38
Mia
tidak tahu ke mana lagi tempat untuk dituju. Malam begitu suram, namun hatinya
sedikit lega kerana ditemani oleh cahaya lampu nion dari bangunan-bangunan yang
tinggi lampai di kota Kuala Lumpur itu. Lama ia merenung roda besar yang
terletak berseberangan dengan Tasik Titiwangsa. Entah kini kali yang keberapa
sudah roda tersebut berpusing, walaupun perlahan, Mia dapat merasakan agak lama
juga ia duduk termangu di situ. Air matanya masih lagi lebat mengalir. Sekali
lagi sebak menikam dada. Tidak menyangka perkara itu akan berlaku dengan
sekelip mata. Mia menggeleng-gelengkan kepalanya laju.
‘Tak mungkin!’ Ia tidak lagi dapat
menahan sebak di dada lalu ia menangis teresak-esak di situ. Bahunya
terhenjut-henjut menahan tangis sambil memandang lantai. Ia memerlukan
seseorang sekarang! Ia tidak dapat menahan lagi beban itu sendiri. Ia
memerlukan keajaiban yang dapat mengubati pedih di hatinya. Tiba-tiba dagunya
disentuh lembut oleh seseorang. Terus ia mendongak dan sepantas kilat itu juga
Mia merebahkan kepalanya di bahu lelaki itu dan menghabiskan esakan tangisnya.
“Ssshh.”
Nik cuba menenangkan diri Mia yang masih lagi teruk menangis di bahunya.
Ubun-ubun kepala Mia diusap lembut.
“
I’ve should reply that letter. But now it’s too late!” Tersedu-sedan ia
berbicara. Sementara Nik masih lagi berusaha untuk memujuk Mia supaya
bertenang.
Selama
beberapa minit Nik duduk disitu dengan Mia yang masih lagi tunduk di bahunya.
Kini tangis Mia mulai reda. Namun ia masih lagi tersedu-sedan akibat teruk
menangis tadi.
“Macammana
awak tahu saya ada kat sini?” Bicara Mia setelah lama ia membisukan diri dari
mengeluarkan kata-kata.
Nik
menghela nafas lalu tersenyum simpul. “I don’t know how I know, but I know.”
Susah untuk Nik mentafsirkan maksudnya, yang penting selepas saja Nik menerima
panggilan ibu Mia tadi, ia dapat merasakan kehadiran Mia di sana pada malam
itu.
Mia
terkesima. “But then again…how?” Ia keliru bagaimana Nik tahu tentang
keadaannya sekarang.
Nik
menghela nafas ringan, pandangannya di hadapkan ke arah roda Eye on Malaysia berputar di tasik itu.
“Mama awak telefon tadi. Dia dah ceritakan apa yang terjadi.” Tuturnya lemah. “Im
sorry.”
Mendengar
akan kata-kata Nik, ingatannya tentang kejadian petang tadi menerjah minda lagi
membuatkan kelopak matanya kembali dipenuhi air.
MIA
sangat teruja apabila mengetahui tentang hubungan Sofie dan Dani. Mia menyangka
Sofie hanya menaruh perasaan terhadap Taufik. Dari awal perjalanan sampailah ke
kawasan rumahnya, ia tidak henti-henti tersenyum. Apabila kereta menerobos
masuk ke perkarangan rumah, ia hairan melihat ibunya sedang berjalan mundar
mandir di hadapan pintu utama. Ia menyangka itu hanya tabiat biasa.
Perlahan-lahan ia keluar dari perut kereta dengan bibirnya yang masih menguntum
senyuman. Sedikit hairan juga dia apabila melihat ibunya tidak seceria pagi
tadi.
“Hai ma.”
“Mia,
sayang.” Nada suara ibunya kedengaran kendur. Hati Mia mulai dilanda gelisah.
Ia bagaikan dapat mengesan sesuatu yang buruk telah berlaku.
“Mama, kenapa ni?”
