghirup udara segar lalu menghembuskannya perlahan. Matanya dipejam untuk menikmati nyamannya suasana petang itu. Tiba-tiba ia teringat akan Nik. Sepanjangan dua minggu ini, ia selalu bersama-sama dengan ‘teman lelaki’nya itu. Mereka kerap berlatih untuk pertandingan Ballroom yang diadakan tidak lama lagi. Ada-ada saja yang berlaku sepanjangan mereka berlatih. Dan kini ia tersedar, ia suka dan merasa selamat apabila berada disamping Nik. Bagaikan pelangi menyinari harinya apabila saja Nik berada bersamanya. Mia keliru. Adakah ia jatuh hati dengan Nik? Kalau tidak, kenapa ia selalu merasakan degupan jantungnya berdegup laju tiap kali anak matanya memanah kelibat Nik. Naluri hati memaksanya untuk berterus terang saja, cuma ia takut. Ia takut pisang berbuah dua kali. Ia sendiri tidak dapat mengagak akan perasaan lelaki itu. Nik memang susah ditebak orangnya.

“Eww, what is that thing?”
Suara Tiara membunuh ketenangan Mia. Begitu juga dengan Sofie dan Lara. Mereka bertiga memandang Tiara dengan riak hairan.
“Apa kena dengan awak ni? Asyik-asyik merungut je. Aku dah naik bosan tau dengan perangai kau macam ni!” Bentak Sofie.
Tiara terus bercekak pinggang sambil memandang Sofie dengan riaksi marah.
“If it wasn’t your ‘lovely’ friend here who start the damn fight, we wouldn’t ending up paying all of this freaking shiz!”  Tiara mencarut dengan nada yang tinggi.
Mia terkesima lalu memberikan pandangan ‘apa-kau-kata?’ ke arah Tiara.
Tiara bagaikan membaca fikiran Mia. “You heard me, you were the one who started all of this!”
“Hello..? For your information ms. Fancy Meni-Pedi Barbie, your precious friend there was the starter culprit! Lupa ke?” Mia memperli, membuang marahnya ke arah perempuan itu.
“Woi, jaga mulut tu sikit eh!” Lara membidas.
“Apa jaga-jaga?! Memang kau yang mulakan semua ni. Main tolak-tolak tak tentu pasal. Apa yang Mia dah buat salah kat engkau? Kau sakit hati kat dia ni apasal? Pasal MG selalu sebut dia kat 4-1-1? Pasal Mia dah couple dengan abang Nik? Pasal tu?!” Sofie menekan. Lara semakin tidak keruan apabila nama Nik menampar cuping telinganya.
“Ya! Aku cemburu! Aku suka kat Nik dari dulu lagi. Dari kita tingkatan satu sampai sekarang! Aku suka dia! Aku dah rancang nak dapatkan dia. Tapi kenapa?! Mia yang baru je pindah sini senang-senang dapatkan dia. Adil ke?! Adil ke?! Kau perampas Mia! Perampas!” Bagaikan orang gila Lara menjerit sambil menuding jari ke arah Mia.
Mia terpempan. Terkejut dengan riaksi Lara. Sofie dan Tiara turut sama terkejut. Lara terus menutup mulutnya. Tidak sangka begitu senang saja mulutnya memanculkan kenyataan yang cuba dirahsiakannya itu. Menyesal ada juga.
“Mia, I didn’t mean to…”
“Save it.” Potongnya perlahan. Suaranya kedengaran letih. Selepas saja Lara memakinya dengan perkataan ‘perampas’, Mia tidak tahu lagi hendak berkata apa-apa. Terus saja ia merebahkan tubuhnya di atas bumi. Awan putih berarak perlahan, langit biru ditatap. Mereka bertiga berasa hairan dengan perubahan diri Mia. Lidah mereka bagaikan terkelu, mereka tidak lagi bertengkar macam tadi. Sofie turut merebahkan dirinya, kelihatan Mia begitu tenang sekali berbuat sedemikian. Tidak lama kemudian, Tiara dan Lara mengikutkan hal yang sama.
“Mia, sebenarnya aku tidak ada niat nak ucap kau perampas…”
“Jadinya selama ni awak memang ada hati kat abang Nik lah ya?” Ujar Sofie memotong ayat Lara.
“I liked him.” Lara menyuarakan bunyi ‘ED’ mengisyaratkan past tense.
“What do you mean you liked him?” Mia menyoal. Mereka berempat masih lagi menatap langit.
Lara menghela nafas perlahan. “Honestly, aku memang suka kat Nik. Tapi itu dulu.”
“You like someonelse now?” Tiara pula yang bertanya.
Lara hanya sekadar mendiamkan diri. Ia sendiri tidak tahu hendak membalas apa yang patut. Memang benar. Sekarang ia sudah jatuh hati dekat orang lain. Perasaannya terhadap semakin pudar. Bukannya apa, dari apa yang dilihatnya, memang mustahil Nik akan menyukainya sebagai teman istimewa. Jadi sekarang Lara sendiri akan mengundurkan diri.
“Mia, aku nak minta maaf.”
 Soalan Tiara sebentar tadi dibiarkan tidak berjawab.
“Why?”Mia membalas.
Sekali lagi Lara menghela nafas berat. Mindanya berpusing, cuba mencari ayat yang sesuai.
“Sebenarnya since kau pindah, aku tak tahu macammana Nik boleh tertarik dengan kau. MG pun suka sebut nama kau kat 4-1-1. Sebab tu aku cemburu…..”
Mereka bertiga mendiamkan diri, tertarik mendengar luahan hati Lara.
“Especially time masquerade parti Tiara. Dengan gambar korang yang mesra sakan tu. Lagi aku cemburu!” Ia menyambung lagi.
Mia menelan liur, tidak sangka ‘perjanjian’nya dengan Nik mengakibatkan salah seorang disekelilingnya terluka.
“Lara, im really sorry. Aku tak tahu pun kau memang minat sangat kat Nik.”
Lara menaikkan tangannya, cuba menampar angin yang tiada dipandangan. “Naaa, tak ada apa-apalah. Lagipun aku suka je. Bukannya aku nak bedendam pon.” Lara tergelak kecil. Begitu juga dengan mereka bertiga. “Tapi sekarang, kau jangan risau. Aku tak akan buat jahat kat kau lagi.”
Tanpa disedari, terukir senyuman senang di bibir masing-masing. Nampak gayanya, ‘perang perempuan’ berada di penghujungnya.
“Aku nak minta maaf jugak….”
Lara menganggukkan kepalanya perlahan tanda ia mengerti dan menerima maafnya. Tiara dan Sofie pula sekarang menelan liur. Sekarang Lara dan Mia sudahpun berbaik, kenapa mereka tidak? Sunyi sepi menyelubungi suasana.
“Hmmmemm..” Sofie berdehem. “Ergh, Tiara! Can we just cut the crap and be friends?” Sofie malas lagi hendak mempersoalkan malu tak malu, yang penting sekarang ia mahu memperbaiki keadaan. Jadi terpulang kepada Tiara samaada ia menerima ataupun tidak. Cara Sofie memang berbeza sedikit dari Mia.
‘Like brother, like sister.Tercuit hati Mia apabila mengingati kembali akan perangai ego Nik. Nampaknya ada juga ‘tempias’nya kena arah Sofie.

