2
Tinggal beberapa bulan lagi Mia akan
berangkat pergi ke Malaysia. Baru tadi ia sudah dapat keputusan peperiksaan O
level. Sekolah yang dulunya lengang kini menjadi riuh rendah apabila dihimpuni
dengan bekas pelajar menengah 5 tahun 2009. Semuanya berpusu-pusu datang
apabila keputusan peperiksaan diumumkan keluar. Mia mendapat 9 kredit penuh.
Alhamdulillah. Ia sangat bersyukur.
Namun, mengingatkan yang tidak lama
lagi ia pindah, membuatkan ia tidak ada semangat untuk menyambut kejayaan yang
baru saja diperolehinya.
Mia hanya duduk termenung di foyer
sekolah. Kelibat manusia yang kerap melintas di hadapan langsung tidak
dipedulikannya. Slip peperiksaan hanya dipandang kosong, memikirkan masa
depannya yang malap. ‘Aku memang benar-benar nak sangat pergi sambung
belajar kat MD, tapi….MIS?! Messed up plak plan aku! Hish!’ Gerutunya dalam
hati.
“Hei Mia.” Amal menyapa, terus ia
menghampiri kawannya itu.
Mia menoleh lalu tersenyum. “Oh, hei.”
“Congratulations!” Amal
bersorak gembira lalu menepuk bahu sahabatnya itu.
Sekali lagi Mia tersenyum. “Thank
you. You too. Congratulations.”
“Thanks.” Amal melabuhkan
punggung di sebelah Mia. “Apa kau nak buat lepas ni?”
“Entahlah..” Lemah ia menjawab.
“Kau ada apa-apa masalah ke?”
Mia menggeleng laju. “Nothing,
everything’s fine.” Ia cuba menafikan perkara yang sebenar.
“Kita sama-sama pergi MD besok nak?”
“Tak apalah, aku pergi dengan papa aku je.” Bohongnya.
Padahal ia sendiri tahu ia tidak akan mendaftar masuk ke sana.
Amal dilanda bingung. Bukankah Mia
masa ni tinggal dengan ibunya. Setahunya selepas saja ibu bapa Mia bercerai,
dia dengan Vida dipisahkan dan Mia telah ditentukan yang ia tinggal dengan
ibunya manakala Vida tinggal bersama-sama dengan ayahnya.
“Mana mak engkau, Mia?” Ema
bertanya. Perlahan-lahan ia meneliti riak muka Mia. Memang ada sesuatu yang
tidak kena. Kelihatan Mia semakin pucat dan mengurus sekarang. Mungkinkah ia
tertekan, tapi pasal apa?
“Kat KL.”
“Aik? Seingat aku engkau tinggal
dengan mama kau kan?” Amal tidak segan-segan bertanya lagi.
Mia mendiamkan diri. Tidak tahu apa
yang sepatutnya diberitahu. Ia diserang serba salah. Kalau diberitahunya,
seratus peratus di jamin yang Amal akan meletup kerana ia jenisnya tidak suka
menjadi orang terakhir yang tahu, walaupun kenyataannya yang dialah orang yang
pertama yang tahu. Tetapi Amal adalah Amal. Tidak suka menjadi orang yang
terakhir untuk mengetahui sesuatu benda. Tapi kalau tidak diberitahu,
susah juga. Hish!
Amal tidak tahan lagi untuk melayan
karenah Mia yang acuh tak acuh itu. “Fine! You know what Mia? Im very fed up
with your attitude lately. What the hell is wrong with you? Im just trying to
help you here. If you have a problem, just tell me! Why do you have to hide it?
Im getting sick with you, it’s like you leave me like a fool waiting for you to
confessed your stupid problem! And can you just please get over yourself. The
only problem you have these days is that you creating that problem to yourself.
Everyday with problems. Come on, cheer up and live your life. Move on! Why do
you have to sit and think about all your problems everyday?!” Amal membuang
segala rasa ketidakpuasannya.
Mia terkedu. Tidak menyangka yang
Amal sanggup berkata sedemikian ke arahnya. Kelopak matanya kini dipenuhi air. Pedih
juga hatinya apabila telinganya disebat dengan perkataan kasar dari Amal.
Teganya dia.
“Sampai hati kau cakap macam tu kat aku.” Kedengaran nada sebak
di nadanya. Muram wajahnya memandang Amal.
Amal merengus. “Whatever. Im leaving.” Terus ia berlalu
dari situ meninggalkan Mia terkedu duduk di situ.
***
DENTUMAN lagu Jai Ho datang dari
bilik Mia membuatkan Hj Wafi terus ke situ untuk melihat keadaan anaknya.
“Mia?”
Mia tidak menjawab. Sebaliknya ia
hanya mendiamkan diri sambil memandang siling biliknya. Terus saja ayahnya
masuk lalu mengurangkan bunyi pembesar suara lagu itu.
“Papa, what’s wrong with me?” Lemah Mia bertanya sebaik saja
ayahnya melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Tak ada apa-apa pun. Sempurna saja papa
tengok.”
“If Mia ni sempurna, then kenapa hidup Mia teruk macam ni?!”
Bicaranya dengan aliran air mata yang lebat gugur membasahi pipi.
Ayahnya melepaskan keluhan berat.
“Bukannya Mia yang tidak normal. Mia kena kuat, inilah namanya gelombang hidup.
Mia mesti tahu akan hal itu.”
“Tapi kenapa?! It’s like all of my problems never settled.
My parents separated, my sister and I separated, Amal hates me, mom forced me
to live with her and Mia kena reject oleh lelaki yang Mia suka. Mia sakit hati
gara-gara semua ni, papa tau tak?!”
“Maybe
Amal was right, it was me all along. I’am the problem!” Mia menyambung lagi.
Haji Wafi menggeleng-gelengkan
kepalanya, sama sekali ia tidak setuju dengan kata-kata Mia. Ubun-ubun anaknya
diusap perlahan. Ia sendiri turut tersentuh apabila mendengar luahan hati
anaknya itu.
“Pasal perceraian tu, papa sedar
yang jodoh papa dan mama kamu hanya untuk 18 tahun saja. Itu semua takdir
daripada Allah SWT, Mia seharusnya belajar untuk menerima kenyataan itu.”
Mia tidak menjawab. Ia hanya diam
membisu. Keadaan menjadi sunyi buat seketika.
“Papa fikir lebih baik Mia tinggal
sama-sama dengan mama kamu. Siapa tahu kehidupan Mia akan bertambah baik di
sana. Dan mana tahu juga, Mia dapat seseorang yang akan menghargai perasaan Mia
dan Mia juga dapat menghargai perasaan orang itu.” Lembut Haji Wafi menasihati.
“Not just that, you’ll find new
friends there.”
“New friends? Yea right..it is beyond impossible!”
Papanya tersenyum sambil memandang
anaknya. “Nothing possible is
impossible.”
No comments:
Post a Comment