Tuesday, February 7, 2012

me2u (8)


8


Mia masih lagi geram akan kejadian tadi. Ia benar-benar tidak menyangka ia akan berjumpa dengan lelaki menjengkelkan itu. Lebih-lebih sekarang lelaki itu satu kolej dengannya. Adakah ini hanya satu kebetulan? Argh, malas ia hendak fikir. Kepalanya yang tidak gatal digaru. ‘Apalah yang akan jadi lepas ni? Teruklah aku kena buli ni.’
“Awak ok?” Suara Sofie mematikan lamunannya.
“Yea..Im okay..no..worry.” Lambat-lambat ia menjawab.
Dihadapan mereka sekarang adalah pintu dengan label nama guru kelas di bahagian tengah. Mereka berdua beriringan masuk. Dan pada saat itu jugalah mata Mia memanah kelibat Nik yang kini sedang sibuk membaca buku.
Wah, nerd rupanya mamat ni. Tercuit juga hatinya, terpaksa ia menahan senyum yang melebar. Tetapi mengingatkan kejadian tadi membuatkan senyumannya mati. Geramnya datang kembali.
Ia melabuhkan punggung di sebelah Sofie. Kelihatan sahabat yang baru dikenalinya itu hanya mendiamkan diri. Mia hairan. Tadi bukan main banyak cakap.
“Pssst, what’s wrong?” Mia menyigung sikunya. Hairan memandang Sofie yang tiba-tiba kalut.
“Ya? Emm..tak ada apa-apa.” Ia menoleh sekilas ke arah abangnya, kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Mia.