“Mama
harap Mia bersabar ya.”
Mia
semakin keliru. Tidak faham akan situasi tersebut. Puan Lina mendiamkan diri.
Lama ia berfikir untuk mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu berita itu
kepada anaknya. Dilihatnya Mia kini sedang bingung menunggu jawapan darinya.
Puan Lina menghela nafas berat.
“Amal….”
“Amal?”
Mia cuba mengingati kembali nama tersebut. Beberapa saat kemudian baru ia
teringat, Amal, sahabat karibnya di Brunei, yang dulu pernah melukakan hatinya
dengan kata-kata kasarnya. “Kenapa dengan Amal ma?” Mia menyambung dengan riak
ingin tahu terpampang di wajah.
Puan
Lina mendiamkan diri seketika, selepas itu ia menghela nafas berat. “She’s
gone.”
Dunia
bagaikan terhenti seketika. Mia merasakan dirinya ringan ketika itu, bagaikan
kakinya tidak menjejak ke bumi. Hanya kepalanya yang merasa berat, cuba
menganalisa kata-kata ibunya sebentar tadi. “What do you mean she’s gone?” Mia bagaikan mengerti seketika
tetapi hatinya bagaikan tidak dapat menerima kenyataan itu lalu bertanyakan hal
itu kembali.
“Vida
telefon mama tadi, dia beritahu mama Amal meninggal dunia tengahhari tadi.”
Puan Lina turut merembeskan air mata. “She got into an accident. It was fatal.”
Terkejut
bukan kepalang Mia mendengar berita itu. Kelopak matanya mulai dipenuhi air.
“No, she’s 18. She’s still young, mom. She
can’t die!”
“Mia,
ajal tidak mengira umur.”
Air
matanya mulai merembes laju. Lalu ia terus berlari naik ke bilik. Sedih apabila
mengetahui kawan baiknya sewaktu ia bersekolah di Brunei dulu kini sudah pergi
menemui Illahi. Sesampainya di bilik, Mia bersandar di pintu dan terus menangis
teresak-esak.
‘Ini ada surat dari Brunei untuk Mia.’ Pesanan dari
pembantu rumahnya bergendang-gendang di minda. Baru ia teringat yang ia belum lagi
sempat membaca surat yang datang ke arahnya beberapa hari yang lalu. Terus ia
berlari ke bahagian meja dan mendapati surat yang masih lagi tersadai
berhampiran rak bukunya.
Mia,
The
reasons why I’ve wrote this letter was because I don’t have any ways to contact
you anymore. It’s like it was impossible to find you in Facebook, Msn, Blog, I mean..where
are you?? It’s like you’re vanished or something. But luckily, I’ve managed to
reach your new address from your sister.
I’m too embarrassed for the words that I’ve
said to you few months ago. I wanted to say that I’m really sorry for
everything. Especially on the day that I have hurt you with those words that
I’ve said to you. I’m sorry. I’m hoping that we could meet and apologize to you
face to face and we could be friends again. But I know you wouldn’t forgive me that
easy. But I’m truly sorry Mia. I didn’t mean to hurt you. Im just mad because
it seems like you don’t want to talk to me anymore and I regret for all the
things that I’ve said to you.
Maybe
a word ‘sorry’ is not enough, but I beg you after you read this letter, please
do call me. I really need to know whether you accep my apology or not. Please
forgive me. I don’t know if I still have
the chance to meet you. Please forgive me, Mia.
Amalia
MIA
tunduk lagi apabila ia terkenangkan isi surat dari arwah Amal. Sekali lagi ia
menangis. Nik juga turut terkedu melihat keadaan Mia sebegitu.
“Mia,
awak kena tabah. Ini semua Qada dan Qadar Illahi. Tiada siapa yang mampu
menghalang takdir. Izinkan dia pergi.” Nik menasihatinya dengan nada yang lembut.
