Tuesday, February 7, 2012

me2u (7)


7

Ramai juga pelajar-pelajar MIS keluar masuk kafe pada waktu itu. Dilihatnya dari segi penampilan semua pelajar di situ memang nampak dari keluarga berada. Sofie pun apa kurangnya.
“Oh! Awak dah pilih C.A awak?” Soal Sofie sebaik saja mereka menghampiri kaunter makanan.
 “C.A?”
“Club activity. Penting tau. Kalau awak tak ada c.a, muramlah hari-hari awak kat sekolah ni.”
“Nak apa Cik?” Salah seorang penjual di kaunter makanan itu menyapa. Mia dan Sofie serentak menoleh.
“Bang,  Neslo ice with whip cream.”
Belum sempat Mia dan Sofie bersuara, kedengaran satu suara lelaki memotong pesanan mereka. Mia cuwek. Ditolehnya sekilas ke arah lelaki itu.
“Excuse me?” Sinis ia menyoal.
Lelaki itu menoleh dan pada masa itulah mereka dapat merasakan bagaikan ada pisau menikam perut masing-masing!
“YOU?!” Serentak Nik dan Mia bersuara sambil menunjuk telunjuk jari ke muka berlawanan.
“What a small world.” Sekali lagi Mia berkata sinis.
“Tak pernah tengok map ke? Bang cepat bang, malas saya nak berdiri lama-lama dengan mak lampir ni.” Nik membidas. Sebenarnya ia sendiri terkejut melihat kehadiran minah beruang aka minah berang itu! Tak sangka mulut Jj memang masin. Namun, sengaja ia berlagak tenang.
“EXCUSE ME?!” Semakin marak api Mia dibuatnya. Sofie yang berada di tengah-tengah mereka keliru. Semua yang ada di situ semakin menghampiri mereka, berminat untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.
“Why? Awak kentut ke?” Selamba Nik menyoal. Semua yang ada di situ ketawa terbahak-bahak melihat Mia dikenakan oleh Nik. Terus saja ia mengambil minuman dan pada masa yang sama dihulurkannya duit not satu ringgit kepada penjual tadi. Belum sempat ia berlalu, laju tangannya menyentuh hidung Mia dengan krim putih minumannya lalu berlalu dari situ sambil ketawa mengekeh. Mia terpana!
Mia tidak sempat membalas apa-apa. “OMG!” Cepat tangannya menyeluk saku lalu mengeluarkan tisu lalu mengelap hidungnya yang kini comot dengan krim putih tadi. Sekali lagi, telefon bimbit mereka berdering kuat.

4-1-1:
All eyes on me at the center of the ring just like a circus. But in this case, it’s not me. It’s you, Mia. Get ready people, THE war have just started.