Tiara tertawa kecil. “It’s funny because honestly, I ain’t gonna regret the moment when we fought.”
Mereka bertiga hairan dengan kata-kata Tiara. Dia ni nak gaduh lagi ke?
“What? So you want a fight now and after?” Sofie membidas.
“NO!” Tiara menjerit. “If we didn’t fight, none of this are going to happen.”
Barulah mereka faham akan maksud Tiara, dari nada ayatnya, kelihatan ia juga mahu menghentikan semua ini dan berdamai dengan Mia dan Sofie.
“Im really sorry.” Serentak Sofie dan Tiara berucap.
Sejurus itu, mereka semua tergelak. Mia kembali memandang langit, hatinya begitu lapang sekali kerana masalah mereka berempat sudahpun selesai. Ia tidak akan dapat melupakan semua ini. Senangnya tidak terperi. Kepulan awan putih bergerak perlahan dengan background biru menghiasi siling alam semulajadi. Tambahan lagi dengan bau daun bakar kering yang semerbak, menambahkan lagi ketenangannya di petang itu. Namun disebalik semua itu, terselit juga di hatinya secebis perasaan bersalah kerana mengakibatkan Lara terluka dek ‘permainan palsu’ di antara dia dan Nik. Patutkah aku meneruskannya lagi?


(bab seterusnya)

No comments:

Post a Comment