Mia mengangguk faham namun ia keliru melihat perubahan laku Sofie pada waktu itu. Matanya melilau keadaan sekeliling. Sekejap ia menoleh ke sebelah kanannya, sekejap ke kiri. Kemudian ke hadapan dan saat itu juga ia melihat Nik menoleh ke belakang. Cepat-cepat ia mengambil buku Sofie lalu menutup mukanya. Sofie di sebelahnya hanya mampu tertawa melihat perilakunya itu.
“Kenapa? Takut?”
“Pfft, me? No way!” Mia pura-pura berlagak berani, itu pun selepas Nik menoleh ke hadapan. Buku yang dipegangnya terus dikembalikan ke tempat asal.
Sofie menggelengkan kepalanya sambil ketawa.
“Hello, hello, hello! Welcome back everyone!” Kelihatan seorang guru wanita berpakaian kemeja hitam dipadankan dengan skirt labuh berwarna coklat gelap masuk ke dalam kelas.
“Hello, Mrs. Rahmah.” Balas semua pelajar di situ kecuali Mia yang hanya mendiamkan diri kerana ia masih lagi dalam proses penyesuaian diri.
“I think I’ve spotted a new student here.” Balas Cik Rahmah, sengaja ia memanjangkan lehernya memerhatikan Mia dari depan.
“Oh yes, the lady in red. Hye, welcome to MIS.” Ujar Cik Rahmah dengan penuh asyik. Mia menjadi perhatian semua yang ada di dalam kelas itu, apatah lagi Nik yang bagaikan kilat menoleh ke belakang. Buntang matanya memandang Mia pada waktu itu! Tetapi cepat-cepat ia kembali ke cool mode.
‘Dia satu kelas dengan aku?!’ Bisik hati kecil Nik sambil memerhatikan Mia yang kini kelihatan tidak selesa berada di kelas tersebut. Tanpa disedari, bibir Nik menguntum senyuman manis. Tiba-tiba saja ia merasa gembira. ‘Macammanalah aku tak sedar ia masuk tadi?’
“Ok now, before we start our lesson. I wanted all the girls to pick this paper. One each.” Beritahunya sambil menghulurkan mangkuk besar penuh dengan kertas-kertas kecil.
“How about the boys?” Razif yang duduk di sebelah Nik menyoal.
“You guys just wait and see.” Balasnya sambil mengenyit matanya.
“Cikgu, kertas ni untuk apa?” Salah seorang muridnya yang duduk berdekatan dengan Mia bertanya. Semua yang ada di situ turut menunjukkan ekspresi hairan di wajah masing-masing.
“Just open it.” Arahnya sambil menepuk tangan.
Semua yang ada di situ mengikut saja.
“Taufik Azmi?” Sofie terkejut. Hatinya tiba-tiba berdebar sebaik saja ia melihat nama Taufik Azmi di kertas tersebut. Mia segera menoleh.
“Siapa tu?”
Sofie kalut. Tiba-tiba saja nada suaranya berubah, bergetar. “Ah? Emm..tak ada apa-apa. Macammana dengan awak?” Sengaja ia mengalihkan topik.
Perlahan-lahan Mia membuka sampul kertasnya dan pada masa itu juga matanya bulat melihat nama yang terpampang di kertas yang dipegangnya sekarang!
“Bear in mind that this is the ‘wind of change’.” Kedengaran bunyi misteri di nada suara Cikgu Rahmah. Malangnya semua muridnya tidak memahami akan kata-katanya sebentar lagi. “You’ll get what I mean. Ok girls, I want each one of you to stand up and call out the name that you’ve picked on. Then bring all your stuffs and sit next to them.”
Semua yang ada di situ tergamam mendengar makluman yang baru menghempas telinga. Apatah lagi Sofie dan Mia! Sekarang baru mereka faham akan pengertian Cikgu Rahmah tadi.
“Pssst, Lara. Kau dapat siapa?” Kedengaran suara perempuan di belakang Mia berbisik. Mia cuba memasang telinga.
“Ishq.” Lara mengeluh. “Hampa juga pasal tak dapat nama Nik.”
 Mia menelan liur. Ia dapat merasakan betapa hangatnya suasana pada pagi itu walaupun ada dua buah penghawa dingin seronok menghembuskan udara sejuk.
Seorang demi seorang nama penuntut di panggil dan pada masa yang sama juga mereka semua sibuk berdiri untuk pindah tempat duduk dan terus melabuhkan punggung di sebelah pasangan masing-masing. Kini tibalah masa Sofie pula.
“Sofie?” Panggil Cik Rahmah mengisyaratkan Sofie untuk berdiri. Kelihatan Sofie ragu-ragu untuk menurut, Mia menyigung sikunya memaksanya untuk berdiri.
“Ah, emmm..errr..Tau..Fik..” Lambat-lambat ia menyebut nama yang ada di tangannya. Perlahan-lahan ia mendongakkan kepalanya untuk melihat reaksi Taufik.
“Relaks Sofie, Taufik ain’t going to eat you.” Cik Rahmah berseloroh. Semua yang ada di situ tertawa kecil. Sofie hanya tersenyum malu.
“Wow, Nik, kau ok tak ni?” Selamba Taufik membalas sambil menepuk bahu Nik. Ia hanya mampu tersenyum sambil mengangguk.
Mia tidak faham. Apa ertinya tu? Tidak lama selepas itu baru ia faham. Jangan-jangan Sofie ni girlfriend Nik tak?! Sangkanya. Lama ia memerhatikan Sofie yang kini beralih tempat duduk ke depan.
“Ok, Mia,now it’s your turn.” Arahan Cik Rahmah membunuh lamunannya. Kalut ia menoleh lalu berdiri. Sempat lagi ia berdehem. “Emm, Nik Syahadan.”
“Huhhhh?!” Kedengaran Lara mendengus kasar di belakang. Mia hairan. Kenapa pula?
Nik yang ketika itu juga mendengar Mia menyebut namanya hanya berlagak tenang, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Bagaikan laut bergelora! Dub,dab,dub,dab!
Lara yang ada di belakang cuwek. Cemburu menikam dada. Ia merasa tidak puas hati. Bagaimana aku yang berbulan lamanya suka pada Nik susah mahu mendekatkan diri ku kearahnya?! Sedangkan pelajar yang baru masuk hari ini macam tu saja boleh duduk di sebelahnya?  
OMG, NOOO! Semua ni mimpi!!’ Hati kecilnya menjerit. ‘Kenapa aku mesti duduk dengan mamat gila ni?!’
Nik hanya mendiamkan diri. Dalam kepalanya sudah terpasang satu niat nakal. Sewaktu Mia sibuk meletakkan bukunya di atas meja, perlahan-lahan ia menarik kerusi pasangannya itu ke belakang. Apabila Mia hendak duduk, dengan sekelip mata ia terjatuh ke lantai! OWWW!
 Habis bergema seluruh kelas itu dengan pekikan ketawa semua yang ada di situ. Cikgu Rahmah juga terpaksa menahan ketawanya. Nik di sebelah terhenjut-henjut ketawa sambil menutup mulut dengan tangannya.
Mia dapat merasakan bahang panas menyelubungi wajahnya. Pipinya merah padam. Malu! Malu! ‘@#$%%’ Mahu saja ia mencarut pada awal itu juga, namun terpaksa ditahannya.
“Mia, my dear. Are you okay?” Cik Rahmah bertanya. Mia cuba menaikkan tubuhnya untuk berdiri dan duduk di tempat yang sepatutnya.
“Ya cikgu, saya taka pa-apa..” Ia cuba menahan malu. Kelihatan ada yang masih mentertawakannya. Huhu, nanti kau Nik! Ia cuba menahan sabar.
“Im glad you’re okay. That’s quite a scene.” Balas Cik Rahmah selamba. Sekali lagi semua yang ada di situ menghamburkan ketawa. Mia menoleh ke arah Nik. Pemuda itu sudah tenang, namun masih kelihatan menahan senyum.
‘Now you’re lucky that I won’t do anything stupid. You’ll get it soon!’ Hatinya menjerit. Sekali lagi ia cuba menoleh ke arah Nik. Wahh, memang macam Kim Bum lah mamat ni..
‘Wow, eventhough he’s annoying but he’s got the look though.’ Buat seketika Mia terpana, namun lekas-lekas ia menyedarkan diri lamunan. ‘Arghhhh apa aku dah hilang akal?! Muka bak perfume tapi bau macam taie nak buat apa?!’
Nik merasa puas dapat mengenakan minah salleh itu walaupun ada sedikit perasaan bersalahnya namun entah kenapa ia tidak dapat mengelak dari mencuba niat nakalnya tadi.

No comments:

Post a Comment