Tuesday, February 7, 2012

me2u (13)


13

Tiap-tiap hari Mia selalu balik dari MIS dengan kegeraman! Hampa juga kerana ia tidak sempat untuk mencuba ujibakat menari tadi. ‘Buat apa juga aku nak bersedih? It’s just a stupid audition authourized by that jerk!’ Bisik hati kecilnya. Ia cuba memujuk diri sendiri supaya tidak memikirkan lagi tentang ujibakat tadi.
Tuan Jamal yang ketika itu memandu sempat melihat Mia melalui cermin kereta di depan. “Mia okey ke?”  Suara Tuan Jamal menyedarkan ia dari lamunan. Puan Lina yang ketika itu sibuk bertelefon pun terus menoleh ke arah anaknya.
Im fine.” Pendek ia menjawab sambil mengesat air matanya.
“Ya ke? Nampak macam tak je? Kenapa? Ada orang buli Mia kat sekolah?” Tuan Jamal cuba mengorek lagi. Susah juga hatinya melihat Mia dari tadi muram semacam.
“Kita nak pergi mana ni, uncle?” Ia cuba berdalih, berharap supaya Tuan Jamal dan ibunya tidak bertanya lanjut tentang keadaannya di sekolah.
Puan Lina hanya dapat menggeleng-gelengkan kepalanya. Resah dengan perangai suram Mia yang semakin menjadi-jadi semenjak ia pindah ke Kuala Lumpur.
“Kalau Mia tak nak beritahu apa yang berlaku di sekolah, uncle pun tak boleh beritahu kita nak pergi mana.” Tuan Jamal pura-pura merajuk.
Mia tertawa kecil. Lucu melihat Tuan Jamal mencebik bibir. Manakala Puan Lina dan Tuan Jamal pula terkejut, baru pertama kali mereka mendengar Mia ketawa dari sejak ia datang ke mari. Lapang juga dada mereka mendengarnya.
“Tak apalah, sooner or later Mia pun tahu jugak di mana tempatnya if kita sampai.” Mia membalas dengan senyuman yang masih merekah di bibirnya.
**
Dari awal sampailah akhir persembahan, Jj dan Dani tidak berhenti-henti ketawa. Ada yang jatuh tersembam ke lantai, ada yang pura-pura cuba jatuh untuk mendapatkan perhatian Nik, ada yang terlalu gopoh apabila cuba di hayunkan mengikut rentak Waltz, ada yang terlalu malu. Terlalu banyak ragam perempuan yang ada di ujibakat tadi. Nik pening! Seorang pun tidak dapat menarik perhatiannya. Ternyata ujibakatnya memang gagal! Tidak ada seorang pun dapat menggantikan posisi Farhana sebagai pasangan berdansa.
“Macammana ni?” Nik menggaru kepalanya, runsing memikirkan masalah yang melanda.
“Manalah aku tahu. Tinggal 4 minggu saja Nik. Kau nak buat apa lagi? Ujibakat tadi ternyata memang gagal punya…” Dani membalas apabila ketawanya sudah mula reda. Diperhatikannya Nik sekarang melabuhkan punggung di sebelahnya. Studio yang tadi sesak dengan perempuan sudah mula melapangkan kawasannya. Jj pula tengah sibuk bermain telefon bimbitnya, tambah dengan aksi senyuman yang dari tadi tidak mahu henti-henti.. Sikit pun ia tidak menyedari yang Nik sekarang ada di hadapannya.
“Hmmm..nampaknya aku terpaksa tarik diri dari pertandingan tu.” Nik bersuara setelah lama ia mendiamkan diri. Dani kaget! Manakala Jj masih lagi dengan ‘dunia’nya.
“Kau gila??! Takkanlah kau nak tarik diri macam tu je?!”
“Apa pulak gilanya? Yang namanya gila tu, mencari pasangan yang memang nyata dah tak ada.” Nik menjawab, matanya masih menatap ke siling studio. Memasang angan jika ia benar-benar menarik diri dari pertandingan itu.
“Jangan putus asa dulu Nik….” Dani memberhentikan kata apabila dikejuti dengan bunyi kekek ketawa Jj yang masih lagi fokus menatap skrin telefonnya dan jari jemarinya sibuk menekan kekunci telefon.
Ditamparnya bahu Jj. “Hoi! Kawan kau tengah ada masalah, kau seronok-seronok ketawa chatting dengan makwe kau tu. Fokus kat sinilah dulu. Kau tak kesian ke dengan kawan kita Nik ni ha? Dia nak tarik diri!”
Bagaikan kena bom Jepun ia tersedar lalu kalut memasukkan telefon bimbitnya ke dalam saku seluar. “Eh? Ya ke? Kerja gila tu Nik!” Ujarnya terkejut dengan matanya bulat memandang Nik dengan riak tidak percaya. “Kan kau dah berlatih sesungguhnya untuk pertandingan tu? Ni sedap-sedap je kau nak keluar, apa kes?”
“Itu aku berlatih dengan Farhana, she’s a great dancer. Now she’s quit on me. Dengan siapa aku nak menari?”
“Ok, ok..macam ni saja lah. Aku sarankan kau pergi kat studio Sway, kejap lagi mereka ada kelas menari, kau pergilah sana..tengok kot kot ada penari-penari yang menarik perhatian kau. Kau pilihlah.” Dani menghulurkan kertas kecil menunjukkan alamat studio sway yang dikatakannya tadi. “Bangunan HND. Jangan silap pilih bangunan.”
“Korang tak nak temankan aku ke?” Ujarnya sambil membelek-belek kertas kecil itu sebaik saja ia bertukar tangan.
