Tuesday, February 7, 2012

me2u (15)


15

Neslo ais yang baru saja sampai hanya dipandang kosong. Minuman Milo sejuk Mia hampir setengah gelas sudah sekarang. Mia sibuk melayan perutnya, Sofie pula sibuk melayan angannya. Kad jemputan dari Tiara begitu mengganggu fikirannya. Ia bingung, datang atau tidak? Biar Nik saja yang jadi wakil.
 Mia yang sudah habis minum, terus mengalihkan pandangannya ke arah Sofie. “Eh, dari tadi saya tengok awak ni termenung je. Apasal?”
Sofie tersentak, habis terbang angannya ke laut. Kalut ia melihat sahabatnya itu. Buat-buat bodoh, terus saja ia mengacau minumannya dengan penyedut minuman yang setia berendam di dalam gelasnya.
“Hmm? Tak ada apa-apalah.” Ia berdalih.
Mia masih ragu-ragu. “Is there something you wanna tell me?”
“Tak ada apap-apa.” Ia cuba berdalih lagi sambil menghirup minumannya. Hiruk pikuk pelajar-pelajar yang ada di kafe itu langsung tidak menarik perhatiannya. Mia menyepetkan matanya tanda ia masih lagi ragu-ragu. Akhirnya Sofie mengalah.
“Ok,ok,ok, it was about the masquerade bash. Happy?”
“Oh itu. Kenapa? Its just a party.”
“Maksud saya, saya kena invite. Tapi saya tak tahulah. I mean, should I come?”    
“You’re invited too? Samalah kita! Kita boleh pergi sama-sama, amacam? Come on, please.” Mia memujuk dengan manjanya sambil menggerak-gerakkan bahu Sofie.
Sofie hanya menggelengkan kepalanya sambil menghela nafas. “Saya tak tahu, saya rasa sedap hati ni. Sejak bila pula Tiara mahu saya pergi ke party dia? Awak nak tahu? Honestly, Tiara tak pernah pun nak jemput saya dulu. But now? Ergh, heranlah!”
“Maybe Tiara nak berbaik dengan awak kot. So inviting you to her party next week will be a good start.”
Sofie hanya mendiamkan diri. Kelu untuk membalas kata-kata Mia. Mungkin betul juga. Lama ia mendiamkan diri. Pening juga ia memikirkan keputusannya.

**
Dari awal pagi sampailah ke waktu rehat, Nik hanya mendiamkan diri. Itu baru satu, yang membuatkan Dani dan Jj lebih musykil lagi, setiap kali mereka berada di blok yang dipenuhi dengan perempuan, lebih keraplah mata Nik memandang mereka bersilih ganti. Kenapa anak Dr. Edieerwan ni? Dah naik gatal ya?
Mereka bertiga duduk di tepi pancuran air yang menjadi perhiasan di tengah-tengah taman bunga sekolah mereka. Nik masih lagi sibuk ‘bersenam mata’. Tidak tahan dengan rasa ingin tahu yang sudah tinggi menggunung. Dani terus menyigung temannya yang pelik itu.
“Weh, kenapa dengan kau ni? Pelik aku tengok. Sibuk merenung perempuan, semacam je. Meremang bulu roma aku tau!” Tegurnya.
“Yalah, dari tadi sampailah sekarang. Dek sibuk tengok perempuan je. Apa hal bro? Kau salah makan ubat ya?” Jj menyampuk.
Nik di tengah-tengah mereka hanya menggaru kepalanya. “Tak ada apa-apa. Aku baru sedar je yang ramai juga pelajar perempuan dalam sekolah ni ya.”
Dani dan Jj bingung. “Hah?”

***
“Sofie, please. Lagipun if awak datang, kita boleh pergi shopping sama-sama.” Mia masih lagi memujuk. Ia mahu Sofie menemaninya di malam parti itu diadakan. Ia tidak mahu ke sana seorang diri. Nanti kekok pula. Sofie pula masih lagi membisu, lama ia berfikir.
“Hai Fie, jangan lupa datang ya. You too Mia.” Tiara yang kebetulan melintas di situ terus menyapa apabila terserempak dengan mereka berdua.
“Sure! Thanks for the invitation.” Mia menghadiahkannya sekuntum senyuman manis.
Tiara mengalihkan pandangannya kea rah Sofie pula. “Fie,I hope you can come. Let’s just start over. What’s done is done. ” Ia cuba memujuk. Diluar memang manis, namun di dalam penuh dengan duri. “Just say ok, please?” Sambungnya lagi dengan nada manja memujuk. Dengan muka seposennya lagi.
Sofie bagaikan termakan dengan pujuk rayu Tiara. Mungkin benar kata-kata Mia tadi, nampaknya Tiara mahu berbaik dengannya. Mia menyigung siku Sofie. Lama-lama ia mengangguk. “Ok.” Jawabnya lemah.
“Great!” Cepat Tiara menyambung. “See you around. Bye girls.” Manis senyumannya. Namun setelah ia membelakangi mereka, terukir senyuman sinis puas di bibir. Ia puas! Pujuk rayunya berhasil.
Mia membalas senyumannya sementara Sofie hanya tersenyum paksa.

No comments:

Post a Comment