“Mia, awak tak apa-apa?” Sofie yang dari tadi membisu terus bersuara. Mia hanya mengangguk.
“Tapi tadi awak tak tahu siapa Nik, kenapa baru sekarang…..?”
“Apa?? Orang gila tu namanya Nik?!
Sofie mengerutkan dahi.“Saya keliru. Apa maksud awak?”
Terus saja mereka mencari tempat duduk yang kosong lalu melabuhkan punggung mereka di sana. Mia menceritakan dari awal sampai akhir di mana ia mula terjumpa dengan Nik sehinggalah kejadian hari ini.
Terkejut beruk Sofie mendengar cerita itu. ‘Mereka sudah kenal dari awal lagi?’
----
Dari kafe sampailah ke pancur air, Nik tidak henti-henti tersenyum sakan sambil minum Neslo aisnya. Entah kenapa, tiba-tiba saja hatinya berdegup kencang apabila ia melihat kemunculan ‘minah beruang’ tu.
“WOI!” Kejut Dani dari belakang sambil memegang bahunya. Nik tersentak, habis terhambur Neslo ais yang diminumnya! Terhenjut-henjut bahunya menahan batuk.
“Hish! Kau ni! Kalau nak tegur pun, tegur baik-baik la sikit. Ini tak, main terjah je. Kau nak kena ke bro?” Nik mengomel sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangannya.
“Yalah, yalah..sorry lah. Aku terjah tu pun pasal aku ada berita panas ni! Panas sangat ni! Boleh buat aku sampai bukak baju ni!” Dani berseloroh.
“Alah, kalau setakat pasal ‘minah beruang’ tu, aku dah tau dah.” Dinding egonya masih utuh berdiri. Padahal ia sendiri pun turut terkejut mengetahui kenyataan itu. Adakah ini kebetulan ataupun suratan?
“Ya ke? Bila kau jumpa dia?”
“Tadi di kafe. Kau tak tengok 4-1-1 yang terbaru ke?”
“Ada ke? Kejap, dari tadi aku silent handphone.” Terus Dani menelaah skrin telefon bimbit yang baru dikeluarkannya dari saku seluarnya. Buat seketika ia mendiamkan diri.
“Aa! Aa la! Kau buat apa kat dia tadi?”
“Tak ada la. Aku pergi kafe tadi. Aku tengok dua orang student perempuan ni dok syok berborak depan kaunter tadi. Apa lagi, aku terus potong la! Sekali minah tu cakap ‘EXCUSE ME’, aku toleh. tuptup…rupanya minah beruang semalam!” Dengan penuh perasaan Nik menjelaskan kejadian yang berlaku di kafe tadi, siap mengajuk nada suara manja Mia lagi.
“Hahahahaha! Ya ke?” Sedap Dani menghamburkan ketawanya. “Oh ya, lupa nak bagitau kau.  Dia tu rakan sekelas aku. Mula-mula aku tak realize juga, tapi lama-lama aku tengok muka dia tu, shock jugak aku. Memang cun la! Nama dia pun cantik. Damia Ell.” Ia menyambung lagi.
“Damia Ell? Wahh..vogue jugak.” Nik memuji perlahan. Tapi cepat-cepat ia menggelengkan kepalanya,kembali ke reality! “Ahh, malaslah nak pikir. Lepas ni aku nak kenakan dia habis-habisan.”
“Kau ni, benda yang lepas tu lepaskanlah. Kenapa kau tak ajak dia berkenalan dengan kau je? Kan bagus. Dengan rupa kau seiras macam Kim Bum ni lagi, takkan dia nak reject kot?”
“Nah, nah, nah! Tu kan! Aku dah warned kau kan? Aku tak sukalah kau samakan aku dengan pelakon Korean tu. Aku Nik Syahadan, bukan Kim Bum!”
“Tau lah, tapi itukan kenyataannya. Memang seiras.” Dani begitu fokus sekali memerhatikan wajah temannya itu.
“Ahhh, suka ati kau lah, aku Nik Syahadan! Bukan Kim Bum! Faham?”
“Pokoknya dengan rupa kau ni, mana-mana perempuan pun takkan tolak kau, percayalah cakap aku.”
Nik tertawa kecil. “Eh? Kenapa kau masukkan bab perempuan ni? Hairan aku.”
“Eh, betul apa. Yalah kan, semenjak kau kena reject mentah-mentah oleh Farhana 2 tahun yang lepas, aku tengok kau ni macam dah tak ada hati kat perempuan dah. Itulah aku risau, kot-kot kau ni berminat kat lelaki ke…”
“WEH! CAKAP BAIK SIKIT EH!!” Nik menjerit geram.
 “Woh, sorry-sorry!” Dani mengangkat tangannya tanda minta ampun. ‘‘Tapi benarlah Nik, dulu aku ingat kau ni…emmm..yalah kan…kau tau lah…” Agak-agak ia membalas.
“Ahhhh! Sudahlah. Tak ada ertinya aku nak berubah ke homo hanya pasal Farhana. Hish, sampai macam tu sekali kau menilai aku? Gila!” Terus Nik mengambil begnya lalu ia berlalu dari situ meninggalkan Dani ketawa seorang diri melihat gelagatnya.
‘Kurang asam punya budak, aku yang maskulin ni disangkakannya gay? Memang gila!’ Gerutunya dalam hati.

2 comments:

  1. “Tak ada la. Aku pergi kafe tadi. Aku tengok dua orang student perempuan ni dok syok berborak depan kaunter tadi. Apa lagi, aku terus potong la! Sekali minah tu cakap ‘EXCUSE ME’, aku toleh. tuptup…rupanya minah beruang semalam!” Dengan penuh perasaan Nik menjelaskan kejadian yang berlaku di kafe tadi, siap mengajuk nada suara manja Mia lagi.
    *my respon - hmm..ayatnya tak sama dgn cerita yg awal..
    Mummy Irfan Wafiq

    ReplyDelete