“Aku baru ingat yang mak dan ayah aku balik dari Paris malam ni. Aku mesti balik awal ni juga…” Beritahu Dani.
“Wah..baru balik dari bulan madu. Mesti seronok kan? Paris..wahhh.” Jj menyampuk. Terbayang akan keindahan malam di taman berhampiran dengan menara Eiffel.
“Haha, kenapa? Teringin ke?” Nik menyakat sambil menolak tubuh Jj sedikit. Kirainya di naik-naikkan.
Why not? Love is always patient and kind, it is never jealous. Love is never boastful or conceited, it is never rude or selfish...” Jj membalas sambil mengingatkan kembali puisi cinta dipetik dari filem A Walk To Remember yang baru ditontoninya semalam.
Dani dan Nik naik bengang melihat Jj. “Kau ni biar betul J? Macam perempuan je aku tengok.’’ Nik memotong sambil ketawa.
“Hish, mikin dilayan, mikin menjadi. Angau cinta pula kawan kita yang sorang ni.” Dani mula berdiri dari tempat duduk, berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.
“Aku kena pergi ni. Kakak aku dah 5 kali telefon aku dah. Habis aku dikerjakannya nanti kalau aku lambat.” Selesai saja ia bersalam dengan Nik dan Jj, ia beredar dari situ.
***
Mia tergamam. Ia pernah mimpi akan perkara ni. Sekelilingnya ruang sederhana, dindingnya bercatkan warna kuning pudar dengan berlantaikan kayu Oak, dinding di hadapan dipenuhi dengan cermin, kiri kanan alat speaker. Ditamparnya pipinya, aduh! Ternyata ini bukan lagi mimpinya yang dulu, ini realiti! Tuan Jamal dan ibunya menghadiahkannya studio menari bersempena dengan umurnya yang sudah mencecah 18 tahun dari bulan yang lalu!
Mulutnya di tutup dengan tapak tangan. Mahu merembes air matanya. Terharu dengan pemberian Tuan Jamal. Tidak ia menyangka ayah angkatnya mahu memberinya studio, tempat yang diidamkannya sejak ia berumur 13 tahun! Semua hasratnya tentang lesen memandu hilang dalam sekelip mata!
Uncle, thank you so much! Thank you, thank you, thank you!” Ia melompat gembira. Terlalu teruja apabila mengetahui studio itu adalah kepunyaannya.
“Sama-sama. Saya harap Mia suka.” Tuan Jamal membalas dengan senyuman yang luas terbentang di bibir.
“No, I LOVE IT..so much!”
“Nah, dengan itu. Mia mesti belajar ya. Kalau markah ujian Mia menurun, mama dan Jamal terpaksa tutup studio ini, setuju?” Puan Lina menghampiri anaknya.
 “Roger.” Mia tabik sambil tertawa gembira.
Tiba-tiba pintu studio tersebut di ketuk perlahan. Muncul seorang lelaki berkemeja T hitam dengan memakai topi berwarna biru dan berbelang putih. Serentak, Tuan Jamal dan Puan Lina menghampiri lelaki tersebut. Mia hanya tercegat berdiri di tempatnya tadi, masih terpukau dengan hadiahnya.
“Mia, mama dan Jamal keluar kejap. Mia tunggu sini ya?”
Mia menoleh lalu mengangguk. Tidak lama kemudian, tinggal dia seorang saja di situ. Semua alat teknologi sudah tersedia. Baru ia ingat yang ia membawa bersama Ipod touch dan wayar USB. Terus saja ia menyambungnya lalu memasang lagu Jai Ho Pussycat Dolls yang kini sudah nyaring bernaungan di pembesar suara. Terus saja ia menghayun gerak tari rancak yang biasa dilakukannya.
---
Perlahan-lahan Nik menaiki tangga bangunan tersebut. Dari bawah lagi telinganya dapat menangkap lagu kegemarannya, Jai Ho berkumandang. Rasa ingin tahu mula menyelubungi mindanya. Mungkin penari-penari studio Sway tengah menari tak? Sampainya di atas, langkahnya dihentikan. Ia keliru, pintu yang mana satu yang membawanya masuk ke studio Sway?
‘Hish, si Dani ni tak beritahu pun yang bangunan ni ada dua studio?!’ Ia mengomel. Mahu tidak mahu, terus saja ia memulas tombol pintu di sebelah kanannya. Semakin nyaring kedengaran lagu Jai Ho apabila ia masuk ke dalam yang di sangkakannya studio Sway itu. Dan serentak itu jugalah matanya bulat melihat Mia yang kini hebat menggerakkan gaya tariannya.
Nik terkejut. Di sangkakannya Mia hanya pandai menari macam biasa saja. Tapi melihat akan aksinya sekarang, membuatkan ia terpukau seketika.
Terus saja ia keluar, takut Mia menyedari akan kehadirannya di situ. Ia masih lagi tergamam!
Batal hasratnya untuk mencari penari di studio Sway. Difikirannya sekarang hanyalah Mia, Mia, Mia, Mia! ‘I need her. But how?!’
Terus ia melangkah turun meninggalkan bangunan tersebut dengan seribu soalan untuk menarik semula perhatian Mia supaya ia setuju untuk menjadi pasangannya di malam gala dan pertandingan Sway bulan depan.

No comments:

Post a Comment