7
Ramai juga
pelajar-pelajar MIS keluar masuk kafe pada waktu itu. Dilihatnya dari segi penampilan
semua pelajar di situ memang nampak dari keluarga berada. Sofie pun apa
kurangnya.
“Oh! Awak dah pilih C.A awak?” Soal
Sofie sebaik saja mereka menghampiri kaunter makanan.
“C.A?”
“Club
activity. Penting tau. Kalau awak tak ada c.a,
muramlah hari-hari awak kat sekolah ni.”
“Nak apa Cik?” Salah seorang penjual
di kaunter makanan itu menyapa. Mia dan Sofie serentak menoleh.
“Bang, Neslo ice with whip cream.”
Belum sempat Mia dan Sofie bersuara,
kedengaran satu suara lelaki memotong pesanan mereka. Mia cuwek. Ditolehnya
sekilas ke arah lelaki itu.
“Excuse me?” Sinis ia menyoal.
Lelaki itu menoleh dan pada masa
itulah mereka dapat merasakan bagaikan ada pisau menikam perut masing-masing!
“YOU?!” Serentak Nik dan Mia
bersuara sambil menunjuk telunjuk jari ke muka berlawanan.
“What a small world.” Sekali lagi Mia berkata sinis.
“Tak pernah tengok map ke? Bang
cepat bang, malas saya nak berdiri lama-lama dengan mak lampir ni.” Nik
membidas. Sebenarnya ia sendiri terkejut melihat kehadiran minah beruang aka minah
berang itu! Tak sangka mulut Jj memang masin. Namun, sengaja ia berlagak tenang.
“EXCUSE ME?!” Semakin marak api Mia dibuatnya. Sofie yang berada
di tengah-tengah mereka keliru. Semua yang ada di situ semakin menghampiri
mereka, berminat untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.
“Why? Awak kentut ke?” Selamba Nik menyoal. Semua yang ada di
situ ketawa terbahak-bahak melihat Mia dikenakan oleh Nik. Terus saja ia
mengambil minuman dan pada masa yang sama dihulurkannya duit not satu ringgit
kepada penjual tadi. Belum sempat ia berlalu, laju tangannya menyentuh hidung
Mia dengan krim putih minumannya lalu berlalu dari situ sambil ketawa mengekeh.
Mia terpana!
Mia tidak sempat membalas apa-apa. “OMG!” Cepat tangannya menyeluk saku
lalu mengeluarkan tisu lalu mengelap hidungnya yang kini comot dengan krim
putih tadi. Sekali lagi, telefon bimbit mereka berdering kuat.
4-1-1:
All
eyes on me at the center of the ring just like a circus. But in this case, it’s not me. It’s you, Mia. Get ready people,
THE war have just started.
“Mia,
awak tak apa-apa?”
Sofie yang dari tadi membisu terus bersuara. Mia hanya mengangguk.
“Tapi tadi awak tak tahu siapa Nik,
kenapa baru sekarang…..?”
“Apa??
Orang gila tu namanya Nik?!”
Sofie mengerutkan dahi.“Saya keliru. Apa maksud awak?”
Terus saja mereka mencari tempat
duduk yang kosong lalu melabuhkan punggung mereka di sana. Mia menceritakan
dari awal sampai akhir di mana ia mula terjumpa dengan Nik sehinggalah kejadian
hari ini.
Terkejut beruk Sofie mendengar
cerita itu. ‘Mereka sudah kenal dari awal
lagi?’
----
Dari kafe sampailah ke pancur air,
Nik tidak henti-henti tersenyum sakan sambil minum Neslo aisnya. Entah kenapa,
tiba-tiba saja hatinya berdegup kencang apabila ia melihat kemunculan ‘minah beruang’
tu.
“WOI!” Kejut Dani dari belakang
sambil memegang bahunya. Nik tersentak, habis terhambur Neslo ais yang
diminumnya! Terhenjut-henjut bahunya menahan batuk.
“Hish! Kau ni! Kalau nak tegur pun,
tegur baik-baik la sikit. Ini tak, main terjah je. Kau nak kena ke bro?” Nik
mengomel sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangannya.
“Yalah, yalah..sorry lah. Aku terjah tu
pun pasal aku ada berita panas ni! Panas sangat ni! Boleh buat aku sampai bukak baju ni!” Dani
berseloroh.
“Alah, kalau setakat pasal ‘minah beruang’
tu, aku dah tau dah.” Dinding egonya masih utuh berdiri. Padahal ia sendiri pun
turut terkejut mengetahui kenyataan itu. Adakah ini kebetulan ataupun suratan?