Mia
mengangguk faham. Kini ia sedar, ajal maut di tangan Tuhan. Memang benar kata
Nik. Tiada siapa yang mampu melawan takdir. Setiap manusia akan menghadapi
mati. Cuma kita tidak tahu bila masanya, yang pasti ianya adalah nanti. Mia
kelihatan begitu lemah sekali apabila ia mula menadah tangan dan membaca surah
Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah.
“I
forgive you.” Kedengaran Mia berbisik apabila ia selesai mengaminkan doanya.
Perlahan-lahan ia menoleh ke wajah Nik. Bibirnya menguntum senyuman lemah. “Thank you Nik.”
Sepi
menyelubungi suasana. Masing-masing kehilangan kata-kata. Mereka berdua hanya
menghadapkan pandangan mereka ke langit hitam. Secara perlahan-lahan awan yang
banyak berkumpul tadi mulai berarak meninggalkan bulan memancarkan cahayanya
menerangi dunia yang malap ketika itu.
“Wow.”
Ujar Mia memecahkan kesunyian di antara mereka. Nik terus menoleh.
“Kenapa?”
“What
a beautiful moon.” Mia memuji keindahan alam semulajadi yang mereka saksikan
sekarang. Suaranya kedengaran sengau. Mungkin akibat ia menangis tadi.
Nik
mengangguk setuju. Ia sendiri ikut terpegun melihat keindahan Tuhan yang tiada
tandingannya itu. Mia dapat melupakan serba sedikit tentang kejadian tadi.
Biarlah mereka yang pergi itu pergi. Usah dikenang kembali.
“I
brought you something.” Baru Nik teringat yang ia benda yang ingin diberinya
kepada Mia dari semalam masih ada di poket jaketnya. Cuma ia selalu lupa untuk
memberikannya kepada Mia. Nasib baik sekarang ia teringat.
“What
is it?”
Benda
tersebut terus dikeluarkannya dari poket lalu dihulurkannya ke tangan Mia.
“It’s
a glow in the dark stick.”
Lidah
Mia bagaikan terkelu. Hatinya benar-benar tersentuh apabila Nik memberikannya
hadiah.
“Saya
realize, saya ni tak ada radar nak check rumah awak ada electric breakdown ke
apa ke. Manalah tau kalau elektrik down, awak menangis lagi macam masatu..” Nik
cuba mengatasi ego yang cuba berdiri gagah. “So perhaps, this stick might help
you to overcome your achluophobia in case…..” Ayatnya tergantung di situ.
“In
case…?” Mia masih lagi setia menunggu untuk mendengar ayat yang seterusnya.
“In
case if im not around..i mean..if I didn’t call you like the other night.” Nik
cuba menahan malu yang tidak terhingga. Ia dapat merasakan bahang panas
menyelubungi wajahnya. Ia cuba berlagak tenang.
Mia
semakin terharu tatkala mendengar akan luahan lelaki itu. Memang jelas
menunjukkan yang Nik memang mengambil berat tentangnya. Tidak sangka lelaki itu
masih lagi ingat tentang fobianya terhadap kegelapan. Namun tercuit juga hati
Mia apabila melihat Nik yang teragak-agak dan kelihatan malu.
“Thank
you Nik. Thank you so much.” Semakin menggunung pula rasa sayangnya terhadap
lelaki itu.
Mia
berfikir seketika. ‘Maybe now it’s the
right time to tell him the truth. Should i? Or shouldn’t?
Hatinya
mendesak ia untuk meluahkan tiga ayat tersebut. ‘You can do it! You can do it!’ Mia memejamkan mata serapatnya. Ia
menarik nafas lalu….
“It’s
late, I think we should go home.” Sejurus itu juga Mia menyumpah seranah di
dalam hati. Lain yang diniatkan, lain pula yang dibuat. Nik mendongak dan
mengangguk bersetuju lalu mereka terus pergi meninggalkan tempat itu.
(bab seterusnya)
(bab seterusnya)
No comments:
Post a Comment