“Ya ke? Bila kau jumpa dia?”
“Tadi di kafe. Kau tak tengok 4-1-1 yang
terbaru ke?”
“Ada ke? Kejap, dari
tadi aku silent handphone.” Terus Dani menelaah skrin telefon
bimbit yang baru dikeluarkannya dari saku seluarnya. Buat seketika ia
mendiamkan diri.
“Aa! Aa la! Kau buat apa kat dia
tadi?”
“Tak ada la. Aku pergi kafe tadi. Aku tengok dua orang
student perempuan ni dok syok berborak depan kaunter tadi. Apa lagi, aku terus potong la!
Sekali minah tu cakap ‘EXCUSE ME’, aku toleh. tuptup…rupanya minah beruang
semalam!” Dengan penuh perasaan Nik menjelaskan kejadian yang berlaku di kafe
tadi, siap mengajuk nada suara manja Mia lagi.
“Hahahahaha! Ya ke?” Sedap Dani
menghamburkan ketawanya. “Oh ya, lupa nak bagitau kau. Dia tu rakan sekelas aku. Mula-mula aku tak
realize juga, tapi lama-lama aku tengok muka dia tu, shock jugak aku. Memang
cun la! Nama dia pun cantik. Damia Ell.” Ia menyambung lagi.
“Damia Ell? Wahh..vogue jugak.” Nik memuji perlahan.
Tapi cepat-cepat ia menggelengkan kepalanya,kembali ke reality! “Ahh, malaslah
nak pikir. Lepas ni aku nak kenakan dia habis-habisan.”
“Kau ni,
benda yang lepas tu lepaskanlah. Kenapa kau tak ajak dia berkenalan dengan kau
je? Kan bagus. Dengan rupa kau seiras macam Kim Bum ni lagi, takkan dia nak reject kot?”
“Nah, nah, nah! Tu kan! Aku dah warned kau kan? Aku tak sukalah kau
samakan aku dengan pelakon Korean tu. Aku Nik Syahadan, bukan Kim Bum!”
“Tau lah, tapi itukan kenyataannya.
Memang seiras.” Dani begitu fokus sekali memerhatikan wajah temannya itu.
“Ahhh, suka ati kau lah, aku Nik
Syahadan! Bukan Kim Bum! Faham?”
“Pokoknya dengan rupa kau ni,
mana-mana perempuan pun takkan tolak kau, percayalah cakap aku.”
Nik tertawa kecil. “Eh? Kenapa kau
masukkan bab perempuan ni? Hairan aku.”
“Eh, betul apa. Yalah kan, semenjak
kau kena reject mentah-mentah
oleh Farhana 2 tahun yang lepas, aku tengok kau ni macam dah tak ada hati kat
perempuan dah. Itulah aku risau, kot-kot kau ni berminat kat lelaki ke…”
“WEH! CAKAP BAIK SIKIT EH!!” Nik
menjerit geram.
“Woh, sorry-sorry!”
Dani mengangkat
tangannya tanda minta ampun. ‘‘Tapi
benarlah Nik, dulu aku ingat kau ni…emmm..yalah kan…kau tau lah…” Agak-agak ia membalas.
“Ahhhh! Sudahlah. Tak ada ertinya
aku nak berubah ke homo hanya pasal Farhana. Hish, sampai macam tu sekali kau
menilai aku? Gila!” Terus Nik mengambil begnya lalu ia berlalu dari situ
meninggalkan Dani ketawa seorang diri melihat gelagatnya.
‘Kurang asam punya budak, aku yang maskulin ni disangkakannya gay? Memang gila!’ Gerutunya dalam hati.
‘Kurang asam punya budak, aku yang maskulin ni disangkakannya gay? Memang gila!’ Gerutunya dalam hati.
“Tak ada la. Aku pergi kafe tadi. Aku tengok dua orang student perempuan ni dok syok berborak depan kaunter tadi. Apa lagi, aku terus potong la! Sekali minah tu cakap ‘EXCUSE ME’, aku toleh. tuptup…rupanya minah beruang semalam!” Dengan penuh perasaan Nik menjelaskan kejadian yang berlaku di kafe tadi, siap mengajuk nada suara manja Mia lagi.
ReplyDelete*my respon - hmm..ayatnya tak sama dgn cerita yg awal..
Mummy Irfan Wafiq
cerita awal yg manasatu?
ReplyDelete